Islamic Clock

Thursday, March 28, 2013

DUN N9 Catat Sejarah Terbubar Secara Automatik

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir Rabu tengah malam, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di negara ini. Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yg menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN. Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak. Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik Rabu tengah malam berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.

Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008. Sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008. Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei. Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihan raya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihan raya. Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Sementara itu, Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor berkata beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi susulan pilihan raya umum ke-12 lalu dengan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (PKR)(4) dan satu oleh PAS. Pada 11 Okt 2009, satu pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi DUN N.31 Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN). Ia menyaksikan calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, memenangi kerusi itu apabila mengalahkan wakil PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti undi 5,435.

Friday, March 15, 2013

Ops DAULAT Gempur

Hari ini Ops Daulat sudah memasuki hari Kesebelas. Kami boleh nampak sendiri air muka Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin cukup sedih tetapi tegas, ditambah dgn kemarahan yg tidak boleh diselindung lagi ketika dalam sidang media. Apatah lagi melihatkan perkhabaran yg cukup menyedihkan apabila satu demi satu anak buahnya dan perwira untuk 28 juta rakyat Malaysia terkorban. Alhamdulillah kita mendapat perkhabaran yg “cukup meyakinkan” sejak Ops Daulat yg mula dilancarkan, apabila Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sudah meniup semboyan yg cukup2 tegas bagi melawan saki-baki pengganas Lahad Datu kali ini.


Hari ini adalah hari kesebelah sejak Ops Daulat Lahad Datu Sabah dilancarkan :

Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan terus pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah. Gempuran Ops Daulat akan dilakukan dalam tempoh sekitar 48 jam lagi. ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yg menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Febebuari lepas.

OPS Daulat : Antara Peralatan Senjata & Kekuatan Anggota Pertahanan Yg Bakal Ditambah!

Sebelum ini, ketika gempuran Ops Daulat pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawak telah digunakan. Untuk Ops Daulat Kali ini beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat + Machine gun dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.

Ops daulat

Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109. 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di lahad Datu secara berperingkat Alhamdulilah. Barulah buku bertemu dengan ruas. Kalau dahulu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yg menjaga menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km, kali ini Kementerian Pertahanan yg diberi tanggungjawab menjaganya. Mereka ini yg sememangnya yg lebih layak menjaga pertahanan negara yg cukup terdedah drpd serangan musuh sekarang ini termasuklah di Sabah.

Semoga operasi Ops daulat Lahad Datu menjadi semakin lancar mendapat arahan terus tanpa birokrasi yg berlebihan yg mana tanpa campur tangan yg berlebihan daripada kalangan yg berkepentingan tetapi tidak berkelayakan dan tidak berpengalaman (Contohnya Menteri Ini) dalam operasi penting seperti ini.

P/S : Sama2 kita doakan anggota keselamatan kita diberikan terus kekuatan bagi menghapuskan terus saki-baki pengganas Lahad Datu Sabah seterusnya menamatkan terus operasi Ops Daulat kali ini..

Bedil Sarang Pengganas

Pasukan keselamatan pagi semalam mula membedil lokasi persembunyian pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, FELDA Sahabat 22 dekat sini, menggunakan mortar. Bedilan bertalu-talu itu bertujuan memaksa saki baki pengganas keluar dari tempat persembunyian mereka.

Kampung Sungai Nyamuk kini menjadi sasaran pasukan keselamatan selepas pertempuran dengan kumpulan pengganas di kampung itu, Selasa lalu, mengorbankan Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pihaknya menyerang lokasi spesifik yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas
di kampung itu selepas mereka melarikan diri dari Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Kita melancarkan serangan mortar dulu sebelum melakukan operasi mencari dan menggeledah.Bagaimanapun, sejak petang semalam (kelmarin) tiada pertempuran dengan pengg. Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan kini memperkecil kawasan kepungan di Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batanas.

Penembak tepat

Kita percaya mereka masih bersembunyi di kampung itu,” katanya pada sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam. Allahyarham Ahmad Hurairah terkorban ketika bertempur dengan lima pengganas Sulu di kawasan ladang kelapa sawit di kampung itu pada jam 10.30 pagi, Selasa lalu. Beliau yang ditugaskan sebagai ‘pointer’ iaitu anggota tentera paling depan dalam kumpulannya untuk menjejaki musuh, dipercayai ditembak penembak tepat musuh. Allahyarham dari Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan Tawau, Sabah dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan gugur di tempat kejadian. Dua pengganas berjaya dibunuh pasukan keselamatan dalam pertempuran ituu, selain meneruskan operasi mencari dan menggeledah di Kampung Sungai Bilis dan Kampung Tanjung Labian.

Thursday, March 14, 2013

Hukum Kucupan Terakhir Buat Jenazah

Hukum Kucupan Terakhir Buat Jenazah | Apakah hukum untuk ciuman terakhir buat jenazah?

Soalan :
‘ Dari Allah S.w.t. kita datang dan padaNya kita akan kembali’
Setelah disempurnakan mandi jenazah maka dipanggillah ahli keluarga yg terdekat untuk menatap dan selalunya akan mencium dahi yg meninggal itu..persoalannya.. siapa yg boleh menyentuh/menciumnya… kerana ada suara2 dibelakang yg mengatakan mayat itu didalam keadaan berwudhu’..maka sekiranya isteri,anak menantu (lelaki bagi jenazah perempuan dan sebaliknya) dan yang bukan muhrim melakukannya maka terbatallah wudhu’ jenazah berkenaan dan jenazah akan dikebumikan tanpa wudhu’.

Jawapan :

Sesiapapun tidak dihalang dari mencium jenazah. Tidak timbul persoalan wudhu’ jenazah itu terbatal kerana apabila seorang anak adam itu telah meninggal maka hilanglah tanggungjawabnya.Walaubagaimanapun, sekiranya yg mencium itu bukan mahramnya, maka wudhu’ pencium itu terbatal.

Bank Rakyat Agih Dividen 18% u 2012

Bank Rakyat Agih Dividen 18% Bagi Tahun Kewangan 2012. Setelah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.74 bilion pada tahun kewangan 2012, bank kesayangan penjawat awam satu Malaysia ini semalam akhirnya mengumumkan pemberian dividen untuk ahlinya. Menurut laporan BH Online, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) telah mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 18 peratus atau RM495 juta bagi tahun kewangan 2012 berbanding 20 peratus pada tahun sebelum.

bonus bank rakyat 2012
Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16 peratus atau RM440 juta dan dividen bonus dalam bentuk syer sebanyak dua peratus yang berjumlah RM55 juta kepada 947,541 orang ahli.

Penghormatan Terakhir Untuk 2 Wira Negara

Dua anggota tentera yg terkorban dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah kelmarin dinaikkan pangkat kepada Koperal, membolehkan keluarga mereka menerima pencen terbitan kira2 RM2,500 sebulan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata imbuhan untuk kedua2 ibu bapa Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan turut diberi menerusi beberapa faedah perkhidmatan.

Keluarga terima faedah

Katanya, keluarga kedua2 perajurit juga akan menerima faedah lain scra kumulatif termasuk insurans berkelompok, koperasi dan tabung angkatan tentera kira2 RM170,000. Wang tak boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang, tetapi bantuan ini tanda prihatin Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan rakyat Malaysia, katanya pada sidang media di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini semalam. Terdahulu Ahmad Zahid mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memasuki pesawat C-130 TUDM dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu. Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Tentera pertama terkorban
Allahyarham Ahmad Hurairah adalah anggota tentera pertama terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Februari lalu. Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran dgn pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu dalam pertempuran tiga jam yg berakhir jam 10.45 pagi kelmarin manakala seorang lagi perajurit cedera dan empat musuh terbunuh. Allahyarham Ahmad Farhan pula terbunuh dalam nahas jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih untuk menghantar makanan kepada anggota keselamatan dalam operasi itu.

Ahmad Zahid mengingatkan rakyat tidak memperlekeh kemampuan pasukan keselamatan yg sedang berjuang menentang pengganas dari selatan Filipina dalam Operasi Daulat, sebaliknya perlu bersatu memberi sokongan. Sementara itu, Zulkifli menyifatkan pemergian wira negara dalam pertempuran di Lahad Datu adalah pengorbanan yg sangat besar kepada negara. Jika orang kata ini sandiwara nyawa dipertaruhkan, adakah itu satu sandiwara? Bagaimana jika itu berlaku kepada bapa, anak atau adik mereka? katanya. Sementara itu, jenazah dua anggota tentera, Koperal Ahmad Hurairah Ismail dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampung masing2. Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah, 24, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, manakala Allahyarham Ahmad Farhan, 21, di Tanah Perkuburan Islam Pasir Hor, Kota Bharu, tengah hari semalam.

Agbimuddin Gagal Lolos

Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram, dipercayai terkepung di Gugusan Labian, dekat sini, kerana gagal meloloskan diri ke selatan Filipina. Anak buahnya dipercayai cuba melarikan adik Jamalul Kiram III itu, tetapi gagal berikutan kepungan ketat pasukan keselamatan di darat dan laut. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata Agbimuddin dipercayai disembunyikan anak buahnya bagi mengelak daripada ditahan, cedera atau terbunuh jika bertempur dengan pasukan keselamatan.

Rondaan kereta perisai di Kampung Sungai Nyamuk ketika pasukan keselamatan meneruskan kepungan manakala operasi mencari serta menggeledah diteruskan.
Sembunyi di zon perang

Saya yakin dia bersembunyi di zon perang dan menyusun taktikal perang, katanya pada sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di FELDA Sahabat 16, semalam. Beliau berkata, pasukan keselamatan terus berusaha membawa keluar mayat pengganas Sulu untuk dibedah siasat selepas 25 mayat berjaya dikeluarkan setakat ini. Selain itu, katanya, Kampung Sungai Nyamuk, Sungai Bilis dan Tanjung Batu terus dikepung pasukan keselamatan manakala operasi mencari serta menggeledah diteruskan.

Parlimen Automatik Bubar 30 April

Parlimen bubar secara automatik pada 30 April dan bukan 28 April seperti diuar-uarkan sebelum ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilangsungkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun PRU, dikira berdasarkan tarikh sidang pertama Dewan Rakyat selepas pilihan raya berlangsung, bukan tarikh pilihan raya umum diadakan dan pengiraan berkenaan sudah disahkan penasihat undang2 suruhanjaya berkenaan.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), berkata Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama yg Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik iaitu 27 Mac ini jika Parlimen tidak dibubarkan sebelum itu. Ramai termasuk pemimpin politik tidak sedar perkara ini hingga buat andaian Parlimen sepatutnya terbubar sendiri 9 Mac lalu. Sidang pertama Dewan Rakyat selepas PRU-12 ialah 28 April 2008, tetapi disebabkan 28 April 2013 jatuh pada Ahad, ia dibawa kepada 29 April dan Parlimen bubar secara automatik 30 April, katanya.

PM masih berkuasa

Aziz berkata, sehingga 30 April itu, Perdana Menteri masih berhak bersuara dan segala keputusan kerajaan adalah sah, malah apabila Parlimen dibubarkan, kerajaan sedia ada bertindak selaku kerajaan sementara dan Perdana Menteri boleh membuat keputusan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong. Sementara itu, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menolak dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jumlah pengundi di daerah mengundi (DM) Bestari Jaya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok melebihi penduduk. Tindakan beliau menyebarkan perkara itu melalui akhbar partinya dilihat tidak ikhlas dan cuba mengelirukan orang ramai, sedangkan SPR memberi ruang kepada mana-mana pihak yang mencurigai daftar pemilih untuk membantah ketika Rang Daftar Pemilih Tambahan suku tahun dipamerkan, katanya dalam satu kenyataan. Kamaruddin, berkata, DM Bestari Jaya Utara lebih luas dan tidak terhad dalam kawasan pekan Bestari Jaya, sebaliknya bermula dari sempadan Ladang St Andrew dan berakhir di sempadan Kampung Sungai Darah dengan dipisahkan jalan utama Batang Berjuntai-Kuala Selangor. DM Bestari Jaya Utara mengandungi 18 lokaliti iaitu taman perumahan, kampung tradisi, kuarters kerajaan dan penempatan utama. Kenyataan Menteri Besar Selangor itu dipercayai hanya merujuk Bestari Jaya Utara yang didakwa mempunyai hanya 1,788 penduduk dan ia adalah tidak benar.

Berdasarkan daftar pemilih sehingga Disember 2012, pemilih di DM Bestari Jaya ialah 3,558 orang, peningkatan 1,317 orang berbanding 2006 disebabkan pertambahan sembilan lokaliti baru iaitu taman perumahan, katanya. Beliau berkata, hasil semakan bagi 2006 ketika Pilihan Raya Kecil DUN Ijok 2007, pemilih di sana 2,241 orang, tetapi perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dibantah ketika Khalid bertanding seterusnya menang kerusi itu.

Wednesday, March 13, 2013

Kes Lahad Datu Jadi Pengajaran

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai peristiwa yg bukan sahaja membuka mata kerajaan, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia terutama di Sabah tentang kepentingan meningkatkan persiapan menghadapi ancaman luar. Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memandang ringan tentang keselamatan negara, beliau berkata, segala usaha akan dilakukan untuk memastikan pasukan keselamatan diberi latihan sebaik mungkin, dilengkapi peralatan lebih canggih dan sentiasa bersedia untuk menangani kejadian seperti itu.

"Saya rasa, kita telah menikmati suasana aman dan stabil yg begitu lama di Malaysia. Komunis meletak senjata pada 1989 dan sejak itu, kita dilimpahi suasana aman dan stabil dalam tempoh cukup panjang. "Kejadian itu (serangan di Lahad Datu dan Semporna) merupakan ancaman luar dan kita perlu menanganinya. Sekiranya kita membuat keputusan menambah perbelanjaan untuk pertahanan dan keselamatan, janganlah rakyat mempertikaikannya pula. "Mereka perlu melihatnya sebagai langkah untuk melindungi keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah kita," katanya pada program Conversation With The PM yang disiarkan melalui saluran TV3 malam tadi. Kata Najib, kerajaan tidak akan berkompromi tentang keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah Malaysia.

Prebet Maut Trak Jatuh Gaung

Seorang anggota tentera berpangkat prebet maut selepas trak yg dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih di sini semalam. Kejadian pada pukul 7.30 pagi itu mengorbankan Ahmad Farhan Ruslan dari Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Sandakan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan untuk menghantar bekalan ke kawasan operasi Ops Daulat.

Sementara itu, di Kota Bharu, Kelantan, seorang ibu tidak menyangka kelibat beberapa anggota tentera yg datang ke rumahnya di Taman Desa Darulnaim 2, Pasir Tumboh membawa khabar sedih mengenai kematian anaknya yg menyertai Ops Daulat. Rusilawati Ghani, 44, berkata, Ahmad Farhan, anak kedua daripada lima beradik itu maut selepas kenderaan yg dinaikinya terlibat dalam kemalangan.

Seorang Askar Gugur, Tiga Pengganas Maut

Ops Daulat yang masuk hari kelapan semalam menyaksikan seorang lagi anggota pasukan keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu di sini. Dalam pertempuran pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 1.50 petang itu, seorang lagi anggota tentera cedera. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, anggota keselamatan yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tawau manakala seorang lagi anggota tentera yg berusia 35 tahun mengalami kecederaan di pipi dan dirawat di Hospital Tawau.

Menurut beliau, pertempuran itu bermula pada pukul 7.30 pagi ketika sepasukan anggota keselamatan membuat operasi pembersihan di Sungai Nyamuk dan berjaya mengesan lima anggota pengganas. "Sebaik kumpulan lima pengganas itu terserempak dengan pasukan keselamatan, berlaku pertempuran tetapi kumpulan pengganas itu berundur," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan terus menjejaki puak musuh sebelum berlaku pertempuran kali kedua bermula pada pukul 10.45 pagi hingga pukul 1.30 petang, kira-kira empat kilometer dari kawasan pertempuran pertama. "Dalam pertempuran kali kedua ini, seorang wira kita gugur manakala seorang lagi cedera. "Pasukan keselamatan juga berjaya menembak mati tiga daripada kumpulan pengganas itu," ujar beliau.

Jenazah Selamat Tiba

Jenazah dua anggota tentera yg terkorban dalam Ops Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini. Pesawat C-130 milik TUDM yng membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi antara yg menyambut ketibaan kedua-dua jenazah. Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua2 wira negara itu. Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yg terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb. Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yg berlaku pada 10.45 pagi semalam yg turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati.

Dua Anggota Tentera Terkorban

Kepulangan jenazah wira negara, Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, ke kampung halamannya di Bayu Lalang di sini pada pukul 11.20 pagi ini dari Lahad Datu, Sabah, disambut dalam suasana hiba ahli keluarga, saudara-mara, rakan taulan dan penduduk kampung di situ. Ibu bapa Allahyarham, Ismail Hussin, 55, dan Rahmah Mahat, 50, juga dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan menangis teresak2 sebaik sahaja melihat sekujur tubuh anak mereka yg terkorban dalam Ops Daulat pada pukul 10.45 pagi semalam. Kediaman keluarga Allahyarham mula dikunjungi orang ramai sejak awal pagi ini sebaik sahaja berita mengenai tragedi yg melanda Ahmad Hurairah tersebar dan diketahui umum.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zainal Abidin yg turut mengiringi ketibaan jenazah Allahyarham telah menyerahkan Jalur Gemilang yg membaluti keranda Allahyarham kepada bapanya sebagai simbolik Ahmad Hurairah adalah wira negara. Perjalanan kira2 500 meter jenazah Allahyarham untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bayu Lalang turut diiringi dgn tangisan oleh kebanyakkan ahli keluarga yg datang. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan itu pada pukul 12.50 tengah hari ini dengan diiringi adat istiadat ketenteraan.

Turut mengiringi upacara pengkebumian jenazah Allahyarham adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali; Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Panglima Markas 8 Bridged Kem Pengkalan Chepa, Datuk Mohd. Zaki Hamzah dan beberapa pemimpin lain.

Dua anggota tentera yg terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Beliau berkata, imbuhan untuk kedua2 ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan. Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin drpd Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM Subang, di sini hari ini.

Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah. Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yg terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Feb lepas.

Tuesday, March 12, 2013

Op Daulat

Op Daulat: 54 penceroboh mati, 97 lagi ditahan
Pada 5 Mac, pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan di Kampung Tanduo, dan seminggu selepas Operasi Daulat, keadaan di Lahad Datu dan Semporna kembali seperti biasa. Seramai 54 penceroboh militan ditembak mati manakala 97 lagi ditahan kerana disyaki terbabit dgn pengganas militan, pasukan keselamatan yakin insiden
pencerobohan di Lahad Datu akan berakhir. Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dlm zon larangan Operasi Daulat.

Malah, dalam tempoh 24 jam lepas, tiada insiden berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu di tiga kampung yang menjadi tumpuan operasi iaitu Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Sungai Bilis. "Kami sedang berusaha bersungguh2 untuk memulihkan keadaan dan yakin kami boleh mencapainya," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang akhbar pada 4.30 petang ini. Terdahulu, pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar pada 10.40 pagi berkaitan perkembangan semasa insiden Lahad Datu, Hamza mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Sementara itu, lima sekolah di Lahad Datu dan 49 di Semporna dibuka semula hari ini. Hanya tiga sekolah di kawasan zon merah masih ditutup. Bagaimanapun, Hamza mengingatkan masyarakat agar tidak menghampiri kawasan operasi. Pasukan keselamatan kini dalam usaha mengeluarkan mayat penceroboh dari Kampung Tanjung Batu, dan sehingga petang ini, 22 mayat dikeluarkan dan 18 daripadanya dihantar ke Hospital Lahad Datu manakala empat lagi ke Hospital Tawau untuk bedah siasat. "Satu mayat itu macam rupa Komander Musa (ketua kumpulan penceroboh berpangkat jeneral)," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.

Mengulas dakwaan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu, Hamza menafikannya dan berkata penduduk kampung Tanjung Batu, Labian dan Sungai Bilis telah dipindahkan. Sejak krisis pencerobohan, lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas, iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac.

Durian Runtuh

'Durian runtuh' jadikan skim ATM, PDRM lebih menarik
Kerajaan dilihat amat menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan apabila mengambil langkah menyetarakan pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dgn perkhidmatan awam. Mengalu-alukan pengumuman yg dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berpendapat penyetaraan itu bersesuaian dgn beban tugas dan tanggungjawab anggota keselamatan yg berdepan risiko melibatkan nyawa demi mempertahan negara dan kesejahteraan rakyat. "Kita bersimpati dgn apa yg berlaku terhadap anggota PDRM dan tentera (di Lahad Datu). Sudah tiba masa untuk menaikkan gred kerana dulu skim itu dipakejkan seperti kalau Inspektor, ASP, DSP, Superintenden, dipakejkan dalam gred 41," katanya di ibu negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula melihat langkah itu bakal menarik lebih ramai golongan muda menyertai pasukan pertahanan dan keselamatan. "Skim ini akan menjadikan kerjaya ATM, yg dahulunya pilihan kedua, tetapi dgn skema gaji yg baharu, pastinya akan menarik lebih ramai rakyat untuk menyertai ATM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata pengumuman itu jelas memberi suntikan semangat baharu kepada penjawat awam dan pasukan keselamatan negara, termasuk PDRM dan ATM. Beliau mewakili seluruh agensi dan petugas kementeriannya dalam satu kenyataan menyambut baik pengumuman itu, yg secara tidak langsung membawa seribu makna kepada pasukan keselamatan negara yg sedang berjuang di Sabah demi menjaga kedaulatan negara.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan berkuat kuasa 1 Jan 2013, kerajaan bersetuju pangkat dalam ATM dan PDRM disetara dgn Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gaji. Najib berkata ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat serta kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Samshuri Arshad pula berkata, langkah itu menunjukkan kerajaan sentiasa menghargai jasa anggota keselamatan. Turut berkongsi sentimen yg sama ialah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohd Zaman Khan yang berkata: "Ini menunjukkan kerajaan prihatin dan tidak meminggirkan pasukan keselamatan negara." Ketua Penerangan dan Perhubungan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Mohd Zainan Yunus berkata kenaikan itu akan memberi impak besar dlm menyemarakkan Semangat anggota keselamatan negara. Koperal Abdul Razak Ngah pula berterima kasih kpda kerajaan dgn pemberian gred gaji baharu itu yg disifatkannya sbg 'durian runtuh'

Di SARAWAK, Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Datuk Law Hong Soon berkata, pengumuman itu amat dinanti2kan seluruh anggota polis, dan beliau percaya anggota polis akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Pegawai Staf Dua Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen Kapten Mohd Said Adam Mohamed Said, 32, bersyukur dgn pengumuman Perdana Menteri sambil menyifatkan perkhidmatan keselamatan seperti tentera mempunyai tugas yg berisiko dalam mengawal kedaulatan negara. "Kami perlu bersedia untuk berkhidmat tanpa mengira waktu dan ketika, kami boleh dipanggil bertugas dengan hanya notis pendek dan sentiasa mendahulukan tugas kepada negara... boleh kata negara dahulu, kemudian baru keluarga," katanya yang telah berkhidmat selama tujuh tahun.

Bagi Sarjan Che Othman Awi, 52, dan Koperal Abdul Taib Tajol, 52, yg bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching, mereka sangat gembira dgn pengumuman itu serta berterima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri yg prihatin dgn kebajikan anggota polis.

Di SABAH, Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff berkata, kerajaan hari ini membuktikan apa yg dijanjikan dalam Belanjawan 2013. "Ini memberi manfaat begitu tinggi spti yg diharapkan penjawat awam terutama polis yg mana kesetaraan ini dapat mengimbangi jurang perbezaan yg wujud dalam perkhidmatan awam," katanya. Jurugambar Unit Komunikasi Koporat Kementerian Pertahanan Prebet Zaidi Zulkefli pula berpendapat pengumuman itu mampu menaikkan lagi imej pasukan keselamatan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, langkah itu pasti memberi motivasi, sekali gus meningkatkan komitmen penjawat awam. Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) 15 dari Sandakan Koperal Yusof dan Lans Koperal Helmi berkongsi pendapat yg sama kerana peranan anggota polis kini dipandang tinggi atas sumbangan besar menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

"Itu bukti sumbangan dan jasa kami terhadap negara dipandang tinggi... kami 24 jam bekerja menjaga keselamatan dalam negara. "Tanggungjawab kami berat terutama ketika krisis pencerobohan pengganas militan Sulu di Sabah," kata mereka ketika ditemui mengawal situasi di Hospital Duchess of Kent di Sabah.

Bersyukurlah...


Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengakui menerima maklum balas kurang menyenangkan drpd kakitangan awam berikutan insentif saraan baru yg diumumkan oleh kerajaan semalam tetapi mahu pihak terbabit bersabar menanti pengumuman susulan akhir tahun ini. Sehubungan itu kata beliau, Cuepacs akan turun padang untuk memberi penjelasan kepada kakitangan awam mengenai kesan dan implikasi dan langkah susulan yg dikaji oleh kerajaan. Beliau berkata, ramai yg keliru dgn pengumuman yg dibuat kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya menyentuh kepada dasarnya sahaja.

Cuepacs sebelum ini antara lain menuntut kajian semula bayaran elaun sara diri (cola) dan imbuhan tetap perumahan. Omar berkata, walaupun elaun cola dan perumahan tidak diumumkan kerajaan, namun kenaikan gaji tahunan (KGT) lebih baik untuk kakitangan awam. Saya akan turun padang memberi penjelasan kepada kakitangan awam. Ramai yg beritahu dan bagi maklum balas mengenai pengumuman Najib itu, tapi apabila saya beri penjelasan, mereka faham. "KGT itu lebih penting, akan dinaikkan dari semasa ke semasa, tuntutan dua perkara itu akan diumumkan hujung tahun ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Mengulas lanjut, Omar juga berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenaikan pangkat adalah tepat pada masanya. Katanya, kerajaan telah menyuntik semangat pasukan keselamatan dan tuntutan ya dibuat oleh kakitangan awam juga akan terus diperjuangkan. Ini masa terbaik untuk kerajaan umumkan perkara baik buat pejuang kita, boleh naikkan semangat mereka di sana (Lahad Datu). Namun tuntutan kita sebelum ini juga akan terus kita perjuangkan," katanya lagi.

Tambah beliau, kakitangan kerajaan perlu bersyukur dan menanti pengumuman yg bakal dibuat oleh kerajaan tidak lama lagi kepada 1.4 juta kakitangan awam. Bukan mudah kerajaan nak laksanakan kepada hampir 1.4 juta kakitangan awam, kita perlu bersyukur dan menanti dengan sabar," katanya

Anak Berhak Dipelihara

TIDAK dapat dinafikan ramai orang beranggapan bahawa anak yg dilahirkan ke dunia hasil hubungan perkahwinan yg sah adalah hak mutlak mereka yg boleh dibuat sesuka hati. Anak bukannya barang yg boleh dipindah2kan drpd satu orang ke satu orang. Anak adalah manusia biasa yg mempunyai hati dan perasaan. Anak adalah amanah Allah SWT kepada manusia yg digelar ibu bapa.

Dalam keadaan biasa di mana sepasang suami isteri hidup aman damai, anak biasanya juga mendapat manfaat drpd hubungan tersebut. Jika ibu bapa anak itu hidup dlm berkasih sayang maka anak akan merasa kebahagiaan itu. Anak lebih aman dan tenteram dan dia juga akan menjadi seorang yg periang, ceria dan bahagia. Namun jika setiap hari anak mendengar ibu bapanya berperang, memaki hamun, tentulah ini akan menjejaskan emosi dan pemikiran anak tersebut. Anak yg dibesarkan dlm keadaan keluarga yg huru-hara, apatah lagi dipenuhi dgn pergaduhan dan persengketaan akan membesar dgn perasaan benci pada diri sendiri atau kepada ibu bapa ataupun memilih salah seorang drpd mereka. Sedangkan dalam Islam, kedua ibu bapa mempunyai hak untuk ditaati oleh anak-anak mereka.

Jika anak ada hak terhadap ibu bapa, begitu juga sebaliknya. Dalam hal pemeliharaan anak, ibu bapa sering beranggapan itu adalah hak mutlak mereka. Sebenarnya, memelihara anak adalah tanggungjawab ibu bapa dan anak berhak dipelihara dgn baik sehingga dewasa. Pemeliharaan atau disebut sbg hadanah atau bermakna himpun di samping atau di sisi. Dalam syarak ia bermakna hak mendidik dan menjaga anak. Saya menggunakan istilah pemeliharaan untuk membezakannya dgn penjagaan. Bagi saya PENJAGA adalah yg mempunyai kuasa pengawasan yg lebih besar terhadap anak dan penjaga mutlak bagi anak ia BAPA anak. Dalam bahasa Inggerisnya ia sering dirujuk sebagai GUARDIAN, sedangkan hadanah atau pemeliharaan melibatkan pengurusan makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan anak. Penjaga bertanggungjawab dalam hal pendidikan, perwalian dalam hal perkahwinan, memberi nafkah dan semua urusan harta anak. Dalam isu hadanah, ia bukan hak yg memelihara tetapi hak anak yg dipelihara. Anak berhak dipelihara oleh kedua2 ibu dan bapa dan sekiranya ibu dan bapa telah bercerai, anak tetap berhak mendapat peliharaan drpd kedua2nya mengikut kesesuaian yg ditentukan oleh mahkamah.

Oleh yg demikian, mahkamah syariah mempunyai kuasa menentukan siapa yg berkewajipan memelihara anak jika pasangan bercerai dan memastikan anak mendapat hak pemeliharaan drpd kedua2nya. Dalam hal ini, Islam memberi keutamaan kepada ibu atau kaum wanita untuk mendapat tanggungjawab memelihara anak kerana dari segi fitrahnya seorang ibu lebih peka dan sabar dalam menjalankan tugasnya sebagai ibu. Jika pasangan masih hidup sbg suami isteri, hal pemeliharaan anak tidak timbul. Tentunya semasa dlm perkahwinan, tanggungjawab ini digalas bersama. Pasangan hari ini mendapat pendedahan yg banyak dan mencukupi, semenjak mengandung mereka telah diberikan taklimat dan ceramah mengenai pemeliharaan anak. Di hospital2 semasa duduk menunggu giliran berjumpa doktor semasa mengandung, mereka ditayangkan video mengenai cara memandi bayi, menjaga bayi semasa kecil dari sudut kesihatan. Malah telah ada di pasaran pelbagai jenis buku mengenai pendidikan anak secara lengkap dari kecil hingga dewasa.

Pada pandangan saya segala kemudahan ini membuka ruang yg besar kepada pasangan suami isteri untuk berkongsi dalam memelihara bayi mereka. Sikap tolong-menolong ini akan mengerat hubungan antara suami isteri serta anak. Jika ibu bapa kita dahulu sangat mengasingkan tugas memelihara kepada ibu sahaja, hari ini cara itu telah berubah. Ia juga memberi peluang bapa/suami mengetahui kesukaran memelihara anak, terutama semasa kecil. Malahan amalan hospital bersalin membenarkan suami hadir semasa isteri melahirkan anak juga memberi kesan positif kepada hubungan suami isteri dan tanggungjawab suami terhadap isteri dan anak-anaknya. Ia juga menimbulkan rasa ihsan suami terhadap isteri dan juga ibunya sendiri bahawa proses melahirkan anak adalah suatu proses yang amat mencabar bagi seorang wanita yg sangat2 memerlukan sokongan suami. Jika ini diketahui, suami/lelaki tidak akan derhaka kepada ibunya dan tidak akan mendera isteri serta anak-anak. Lelaki yg waras dan beragama akan menghargai seorang wanita yg dipanggil isteri dan ibu. Hari ini perkongsian suami isteri dalam memelihara anak semasa masih bayi menjadikan hubungan anak-ayah lebih kukuh dan ini boleh mengurangkan isu anak bermasalah. Jika dulu anak hanya manja dan lebih mudah berbual dengan ibu, hari ini anak manja dan selesa dengan kedua ibu dan bapa.

Tersungkur Bersama Tangkal

Hajat menggunung kumpulan pengganas Sulu untuk menakluk Sabah bukan sahaja mendorong mereka menceroboh Kampung Tanduo di sini menggunakan senjata api dan senjata tajam malah, turut menggunakan tangkal kononnya untuk membuatkan diri kebal daripada ditembak. Lebih teruk apabila mereka yg mengaku beragama Islam dipercayai mengamalkan ajaran sesat dan ilmu hitam sebagai pendinding diri untuk merealisasikan angan-angan 'Mat Jenin' untuk merampas wilayah berdaulat milik Malaysia itu. Sejak melakukan pencerobohan pada 12 Februari lalu, mereka percaya dapat menawan sebahagian besar Pantai Timur Sabah selepas begitu yakin dengan ilmu dan tangkal yang tertulis ayat-ayat khurafat untuk membolehkan diri masing-masing tidak lut ditembusi peluru.

Namun, nasib tidak menyebelahi kebanyakan pengganas apabila mereka tetap mati di hujung senjata canggih pasukan keselamatan Malaysia. Sebagai bukti, pasukan keselamatan yang memeriksa mayat dan peralatan yang dibawa pengganas menemui beberapa objek pelik seperti tangkal termasuk kain hijau tertulis ayat-ayat tertentu di kubu persembunyian kumpulan itu.

22 Mayat Ditemui

Selepas seminggu mati ditembak, mayat 22 pengganas Sulu yg terkorban dlm pertempuran dgn pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu di sini dan Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna ditemui dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Drpd 22 mayat yg reput dan berbau busuk itu, 18 mayat pengganas tersebut ditemui di Kampung Tanjung Batu dan empat lagi ditemui di Simunul.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua 22 mayat (tiada perempuan) itu telah dihantar ke Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau oleh pasukan forensik. Bagaimanapun, menurut beliau, sembilan mayat pengganas Sulu yg ditemui reput dan berbau busuk di dalam sebuah kubur besar di Kampung Tanduo pada 6 Mac lalu tidak dikeluarkan. Mayat disebut dipercayai akan dikebumikan di situ. Semua 18 mayat dari Kampung Tanjung Batu dihantar ke Hospital Lahad Datu manakala empat mayat yg ditemui di Simunul dihantar ke Hospital Tawau.

Amanat 11 MAC 2013

Isi Kandungan Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam 11 Mac 2013 | Sudah tentu ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman atau amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung sebentar tadi. Dibawah ammboi kongsikan beberapa kandungan yang sempat ammboi ingat dan petik daripada beberapa sumber.

Untuk Warga ATM dan Polis (PDRM):
* Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain. Perdana Menteri berkata, ia mencakupi skop tugas, struktur pangkat dan kelayakan ATM dan PDRM.
* Gred jawatan dan gaji mejar dlm ATM dan timbalan superintendan PDRM dlm Gred 41, disetarakan dgn gred 46A dlm perkhidmatan awam.
* Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yg kini dlm Gred 17, disetarakan dgn Gred 22 perkhidmatan awam. Datuk Seri Najib berkata, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dlm ATM dan PDRM disetarakan dgn Gred 22 perkhidmatan awam.
* Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini disetarakan dgn Gred 44 perkhidmatan awam.
* Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yg kini dlm Gred 48, disetarakan dgn Gred 52 perkhidmatan awam.
* Gred jawatan dan gaji Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yg dahulunya dlm kelompok gred jawatan 41 disetarakan dgn gred jawatan 44.
*Gred jawatan dan gaji Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yg dahulunya dlm kelompok gred jawatan 41, diletakkan dgn gred jawatan baru iaitu 46A.

Untuk Kakitangan Awam Berstatus Kontrak:
* Kakitangan awam yg kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi.
* Kira2 50,000 kakitangan kontrak yg akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.

Untuk Semua Penjawat Awam:
* Kerajaan setuju beri kaedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan yg diawalkan pada 1 Julai 2013 kpada semua penjawat awam.
* Semua struktur gaji maksimum diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak 3 kenaikan berkuatkuasa 1 Jan 2013. Kenaikan itu membabitkan 182,434 penjawat awam yg berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT.

Friday, March 8, 2013

CUEPACS Harap Berita Gembira

Kongres Kesatuan Pekerja2 Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap ada berita gembira yg akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kakitangan awam pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada kakitangan kerajaan di Putrajaya pada 11 Mac ini. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pengumuman Perdana Menteri itu diharap akan menceriakan hampir 1.4 juta kakitangan awam termasuk 15,000 kakitangan awam yg dijadual menghadiri pertemuan tersebut. Apa sahaja keputusan Perdana Menteri biarlah menjadi penyuntik semangat dan melegakan kakitangan awam.

Saya percaya mereka juga telah lama menanti khabar selepas pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) September lalu," katanya kepada Utusan Malaysia pada Persidangan Kebangsaan Anggota Badan Berkanun di sini hari ini. Omar mengulas harapan CUEPACS terhadap pengumuman yg dinanti-nantikan oleh kakitangan awam melibatkan tuntutan yg dikemukakan oleh kesatuan itu sepanjang tahun lalu. Antaranya membabitkan kadar kenaikan elaun tetap dan elaun perumahan, semakan kenaikan gaji maksimum, kenaikan gred dan penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan SBPA. Adalah penting tuntutan2 itu dipenuhi kerana perkara tersebut merupakan antara pemangkin dalam memastikan kakitangan awam menjalankan tugas secara lebih gigih dan berintegriti," katanya.

Azzumuddie Kiram Dikatakan Terbunuh

Saki-baki kumpulan pengganas Sultan Sulu diyakini berada dalam keadaan lemah ekoran Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yg mengetuai pencerobohan di Sabah terbunuh bersama 31 anggotanya dalam pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini. Sehingga semalam, jumlah musuh yg terbunuh sejak pertempuran bermula pada 1 Mac lalu seramai 52 orang. Bagi pihak pasukan keselamatan pula seramai lapan pejuang negara gugur. Bagaimanapun, dalam pertempuran terbaharu kelmarin dan semalam, tiada kematian atau kecederaan dialami pihak pasukan keselamatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, 31 drpd pengganas termasuk seorang ketua puak musuh yg berpangkat Jeneral maut dalam pertempuran yg berlaku di Kampung Tanjung Batu petang kelmarin. Seorang lagi pengganas berjaya ditembak mati pasukan keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada pukul 11 pagi semalam. Sejak petang semalam (kelmarin) hingga pukul 11 pagi ini (semalam) pasukan keselamatan terlibat dalam beberapa pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan sekitar Kampung Tanduo," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan status seorang Jeneral yg terbunuh ialah Azzumuddie yg merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III. Setakat ini kita belum dapat mengesahkan identiti Jeneral yg terbunuh berikutan keadaan yg berisiko dan membahayakan anggota keselamatan bagi mengeluarkan mayat2 pengganas yg terbunuh.

Kronologi Ops Daulat 6 Mac2013

LAPORAN KRONOLOGI OPS DAULAT 6 MAC 2013
4.25 ptg - Sidang Media DS Hishamudin dan Zahid Hamidi

-13 Mayat Penceroboh ditemui ketika ini
-CID dan Forensik Menemui Kubur 7 Penceroboh
-Pasukan Forensik diserang ketika membuat pemeriksaan dan pengesahan kubur dan mayat penceroboh kira2 jam 1.45 ptg,
-Anggota keselamatan menemui sejumlah senjata yg digunakan penceroboh)
-Tiada Anggota Keselamatan yg tercedera pada Ops Daulat Hari Kedua
-Kedua2 Menteri Menekankan bahawa orang ramai perlu yakin dan mempercayai kemampuan anggota keselamatan dari PDRM dan ATM
-Pengamal media sosial khususnya perlu lebih bertanggungjawab dan menghormati anggota keselamatan serta keluarga2 wira yg terkorban,
-Gambar2 di lokasi serangan dipertontonkan kepada media

Laporan akhbar tempatan hari ini mendakwa seramai 30 orang penceroboh Sulu terbunuh dalam serangan besar2an melalui Ops Sulu, yg kemudiannya dinamakan Ops Daulat, di pantai timur Sabah semalam. Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yg berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu.

Thursday, March 7, 2013

Sabah Milik Malaysia

Suruhanjaya Cobbold 1963 sahkan Sabah milik Malaysia: Najib

Datuk Seri Najib Razak menegaskan Sabah adalah tetap milik Malaysia berdasarkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 yg mengesahkan rakyat Sabah memilih untuk menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

PM Melawat Lahad Datu

Perdana Menteri tiba di FELDA Sahabat 16 untuk menerima taklimat mengenai Ops Daulat dan meninjau operasi hari ini. Datuk Seri Najib Razak dijangka meninjau operasi itu secara dekat dan melawat anggota polis dan tentera yg terbabit dalam operasi berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini berkata, beliau yakin kehadiran Najib akan memberi semangat baharu kepada semua anggota pasukan keselamatan yg terlibat dalam Op Daulat, terutama setelah apa yg dilalui sepanjang operasi itu. Kalau diikutkan kehendak perdana menteri sejak hari pertama lagi beliau sudah mahu turun ke sini,” katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pukul 10 pagi di sini. Hishammuddin berkata Najib dijadual memantau perjalanan dan akan diberi taklimat perkembangan terkini operasi.

Secara peribadi saya dan Zahid cukup menunggu kehadiran beliau. Sebelum ini kami hanya menghubungi perdana menteri melalui telefon dan hari ini beliau sendiri turun untuk melihat sendiri keadaan di lapangan,” katanya. Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata selain bertujuan memantau perjalanan operasi dan memberi semangat kepada pasukan keselamatan, kedatangan Najib adalah untuk melihat kelengkapan logistik dan kebajikan anggota bertugas. “Empat faktor ini yang menjadi latar belakang lawatan perdana menteri ke lapangan,” katanya. Beliau berkata ini bukan kali pertama Najib turun ke ‘ground zero’ kerana beliau yg pernah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun, telah ke Bosnia and Herzegovina, Timor Leste, Lubnan dan yang terakhir ke Gaza. Pada sidang media itu Ahmad Zahid turut mengedarkan beberapa keping gambar berhubung operasi susulan dan penggeledahan yg dijalankan anggota keselamatan di Kampung Tanduo kepada media

Tuesday, March 5, 2013

Kronologi Gempur Penceroboh

KRONOLOGI GEMPUR PENCEROBOH PIHAK ATM DI LAHAD DATU 5 MAC 2013

12 tgh hari – Setakat ini kematian penceroboh belum disahkan lagi dan tiada kematian dari pihak kita. Alhamdulillah

11.20 pg – Operasi udara telah dihentikan, Pasukan darat pula ambil alih serangan.

11.20 pg – Laporan mengesahkan tiada kecederaan atau kematian dari Pihak Malaysia…Alhamdulillah !!

10.15 pagi – Bergegar bangunan dan cermin Hotel Felda Residence, di Felda Sahabat 16, di mana tempat wartawan berkumpul akibat letupan berdekatan !!

10 pagi – Pasukan keselamatan lancar serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping. Suasana di Hospital Lahad Datu pada masa ini agak sibuk apabila ambulans telah bersiap sedia. Lima buah ambulans dilihat bergegas keluar dengan diiringi dua kereta polis.

9.30 pg – Unit Udara telah mendahului dan menyerang kedudukan Penceroboh di Lahad Datu. Kedengaran lebih drpd 10 letupan berlaku di sana.

9.00 pg – Kedengaran bunyi pesawat dan letupan kuat di sekitar kampung Tanduo. Keadaan tegang tapi tenang.

Jam 8.06 pagi – Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu

Jam 6.00 pagi, 7 Batalion tentera telah berada di sekitar Sabah. Setakat pagi ini tiada serangan dan pencerobohan yg berlaku.

Gambar2 Berhampiran Lokasi Serangan

LAHAD DATU 5 Mac - Berikut adalah gambar2 yg dirakamkan dari kawasan berhampiran lokasi serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, awal pagi ini:

SEORANG anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Imbara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini. Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo.

ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat sini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo.

SEBUAH helikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuran menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini hari ini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yg berkubu di Kampung Tanduo.

ANGGOTA polis dan kakitangan hospital kelihatan mula bersiap sedia di jabatan kecemasan di Hospital Lahad Datu di sini, hari ini berikutan serangan pasukan keselamatan Malaysia keatas penceroboh kumpulan bersenjata di kampung Tandou pagi ini.

KENDERAAN anggota tentera keluar dari Kampung Tanduo menghantar anggota tentera menghadapi penceroboh yg berkubu di kampung Tanduo

SEORANG kakitangan Hospital Lahad Datu di sini mengawal selia dua buah ambulan sebagai persiapan selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tunduo pagi ini.

SEKATAN jalan raya dibuat dekat Imbara Budi menuju ke Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanduo berikutan serangan pihak keselamatan Malaysia ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo pagi tadi.

Wira2 Selamat

Sumber keselamatan memberitahu, laporan sehingga kini mengesahkan tiada sebarang kecederaan di kalangan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu, awal pagi ini.

Serang Ofensif Di Lahad Datu

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 7 pagi ini. Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira2 pukul 7 pagi dengan serangan udara. Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian. Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera. Pasukan komando di barisan hadapan yg mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.

Wartawan Bernama yg berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo melaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat beliau menginap. Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu. Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan mesti mengambil tindakan yg sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yg dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," katanya.

Najib berkata, Jumaat lepas, penceroboh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yg mendakwa diri mereka sebagai "Tentera Sulu" di Sabah telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yg bertugas di kawasan itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna. Setelah serangan yg pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan, pihak berkuasa negara ini akan bertindak," katanya.

Najib berkata, sejak pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari lepas, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dgn harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang2 yg serius," katanya. Najib berkata, sebagai negara Islam yg cintakan keamanan, dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah," katanya.

Serangan Udara Dihentikan

Serangan udara dihentikan sebentar tadi dan kini disusuli operasi darat pasukan keselamatan di lokasi persembunyian penceroboh besenjata di Kampung Tanduo, dekat sini. Sementara itu, satu sidang media mengenai operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dijadual diadakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di Hotel Residen Felda Sahabat, jam 11 pagi ini.

Sama2la kita doakan semoga semua wira2 kita selamat hendaknya...........

Serangan Dilancar

Serangan dilancar dari pelbagai sudut - Sumber tentera
KELIHATAN sebuah helikopter Nuri bersiap sedia memberi bantuan udara kepada pasukan keselamatan negara dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi ini.

Pasukan keselamatan yg melancarkan serangan habis2an ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo menerusi udara dan darat, kata sumber tentera. Katanya, ia dimulakan dengan serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping. Sementara itu, suasana di Hospital Lahad Datu pada masa ini agak sibuk apabila ambulans telah bersiap sedia. Lima buah ambulans dilihat bergegas keluar dengan diiringi dua kereta polis.

Jalan Utama Di Tutup

ANGGOTA pasukan keselamatan mula menutup jalan utama menuju ke kawasan berhampiran Felda Sahabat 17, Lahat Datu, Sabah, iaitu lokasi persembunyian kumpulan penceroboh bersenjata.

Letupan Bom Kedengaran

Kedengaran beberapa letupan bom dipercayai drpd jet pejuang tentera dijatuhkan di Kampung Tanduo, dekat sini yg menjadi lokasi persembunyian kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina. Sejak jam 7 pagi tadi, kedengaran empat kali bunyi bom dari hotel wartawan yg membuat liputan yg terletak kira2 20 km dari lokasi kejadian.

ATM Perjelas Isu Operasi

Malaysia perlu mematuhi undang2 antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah. Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata Malaysia tidak boleh mencabuli undang2 antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang2nya terhadap soal pencerobohan. Beliau berkata, Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yg menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang2. Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka (kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal ditetapkan,” katanya ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan gagal menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, lebih awal sehingga menyebabkan pertumpahan darah.

Terdahulu, beliau merasmikan program persijilan asas kejuruteraan penerbangan untuk lesen Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM), bagi anggota tentera yg bakal bersara di sini. Setakat ini, lapan anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dgn kumpulan penceroboh bersenjata yg mendakwa tentera Kesultanan Sulu dari Filipina, di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 1 dan 2 Mac.

Mengenai gambar lelaki dipenggal kepala tersiar dalam laman web kononnya dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata itu, Abdul Aziz berkata ia adalah gambar lama yg dipercayai berlaku di negara jiran beberapa tahun lalu. Gambar itu ditulis dengan perkataan ‘Lahad Datu’ di bawahnya untuk menggambarkan peristiwa itu berlaku di Lahad Datu dan ini menampakkan niat jahat pihak tertentu terhadap kerajaan.

Apa yg mereka buat ialah dia ambil gambar polis buat kerja di Lahad Datu, kemudian dia masukkan gambar yg kena penggal, untuk saya, ini tindakah jahat, untuk lihat negara kucar kacir, tindakan budak nakal. Sekarang ini ramai yg buat tindakan tanpa memikirkan implikasi bakal timbul, hanya untuk seronok, mereka ini adalah golongan yg tidak sayangkan negara,” katanya.

Naik Pangkat Serta-merta

Enam pegawai dan anggota polis yg terkorban dalam tragedi berdarah di Kg Sri Jaya Siminul, Semporna, malam kelmarin dinaikkan pangkat berkuat kuasa serta-merta. Ia diumumkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengiktiraf pengorbanan mereka. Khalid berkata, kenaikan pangkat itu diharap membantu meringankan beban kewangan isteri dan anak wira negara yg sanggup mengetepikan kepentingan peribadi untuk melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam. Perdana Menteri memaklumkan kepada saya perkara ini sejurus beliau tiba di Pangkalan Udara Subang, semalam bagi menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Superintendan Ibrahim Lebar dan Lans Koperal Mohd Azrol Tukiran.

Setimpal komitmen tinggi
Beliau turut meminta agar kenaikan pangkat disegerakan setimpal dgn komitmen tinggi dan keberanian semua pegawai dan anggota polis terbabit memburu kumpulan penceroboh hingga mengorbankan nyawa mereka,” katanya semalam.

Selain Ibrahim, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman dan Mohd Azrol, 27, dari Batalion 14 PGA Tawau, turut terkorban ialah Asisten Superintendan Michael Padel, 36, (Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Semporna), Sarjan Baharin Hamid (Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah) dan Koperal Salam Togiran, 42, (IPD Tawau). Jenazah Ibrahim dan Mohd Azrol diterbangkan dari Tawau ke ibu negara menggunakan pesawat C-130 Hercules TUDM dan tiba di ibu negara jam 6.45 petang sebelum masing2 dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya dan Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kampung Rantau Panjang, Klang, malam tadi.

Selain Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, turut menyambut ketibaan jenazah ialah Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Khalid juga berkata, PDRM dan kerajaan sedang menguruskan bantuan lain kepada isteri dan anak serta keluarga mereka.

7 Btalion ATM Bantu Polis

Tentera kini bertindak sebagai barisan kedua
Sebanyak tujuh batalion tentera dikerah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di Sabah, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menerusi laman Twitter, beliau berkata daripada jumlah itu, lima batalion dihantar ke Lahad Datu, manakala dua batalion lagi masing2 di Tawau dan Sandakan. Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu polis sepenuhnya dalam menangani krisis ini. ATM sudah menghantar tujuh batalion yg sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau,” katanya.

Barisan kedua
Sementara itu, Timbalannya, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, berkata ATM kini bertindak sebagai barisan kedua dalam membantu mengawal keselamatan di pantai timur Sabah berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata yg setakat ini mengorbankan lapan anggota keselamatan dan 19 anggota kumpulan itu. Katanya, ketika ini ATM bertindak sebagai barisan kedua bagi meyakinkan tahap keselamatan rakyat negeri itu.

ATM siap siaga

Sekarang ini ia (insiden) di bawah Kementerian Dalam Negeri, PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang diberi kuasa untuk menangani atau ketuai situasi itu. Buat masa ini, kami (ATM) hanya dalam keadaan siap siaga. Apabila suruh ambil alih, kami ambil alih,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kementerian Pertahanan di sini semalam.

Serangan Di Lahad Datu

Pasukan keselamatan melancarkan serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi tadi ke atas penceroboh kumpulan bersenjata demi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana dituntut oleh rakyat Malaysia. Datuk Seri Najib Razak berkata demikian dalam kenyataan penuh Perdana Menteri susulan serangan di Lahad Datu, sebentar tadi.

Kenderaan Tentera Tiba

Puluhan kenderaan tentera dilihat memasuki kawasan berhampiran Kampung Tanduo lewat petang ini. Kenderaan tentera yg bertali arus itu, termasuk kereta perisai dan trak membawa anggota tentera, dilihat memasuki kawasan jalan ladang kelapa sawit pada kira2 jam 6.30 petang ini.

Barisan trak tersebut mengambil masa kira2 15 minit untuk membelok ke jalan ladang tersebut.

Turut dilihat dalam barisan kenderaan itu adalah dua ambulans.

Jalan ladang berkenaan merupakan antara bbrpa laluan ke Kampung Tanduo. Petugas media dihalang drpd menggunakan jalan berkenaan, dan hanya dilalui pasukan keselamatan yg menuju kampung tersebut.

Perkembangan ini berlaku susulan dakwaan penduduk tempatan bahawa Tentera Diraja Sulu yg dikepung di Kampung Tandou meloloskan diri dari sekatan dan menduduki Kampung Tanjung Batu. Sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada peningkatan jumlah tentera itu bagi meluaskan perimiter kawalan ke atas penceroboh, yg kini turut melibatkan kampung berdekatan, atau untuk bertindak ke atas kumpulan bersenjata itu.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dan panglima angkatan tenera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin enggan mendedahkan sekiranya pasukan keselamatan akan bertindak ke atas penceroboh berkenaan.

Info Terkini

INFO TERKINI!
-PERINTAH EKSEKUTIF DIKELUARKAN
-ATM AMBIL ALIH
-ARAHAN IALAH HAPUS MUSUH
-TIADA LAGI KOMPROMI! GEMPUR!!!

Marilah kita sama2 DOAKAN KESELAMATAN SEMUA UNIT DALAM ATM SELAMAT DALAM MISI MENGEMBALIKAN MARUAH NEGARA!!!

Monday, March 4, 2013

Tiada Lagi Rundingan....Gempur Habis2an

Tiada Lagi Rundingan, ‘Tentera Sultan Sulu’ Akan Digempur Habis2. Nampaknya pintu rundingan sudah tertutup rapat buat para pemberontak yg mendakwa mereka dari Kesultanan Sulu yg mahu mengambil semula Sabah. Setelah 8 orang anggota polis menjadi korban, kerajaan telah mengumumkan akan menentang habis2an penjenayah bersenjata yg menceroboh Sabah dan membuat onar di Lahad Datu dan Semporna.

Berdasarkan sumber berita, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan pihaknya telah mengerahkan tujuh batalion tentera telah dikerah ke Sabah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di negeri itu. Menurut beliau, daripada jumlah itu, lima batalion telah dihantar ke Lahad Datu manakala dua lagi masing2 di Tawau dan Sandakan.

Memetik laporan Utusan Online, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar2an dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah. Difahamkan kawasan yg menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu. Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik untuk menumpaskan ke semua musuh.

Mayat Penceroboh Belum Dialih

SEMPORNA 4 Mac - Mayat2 kumpulan penceroboh yg terbunuh dalam kejadian tembak menembak dgn pasukan keselamatan di Kampung Simunul di sini Sabtu lalu sehingga kini masih belum dialihkan. Tinjauan Utusan Online hari ini mendapati beberapa mayat bergelimpangan di kawasan rumah penduduk kampung tersebut dan ada diantaranya dalam keadaan mengerikan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, enam anggota polis terkorban selepas mereka diserang hendap oleh kumpulan penceroboh di Kampung Srijaya, Simunul. Enam penceroboh turut terkorban.


Gambar 6 Wira Yg Terkorban

Berikut merupakan gambar barisan perwira yg gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara. Mereka terkorban oleh kerana serangan hendap penjenayah bersenjata dalam operasi di Semporna, Sabah.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing2 berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing2 berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yg masih bujang merupakan anak keenam drpd tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira2 negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Al-Fatihah.

Zahid, Hishammuddin Tiba di Felda Sahabat, Lahad Datu

DATUK Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (melambai tangan) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tiga dari kiri) ditemani Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain (kiri) tiba menggunakan helikopter Nuri di Felda Sahabat, Lahad Datu hari ini.

LAHAD DATU 4 Mac - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berada di Felda Sahabat 16 kira2 130 kilometer dari sini hari ini.

Mereka tiba pada pukul 12.15 tengah hari dengan menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia dari Lapangan Terbang Lahad Datu dan terus ke Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am bagi mendengar taklimat keselamatan pencerobohan Kampung Tanduo. Hishammuddin dan Zahid dijangka mengadakan sidang akhbar bersama selepas taklimat itu di Pusat Media di Residental Felda Sahabat tidak jauh dari situ. -

Kronologi Pencerobohan Di Lahad Datu

9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian drpd anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yng terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sblum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yg mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sbg pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.
Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sbg Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata, rundingan dgn pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yg terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yg merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sbg berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yg mahu dikenali sbg ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’ antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yg bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yg berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yg menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira2 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

Krisis Pencerobohan Di Lahad datu

Krisis Pencerobohan Di Lahad Datu! Mengapa Tidak Tentera Yang Ambil Alih?

Mungkin ramai yg tertanya2 kenapa hanya polis yg mengawal dan berperang dlm krisis di Lahad Datu.. kenapa tidak tentera? haa, ini ada jawapannya yg dikongsikan di laman sosial facebook..

Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dlm perang dgn Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu scra lansung sbg kerajaan yg sah yg mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan – Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Spti tuduhan yg boleh kita buat di atas lanun Somalia yg kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dgn lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan Ianya spti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan shja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya shja. Nampak hati2nya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula2 polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yg membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sbg orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yg mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas. Tiada negara dalam dunia yg tidak di tembusi sempadannya. Yg sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yg terkenal dgn Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yg berulang-alik (serupa dgn kes Lahad datu – golongan yg tidak mempunyai sempadan). Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dgn kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yg terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA…komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi.

Jenazah Yg Terkorban Di Semporna

AL-FATIHAH...semoga roh wira2 negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat. Kepada keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan sesungguhnya seluruh pasukan turut menangisi pemergian beliau. AL-FATIHAH...AMIN....

Jenazah Dibawa Pulang Ke Kampung Masing2

Jenazah anggota PDRM yg terkorban dibawa pulang ke kampung masing2 hari ini
2013/03/04 - 11:17:02 AM Cetak Emel Kawan
TAWAU: Jenazah enam anggota polis yang terkorban dalam kejadian berbalas tembak dengan tentera Sultan Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna pada jam 7.30 malam Sabtu lalu akan dibawa pulang ke kampung masing2 hari ini.

Mayat mendiang Asisten Superitendan Micheal Sk Padel, Ketua cawangan khas daerah Semporna dan Sarjan Baharin Hamit dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah akan diterbangkan ke Kuching pada jam 1 petang ini.

Jenazah Sarjan Abd Aziz Sarikon dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau akan dikebumikan di daerah Semporna dan Koperal Salam Tongiran dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau akan dikebumikan di daerah Tawau hari ini.

Jenazah 3 IPD Tawau Diuruskan Di Surau As Salam

ANGGOTA polis menguruskan tiga dari enam wiranegara di Surau As Salam, IPD Tawau yg terkorban dlm kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan bersenjata yg mendakwa tentera Sultan Sulu di Semporna.

Enam Anggota PDRM Terkorban Lagi

Polis sudah mengenal pasti enam anggotanya yg terkorban dlm serangan hendap oleh sekumpulan penjenayah di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna, Sabtu lalu. Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan 2 pegawai & 4 anggota yg gugur dlm serangan penceroboh di Sabah. Mereka adalah:

1. Pegawai cawangan khas Bukit Aman, Superitendan Ibrahim Lebar
2. Ketua cawangan khas daerah Semporna, Asisten Superitendan Michael Padel
3. Pegawai cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Baharin Hamit
4. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Sarjan Aziz Sarikun
5. Anggota cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Koperal Salam Tongiran
6. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran.

Hamza berkata, jenazah semua anggota polis yg terkorban itu akan diterbangkan ke kampung halaman masing2 dari Lapangan Terbang Tawau kira2 jam 1 tengah hari ini.

Salam takziah kepada keluarga anggota pasukan PDRM. ALFATIHAH...AMIN....

Lahad Datu: Enam anggota polis maut selepas diserang hendap beberapa penceroboh bersenjata api dalam kejadian di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, sepasukan anggota polis yg menerima maklumat terdapat bbrpa individu bersenjata di perkampungan atas air berkenaan bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan. Bagaimanapun, mereka diserang hendap menyebabkan enam anggota maut manakala enam penceroboh terbunuh selepas berbalas tembakan. Semua mayat berkenaan hanya dapat dikeluarkan dari kawasan kejadian jam 7 malam semalam selepas kawasan itu disahkan selamat. Semua mayat pula sudah dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat. Dengan ini, polis beranggapan kejadian di kampung itu selesai,” katanya.

Sementara itu, pada 10 malam tadi (kelmarin) kami mengesan 10 orang menceroboh Kampung Lormalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak, dekat sini. Kami percaya mereka ini orang luar dan bukan rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media Ops Sulu di Felda Sahabat 16, di sini, semalam. Ismail berkata, tiga drpd penceroboh terbabit dipercayai bersenjata dan pihaknya kini berusaha mengesan kumpulan itu.

Situasi Semasa Di Sabah

Keadaan di kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Lahad Datu tenang
04/03/2013 3:27am

SEMPORNA — Suasana di Kampung Sri Jaya, Simunul dan kawasan tertentu di sini kelihatan tenang malam tadi selepas enam anggota polis terbunuh dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air itu, kelmarin.

Dalam kejadian itu, enam anggota kumpulan itu turut maut. Tinjauan Bernama mendapati laluan masuk ke perkampungan itu dan kawasan sekitarnya dikawal oleh anggota tentera dan polis. Pasukan keselamatan juga menasihatkan penduduk, yg masih tinggal di perkampungan itu, supaya mengambil langkah berjaga-jaga. Keadaan di bandar Semporna pula tetap aman dan terkawal meskipun ia agak lengang berbanding situasi biasa. Sementara itu, suasana di Lahad Datu juga dilaporkan tenang.

Pada Jumaat lalu, dua anggota komando VAT 69, Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, terbunuh sementara tiga yg lain cedera dalam insiden pertempuran di Kampung Tanduo.

Dalam kejadian itu, seramai 12 anggota pasukan penceroboh terbunuh. Sementara itu, Ismail berkata, polis turut menahan tiga daripada lebih 150 orang kumpulan bersenjata rakyat Selatan Filipina yg menceroboh dan berpangkalan di Kampung Tanduo di sini sejak 12 Februari lepas. Mereka dipercayai cuba keluar daripada kumpulan itu," katanya yg enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai tangkapan tersebut.

Wira Malaysia Yg Terkorban

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

Mari sama2 kita sedekah Al Fatihah kepada pejuang dan wira negara yg telah terkorban dalam krisis pencerobohan Lahad Datu Sabah pada 1 Mac 2013... semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini......

AL-FATIHAH.....AMIN.......

Friday, March 1, 2013

PKNS Siasat Jambatan Runtuh

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menubuhkan jawatankuasa siasatan teknikal bagi mengenal pasti punca kejadian jambatan runtuh di persimpangan bertingkat berdekatan Taman Sains Selangor 2, tengah hari semalam. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, struktur jambatan yg dibina melintasi Lebuhraya Plus Putrajaya menghubungkan laluan ke Johor Bahru, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ipoh, Shah Alam dan Subang Jaya itu patah di bahagian tengah.

Bagaimanapun kejadian itu tidak menganggu perjalanan lalu lintas dan tiada kematian atau kecederaan dilaporkan. Pengurus Besar PKNS Othman Omar berkata, pihaknya akan membuat kerja pembersihan yg dijangka mengambil masa tiga minggu dan seterusnya melaksanakan kerja membaik pulih selama lapan bulan. Menurutnya, PKNS mengambil tindakan proaktif terhadap insiden berkenaan dengan kadar segera serta tidak mahu menuding jari menyalahkan mana2 pihak.

Jambatan ini mula dibina pada Oktober 2007 dan beroperasi pada November 2009. Bagaimanapun, ia mengalami masalah dan terpaksa ditutup awal Disember tahun lalu bagi memberi peluang kepada perunding bebas menyiasat. Antara masalah yg dikenal pasti ialah empat tiang pada jambatan berkenaan condong sedikit, malah ada beberapa tempat berdekatan mengalami masalah struktur tanah kerana kawasan itu sebelum ini adalah paya, katanya pada sidang media, semalam. Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini beliau pernah melawat jambatan berkenaan selepas dimaklumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yg menyatakan ada pergerakan pada satu drpd tiang jambatan itu. Ketika lawatan itu, saya diberi taklimat mengenai keadaan jambatan dan saya membuat keputusan menutup laluan di bawahnya atas faktor keselamatan. Bagi saya, keselamatan pengguna tidak boleh dikompromi dan wajib diberi keutamaan. Sehubungan itu, jambatan dan laluan di bawahnya ditutup kepada lalu lintas sejak 7 Disember lalu, katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, satu lencongan dibuat membabitkan persimpangan bertingkat Taman Sains Selangor 2 (antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya) di laluan Lingkaran Putrajaya bagi memudahkan kerja pemeriksaan dilakukan pihak bertanggungjawab. Saya juga menandatangani satu warta bagi membolehkan jalan ini ditutup sehingga 31 Disember depan tertakluk pada tarikh siap sebenar kerja membaiki jambatan itu,” katanya.

Zaidi Meninggal Akibat Serangan Jantung

Penyanyi dikir barat terkenal Kelantan, Zaidi Buluh Perindu rebah dan tidak sedarkan diri ketika membuat persembahan di hadapan 1,000 tetamu pada satu majlis di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, Pengkalan Kubor, di sini, semalam. Dia yg nama sebenarnya, Zaidi Mohamad, 45, disahkan meninggal dunia di Hospital Tumpat (HT) pada jam 11 pagi, kira2 setengah jam selepas rebah di majlis itu yg dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Kejadian berlaku ketika Allahyarham mengadakan persembahan sempena majlis perasmian Restoran Sri Nelayan dan penyampaian bantuan elaun sara hidup nelayan di kompleks berkenaan. Zaidi yg terkenal dengan lagu dikir barat berjudul Juwita ketika itu menyampaikan sebuah lagu sebelum rebah di bahagian kiri pentas utama. Dia dikejarkan ke HT menggunakan kenderaan LKIM untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Saya dan suami bercadang menunaikan umrah pada April ini, tetapi hasrat itu tidak kesampaian,” kata Zaharina Mohamad, 47, isteri Zaidi Mohamad, 45, atau lebih dikenali sebagai Zaidi Buluh Perindu yg meninggal dunia ketika mengadakan persembahan, semalam. Menurut Zaharina, dia dan suaminya merancang menunaikan umrah bersama beberapa rakan lain. Sebelum ini, arwah hanya mengadu sakit dada. Tak sangka pula dia rebah dan meninggal dunia ketika membuat persembahan. Apapun kami sekeluarga reda kerana Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bunut Sarang Burung, dekat sini, semalam.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar meluangkan masa melawat jenazah Zaidi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarganya. Menurutnya, selain hasrat menunaikan umrah tidak kesampaian, masih terngiang2 ungkapan seorang rakan suaminya yg memaklumkan kepadanya, Zaidi ada menyebut teringin masuk ke liang lahad pada malam Jumaat.

AL-FATIHAH.........