Islamic Clock

Monday, January 29, 2024

Oppo Tab Neo

OPPO Pad Neo: Versatil Untuk Kerja & Berhibur, Sambungan Lancar Antara Peranti



Untuk memenuhi permintaan ramai peminatnya, OPPO baru-baru ini memperkenalkan OPPO Pad Neo dalam rangkaian tabletnya. Model ini direka dengan ciri untuk menjamin keselesaan untuk berpanjangan sepanjang hari oleh penggunanya. Peranti model ini juga dilengkapi quad-speaker dengan Dolby Atmos®, bateri tahan sepanjang hari dan sambungan ke berbilang peranti tanpa masalah. Semua ini dan banyak lagi ciri yang korang kena tahu sebelum beli OPPO Pad Neo ini:

-Skrin Readfit 7:5, 2.4 terbesar yang mesra mata

Apa yang membezakan OPPO Pad Neo berbanding tablet lain di pasaran adalah skrin ReadFit 11.4 inci 2.4K yang pertama dalam industri menampilkan nisbah aspek 7:5.  Rekaan ini bukan sahaja memberikan lebih keselesaan dengan ruang tontonan lebih luas dan nisbah aspek lebih versatil.
Berbanding paparan tablet biasa berkadaran 5:3, OPPO Pad Neo menawarkan lebih 7% dari segi kawasan skrin. Nisbah aspek 7:5 memastikan konsistensi tidak kira untuk mod lanskap, potret atau pun split-screen.

Skrin paparan OPPO Pad Neo jauh meninggalkan tablet flagship lain dengan resolusi 2408 x 1720 berketumpatan 260PPI serta 96% NTSC color gamut. Kecerahan skrin paling tinggi pula mencecah 400nits, menjadikannya paparan tablet kelas pertengahan terbaik dalam kelasnya.

Untuk mengurangkan keletihan mata dan mengganggu corak tidur akibat pendedahan kepada cahaya biru, tablet ini dilengkapi teknologi cahaya biru dan mod Smart Color Temperature Adjustment. Paling istimewa skrin pada model ini terbina dengan Circadian Friendly dan Full Care Display 2.0 dari TÜV Rheinland. Ciri ini menjamin pengalaman tontonan lebih mesra mata berbanding standard industri.

-Sambungan peranti silang lebih efisien

Nak berhibur sambil kekal produktif bekerja? OPPO Pad Neo adalah jawapannya. Apabila Pad Neo ini berhampiran dengan telefon yang serasi, peranti ini akan dihubungkan yang membolehkan sinkronisasi pada tablet dan telefon.

Ciri Content Sync membolehkan menerima foto, video atau screenshot dari telefon secara real-time kepada Pad Neo. Lebih mudah juga untuk menggunakan fungsi copy-paste, di mana pengguna boleh copy dari satu peranti dan paste secara terus pada clipboard satu lagi peranti lain. Dengan ciri App Relay pula, pengguna tidak akan tertinggal apa-apa tugasan dalam proses transisi. Menonton movie, baca buku atau apa sahaja tugasan dapat disambung pada satu lagi peranti tanpa perlu mengulang semula dari awal.

Hiburan mengasyikkan seharian dengan prestasi luar biasa

Apalah maknanya peranti dengan spesifikasi paling mantap tanpa kapasiti bateri paling padu kan?Jangan risau dengan OPPO Pad Neo dengan bateri 8,000mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC memastikan korang boleh berhibur sepanjang hari. Quad-speaker dengan Dolby Atmos® menjanjikan kualiti audio yang jelas dan terperinci dalam apa juga keadaan.

Tidak terhenti di situ, peranti ini juga terbina dengan prosesor MediaTek Helio G99, kamera depan dan belakang 8MP, Omnibearing sound field serta storage boleh dipertingkat menjadikan OPPO Pad Neo satu peranti yang versatil dan mesti dimiliki.

-Sudah berada di pasaran

OPPO Pad Neo kini di pasaran dengan harga RM1,199 untuk Wi-Fi (6GB RAM+6GB+128GB ROM) dan RM1,399 untuk 4G LTE (8GB RAM +8GB+128GB ROM).

#GadgetTerkini
#Isu2Semasa2024


Saturday, January 13, 2024

1 REJAB 1445H

 DOA KETIKA MASUK BULAN REJAB

Jom sama-sama kita pertingkatkan amalan kita di bulan rejab sebagai persiapan untuk kita bertemu dengan bulan Ramadan.

AMALAN BULAN REJAB

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umum adalah:

1. Berpuasa sunat

2. Perbanyakan bersedekah

3. Perbanyakan membaca al-Quran

4. Perbanyakan berzikir

5. Perbanyakan solat sunat

6. Menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah (dosa dan maksiat)

InsyaAllah sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kebaikan dan kebajikan kita. Semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan bersesuaian dengan saranan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah ‎ﷺ.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

#CoretanJan2024

Friday, January 5, 2024

Tahun 2024 Telah Tiba

 Lamanya tak menulis blog, sedar tak sedar sekarang dah masuk tahun 2024..........

Semoga Tahun 2024 membawa seribu makna kepada kita… Ingatlah walau sebagaimana penat pun kita mengharungi tahun demi tahun, ingatlah firman Allah SWT : 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
 [Al-Baqarah: 216]

Alhamdulillah, kita sudah melangkah ke tahun 2024. Ingatlah, bila hijrahmu kerana Allah, kamu akan terus melangkah walaupun sudah Lelah….....

Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah SWT serta lebih cemerlang dalam tahun 2024. Semoga segala aturan yang dirancang beroleh kejayaan serta keberkatan dari-Nya.  Hidup ini terlalu singkat untuk bimbangkan tentang apa yang dikatakan dan difikirkan orang lain tentang diri kita. Ayuh, jalan terus! Mulakan tahun 2024 dengan ucapan Alhamdulillah… Semoga kita menjadi hambaNya yang bersyukur dan sentiasa berusaha memperbaiki diri..

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan!

“Jangan bersedih. Sesungguhnya pertolongan akan datang bersama kesabaran.” [HR. Ahmad)

#coretanJan2024
#nukilanhati