Islamic Clock

Tuesday, June 29, 2010

EBM Dalam Perjalanan

Info ini mama dapat dari blog Ummi Ummair (sajirahazlan@blogspot.com, kita cuma beli kotak polisterin yg sederhana besar untuk memuatkan stok2 tersebut. Nak tahu caranya..mari kita lihat panduan seterusnya :

1. Beli bekas polisterin ypg bersesuaian bergantung kepada stok anda
2. Lapikkan keseluruhan permukaan dalam polisterin dengan surat khabar
3. Tabur ais ketul sehingga memenuhi ruang
4. Tabur garam halus-lagi banyak lagi bagus (tujuan supaya ais tak mudah cair)
5. susun stok ebm anda

nampak tak putih-putih tu..garam halus yg ditabur di atas ais..

6. Ulang dan ulang lagi langkah 3-5 di atas

EBM yg dah ready utk dibungkus..

7. Last sekali tutup permukaan atas dengan tuala kecil

inilah dia...

8. Tutup rapat-rapat kotak tu ye..

dah siap..!

Itu je..senang je kan. On the way tu boleh la cek sekali-sekala. Lebih kurang 5 jam perjalanan cek semula dan alhamdulillah ais masih ada. Cuma sedikit sahaja cair dan belikan sedikit lagi sebagai topup yang dah cair. Ohh ye..jangan lupa keluarkan ais yang dah cair tu tau..

Monday, June 28, 2010

Petua Banyakkan Susu

Marilah kita sama2 berkongsi info ini....
Terdapat bbrpa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yg dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dgn kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah2 dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah bbrpa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yg dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila2 masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua2 belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yg telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yg tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yg menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yg dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yg alah terhadap kacang tanah, ibu2 dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yg telah dibasuh bersih dgn 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam
Terdapat beberapa jenis rempah yg biasa digunakan dlm masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yg paling sesuai mengambilnya dgn tidak memudaratkan appendiks ialah dgn merendamkan sesudu halba dlm segelas air panas slma 15 minit. Tapis dan minum airnya shja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yg sama seperti halba

* Bunga Melur
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dlm perubatan terutamanya dlm perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih
Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yg mengalami kekurangan susu badan... Makan dgn dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA
Ibu menyusu yg makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkn kandungan kumpulan asid lemak ini dlm susunya. Asid2 lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dlm penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yg didedahkan dlm Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yg makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yg makan biskut biasa. CLA dlm susu ibu mencapai tahap tertingginya slps 8 ke 28 jam ibu2 memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yg tinggi secara semulajadinya terdapat dlm makanan spti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu

* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sbg pemanis dlm minuman, sapuan pd roti atau cicah pd lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yg disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bwg putih mgandungi byk sulfur yg bagus utk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.

Friday, June 25, 2010

24 June 2010

HAPPY BIRTHDAY mama semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...insyaallah... n doa2kanlah semoga mama n baby selamat semuanya, insyaallah.........
(Khamis, 24hb. June, bersamaan 11 Rejab 1431H)

Wednesday, June 23, 2010

Semalam MC Demam

Dah bbrpa hari mama rasa xsedap badan sbnrnya, tapi mama laratkan juga diri datang keje n buat kerja2 umah.....maklumla skrg nie semua benda mama kena uruskan sejak papa patah tangan. Yela papa dah xbleh nak bantu mama buat kerja2 umah lg skrg ni so nak xnak mama kenalah buat jgak nak buat cam mn lg (smntara tgn papa beransur pulih)..... mama rasa mama sllu xsihat skrg nie berpunca drpd xcukup rehat jer sbnrnya tambahan pula mama tengah sarat skrg nie. Mana nak uruskan rumah, anak2 lg, papa lg dgn kdaan yg xmengizinkan untuk membantu mama di rumah...nak menguruskan rumahtangga, makan minum dll memerlukan pengorbanan n kesabaran yg tinggi. Klau dl papa boleh membantu dlm meringankan beban mama di rumah tp skrg apa yg papa boleh buat dgn sblh tangan.... mama doakan smga papa cepat sembuh..insyaallah.....

Semalam dtg keje mama singgah Pusat Kesihatan Universiti (PKU)jap, ingt nak ambik ubat sakit tekak n selsema la sbb rasa xselesa sngt...last2 bl jumpa Dr. Dr. kata awak ni demamla suhu pun dah nak cecah 38 darjah badan pun dah mula naik bahang panas so Dr. nasihatkan mama balik umah, makan ubat n berehat tambahan pula mama pregnant so Dr. bgla mama MC semalam......so lpas ambik ubat mama pun patah balik umah smla....

Putera puteri mama pun xbrpa sihat, smlm ambik puteri dari sekolah badannya terasa bahang panas cam nak demam, putera mama pun sama. Last2 balik umah, siapkan makan n bg putera puteri mama makan ubat risau takut demam melarat lg susah. Lepas makan ubat ok la sjkp n puteraputeri mama pun tido. Mama, klau puteraputeri mama demam mmg xlelap mata dibuatnya, tpaksala jaram kepala untuk krgkan bahang panas. Last2 putera mama sdar lbh krg jam 3am, oleh krna suhu badan panas sgt putera mama muntah2. n then mama pun bg la ubat demam lg skli, last2 putera mama berjaga sampai kol 4.30am barula terlelap, n kejutkan puteri mama skli utk makan ubat utk krgkan suhu badan. n alhamdulillah syukur, bangun pg td semuanya dah kebah dari demam n harap2 ok la.

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa

Semalam 20 Jun 2010 adalah Hari Bapa, so mama mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT HARI BAPA" kpda semua bapa2 smga menjadi bapa yang baik dan ketua yg bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah swt........

Friday, June 18, 2010

Rawatan Di Hospital Serdang

Semalam mama temankan papa untuk dapatkan rawatan susulan di spital serdang, jumpa Dr. Pakar Ortopedik untuk melihat semula hasil sebelum n selepas tangan papa disimen tempoh hari.Lama jugak kat spital dari kol 2-5pm lebih baru settle. Terkejut jgak mama bila tengok result x-ray tulang tangan papa yg patah tu agak teruk jgakla. Terdapat 3 tulang yg patah terus n memerlukan rawatan,penjagaan n pemerhatian n mybe mengambil masa yg agak lama untuk pulih sepenuhnya.

Semalam jgak Dr. pakar mnta agar tangan papa disimen lagi skli dari aras 3 tulang yg patah sampai lengan. Dr. bg tempoh 3 minggu untuk lihat hasilnya. Dr. sambung MC shgga 5hb Julai 2010. Rawatan pakar yg seterusnya ialah pd 5hb julai nnti jam 11am.
Mama doakan agar papa cepat sembuh n bersabarlah dalam menghadapi dugaan Allah swt....

Wednesday, June 16, 2010

Malang tak Berbau

Balik keje petang isnin papa xcident motor kat jalan motor dekat plaza tol Puchong, mengelak orang punya pasal xpasal2 papa yg terbabas sbb break emergency tambahan plak jalan licin sbb petang tu ujan, lastnya papa terbabas n terlanggar pagar. Nasib baik laluan motor bukan jalan highway klau tak xtaula mama cam mn keadaan papa, lukanya nak kata teruk nampak cam xteruk just luka calar2 kat kaki n yg sedihnya jari n tapak tangan papa patah. Hasil dari X-ray kat spital Serdang mmg Dr. kata patah so papa kena simen dr tapak tangan shgga keparas lengan.

Dr. bg mc dari 14hb hgga 17hb (4 ari), 17hb ini jumpa Dr. pakar ortopedik n mgkin tangan papa kena masuk besi plak (esok petang). Dr. bgtau kecederaan papa tu agak teruk jgak n mgkin ambik masa yg agak lama untuk pulih. Banyak2kanlah berehat papa. Mama doakan semoga papa cepat sembuh. INSYAALLAH...........

Wednesday, June 9, 2010

Gotong-royong INSPEM

Sempena Audit Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan (KKP), UPM, INSPEM mengadakan gotong-royong membersihkan opis. So rakan2 semua turun padang membersihkan apa yg patut. Mama plak hanya mengemas apa yg mama mampu jee laa dgn keadaan mama yg tgh sarat nie.... soryla yee kawan2 mama xdapat nak bantu banyak2.......

Semoga Audit akan berjalan lancar........

Tuesday, June 8, 2010

Enam Enam Sepuluh (06/06/2010)

Ramai orang mengabadikan tarikh 06/06/2010 sbg tarikh yg penuh bermakna dalam kehidupan msg2, spti mengadakan majlis perkahwinan, pertunangan dsbnya. Mama sendiri menerima banyak undangan perkahwinan pada tarikh tersebut. So mama meluangkan masa menghadiri Majlis Perkahwinan Opismate mama iaitu Fairus n pasangannya Adja. Mama ucapkan Selamat Pengantin Baru Semoga Berbahagia Selalu dan Berkekalan Hendaknya Hingga Ke Akhir Hayat, Insyaallah.......AMIN

Slps menghadiri kenduri, mama n papa membawa putera puteri mama berjalan2 di Pantai Bagan Lalang. Biasala hari minggu adalah hari bersama keluarga dan juga hari untuk beristirehat n berjalan2 bersama2 putera puteri mama.

ps:nnti mama akan uploadkan gambar putera puteri mama bersantai di pantai....

Friday, June 4, 2010

School Holiday

Ari ni last day puteri mama sekolah, mulai esok sekolah akan mula bercuti selama dua minggu (mulai 5 Jun hingga 20 jun 2010). Puteri mama sibuk ajak mama balik kg Tok Ma, cian plak mama rasa...tp nak wat cam mn...nnti pas ni nak blik plak nak kena cuti lg.. mama plak skrg nie kene buat BSP dan oppmt. DR. setiap 2 minggu skli 2 pun kene ambk cuti jgak.....

Sabarla kakak, nnti kita sama2 balik kg Tok Ma maybe penghujung bulan Julai atau awal bulan Ogos nnti.......

Cuti Hari Wesak

Tahun ini Cuti Hari Wesak jatuh pada hari Jumaat bersamaan 28 Mei 2010. Puteri mama beria2 ajak mama balik kg Tok Ma, kakak kata jomla mama balik kg Tok Ma kan cuti sekolah 3 hari dah lama xbalik katanya...mama sbnrnya xlarat nak berkejar2 sana-sini... penat jer...baik dok umah macam2 keje boleh buat...boleh rehat2. Hari lain dah sibuk keje kuar umah pagi2 balik dah petang. Mama cakap kat kakak kita balik kg nnti dekat mama nak bsalin nntilaa, pastu nak tau kakak cakap pee...klau cam tu cpat2la mama bersalin boleh kita balik kg Tok Ma. So smpena cuti panjang ni mama ambik kesempatan membeli-belah barang2 keperluan baby yg mana belum adalaa...tambah2 jee laa. Papa sblm ni pun dah 2 minggu berturut2 keje weekend. So dah 2 mggu berturut2 puteraputeri mama x g jalan2....