Islamic Clock

Friday, April 29, 2011

Kerja n Kerja2....


Minggu nie mama agak bz sikit ngan bermacam2 urusan urgent yg nak diuruskan, Cakap memang mudah, tp jgn tau cakap ajee...cuba sendiri buat baru tau. Tapi takkan nak cakap mama tak mampu buat@handle, mama boleh buat tp bgla mama masa untuk membuatnya. Jgn tau bg arahan jer, sesuaikanlah ngan arahan keje yg diberi biar ada ruang n masa untuk menguruskannya, mama bukan buat keje untuk seorang...kerja tetap kerja tp biarkan berpada....tapi tak semua org macam tuu.....so disebabkan kekangan masa mama terpaksa korbankan masa rehat yg panjang tghari nie demi untuk menyiapkan keje2 tersebut....akhirnya Alhamdulillah mama berjaya jugak menyiapkannya...tahap kesabaran seseorang tu ada batasannya....tapi siapala diri mama....Marilah kita sama2 berusaha memberikan sepenuh komitmen dgn ikhlas n jujur dlm menjalankan amanah yg diberikan kpda kita. Sesungguhnya setiap org akan ditanya tentang apa yg dipertanggungjawabkan kpda kita. Moga Rahmat Allah sentiasa bersama kita... InsyaAllah.

Hari minggu ni mama ada Bengkel Pemantapan Organisasi INSPEM n Sambutan Hari Keluarga INSPEM di Ancasa Resort Allsuites Port Dickson, Negeri Sembilan. Selamat berhujung minggu n Selamat menyambut Hari Pekerja 2011.

Thursday, April 28, 2011

Update EBM stok

Weekend yg lepas mama sempat update stok EBM bagi bulan Mac 2011, so inilah pic yg sempat mama uploadkan untuk motivasi n kenangan buat diri mama agar sentiasa mendisiplinkan diri mama demi menjayakan proses penyusuan mama demi untuk anak tersayang.



Inilah hasil pump mama bg bulan Mac 2011.....syukur Alhamdulillah moga2 hasil pump mama akan terus bertambah......Insyaallah.....

Masak Char Kueh Tiew

Hmmmm bila hari2 makan nasi rasa cam jemu plak, asyik nasi jer hehe2...rasa teringin nak makan benda lain selain dari nasi, fikir n fikir n last2 mama masak char kueh tiew, so inilah hasilnya jom kita sama2 menikmatinya........

Tuesday, April 26, 2011

Aktiviti Anak2 Di Hari Minggu

Hari minggu kalau tak ke mana2, inilah antara salah satu aktiviti mingguan anak2 mama...ape lagi, mandi kolam laaa.....jom layan pic anak2 mama mandi kolam.....

Jom kita sama2 belajar berenang.....

Bestnya mandi kolam nie mama.......jomla join.....

Masing2 dah kesejukkan......

Thursday, April 21, 2011

Mama @ Hasil EBM

Dah beberapa hari mama tak berkesempatan nak update blog mama nie, so time ada kelapangan n sambil2 dok santai ngan anak2 nie mama nak uploadkan hasil EBM mama untuk hari ini sbg motivasi n kenang2an untuk diri mama di masa akan datang.

Alhamdulillah, inilah hasil EBM mama untuk hari ini. Sebagai mama yg fully BF anak, mama mestilah sentiasa mendisiplinkan diri mama dgn jadual pump mama setiap hari agar hasilnya sentiasa bertambah. Semoga Allah swt sentiasa mempermudahkan mama dlm segala urusan... Insyaallah mudah2an niat murni mama ini akan berhasil dgn jayanya.......

Monday, April 18, 2011

Jalan2 Santai Di Hari Minggu

Cam biasala petang2 ari minggu mama n papa mesti bawa anak2 jalan2 walaupun sekejap... walaupun penat mama n papa tetap akan luangkan masa bawa anak2 berjalan2 santai......

Cian papa, penat balik keje xilang lagi...dah kuar bawa anak2 jalan2 plak.....

Ape la yg Kak Iqa n Abg Syahmi buat tu.....tengok arnablaa mama papa....

Nie la antara pic yg sempat dirakamkan....

Permintaan Anak2 Di Pagi Ahad

Hhhmmm nak masak pee ye pagi nie.....rasa cam xnak makan makanan berat2 just nak yg simple2 jer pagi2 minggu nie. Papa plak kene keje so mama tinggal ngan anak2 je la. Last2 Kak Iqa ckap mama buatla roti, kakak suka roti yg mama buat tuu, hhhmmm best jgak idea Kak Iqa tuuu..so mama kata ok, mama boleh buat tp Kak Iqa kene tolong mama jaga adik baru mama leh uli roti klau x Kak Iqa xleh makan roti klau malas jg adik... jom kita buat roti...hehehe....

Ni la hasil tepung yg baru siap mama uli tadi....

Hhhmm...selepas siap diuli so mama kena la canang doh ni jadikan roti sebiji2 plak...

Inilah hasilnya setelah siap di canang...so kena la tunggu lebih kurang 30 minit supaya roti itu mengembang dulu barula boleh dibakar.....

Setelah 30 minit berlalu, inilah hasilnya....so blehla kita bakar dalam oven...

Setelah siap dibakar, inilah hasilnya......jom kita sama2 menikmati menu mama pagi ini...cam mn best x Kak Iqa, Abg Syahmi...
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga mama memenuhi permintaan anak2 mama pagi ini....

Mama @ Hasil EBM


Inilah hasil pump mama pagi td, ini dah jadi rutin harian mama setiap hari sejak mama bergelar ibu kepada anak2 mama. Pump susu dah jadi cam best friends mama, klau g mana2 mesti mama kene bawa pump susu. Setiap pagi, tghari n petang klau di opis mama mesti kene pump susu klau x....cian 'B' mama.... walau sibuk cam mana sekalipun mama mesti luangkan masa atleast 10 ke 15 minit utk pump susu. Setiap hari mama akan bawa pulang lebih kurang 25 ke 30 oz. Alhamdulillah, syukur berkat kesabaran n usaha mama, mama berjaya menyusukan anak2 mama sepenuhnya tanpa susu formula... mama bersyukur di atas anugerah n nikmat yg Allah swt kurniakan kpda mama n anak2..... semoga Allah swt mempermudahkan mama dlm segala urusan.... indah n nikmatnya mama rasa bila mama menyusukan anak2 mama....

Ini adalah antara kuantiti hasil pump yg plg meriah yg mama pernah dapat... ianya xla sllu... tapi seronok tau...inilah antara pengorbanan mama demi untuk membesarkan anak2 mama.....

Sunday, April 17, 2011

Ibu Bapa Wajib Penuhi Hak Anak

Ini adalah info yg mama baca dlm paper pg tadi, just nak share ngan kawan2 n utk peringatan buat diri mama juga...Ibu bapa wajib penuhi hak anak2 untuk bentuk zuriat soleh n solehah...

Kebiasaannya kita mendengar anak hendaklah menunaikan hak ibu bapa. Persoalannya adakah anak mempunyai hak untuk ibu bapa tunaikan?

Alhamdulillah. Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah waba’du. Anak adalah rezeki drpd Allah yg sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dlm surah as-Syura ayat 49 n 50, Allah SWT berfirman yg bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit n bumi. Dia menciptakan apa yg Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kpda siapa yg Dia kehendaki n memberikan anak lelaki kpda siapa yg Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki n perempuan (kpda siapa yg Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kpda siapa yg Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yg Maha Mengetahui lg Maha Kuasa.”

Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dgn demikian, terjalin hubungan harmoni dlm keluarga, lahirlah anak yg taat kpda dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yg dapat membangunkan agama, bangsa n negara.
Islam adalah agama yg sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yg perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yg baik buat anak yg bakal dilahirkan hasil drpd perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yg ingin berkahwin agar memilih wanita yg solehah.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi krna empat perkara: krna hartanya, krna kedudukannya, krna kecantikannya n krna agamanya. Pilihlah wanita yg beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua, hendaklah membaca doa sblm melakukan hubungan badan agar terhindar drpd gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kpda kita spti dlm satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dgn nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan drpd kami n jauhkanlah syaitan drpd apa yg Engkau rezekikan kpda kami.

Jika Allah takdirkan (dgn hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” - Riwayat al-Bukhari.

Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yg berada dlm kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yg dikandungnya, mahupun sifat2 yg akan diturunkan drpd ibu kpda anaknya.

Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yg dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yg akan berpengaruh kpda bayinya nanti.

Kelima, hendaklah menerima dgn senang hati bayi yg dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yg tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yg perlu dijauhi. Orang Quraisy pd zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mrka membunuhnya. Begitu jg kadang2 Allah SWT menguji ibu n ayah dgn anak yg kurang sempurna spti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dgn berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kpda penceraian @ pembunuhan pd anak tersebut.

Keenam, memberi nama anak yg baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yg baik n bagus didengar. Nama itulah yg akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, jgnlah tersalah memberi nama. Jgnlah diberi nama yg ada unsur menyamai dgn agama ln @ ahli maksiat n orang yg terkenal kejahatannya. Berilah nama yg dianjurkan spti nama yg menunjukkan perhambaan kpda Allah, nama Nabi n orang yg salih.

Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman n tenteram drpd hal yg menakutkan n perkara yg boleh merosakkan akidahnya. Jgn suka menakutkan dgn mengatakan kepadanya ada hantu krna ia boleh merosakkan mental n agamanya.

Kelapan, memberi pendidikan agama yg cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dgn menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam.

Merancang Keluarga

RASANYA semua lelaki bergelar suami akan mengaku mrka memberi sokongan kpda isteri dlm pelbagai hal, termasuk urusan kerja n rumah tangga. Namun sokongan ini masih tidak lengkap jika tiada persefahaman n kesepakatan dlm hal membabitkan perancangan keluarga. Islam tidak menghalang penggunaan kaedah perancangan keluarga bg memastikan setiap kehamilan n kelahiran adalah dikehendaki, disayangi n dialu2kan. Malah, ia bukan saja membolehkan ibu bapa bersedia dr segi mental, fizikal n kewangan, ttpi perancangan kehamilan penting untuk kesihatan wanita sendiri.

Kenapa perlu merancang? Perunding Obstetrik n Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Jamiyah Hassan berkata, risiko kematian akibat melahirkan anak adalah berbeza mengikut negara iaitu antara satu kes kematian bg setiap 20 kelahiran di Afrika n satu kes bagi setiap 10,000 kelahiran di Eropah Utara.

Di negara kita ada banyak jenis kaedah perancangan keluarga n antara yg popular ialah:
# Kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi @ ejakulasi di luar). Kaedah ini bagaimanapun kurang berkesan
# Kaedah halangan spti kondom. Ia adalah cara pencegahan kehamilan yg baik, murah n dapat mengelak jangkitan penyakit seksual
# Pemandulan iaitu mengikat peranakan bagi wanita atau lelaki
# Pil perancang (wanita)
# Alat intrauterin (IUD)
# Sistem intrauterin (IUS)
# Implan
# Suntikan

Walaupun kaedah disenarai di atas sudah lama ada di negara kita, masih ramai wanita bimbang menggunakannya. Kebimbangan timbul akibat salah faham mengenai kaedah perancangan keluarga, malah sesetengahnya percaya kpda pendapat lama yg tidak berasas.

Antara salah faham mengenai kehamilan dan kaedah perancangan keluarga ialah:
# Wanita tidak akan hamil jk tidak mencapai orgasma — Tidak benar. Walaupun tidak mencapai kepuasan dlm seks, wanita masih boleh hamil
# Wanita tidak akan hamil jika mengadakan hubungan seks kali pertama — Tidak benar. Jika ketika itu dia mengalami proses ovulasi (pengeluaran telur), kehamilan boleh berlaku
# Wanita tidak akan hamil jk mencuci vagina mrka sejurus slps mengadakan hubungan seks — Tidak benar. Ini krna sperma boleh berenang dgn cepat terus menuju ke dlm ruang rahim n tiada cucian yg akan sampai ke rahim untuk membunuh sperma
# Kehamilan tidak akan berlaku jk mengadakan hubungan seks pd ‘hari selamat’ — Tidak benar krna sangat susah sebenarnya untuk mengira bilakah hari yg anda benar2 ‘selamat’ berdasarkan kiraan kitaran haid. Ini krna kitaran haid dipengaruhi byk faktor, termasuk perubahan hormon, suhu badan n proses ovulasi
# IUD akan menyebabkan jangkitan — Tidak benar. Memang ada kajian yg mendakwa perkara ini ttpi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati ada fakta berat sebelah, termasuk drpd segi penggunaan pembandingan yg tidak sesuai, diagnosis jangkitan berkaitan pengetahuan pegawai soal selidik mengenai IUD n kegagalan mengawal faktor risiko tambahan spti bilangan pasangan. Kajian lain mendapati risiko jangkitan di kalangan pengguna IUD n bukan pengguna adalah lebih kurang sama
# IUD tidak boleh digunakan oleh wanita yg tidak pernah melahirkan anak — Tidak benar. Itu adalah rumusan drpd kajian lama yg tidak membezakan antara wanita yg tidak pernah melahirkan anak dgn golongan mengamalkan seks berisiko tinggi.
Kajian lain ke atas 1,895 wanita mendapati tiada kaitan antara penggunaan IUD awal dgn pengikatan tubal (pengikatan tubal sblm ini dikaitkan dgn jangkitan klamidia). Garis panduan terkini menyarankan penggunaan IUD sbg pilihan kaedah yg berkesan bg wanita yg tidak pernah melahirkan anak
# Kaedah perancangan keluarga yg mengandungi hormon, terutama pil perancang utk jangka masa panjang akan menyebabkan kanser payudara — Tidak benar. Pengambilan pil perancang dapat mengurangkan 58 hingga 79 peratus risiko kanser payudara di kalangan wanita yg mempunyai risiko keturunan untuk mendapat kanser itu. Kajian mendapati semua jenis pil perancang kombinasi mengurangkan risiko pembentukan sel kanser payudara sebanyak 40 peratus.

Pil perancang ada beberapa manfaat lain spti memberi perlindungan kepada:
a. Kanser ovari (pengurangan risiko antara 40 hingga 80 peratus) di kalangan pengguna; perlindungan bermula selepas setahun menggunakannya dan risiko berkurang lagi 10 hingga 12 peratus bagi setiap tahun berikutnya.
b. Pengurangan 50 peratus pengurangan risiko untuk kanser endometrium (lapisan dlm rahim) yg bermula setahun slps pil diambil. Perlindungan dikatakan berterusan sehingga 15 tahun slps berhenti mengambil pil perancang.
c. Pengurangan 50 hingga 79 peratus untuk pembentukan sista ovari
d. Pengurangan masalah fibroid (17 peratus) bagi setiap lima tahun.
Selain itu ia didapati dapat mengurangkan penyakit keradangan pelvik, meningkatkan ketumpatan tulang serta memperbaiki tekstur kulit. Cuma masalahnya ialah kepatuhan pada jadual pengambilan kerana ia perlu dimakan setiap hari

# Jika wanita yg mengambil pil perancang hamil, adakah ia akan membahayakan janin dlm kandungan? — Tidak. Kajian menunjukkan pengambilan pil perancang tidak menjejaskan pembentukan janin. Wanita boleh meneruskan kehamilan mereka tanpa rasa bimbang.
Dr Jamiyah berkata, untuk memastikan keberkesanan pil perancang, wanita perlu membaca arahan pengambilan seperti tercatat dalam label atau risalah panduan yang dilampirkan. Jika masih tidak pasti, rujuk atau dapatkan nasihat doktor
# Dos pil perancang yg tinggi (30 mikrogram) memberi perlindungan lebih baik berbanding 20 mikrogram — Tidak benar. Kajian perbandingan menunjukkan tiada perbezaan kadar kehamilan di antara dua dos berkenaan. Walaupun pengambilan dos rendah boleh menyebabkan pendarahan tidak sekata, ia boleh mengurangkan komplikasi vaskular (salur darah) dan gejala yg dialami apabila ia dihentikan
# Kaedah perancangan keluarga yg mengandungi hormon terutama pil perancang akan menyebabkan peningkatan berat badan - Tidak benar. Banyak kajian dilakukan untuk membandingkan kesan peningkatan berat badan antara wanita yg mengambil pil perancang dgn golongan menggunakan kaedah perancangan tanpa hormon.
Didapati pertambahan berat badan antara dua kumpulan ini lebih kurang sama. Pertambahan berat badan bukan disebabkan hormon di dalam pil perancang tetapi apabila tabiat makan seseorang. Jika pengambilan makanan berlebihan drpd diperlukan, semua orang boleh menjadi gemuk
# Tidak kira sebagus manapun kaedah perancangan itu, seseorang wanita masih boleh hamil — Biasanya kehamilan ‘kemalangan’ ini berlaku apabila kondom tidak dipakai dgn betul @ ada kebocoran pd kondom. Pengambilan pil perancang yg tidak mengikut jadual jg menunjukkan lapan peratus kehamilan, terutama pd tahun pertama ia diambil.
Bagaimanapun, jk kondom digunakan dgn betul, catatan kehamilan sangat rendah (dua peratus saja). Namun bg kaedah ln — pil perancang, suntikan hormon progestogen, IUD, IUS @ implan — sangat berkesan mencegah kehamilan. Bagaimanapun usah risau, jk anda ingin mengandung, yg perlu dilakukan ialah menghentikan penggunaan kaedah perancangan dan kesuburan anda akan kembali spti asal.

Thursday, April 14, 2011

Bersantai Di Playground

Saja mama n papa bawa putera puteri bersantai di playground. Jom layan gambo anak2 sepanjang di playground....

Apelaa mama nie Adik Iesya kan lum pandai jalan lg....

Kak Iqa tengah khusyuk naik buai.......

Abg Syahmi pun naik buai jgak....

Adik Iesya pun nak naik buai jgak la mama...jom layannn.....

Pic Mama, Abg Syahmi n Adik Iesya di playground......

Tengok anak2 mama semua berebut nak duduk kat mama.........

Pic Adik Iesya n Papa di playground.......

Pic Papa, Abg Syahmi n Adik Iesya di playground

Pic Papa, Kak Iqa n Adik Iesya di playground.....

Pic Mama n Adik Iesya.....
Macam2 gelagat anak2 mama tp ini jee yg sempat mama uploadkan, nnti next time mama upload lg....

Adik Iesya

Nie mama nak berceloteh pasal perkembangan Adik Iesya, mybe jgak samb. dari Baby Iesya @eight month....just sbg tanda kenang2an buat diri mama sekeluarga.......

mama..cuba mama tengok sini jap...tengok Adik Iesya dah pandai duduk sendiri dah skrg nie.....

hahaha...nie susu mama Iesya, jgn usik tau...mama pump utk Adik Iesya nie....mai Adik Iesya tolong simpankan dlm freezer boleh wat bekalan kat umah umi esok......


Nie la rutin harian mama Iesya.....hasil pump di opis demi untuk anak tersayang...

Jommm...sape nak ikut Adik Iesya jalan2 naik walker hehehe......

mmmhhhmmm......sedap plak biskut nie mama, Adik Iesya nak lg la mama.....


Nie la antara menu2 kegemaran Adik Iesya yg mama masak....

Dan lg satu Adik Iesya jg dah bleh brdiri sndiri dah tau......

Inilah hasil usaha mama Iesya........

Wednesday, April 13, 2011

Harga Ikan Patin RM13K


TEMERLOH 12 April – Seorang pelanggan yg dilaporkan membayar RM13,000 bg makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru2 ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan krna ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

“Lagipun, ikan patin yg kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yg kurang tepat bhwa harga yg dikenakan itu tidak munasabah. Pelanggan itu berkata bhwa selain ikan patin, mrka jg makan udang galah n ikan krai, sejenis ikan sungai yg harganya jg tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yg dianggap tidak munasabah itu timbul, mgkn krna ada antara 350 orang yg turut makan pd hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis2 ikan yg dihidangkan. Seorang peniaga yg mempertikaikan dakwaan kumpulan yg mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yg dibayar sbg bukti. Peniaga yg enggan namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan scra tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan n industri ikan patin di Temerloh.

Seorang lg peniaga yg hanya mahu dikenali sbg Amran berkata, beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 n RM100 sepotong bergantung pd saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong. Ikan patin sangkar pula RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong — BERNAMA

ish2...ish2...ish2...nape la beritanya bercanggah bebeno ek...

Bilakah Susu Mula Dihasilkan?

Diantara hari pertama dan keempat slps kelahiran, susu sebenar yg berwarna putih akan mula dikeluarkan. Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur dgn susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat berkrim. Scra perlahan2, iaitu kira2 seminggu kmdn, kolostrum akan berkurangan n susu kelihatan cair, kebiruan n berkeadaan spti air. Inilah rupa susu ibu yg sebenar.

Sesetengah ibu mendapati payudara mrka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu. Sesetengah bayi akan kehilangan berat dlm tempoh bbrpa minggu pertama. Bagaimanapun, berat bayi akan meningkat sebaik shja payudara ibu mula mengjasilkan susu.

Renungan Untuk Diri Kita

Kenapalah engkau malas sembahyang?

Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang....

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang....

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.

Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."
"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati

Ini pun mama upload dari blog jugak...just nak share ngan kawan2....
Ini adalah tanda pertama dr Allah SWT kpda hambanya n hanya akan disedari oleh mrka yg dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mrka sedar @ tidak shja. Tanda ini akan berlaku lazimnya slps waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dr hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran @ seakan2 mengigil. Contohnya spti daging lembu yg baru sj disembelih dimana jk diperhatikan dgn teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan2 bergetar. Tanda ini rasanya lazat n bg mrka yg sedar n berdetik di hati bhwa mgkn ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti n hilang stlh kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bg mrka yg tidak diberi kesedaran @ mrka yg hanyut dgn kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu shja tanpa sebarang munafaat.
Bg yg sedar dgn kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik utk memunafaatkan masa yg ada untuk mempersiapkan diri dgn amalan n urusan yg akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut2. Pada ketika ini daun yg tertulis nama kita akan gugur dr pokok yg letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut n mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu n jk ini terjadi, mrka yg terpilih ini akan merasakan seakan2 bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang ttpi kuasanya utk mencabut nyawa adalah bersamaan dgn jumlah nyawa yg akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kpda mrka yg diuji dgn musibah kesakitan di mana orang sakit yg tidak makan scra tiba2 ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bhgn tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan n kiri. Jk tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita slps itu supaya perut kita tidak mengandungi byk najis n ini akan memudahkan urusan orang yg akan memandikan kita nanti. Ketika ini jg mata hitam kita tidak akan bersinar lg n bg orang yg sakit hidungnya akan perlahan2 jatuh n ini dapat dikesan jk kita melihatnya dr bhgn sisi. Telinganya akan layu dimana bhgn hujungnya akan beransur2 masuk ke dlm.
Telapak kakinya yg terlunjur akan perlahan2 jatuh ke depan n sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bhgn pusat n ianya akan turun ke pinggang n seterusnya akan naik ke bhgn halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah n berdiam diri n menantikan kedatangan malaikatmaut utk menjemput kita kembali kpda Allah SWT yg telah menghidupkan kita n skrg akan mematikan pula. Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak.

Apabila Israfil Meniup Sangkakala


Artikel nie mama baca dlm satu blog n just nak share n utk peringatan buat diri mama jg....rasa ngerinya bila baca artikel ini...terasa cam kerdilnya diri mama ini di bumi Allah swt...Semasa Israfil meniup sangkakala yg pertama (yg berbunyi spti satu jeritan yg amat kuat tiada boleh nak digambarkan dgn apa2 jua, di mana tatkala mendengarnya akan gugurlah jantung2 manusia, akan gugurlah bayi dlm kandungan tanpa disedari, akan tercampak bayi2 yg sedang disusui ibunya) maka petala2 langit akan runtuh menyembah bumi, hamparan bumi akan bergegar (sila rujuk Surah Zalzalah) dan bergulungan antara lapisan demi lapisan sepertimana hamparan permaidani yg bergulungan. .. Segala2nya hancur berkecai semua isi bumi n langit ini.. tidak ada walau satu pun makhluk yg terselamat.. Ini pasti dirasai oleh umat yg masih hidup ketika itu. Manakala yg sedang mendiami alam kubur tidak akan merasai sengsara tiupan yg pertama ini..

Sesungguhnya yg pasti smsa waktu hampir menjelang Kiamat maka Allah Maha berkuasa menetapkan bhwa kanak2 sudah tidak ada lg dlm jangka masa itu krna Allah Maha Adil tidak izinkan kanak2 yg mumaiyiz samaada yg Islam ataupun kafir utk mengalami n merasai keperitan keadaan yg amat dahsyat itu.. Tiupan sangkakal ke dua adalah utk memastikan semua makhluk ciptaanNya telah mati termasuklah malaikat Izrail akan mencabut nyawanya dgn perintah dari Maha Agung slps Malaikat Israfilmelakukan sedemikian.. ketika Izrail mencabut nyawanya sendiri barulah ia mengetahui betapa pedih n peritnya tatkala nyawa berpisah dari tubuh..selama hayatnya, Izrail ditugaskan untuk mencabut nyawa sekalian manusia dlm pelbagai cara.. jk bg seorang mukmin sejati, maka malaikat ini akan menjalankan pemisahan ruh dr jasad dgn cara yg paling lembut n tertib..tetapi adalah sebaliknya bg mrka yg kufur ingkar akan perintah Allah sepanjang hidup mrka, maka malaikat akan menyentap ruh dgn sekeras2nya tanpa belas kasihan n terasa isi2 daging tubuh bagai disiat2.... na' uzubillah min zaalik.. Nabi Muhammad sendiri merasai kesakitan smsa keluarnya ruh dari tubuh baginda, maka apatah lg bg kita.. Kemudiannya Israfil akan dihidupkan kembali utk tiupan sangkakala kali ke 3.. Tiupan kali ini adalah untuk mengejutkan n membangunkan semula semua makhluk dlm keadaan msg2 sesuai dgn amal ibadah mrka smsa hidup, mrka dihidupkan kembali seolah2 bagai rimpunan cendawan2 tegak berdiri yg tumbuh slps hujan.. pd ketika ini manusia bangun bangkit mengikut keadaan smsa matinya. jk mati dlm keadaan bermaksiat maka buruk huduhlah keadaannya.. jk mati dgn penuh cerah amal kebaikan maka berseri2 wajahnya dgn nur kemuliaan n kemenangan.. ada yg berdiri dgn kedudukan kepalanya dibawah, wajah n tubuh badannya hitam legap bagai arang, wajahnya bagai khinzir @ anjing, berbogel langsung,ada pula yg mataharinya sejengkal di ubun2 kepala n bermacam2 lg sesuai dgn timbangan kebaikan @ keburukan yg dilakukannya sepanjang kehidupan dari buaian hinggalah ke liang lahad.. tiupan ke 4 adalah sbg perintah utk semua manusia bergerak berduyun2 ke padang Mahsyar dlm keadaan2 msg2 spti mana ketika bangun semula..ada yg berenang dlm lautan peluh n ludahnya sendiri, ada yg berjalan berupa khinzir n bagai keldai, ada pula yg berjalan dgn lidahnya sendiri, ada yg merangkak merayap n bermacam2 lg sbg tanda segala perbuatannya smsa hidup..semuanya berjalan menuju para ambia' iaitu Para Nabi n Rasul yg diutuskan kpda kaum2 yg berbeza smsa dialam dunia sbg petuntuk ke arah kebenaran n tauhid kpda Allah swt.. pertama sekali semua manusia akan bertumpu kpda Nabi Adam as utk memohon beroleh syafaat agar dikurangkan balasan buruk n mencapai balasan syurga..ttpi Nabi Adam menghulurkan bantuan syafaat kpda ummat yg beriman shja..begitulah seterusnya manusia berkunjung berjumpa dr satu Rasul ke Rasul mengikut turutan untuk memohon bantuan syafaat hinggalah akhirnya bertemu dgn junjungan besar Nabi Muhammad saw..bg sesiapa yg rajin n kerap berselawat kpda baginda sepanjang kehidupan, maka Nabi Muhammad akan mengecam wajahnya n berkatalah baginda bahawa si polan bin si polan ini adalah sebahagian dr kaumku n berolehlah baginya bantuan syafaat yg dapat menghindarkannya dr balasan api neraka dgn keizinan Allah Maha Berkuasa.. Tidak lama kemudinnya berlakulah laungan sangkakala ke 5.. tiupan ini membuka setiap pintu2 langit... maka akan turunlah semua buku2 amalan kebaikan n kejahatan seluruh umat manusia bermula kpda umat Nabi Muhammad berturutan hgga kpda umat2 yg ln. Maka utk umat nabi Muhammad, Allah memerintahkan supaya dihimpunkan disebelah kanan baginda nabi panji2 Al Quran yg di bawa oleh Sayidina Osman ra..dibelakang beliau adalah para sahabat Nabi yg ln yg terdiri drpd Ahli tahfiz Quran, alim ulama yg sentiasa smsa hidupnya dipenuhi dgn bacaan ayat2 suci alQuran. slps itu panji As Siddiq (yg sentiasa membenarkan) di ketuai oleh oleh Sayidina Abu Bakar Assiddiq. Di belakang nya terkumpul orang2 yg sentiasa benar dlm beragama n sentiasa membenar n memegang kebenaran agama Allah pd setiap masa.. Panji puasa pula di bawa oleh sayidina Abu Hurairah krna beliaulah yg paling rajin menjalankan ibadah berpuasa sepanjang hidupnya..beliau menetapkan hanya 12 hari shja utk tidak berpuasa bg setiap tahun n selebihnya dikhususkan utk puasa.begitulah seterusnya utk amalan2 kebaikan yg ln. Bg setiap kumpulan di sebelah kanan baginda akan ada panji2 yg diketuai oleh insan yg paling sempurna bg setiap kebaikan tersebut..manakala disebelah kiri pula akan ada panji2 yg diusung oleh manusia mungkar n keji. Panji pendusta di bawa oleh Abu Lahab. Di belakangnya pula adalah umat Muhammad yg kerap n gemar berdusta sepanjang hidup..panji munafik pula oleh insan bernama Abdullah yg melarikan diri dari medan perang n menghasut orang ln bersamanya, n diikuti oleh panji2 keburukan yg ln pula..

Maka cuba kita renungkan di manakah kedudukan kita ..adakah kita akan mengikuti kumpulan2 yg berada kanan baginda ataupun kita memilih utk bersama2 insan terkutuk di sebelah kiri baginda??renungkanlah n cuba perbaiki keadaan hidup kita ini sblm terlambat.. Kmdn orang yg pertama akan dipanggil Ilahi adalah Nabi Muhammad utk berada di hadapan Allah dlm perbicaraan timbangan. Sudah tentulah Baginda Rasulullah akan memasuki syurga dgn sepantas kilat pd kedudukan syurga yg paling tinggi n utama krna baginda adalah kekasih Allah yg mat ulung tiada sekelumit dosa pun sepanajang hidupnya sbg insan mulia yg maksum..disusuli oleh para sahabat nabi seterusnya para alim ulamak n insan yg menjalankan perintah Allah dgn tekun n sabar n akhirnya insan2 yg paling lemah iman n ibadahnya.. Pokoknya di sini adalah orang yg baik2 n beriman shja yg mendapat kemuliaan utk dipanggil namanya terlebih dahulu sblm orang2 ln..ingin dijelaskan di sini bahawa segala amalan kita akan dihitung dgn teliti n buku2 ibadah kita menjadi saksi n tubuh2 mnjadi bukti sbg setiap perbuatan yg pernah kita amalkan.mulut terkunci dari berkata apa2 dihadapan Allah swt..jika kita mengamalkan banyak kebaikan ttpi pd masa yg sama kita banyak berhutang dgn manusia ln dari segi material, wang ringgit ataupun mulut ucapan nista, fitnah, kutukan n umpatan, maka semuanya ini akan dituntut oleh tuannya n pahala kita akan diberikan kpda sipolan tersebut hinggalah habis semua hutang2 kita langsaikan.. jika sudah habis semua pahala kita bayarkan sbg hutang, maka dosa2 sipolan tuan itu akan dilemparkan ke muka kita n kita pula yg akan menanggung beban dosanya sbg ganti hutang kita padanya..ingatlah, tiada suatu apa pun yg terkecuali, semuanya akan dibentangkan di hadapan kita bagai tayangan gambar bg setiap perkara yg kita lakukan samaada scra jelas terang ataupun tersembunyi. .jika berat timbangan neraca kebaikan dan pahala, maka kita akan melangkah ke syurga idaman dgn penuh gembira ttpi bg mrka yg gagal, akan terperosok dlm api neraka yg amat pedih sehiggalah semua dosa2 mrka terbalas.. insan yg pertama sekali akan masuk syurga adalah Nabi Muhammad, diikuti oleh para nabi yg ln..tapi oleh krna betapa sayang n cintanya nabi kpda umatnya, baginda menangguhkan perjalanan ke syurga sehinggalah semua umatnya dibicarakan amal2 ibadah mrka..baginda tidak mahu masuk dahulu krna ingin membantu umatnya n kemudinnya baginda berada di sebelah neraca mizan.. Allah dgn kekuasaanNya membuka pintu syurga di sebelah kanan n neraka disebelah kiriNya..untuk ke syurga harus melalui titian siratul mustaqim..msg2 berduyun beratur utk melintasi titian mengikut amalan msg2..sekiranya amalan buruk kita berat, maka nabi yg amat sayangkan umatnya akan menolong kita dgn meletakkan serbannya n apa shja bertujuan utk meringankan timbangan buruk ttpi jk masih berat jg yg buruk maka nabi yg maksum memohon maaf pd umat tersebut krna tidak dapat membantu.. lalu akan berjalanlah kita di atas titian itu..pelbagai cara n rupa semasa melintasi titian tersebut, ada yg laju spti kilatan, ada yg rasa spti melalui sehelai rambut yg di dibelah2 tujuh bahagian n pula yg merasai titian itu spti tajamnya sebilah pedang yg menyiat2 kakinya, ada yg merangkak2, mengesot n ada pula yg paling susah yg jalan bergayut menuju syurga.. ttpi bg yg paling malang, akan jatuh tersungkur dr titian n masuklah ke dlm neraka dibawah itu menjadi penghuninya. . renungkanlah apakah neraca amalan kita nanti lebih berat pd sebelah amalan pahala @ lebih berat pd dosa.. fikir2kanlah n beramallah selagi belum terlambat!!

Tuesday, April 12, 2011

ICMCB2011

Sejak dari semalam kebanyakkan rakan2 opis mama berkampung di Renaissance Hotel Melaka kerana hari ini adalah hari berlangsungnya International Conference on Mathematical and Computational Biology 2011 (ICMCB2011) dgn tema pada kali ini ialah "Advancing Biology-Based Sciences Through Mathematics". Seminar ini akan berlangsung dari 12hb hingga 14hb April 2011.

Seminar pada kali ini akan dirasmikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam. Peserta2 seminar adalah terdiri drpd peserta tempatan dan jg antarabangsa.

Bukan Telor Tiruan

Telur ayam tiruan yg didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dijual di pasaran negara ini sbnrnya adalah ‘telur ayam cacat’ yg berkualiti rendah n biasanya tidak dijual kpda umum. Berdasarkan keputusan analisis, didapati kandungan protein sampel telur berkenaan adalah sama dgn telur ayam. Analisis DNA mengesahkan sampel telur itu adalah telur ayam. Berdasarkan pemeriksaan yg telah dijalankan,telur tiruan yg didakwa CAP minggu lalu adalah telur ayam berkualiti rendah yg ada kecacatan sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengguna n dianggap telur ayam tiruan.

Penghasilan telur tiruan memerlukan kos yg tinggi n tidak mungkin boleh dijual lebih rendah drpd telur ayam asli iaitu antara 32 sen hingga 25 sen sebiji mengikut gred. Kita akan menyiasat bagaimana telur berkualiti rendah itu boleh dijual kepada orang ramai kerana selalunya telur seperti itu digunakan untuk keperluan industri tetapi bukan dijual kepada pengguna. Berikutan kekeliruan itu, satu sistem pensijilan akreditasi akan diperkenalkan bg memastikan telur ayam yg dijual di pasaran memenuhi piawaian ditetapkan.

Sunday, April 10, 2011

Mama Ke Opis Bersama Anak2

Arini mama ke opis atas urusan kerja n mama terpaksalah membawa bersama anak2 mama, papa plak kene keje weekend nie krna terlibat ngan pertandingan Myskill peringkat saringan....apo nak buet dah arahan keje nak xnak kene g jugak....so boringnya dok kat umah spnjg ari klau xder aktiviti2 sampingan lain....mama dtg opis kerana menolong rakan2 opis ape2 yg perlu n membantu menyiapkan persiapan ICMCB2011 yg akan berlangsung mulai 12hb. hingga 14hb. April 2011 yg akan berlangsung di Renaissance Hotel Melaka. Semoga seminar kali ini berjaya menepati sasaran...Insyaallah...

Bby Iesya @ Eight Month

10hb April 2011 Bby Iesya telah genap lapan bulan, rasanya kejap sangat masa berlalu skrg nie..jom mama citokan sikit akan perkembangan Bby Iesya, Alhamdulillah syukur Bby Iesya masih lg fully BF n Bby Iesya jg sudah mula makan nasi + sayur2 n kdg2 mama + lauk-pauk sikit2 [just nak bg rasa sikit2 jer] n Adik Iesya jg makan ape saja yg org ln makan....pantang nampak org makan Adik Iesya pun nak jgak...Adik Iesya jg makin aktif n lasak skrg nie...pantang dapat berpegang mesti nak bangun berdiri n nak berjalan sendiri.

Saturday, April 9, 2011

Telor Ayam Palsu

Skrg heboh pasal telur ayam palsu pulak. Telur ayam pun orang boleh cipta ye. Nampak mmg serupa mcm telur ayam asli. Kalau tengok scra kasar mmg tak dapat nak beza sangat.

Cara nak beza telur ayam palsu, saiz telur agak besar sikit dr yg asli. Telur ayam palsu tak berbau hanyir, tiada pusat, rupanya berkilat n kasar.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat drpd lilin parafin, serbuk gypsum n kalsium karbonat manakala kuning telur n putih telur menggunakan bahan drpd natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. Komponen bahan2 kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna spti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati. Kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas n mengharamkan semua telur ayam palsu itu krna ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan. Macam2 manusia boleh buat skrg. Sayangnya kebijaksanaan manusia tu disalahgunakan untuk mengaut keuntungan lebih.

Info Telur Ayam Palsu
Berbentuk spti telur ayam Gred A.
Slps telur ayam dipecahkan, kuning telur bercampur dgn putih telur n kelihatan cair,
Kuning telur pulak bewarna kuning pekat.
Apabila telur digoncang akan dengar bunyi kerana terlebih kandungan air.
Kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur palsu ada bahan dipanggil benzonik iaitu bhn pengawet yg boleh rosakkan otak n saraf serta boleh akibatkan penyakit hati.
Kalsum klorida pada kulit telur sbg bahan pelembut n asid amino dlm telur palsu boleh mengakibatkan penyakit hati dan rosakkan saraf dan saluran darah.

Ini adalah sdkit info yg mama baca dlm internet utk dikongsi bersama rakan2 blog.....

Kak Iqa n Sekolah Ganti

Makluman sekolah ganti sempena perayaan Deepavali.....
hhmmm.....awalnya ganti...cuti Depavali lambat lg, so sekolah Kak Iqa akan bercuti selama seminggu sempena perayaan Deepavali tahun ini iaitu bermula dari 24hb hingga 28hb Oktober 2011 nnti (Isnin hingga Jumaat) selama lima (5) hari.

Ini dia jadual sekolah ganti Kak Iqa :-
1]09hb April 2011 (Sabtu ke 2)
2]23hb April 2011 (Sabtu ke 4)
3)07hb Mei 2011 (Sabtu ke 1)

So hari ini, Sabtu, 09hb. April 2011 Kak Iqa bersekolah ganti...
Belajar rajin2 ye Kak Iqa......ilmu tuu penting, ilmu tu penyuluh hidup kita...

Friday, April 8, 2011

Bayi Jantung Di luar Badan


Subhanallah......terkejut mama baca paper kosmo pagi tadi.....kuasa Allah swt tak der siapa yg tahu....Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel (di Johor) dilahirkan dlm keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.

Itulah takdir Koh Jun Hao yg kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan. Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dgn kulit tiruan. Semoga keluarga beliau tabah menghadapinya.......