Islamic Clock

Friday, June 29, 2012

Pelawak Osman Kering Meninggal Dunia

AL-FATIHAH............
Pelakon n pelawak Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yg dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Anak Allahyarham, Nur Aini ketika dihubungi Mynewshub.my mengesahkan berita kematian bapanya itu. Katanya, bapanya meninggal dunia pada 3.45 petang tadi. ”Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Petaling Jaya…InsyaAllah malam ini selepas Isyak,” katanya.

Sebelum ini Mynewshub.my difahamkan yg kuman sudah merebak ke paru-paru, otak, buah pinggang dan jantung pelawak terkenal itu. Antara filem lakonan Allahyarham ialah Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella.

AL-FATIHAH n TAKZIAH kpda keluarga arwah...AMIN.....

Monday, June 25, 2012

24 Jun Datang Lagi

Happy Besday semoga panjang umo n dimurahkan rezeki itulah ucapan dari suami tersayang dan jg anak2 mama di pagi 24 Jun... terima kasih untuk semua...LOVE U ALL....

So semalam kami sekeluarga meraikan Hari Lahir mama....mama n papa belanja makan2 n bawa anak2 jalan2 dan mcm2 aktiviti sampingan yg lain....

Alhamdulillah dgn usia yg makin bertambah ni masih di beri kenikmatan oleh-NYA. Ya Allah Kau berilah aku taufiq n hidayah-Mu dan petunjuk dan kesabaran kpdaku dlm membimbing anak2ku agar menjadi insan yg soleh n solehah....AMIN...Insyaallah....

Monday, June 18, 2012

Osman Kering Masih Kritikal

KEADAAN kesihatan pelakon dan pelawak veteran, Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yg dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, masih kritikal. Osman yg ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, difahamkan bakal menjalani pemeriksaan imbasan otak hari ini.

Anak Osman, Nur Ain Osman, 25, memberitahu HIP melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam, ayahnya masih kritikal. “Sebelum ini, doktor beritahu kuman sudah merebak ke paru-paru, otak, buah pinggang dan jantung. Apa yg kami mampu lakukan hanyalah berdoa supaya pulih,” katanya.

Osman terbabit dlm bidang seni sejak 1985 dan sering ditawarkan watak pelakon pembantu.
Antara filem lakonannya, Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella.

Marilah kita sama2 doakan yg terbaik untuk beliau.........

Happy Father's Day

SELAMAT HARI BAPA buat ayah dan jg buat suamiku yg tersayang (bapa kpda anak2ku)..... moga menjadi contoh tauladan yg baik buat anak2....Syafiqah, Syahmi n Syafarisya..... Sesungguhnya anak2 adalah ANUGERAH n AMANAH yg Allah swt kurniakan kpda kita yg tak ternilai.......

Terima kasih yg tak terhingga kpda Ayah krna berjaya membesarkan dan mendidik kami adik2 dgn hasil titik peluh Ayah tanpa mengenal erti PENAT LELAH.....Kami semua doakan semoga Ayah dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik...AMIN...INSYAALLAH...

WWW 1 Dipasang Pada Satria Neo

No plat WWW 1, merupakan no plat yg paling mahal dlm Malaysia akhirnya dipasang keatas sebuah kereta nasional Proton Satria Neo.

Gambar ini mengesahkan WWW 1 Dipasang Pada Satria Neo dgn gambar Sultan Johor sendiri kelihatan berdiri berdekatan dgn kenderaan tersebut. No pendaftaran WWW 1 mencetuskan pelbagai kontroversi kerana harganya yg mencecah RM520,000...

Friday, June 15, 2012

Jenis Darah n Perwatakan

Adakah jenis darah yg mengalir dlm tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yg dilakukan ke atas jenis2 darah yg mengalir di dlm tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O
Individu yg memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sbg individu yg setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini jg sering bersifat ingin menjadi ketua walau dlm apa jua perkara yg ingin dilakukan khususnya yg melibatkan kerja2 berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha utk mencapai matlamat tersebut walau dlm apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yg agak kuat. Selain itu anda jg terlalu serius dlm persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kpda diri anda sendiri. Oleh yg demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dgn tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dlm hidup anda. Anda gemar melakukan kerja2 scra berkumpulan dan anda jg gemar melibatkan diri dgn berpersatuan. Anda bijak bergaul dgn individu di sekeliling dan ternyata mrka jg sentiasa berasa senang utk bekerjasama dgn anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yg ada dlm diri anda itu melambangkan bhwa anda tergolong dlm kategori individu yg memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu utk berehat. Anda harus ingat, kesihatan jg perlu diutamakan. Jgn krna terlalu leka dgn kerja2 anda itu, kesihatan diri pula yg terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yg paling rapat dgn anda. Anda lebih selesa dgn kesederhanaan. Dlm perhubungan pula anda adalah individu yg terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dlm apa jua perkara. Dlm melaksanakan sesuatu tugasan yg diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dgn cara anda sendiri. Anda adalah individu yg kreatif dan fleksibel, mudah bg diri anda utk meletakkan diri sendiri dlm apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yg bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yg gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yg jelas terpancar dlm diri individu yg tergolong dlm kategori darah berjenis AB ini. Anda jg sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yg berada di sekeliling anda berasa selesa utk berdampingan dgn anda. Anda jg memiliki sikap humor semula jadi dlm diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Tuesday, June 12, 2012

Laksana Amanah Didik Anak

Ibu tidak pernah jemu 'menuai' kasih.....Laksana amanah didik anak sejak dalam kandungan hingga dewasa

WAHAI anakku, jauh sebelum dirimu hadir dlm kehidupan ayah dan ibu, kami sentiasa bermohon kpda Allah SWT supaya dikurniakan keturunan yg soleh dan solehah, taat kpda Allah, berbakti kpda orang tua, rajin beribadah, belajar, serta dapat menjadi penerus dakwah Islam. Banyak rencana yg kami rancang supaya kelak bila kau hadir, kami sudah siap menjadi orang tua yg baik dan mampu mendidikmu dgn didikan sesuai agama Islam, tuntunan kita seperti dicontohkan Rasulullah SAW kepada kita. Ayah dan ibu ingin kelak apabila Allah mengamanahkan kpda kami seorang puteri, maka dia akan berakhlak spti akhlak Fatimah, puteri Rasulullah SAW, dan apabila Allah mengamanahkan seorang putera, maka dia akan seperti Saidina Ali.

Setelah tanda kehadiranmu mulai jelas, ibu sering mual, muntah-muntah, sakit kepala dan mahu pengsan. Ibu dan ayah bersyukur kepada Allah atas kurniaan-Nya, kami menjagamu sepenuh hati, serta sentiasa berharap, kelak dirimu lahir sebagai anak yang sihat, sempurna dan menyenangkan. Sejak dalam rahim, kami cuba menanamkan kalimat tauhid kepadamu dan berupaya mengenalkanmu kepada Sang Pencipta, dgn bacaan ayat suci-Nya, senandung selawat Nabi, nasyid membangkitkan semangat dakwah dan rasa keimanan kpda Allah yg Esa.

Saat kau akan lahir, ibu merasakan sakit amat sangat, seolah2 berada antara hidup dan mati, namun ibu tidak mengeluh dan putus asa, krna bayangan kehadiranmu, lebih ibu rindukan dibanding sakit yg dirasakan. Ibu tak henti2 berdoa, memohon ampunan dan kekuatan kpda Allah. Ayah pun tidak tidur bbrpa malam utk memastikan kehadiranmu, menemani dan menguatkan ibu, supaya sanggup melahirkanmu dgn sempurna. Bacaan zikir dan istighfar, mengiringi kelahiranmu. Begitu kau lahir, rasa sakit dilupakan begitu saja. Setelah tangismu terdengar, seolah kebahagiaan hari itu hanya milik ibu dan ayah. Air mata yg tadinya hampir tak henti mengalir krna menahan sakit, berganti menjadi senyum bahagia menyambut kelahiranmu.

Ibu dan ayah bersyukur kpda Allah SWT, kmdn ayah melantunkan bacaan azan dan iqamah di telingamu, supaya kalimat pertama kau dengar adalah kalimat tauhid yg harus dirimu yakini dan taati selama hidupmu. Ibu berasakan kebahagiaan menyusukanmu, memastikan anaknya tidak lapar dan membesar sihat. Ibu selalu bersedia memberikan air syurga kurniaan Ilahi kepadamu. Ibu berusaha menjagamu walau dlm keadaan apapun. Saat malam sedang tidur lelap, ibu akan terjaga bila kau tiba2 menangis krna lampinmu basah atau lapar. Saat sedang makan dan dikau buang air besar, ibu dengan rela menghentikan makan dan mengganti pakaianmu dulu. Semuanya ibu lakukan dgn senang hati, tanpa rasa susah dan jijik.

Sejak dirimu masih dlm buaian, ibu membacakan doa dlm setiap kegiatan kau lakukan. Ibu bacakan doa hendak makan ketika dikau hendak makan, doa hendak tidur ketika dirimu hendak tidur, dan doa apa saja yg harus dikau tahu serta amalkan dlm kehidupan seharianmu. Ibu bacakan selalu ayat Kursi dan surah pendek satu persatu setiap malam, di kala menghantarmu tidur, ayat demi ayat dan ibu ulang berkali2 hingga dirimu dapat mengingatinya dgn baik, dgn harapan dirimu besar nanti menjadi penghafaz al-Quran.

Ketika dikau sudah mampu berbicara, Subhanallah, tanpa kami duga dirimu telah menghafal pelbagai macam doa dan bbrpa surah pendek. Ibu bersyukur dan bangga kepadamu. Muncul harapan dlm hati ini, kelak dikau tumbuh menjadi anak yg pintar dan rajin belajar. Tatkala dirimu mulai belajar solat, walau dgn bacaan yg masih belum sempurna, bercucuran air mata ibu krna kau telah mampu melafazkan doa itu. Timbul harapan di hati yg paling dlm, kelak hingga ketika ibu dan ayah tiada, dikau tetap melantunkan doa itu, kerana doamu akan memberikan kepada ibu dan ayah pahala tak henti2 di hari akhirat. Kaulah aset masa depan bagi ibu dan ayah.

Saat dikau memasuki usia sekolah, kami carikan sekolah yg baik untukmu. Sekolah yg memiliki visi pendidikan spti yg ibu dan ayah inginkan. Alhamdulillah, saat dirimu mulai bersekolah, telah banyak didirikan sekolah Islam. Apabila ibu dan ayah tidak mahu melayanimu utk hal yg sudah dapat dirimu lakukan sendiri, itu bukan bererti kami tidak menyayangimu. Ibu dan ayah sayang sekali padamu, dikau tidak boleh terlalu dimanjakan hingga saat dirimu besar nanti, dikau jadi anak yg berdikari dan serba boleh.

Maafkan ibu dan ayah apabila sesekali atau sering memarahimu ketika dikau membuat kesalahan yg berulang. Sebenarnya ibu dan ayah tidak ingin memarahimu, namun kami sedar dikau perlu tahu dan dapat membezakan mana yg benar, mana yg salah. Inilah harapan ibu dan ayah kepadamu, sangat banyak dan sangat ideal. Oleh krna itu, kami sentiasa memohon petunjuk dan bimbingan dari Allah Yang Esa, yang Berkuasa dan Maha Agung, supaya tidak salah langkah dlm mendidikmu.

Wednesday, June 6, 2012

Azab n Seksa Tinggalkan n Melewatkan Solat!!

Melewat2kan solat ni, umpama meringankan solat lah. Tau ke korang siksa orang yg tinggalkan n ringankan solat ni?
Kalau kita tinggalkan and ringankan solat,Allah balas dengan 15 seksa:
6 seksa kat dunia
3 seksa masa nak mati
3 seksa dalam kubur
3 seksa masa hari kiamat

Apa dia seksa-sekasa tu?
6 seksa kat dunia
1.Hilang berkat hidup. Sia2 aje hidup. Kalau kita kaya sekalipon, kekayaan kita sia2, kosong. Umur kita tak berkat mean tak bagi apa2 manfaat dalam hidup kita
2.Allah S.W.T hapuskan tanda orang soleh kat muka kita.
3.Semua benda baik yg kita buat, Allah tak bg pahala, even sembahyang, puasa, sedekah ke semua tak dapat pahala.
4.Doa kita tak di makbulkan.
5.Batin munafik, semua makhluk kat dunia ni benci and marah kat kita. Tidak di akui golongan islam.
6.Kita tak termasuk golongan orang soleh. Rezeki tak berkat, terbuang, sia2. Kalau kita kaya sekalipon, kekayaan tu jadi laknat kat kita.

3 seksa masa nak mati.
1.Mati sehina2nya. Roh kita dicabut dgn bengis tanpa belas kasihan.
2.Mati dalam kelaparan
3.Mati dalam kehausan.

3 seksa masa dalam kubur.
1.Kubur jadi sempit sampai berselisih tulang rusuk kita. Kubur kita gelap.
2.Kita di azabkan dgn api neraka. Berbalik-balik kat atas bara api neraka tu siang and malam.
3.Kita di datangi ular Sajahul ikrak. Mata ular ni dari api. Kuku dia dari besi. Panjang kuku dia pulak kira2 satu hari perjalanan. Suara dia macam guruh. Ular ni akan datang kat kita sambil cakap
“ Akulah Sajahul igrak yg di suruh oleh Tuhanku memukul sekiranya simati meninggalkan sembahyang Subuh hingga ke Zohor, Zohor hingga ke Asar,dari Asar hingga ke Mangrib, Maghrib hingga ke isyak.”
Macam tu lah terus2 sampai hari kiamat. Tiap kali kena pukul, kita tenggelam 70 hasta masuk dalam bumi. Lepas tu dia cungkil kita balik pakai kuku dia. Kita di pukul ulang2 kali tak benti2 sampai hari kiamat.
Menurut riwayat Ibnu Abas (r.a) berkata aku dgn Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Bermula orang meninggalkan sembahyang itu tidaklah ia golongan Islam, Allah subhanahu wata’ala tidak terima tauhidnya dan imannya dan tidak ada faedah sedekahnya, puasanya dan zakatnya dan sedekahnya walaupun ia boleh mengucap.

3 seksa masa hari kiamat.
1.Kita kena halau malaikat azab ke neraka jahanam.
2.Allah pandang kita dgn murka. Kita di hisab dgn berat sampai jatuh daging muka kita.
3.Allah hisab kita dgn kiraan yg halus lepas tu di hantar ke neraka (seburuk2 tempat kediaman)

Friday, June 1, 2012

Dalam Kenangan

Tanggal 4 Disember 2011 @ 3.20pm

Perginya dan tidak akan kembali. Pastinya segala kenangan.. ingatan.. akan kekal dalam hati kami dan sangat bernilai. Akan kami simpulkan sbg kenangan yg tiada galang ganti. Perginya arwah dgn keadaan sangat tenang. Ringan sakaratul yg menjemputnya seolah2 dihindari kesakitanya. Kami sekeluarga dipermudahkan segala urusan menguruskan jenazah dia..

Ramai tetamu yg sudi menghadiahkan bacaan. Ramai yg sudi solatkan. Ramai yg mengiringi ke kuburan. Majlis bacaan tahlil yg dipermudahkan.. Semoga segala yg dihadiahkan menjadik hak pada arwah. Semoga ditempatkan arwah di kalangan hambaMu yg soleh.. dipermudakan urusan alam baru arwah.. diringankan segala dugaan dan siksaan.. dilapangkan diterangkan kuburnya.. dan tenang dialam baru.. Jasa terakhir dari kami ahli keluarga..semoga diberkati kamu sekalian.. ~Amen~

Pemergian awah adik diusia yg muda menyentap jiwa kami sekeluarga....betapa sukar untuk kami semua lupakan segala memori bersamanya...berakhir sudah derita kesakitan yg arwah tanggung.. walau pelbagai usaha dan ikhtiar yg kami cuba untuk mengubati arwah namun kuasa Allah swt mengatasi segala-NYA. Sesungguhnya Allah swt lebih menyayanginya.....Kami akan sentiasa merindui dan mengingati arwah adik sampai bila2....Mudah2an arwah adik sentiasa dibawah lindunganNya.. ~Amen~... Berakhir sudah kisah duka keluarga kami.. Telah selamat dia kembali pada penciptaNya.. Sesungguhnya kami sekeluarga terpilih untuk dugaan ini. Alhamdullilah...... segalanya telah selesai dan kami terima dengan tabah dan lapang dada. Semoga kamu diluar sana tidak diduga seperti kami.. InsaAllah..

Hari ini genap 182 hari arwah pergi mengadap pencipta-NYA.....pergi yg tak akan kembali lagi...AL-FATIHAH....

Gurauan Punca Ramai Isteri Jadi Ibu Tunggal

Kegagalan suami memahami ajaran Islam dgn menjadikan perkataan cerai dan talak sbg bahan gurauan atau cubaan menakut2kan isteri, menyaksikan ramai wanita menjadi ibu tunggal secara mengejut.

Peguam Syarie, Saiful Adli Mohd Arshad, berkata beliau banyak mengendalikan kes perceraian yg berpunca drpd tindakan suami yg melafazkan talak tanpa niat. Ada suami yg disoal memberitahu mereka hanya bergurau-senda, suka2 dan main2 atau sekadar mahu menakut2kan isterinya supaya tidak terlalu garang. Si suami akhirnya terperanjat apabila diberitahu mereka tidak lagi boleh bersama dgn isteri masing2 krna sudah jatuh talak meskipun ia dilafazkan sewaktu bergurau.

Saiful Adli berkata, ada juga suami melafazkan talak atau cerai secara tidak jelas (lafaz Kinayah) atau secara sindiran hingga menimbulkan kekeliruan isteri berhubung status perkahwinan mereka. Katanya, antara lafaz talak tidak jelas seperti ‘mulai hari ini kamu (isteri) boleh balik ke rumah ibu bapa kamu, jangan datang ke sini lagi’ atau ‘mulai hari ini kita pilih jalan masing-masing’.

Jika perkara itu berlaku, isteri dinasihatkan segera membuat aduan ke Mahkamah Syariah untuk memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai. Mereka perlu menemui hakim dan beritahu kes suami melafazkan cerai secara kurang jelas dgn menyatakan tarikh dan di mana lafaz itu dibuat. Hanya dlm keadaan ini, hakim mahkamah syariah mempunyai kuasa utk menentukan sama ada jatuh talak atau tidak selepas membuat analisa dan kajian terperinci dari pelbagai sudut hukum nikah dan cerai,” katanya. Berikutan itu, Saiful Adli menasihatkan suami isteri supaya tidak menjadikan lafaz cerai dan talak sebagai bahan mainan atau gurauan.