Islamic Clock

Monday, December 15, 2014

Datuk Mustapha Maarof Hilangnya Sebutir Bintang


Jenazah telah selamat dikebumikan. Lebih seribu peminat, ahli keluarga dan rakan artis hadir membanjiri Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang bagi memberi penghormatan dan menyaksikan pengebumian seniman veteran, Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, di sini hari ini. Jenazah tiba kira-kira 2.15 petang dan terus dibawa ke liang lahad yang disediakan dan terletak bersebelahan pusara arwah isterinya Roseyatimah yang meninggal pada Disember 1987. Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Amru Ibni Al'As Bandar Baru Sentul selepas solat Zuhur.

Antara yang hadir memberi penghormatan, Datuk Yusof Haslam, Datuk DJ Dave, Datuk Jefrydin, Datuk Kamil Othman, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Mayuiddin Mustakim. Selain artis muda seperti Zed Zaidi, Hafiz Nafiah, Sharifah shahora, Elveena Iris, Rozita Rohaizad, Abas Bakar dan ramai lagi.

Abang Datuk Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia

Takziah diucapkan kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan yang kehilangan abang tercinta apabila YBhg Dato Fuad Tan Sri Hassan pada jam 12.20 tengah malam Ahad lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Allahyarham yang juga Ketua Pengarah JASA Malaysia rebah di majlis makan malam Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) di Kemaman semalam dan dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Kemaman sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

SAma-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Roseyatimah cinta sejati Mustapha

Namun apabila mengukur kasih sayang seorang suami terhadap isteri, sememangnya ia tidak bersempadan. Biarpun ajal dan maut memisahkan mereka sejak 14 Disember 1987, namun perasaan kasih sayang terhadap isteri tercinta, Allahyarham Roseyatimah memang tidak pernah surut di hatinya. Begitulah yang dapat disimpulkan oleh penulis tatkala kali pertama menjejakkan kaki ke rumah teres tiga bilik yang terletak di Subang Jaya milik Datuk Mustapha Azhari Maarof, 76 tahun.

Tatkala melangkah 'istana kesayangan' Mustapha Maarof, mata tiba-tiba terpaku melihat setiap sudut dinding rumah itu tergantung indah gambar Allahyarham isteri tersayang yang sudah lama kembali ke rahmatullah meninggalkan suami dan dua anak kerana barah payu dara. Satu demi satu, wajah manis seniwati yang mengukir nama dalam dunia filem Melayu itu ditatap, hati ini tiba-tiba berkata, betapa dalamnya cinta dan kasih sayang Mustapha Maarof terhadap Roseyatimah atau nama sebenarnya Rosnah Jasni. Sebab itu, tidak hairanlah biarpun telah lebih dua dekad hidup sendirian tanpa belaian seorang wanita bernama isteri, Mustapha Maarof tetap bahagia ditemani anak, menantu dan tujuh orang cucunya.
Bukan setakat gambar yang disimpan malah dari ruang tamu ke ruang tengah kediaman, satu demi satu, barangan kesayangan milik isteri ditunjukkan termasuk perhiasan, pakaian dan ratusan buku resipi koleksi peribadi isterinya diatur cantik dalam empat buat kabinet.

"Selain anak-anak, hanya inilah barangan kenangan milik arwah yang menjadi teman ketika saya sunyi.
"Sebab itu, sejak dulu hingga hari ini tidak terlintas di hati saya untuk memberikan barang-barang ini kepada orang lain apalagi untuk membuangnya.
"Barang-barang ini bukan sahaja menjadi kenangan malah ia tempat anak-anak melepas rindu terhadap arwah.
"Bayangkan ketika arwah meninggal, anak-anak masih kecil. Waktu itu, hati dan perasaan ini hanya Allah yang tahu tetapi demi anak-anak saya harus kuat," kata Mustapha menyingkap kisah dukanya.

Mungkin bagi mereka yang tidak mengenali seniman yang mencipta nama melalui filem Hang Tuah dan menjadi pujaan ramai wanita, menganggap itu bagaikan sebuah kisah yang berputar di layar perak. Namun hakikatnya itulah kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi Mustapha Maarof.

Mustapha dan arwah isterinya, Roseyatimah mendirikan rumah tangga pada tahun 1967. Allahyarham menjejakkan kaki ke Keris Film di Singapura sekitar tahun 1955 dan kerjaya seninya bermula dengan filem Pendekar Bujang Lapok.
"Ketika itu saya lihat arwah orangnya memang lemah lembut, sopan dan cukup menghormati orang lain.
"Namun Rose bukan senang untuk diperisterikan. Dia anak tunggal dalam keluarga Allahyarham Pak Jasni dan Mak Neng. Bagaimanapun, inilah yang dikatakan jodoh.
"Sebab itu, biarpun maut memisahkan kami, tetapi bagi saya Rose sentiasa hidup di hati ini. Tawa manisnya, suara manjanya sesekali terngiang-ngiang di telinga saya," kata Mustapha.

Tatkala berkongsi memori indah arwah isteri kesayangannya itu, Mustapha yang mulanya tenang tiba-tiba terdiam seketika tanpa diduga matanya berkaca dan dalam getar suaranya dia berkata:
"Sehingga kini memori hidup bersama arwah memang sukar saya dilupakan. Semakin lama arwah pergi, semakin dekat arwah di hati ini.
"Kasih sayang yang dicurahkan oleh arwah terhadap keluarga memang tiada galang gantinya.
"Kadang-kadang saya rasa arwah bagaikan bersama kami, walaupun hakikatnya arwah sudah lama pergi.
"Sampai saat ini saya tidak boleh lupa cara dia menjaga anak-anak dan lazatnya masakan dia sehingga kini masih terasa.
"Arwah tahu saya suka makan makanan yang masih panas. Kalau saya ada di rumah dia akan masak pelbagai jenis lauk pauk untuk kami anak-beranak makan.
"Dia tidak suka simpan makanan sehingga sejuk. Masakannya yang paling saya suka ialah asam pedas dan paru masak rempah.
"Satu sikap dia yang saya suka, untuk menjadi isteri yang baik dia sanggup membuat pelbagai hiasan rumah dan memasak. Buku resipinya beratus-ratus dan saya masih simpan hingga hari ini.
"Setiap kali dia ke dapur, anak sulung kami, Azlynna pasti akan menolong sehinggakan masakannya kini boleh dikatakan hampir sama dengan arwah ibunya."

Mengakui tempoh membesarkan dua anak, Azlynna,41, dan Mohamad Rezainuddin,35, bukanlah tempoh yang singkat. Ia sebenarnya tidak begitu mudah dilakukan oleh seorang bapa tunggal sepertinya. Seorang lagi anak mereka ialah Mohammed Khairuddin meninggal dunia akibat denggi ketika berusia tiga tahun. "Perasaan curiga sering membelenggu saya terutama apabila memikirkan tentang anak-anak. Sehinggalah ke satu tahap, saya ikut ke mana mereka pergi.

"Bukan apa, pergaulan yang tidak menentu dengan gejala sosial yang menular membuatkan saya risau. Keadaan ini berlarutan berpuluh tahun lamanya sehinggalah anak-anak saya berkahwin," kata Mustapha. Biarpun reda dengan pemergian isterinya, dia terkilan kerana pada saat dia dirai dan dikurniakan gelaran Datuk, isterinya tiada di sisi. Sebelum Roseyatimah, Mustapha pernah memperisterikan pelakon jelita, Suraya Harun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suzlynna. Namun perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja apabila mereka berpisah pada tahun 1965.

"Anak-anak amat menghormati saya. Malah, mereka langsung tidak menyebut tentang perkahwinan. Terus-terang saya selesa hidup begini," katanya. Anak seni yang dilahirkan pada tanggal 1 Januari 1935 itu sehingga kini masih aktif dalam pelbagai persatuan. Dalam bidang lakonan dan penerbitan, syarikatnya, Warna Motion Pictures tidak lama lagi bakal muncul dengan siri terbaru Pak Kadok dan dijangka ditayangkan pada 2 April ini di RTM 2. Selain Mustapha, drama rantaian 13 episod itu turut dilakonkan oleh Datuk Aziz Singah, Bob Singah dan Rosnah

Seniman legenda filem Melayu, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia jam 8.40 am 15/12/2014

TAKZIAH dan ALFATIHAH..............
Hero legenda filem Melayu era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia pada Isnin bersamaa 15/12/14 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Allahyarham yang berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.40 pagi akibat komplikasi masalah paru-paru.

Jenazah akan disempurnakan di Masjid Bandar Baru Sentul sekitar pukul 10.30 pagi dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang bersebelahan pusara isterinya, Roseyatimah. Allahyarham sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan. Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November lalu kerana mengalami kesukaran bernafas sebelum dipindahkan menjalani rawatan di Wangsa Maju.

Dilahirkan pada 1 Januari 1935, hero legenda ini cukup terkenal dengan lakonannya sebagai tunggak utama di dalam filem Bawang Putih Bawang Merah, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Naga Tasik Chini, Detik 12 Malam, Keris Sempena Riau, Sumpah Pontianak dan banyak lagi. Allahyarham menjejakkan kaki ke Cathay Keris Film di Singapura sekitar tahun 1955 dan kerjaya seninya bermula dengan filem Pendekar Bujang Lapok. Mustapha mula mencipta nama melalui filem Hang Tuah dan merupakan antara pelakon lelaki kacak yang menjadi pujaan ramai ketika itu.

Antara yang terbaru, seniman lagenda ini telah membintangi filem 1957 Hati Malaya (2007) dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang pada tahun (2009). Berasal dari di Kuala Lumpur, Allahyarham Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azahari Maarof pernah menerima Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10 dan Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010.

Isterinya, Allahyarham Roseyatimah telah terlebih dahulu pulang ke rahmatullah pada 14 Disember 1987. Seniman negara ini meninggalkan tiga anak, menantu dan tujuh cucu.


14/12/14 Sirkit Pancing Di Putrajaya

Semalam adalah siri ke empat final Sirkit Pancing Putrajaya.....

Tahniah kepada semua pemenang.......

Saturday, August 30, 2014

Aktiviti Santai Di hari Minggu..

Lamanya meninggalkan dunia blogger ni.... sbnrnya kalau boleh hari2 nak menulis n mencoret rutin harian tapi masa tak mengizinkan.... insyaallah selepas ini akan cuba luangkan masa untuk menulis di blog yg dah lama ditinggalkan ini....

Aktiviti santai dihujung minggu bersama putera n puteri mama.... rumah dah siap kemas, dah siap sapu n mop, dah siap lipat baju pun semua. Nak menjahit... Mood nak menjahit xde lg sejak lepas raya ni... so petang ni layan anak2 menonton tv aje la jawabnya... malas nak kuar... papanya biasala g mancing xabis2... so tinggala mama ngan anak2 je kat umah. So mama dok umah layan buah hati mama ajela petang ni.... nak g jale2 taman xsesuai plak sbb ari hujan la plak.....

Happy holiday buat semua...

Friday, February 14, 2014

14/02/14 Nice Date

Cantikkan tarikh arini.....140214................kalau anak2 saudara baruku lahir hari inikan cantik tarikh besdaynya....moga kakak ipar dan adikku selamat bersalin semuanya... Amin...Insyaallah....moga dipermudahkan bersalinnya....

Selamat Datang 2014

Dah hampir sebulan setengah berlalu..............lamaku meninggalkan dunia blog ini... harus bermula semula....moga tahun 2014 memberikan sinar yang lebih baik dari sebelum2nya...Insyaallah....amin.....

2013 Dah Berlalu

Selamat tinggal 2013....segala kenangan dan memori akan terpahat utuh dijiwaku....