Islamic Clock

Wednesday, December 29, 2010

Penghujung 2010

Tahun 2010 hampir melabuhkan tirai bbrpa hari shja lg dgn meninggalkan bermacam2 kenangan manis n pahit yg meniti di sepanjang perjalanan 2010. Ada kenangan manis n ada kenangan yg pahit yg mgkin xdapat dilupakan, itu adalah lumrah dalam kehidupan insan bergelar manusia………

Adakah azam n impian tahun 2010 anda dapat dicapai sbgmana yg telah diimpikan…….tahniah n syabas kpda yg berjaya, kpda yg x berjaya gandakan lg usaha untuk tahun 2011 nnti….Insyaallah …..kita pasti Berjaya. Seribu satu kenangan yg kita tinggalkan, semoga ia menjadi iktibar n teladan kpda kita di masa akan datang ……….

Punca Caesarean

Kenali punca2 Caesarean

Faktor yg berpunca drpd bayi

1. Lemas
Ia merupakan salah satu indikasi yg paling sering berlaku. Doktor dapat mengetahui bayi lemas melalui pemeriksaan CTG iaitu alat yg dipasang utk mengesan aktiviti jantung bayi. Drpd pemeriksaan jantung yg dilakukan, ia boleh menentukan bayi lemas atau tidak. Selain drpd itu, ia dapat dikenal pasti melalui warna air ketuban. Jika warnanya jernih bererti tiada apa2 masalah. Namun sebaliknya jika ia berwarna kuning kehijauan cair/ pekat/ sangat pekat. Ini krna najis bayi (mekonium) sudah pun dikeluarkan. Jika warnanya merah pula itu bererti uri telah lekang.

2. Cephalopelvic disproportion (CPD)
Diagnosis true CPD berlaku krna nisbah kepala bayi dgn tulang punggung ibu tidak sepadan akibat drpd keadaan tulang punggung ibu sememangnya kecil sejak dari azali, berpunca drpd penyakit yg menyebabkan tulang punggung kecil @ mengalami kemalangan. Bagi diagnosis relative CPD pula, tulang punggung ibu normal namun kepala @ saiz bayi terlalu besar untuk melaluinya.

3. Saiz besar
Biasanya berat bayi yg melebihi 4 kg perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean krna dia terlalu besar untuk dikeluarkan melalui kelahiran normal.

4. Kedudukan
Apabila berhadapan dgn masalah kedudukan yg tidak normal sama ada melintang @ songsang, caesarean merupakan pilihan yg paling biasa diambil oleh doktor untuk mengeluarkan bayi dgn selamat biarpun anda masih berpeluang melahirkannya
scra normal.

5. Pembesaran terbantut (Intra Uterine Growth Retandation atau IUGR)
Pertumbuhan bayi dlm rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kpda bayi dlm kandungan. Sbg langkah keselamatan, pembedahan caesarean perlu dilakukan utk mengeluarkan bayi bg mengelakkan sebarang komplikasi kelahiran.

6. Cacat
Untuk pengetahuan anda, tidak semua ibu yg mengandungkan bayi cacat perlu melalui pembedahan caesarean. Ia khusus untuk bayi yg mengalami masalah hydrocephalus.

7. Kembar
Bagi yg mengandungkan kembar dua, anda masih boleh mencuba untuk melahirkan bayi2 scra normal (bergantung kpda kedudukan bayi). Namun, sebaliknya jika anda bakal melahirkan kembar tiga atau lebih drpd itu.

8. Tali pusat bermasalah
Bagi bayi yg menghadapi apa2 masalah berkaitan dgn tali pusatnya, tidak kira sama ada tali pusat terkeluar, terbelit dsbnya, pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengelakkan komplikasi ke atas bayi.

Faktor yg disebabkan oleh ibu
1. Masalah kesihatan
Sekiranya anda disahkan menghidap darah tinggi, kencing manis mahupun sakit jantung yg tidak terkawal sewaktu hamil, maka pembedahan caesarean yg bakal anda lalui adalah scra elektif. Hal ini krna masalah kesihatan yg dihadapi boleh menjadi lebih buruk jika anda berhasrat untuk bersalin scra normal.

2. Pembedahan lebih drpd dua kali
Maklumat penting utk yg pernah melalui pembedahan caesarean lebih drpd dua kali ketahui ialah anda tiada pilihan lain selain melahirkan bayi scra caesarean krna doktor bimbang parut pd rahim akibat pembedahan lalu akan pecah @ koyak.

3. Masalah uri
Biar apa pun jenis masalah uri yg dialami (placenta praevia, placenta abruption dsbnya) anda perlu melahirkan bayi scra caesarean bg mengelakkan sebarang komplikasi sewaktu melahirkannya.

4. Rahim pecah (uterine rupture)
Sekiranya anda tergolong di kalangan mrka yg mempunyai anak yg ramai, ataupun pernah membuang ketumbuhan fibroid, anda berkemungkinan besar untuk melalui kelahiran bayi scra caesarean krna risiko rahim pecah. Sama juga halnya dgn mana2 wanita yg gemar menggunakan pencetus kontraksi sama ada air selusuh berasaskan herba spti genggam Fatimah, anda berisiko tinggi untuk mengalami rahim pecah lalu sbg langkah keselamatan, anda perlu menjalani pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi.

5. Proses pelahiran panjang

Dalam proses pelahiran, terdapat dua fasa iaitu latern (rahim dan aktif (mula 3sm - 10sm yg mengambil masa 7 jam). Jika anda melalui proses pelahiran lebih drpd 7 jam, ia dianggap sbg proses pelahiran panjang. Jika keadaan mendesak, maka pilihan yg anda ada ialah bantuan kelahiran dan pembedahan caesarean.

Panduan Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya

9 Panduan Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya

Kejayaan penyusuan eksklusif tanpa makanan pelengkap, susu formula dan air kosong slma 6 bulan oleh para ibu berkerjaya byk bergantung utk ibu berkerjaya kpda bbrpa faktor sampingan.

1. Timba ilmu sepanjang masa
Sebaik2nya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudah pun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus slps kelahirannya. Dlm masa yg sama, anda dan suami digalakkan utk menyertai mana2 kelas persediaan penyusuan susu ibu yg kini byk dikendalikan oleh kaunselor2 laktasi bertauliah.

Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yg banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.

Sekiranya anda mengalami apa2 masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bg menjawab apa jua kemusykilan yg dihadapi drpd kaunselor dan pakar laktasi yg diiktiraf. Anda boleh merujuk kpda rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.

2. Mulakan dengan betul
Dlm usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yg diperoleh. Utk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting utk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yg selesa dan pd masa yg dapat memastikan bayi melekap dgn betul.
Ingatlah, bhwa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepda kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan utk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukannya pada masa2 yg diingini si manja.

Sementara itu, anda diingatkan juga agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yg meragam. Hal ini scra tidak langsung akan menyebabkan dia mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dgn penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di sampingnya sepanjang tempoh bekerja.

3. Simpan stok susu

Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ktka bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yg ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yg bukan shja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yg lebih panjang.

Dlm pd itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/ atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yg bersesuaian.

4. Peralatan penyusuan berkaitan

Anda tidak perlu membazirkan wang yg ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yg kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yag lebih penting.

Jika keliru tntg peralatan penyusuan yg benar2 perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kpda para ibu lain yg telah berjaya menyusukan bayi masing2. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.

5. Bincang dengan majikan
Amat penting utk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dgn pihak majikan bg membolehkan anda menggunakan sdkt waktu drpd masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bg mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua2 belah pihak.

Pada masa yg sama, anda boleh mengutarakan pandangan kpda majikan utk menyediakan ruangan khas bgi membolehkan anda dan rakan2 ln yg turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu scra eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yg lain boleh melakukan rutin harian itu dgn tenang yg scra tidak langsung membantu pengeluaran susu yg lancar dan berkesan.

6. Perah susu di pejabat

Anda amat digalakkan utk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ktka memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yg bersesuaian dgn corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi byk masalah. Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan utk memerah payu dara sekurang2nya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bg yg perlu bekerja utk tempoh masa yg lebih lama drpd itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.

7. Kurangkan tekanan
Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dgn melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yg dirembeskan ktka itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lg jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.

Antara lain, anda jg boleh menutup lampu ktka melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yng lebih byk drpd biasa.

8. Makan secara sihat
Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu scra eksklusif ialah menjaga dgn teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jgn sesekali mengabaikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dlm kuantiti yg sedikit ttpi kerap. Anda digalakkan untuk makan di antara waktu makan utama dgn mengambil snek berkhasiat spti buah2an segar dsbnya.

9. Ikut keperluan bayi
Dalam apa jua amalan yg ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jgn khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dgn masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih byk masa untuk menyusukan bayi scra eksklusif. Di rumah, gunakan masa yg ada semaksimum boleh dgn lebih kerap menyusukan bayi scra langsung, ia berupaya merangsang penghasilan susu. Jika keadaan memaksa di mana susu anda masih tidak mencukupi, anda boleh memerah payu dara ketika berada di rumah.
p/s:-sila bg tip2@lain2 info utk dikongsi bersama jika kawan2 ada info yg lebih lanjut berkenaan isu penyusuan susu ibu scra ekslusif......

Tuesday, December 28, 2010

Birthday Abe Ame

Hari ini selasa bersamaan 28 Disember 2010, Birthday boy putera mama yg ke-2 [klau ikut tahun patutnya umo Abe Ame dah masuk 3 tahun dah tapi sbb lahir hujung tahun,jd umo muda laa sama laa cam Kak Iqa]. Happy Birthday Abe Ame semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki oleh-Nya, Insyaallah.... tapi yg sedihnya, Mama xdapat nak sambut Birthday Abe Ame arini sbb Abe Ame kat kampung skrg nie. Nanti kita raikan sama2 ngan Anniversary mama n papa nnti yee....

Mama panjatkan syukur ke hadrat Allah SWT krna kita masih lg dipanjangkan usia n smga kita menjadi hamba Allah swt yg taat pada segala perintah n larangan-Nya, Insyaallah.. sama2la kita berubah ke arah kebaikan semoga kehidupan kita akan lebih diberkati n dirahmati oleh-Nya. Mama doakan semoga putera puteri mama diberikan taufik n hidayah ke jalan yg diredhai Allah swt n jadilah insan yg soleh n solehan semoga apa yg kita lakukan diberkati n diredhai oleh Allah swt....Insyaallah...

Hhmmm, tapi hadiah birthday mama n papa lum beli lg kali nie, sbb mama n papa xtau Abe Ame nak hadiah ape kali nie....nnti kita sama2 g beli present...so Abe Ame kenala tunggu hadiah dari mama n papa. Sabar ye putera mama. Nnti kita sama2 g shoping....

Friday, December 24, 2010

Kemalangan Ngeri Di Jalan Selising, KB




Kegembiraan seorang pelajar SMU (A) Syamsul Maarif, Pulai Chondong memperoleh 4A dlm Penilaian Menengah Rendah (PMR) berakhir dlm suasana menyayat hati dan mengerikan apabila dia dan ibunya maut slps dirempuh lori pasir yg terbalik ktka dlm perjalanan pulang ke rumah, di jalan Simpang Tiga Kok Lanas, Selising, Pasir Puteh, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Siti Aisyah Zakaria, 15, yg membonceng motosikal ditunggang ibunya, Aziza Musa, 42, dirempuh lori pasir ketika dlm perjalanan pulang ke rumah di Kampung Banggol Chica, Kok Lanas, menyebabkan dua beranak itu terbunuh. Akibat kejadian itu, Siti Aisyah terjatuh drpd motosikal sblm dihempap kepala kanan lori berkenaan manakala ibunya tercampak atas jalan. Kedua2 mrka mati di tempat kejadian.

Saya merancang meraikan kejayaan Siti Aishah, malah berjanji membawa keluarga bercuti di Perdana Resort sambil mandi kolam pada Sabtu ini dan sudah pun membuat tempahan, katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), semalam. “Kami merancang bercuti di situ, ttpi kini semuanya tinggal kenangan apabila isteri dan anak yg menjadi harapan saya sudah pergi meninggalkan saya.

P/s:- Salam Takziah kpda keluarga mangsa...........

Thursday, December 23, 2010

Hari Inovasi INSPEM

Hari ini, Khamis 23 Disember 2010 bersamaan 17 Muharram 1432H INSPEM mengadakan Hari Inovasi INSPEM 2010 bertempat di Dewan Musytari, Residence Hotel, UNITEN, Bangi. Tema Hari Inovasi INSPEM pada tahun ini ialah "Penyelidikan Memacu Budaya Inovasi Yang Dinamik"

Tahniah dan syabas mama ucapkan kepada semua pemenang anugerah pada tahun ini. Semoga kejayaan ini akan memberi suntikan semangat untuk terus berusaha meningkatkan lagi kualiti kerja msg2. Semoga anugerah ini dijadikan sbg sumber inspirasi dgn memberikan perkhidmatan yg cemerlang dan berinovasi demi memastikan INSPEM menjadi contoh penggerak inovasi yg disegani..

TAHNIAH & SYABAS KPDA SEMUA PEMENANG.........

Tuesday, December 21, 2010

Nahas Terburuk 20 Disember 2010



Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dlm sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yg mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam [Isnin, 20 Disember 2010].
Dalam nahas kira2 jam 11.40 pagi, bas yg membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sblum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.
Nahas itu menyebabkan kedua2 tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dgn lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yg cedera tersepit dlm kenderaan berkenaan. 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ktka menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.

Dua rakyat tempatan yg terkorban ialah pemandu bas berkenaan yg bekerja sbg pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yg maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita. Kesemua pelancong terbabit dlm perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok. Kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yg dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sblum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dlm longkang sedalam kira2 dua meter. Ada di antara penumpang tercampak dan tersepit di bhgn tempat duduk menyebabkan kebanyakan mrka meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pasukan penyelamat terdiri drpd 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira2 jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira2 10 minit kmdn. Hasil Tinjauan di tempat kejadian mendapati dua tayar serta lampu isyarat kanan bas itu tercampak di laluan bertentangan dipercayai tertanggal ketika melanggar pembahagi jalan.Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua2 laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.

KRONOLOGI

* 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai
* 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan
* 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan
* 12.05 tengah hari – Laluan kedua2 arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup
* 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan
* 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan
* 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba
* 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan
* 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan
* 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula
* 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai
P/s:- Salam Takziah kpda smua....Al-Fatihan........

Birthday Kak Iqa


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT krna kita masih lg dipanjangkan usia n smga kita menjadi hamba Allah swt yg taat pada segala perintah n larangan-Nya, Insyaallah.... sama2la kita berubah ke arah kebaikan [sempena tahun hijrah kita yg baru (1432H)]. Semoga kehidupan kita akan lebih diberkati n dirahmati oleh-Nya.

Hari ini selasa bersamaan 21 Disember 2010, Birthday girl puteri mama yg ke-5 [klau ikut tahun patutnya umo Kak Iqa dah masuk 6 tahun dah tapi sbb lahir hujung tahun,jd umo muda laa]. Happy Birthday Kak Iqa semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki oleh-Nya, Insyaallah.... Semalam tepat jam 12.00am, 21 Disember 2010 Kak Iqa tiup lilin kek birthday yg ada pic Barbie [itulah permintaan Kak Iqa utk kek birthday kali nie]..[nnti mama uploadkan pic]



Selesai sudah Kak Iqa sambut Besday.....yymmmuu..sedapnya kek nie mama.....nnti mama beli lg ekh......
Hhmmm, tapi hadiahnya mama n papa lum beli lg kali nie, sbb weekend aritu g kedai nak beli present utk kak Iqa xder stokla plak barang yg nak dibeli tuu...so Kak Iqa kena tunggu weekend ni la plak...sabar ye puteri mama. Nnti kita sama2 g shoping [n kita shoping pakaian n kasut sekolah skli].......

Friday, December 10, 2010

Bby Iesya @ Four Month

Alhamdulillah, arini bby Iesya genap 4 bulan dah. Kejap jer masa berlalu. BBy Iesya dah makin aktif skrg ni, dah boleh berpusing merata2 dah skrg ni. Alhamdulillah syukur dgn perkembangan bby Iesya n bby Iesya masih fully BF. Stok susu pun alhamdullah, dah penuh dah freezer kat umah dah xder ruang dah untuk simpan susu skrg nie.

Arini jugak (10/12/2010) adalah hari pendaftaran Prasekolah kak iqa, mama n papa harap agar kak iqa belajar bersungguh2 n semoga berjaya dlm apa jua bidang yg kak iqa ceburi, Insyaalllah.........Selamat Maju Jaya.......

Friday, December 3, 2010

1 Muharam 1432H

Awal Muharam 1432H jatuh pada hari Selasa bersamaan 7hb Disember 2010, so semua akan bercuti sempena awal Muharam 1432H. Mama pun mengambil kesempatan untuk mengambil cuti rehat pada hari Isnin bersamaan 6hb Disember 2010.

So Selamat Tahun Baru 1432H mama ucapkan kepada semua muslimin n muslimat semoga tahun baru ini memberikan semangat dan keazaman baru kpda kita semua dlm melayari kehidupan yg cuma satu persinggahan yg tak dijangkau...namun marilah kita sama2 mempersiapkan diri kita seolah2 kita akan meninggalkannya esok hari dan bekerjalah seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi. Moga Allah sentiasa memberkati hidup kita di dunia dan di akhirat.

Next week, Isnin n Selasa Bersamaan 13hb n 14hb Disember INSPEM akan menganjurkan ICMER2010 bertempat di Mahkota Hotel Melaka. Semoga ICMER2010 akan berlangsung dengan jayanya...Insyaallah.....Good Luck kawan2 semua n selamat berkampung di Mahkota Hotel Melaka.