Islamic Clock

Wednesday, February 1, 2012

Wilayah Persekutuan Cermin Wajah Malaysia

Wilayah Persekutuan sbg ‘penampilan’ negara, harus menjadi lambang terbaik bg kepakaran perancangan dan pelaksanaan pembangunan yg ada di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, Wilayah Persekutuan adalah cermin wajah Malaysia kpda dunia dan ia membentuk tanggapan pertama pelawat, pelancong dan pelabur yg datang. “Kuala Lumpur sbg ibu negara dan pusat komersial, Labuan sbg pusat kewangan antarabangsa dan Putrajaya sbg pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah nadi penting kpda negara. Kita tidak mahu Wilayah Persekutuan dikenali semata2 melalui menara pencakar langit dan segala gejala negatif yg dikaitkan dgn urbanisasi, sebaliknya kita mengimpikan Wilayah Persekutuan yg hijau, ceria dan dgn alam sekitar yg sihat.

Wilayah Persekutuan bugar sbg pusat ilmu, kebudayaan, kesenian, fesyen dan kulinari. Najib turut mengajak rakyat menjadikan Wilayah Persekutuan sbg tempat terbaik untuk anak dan keluarga mereka. Marilah kita jadikan impian ini satu realiti. Bg menggarap masa depan itu, warga Wilayah Persekutuan perlu berganding bahu bersama bergerak ke arah apa direncanakan.

No comments:

Post a Comment