Kegagalan suami memahami ajaran Islam dgn menjadikan perkataan cerai dan talak sbg bahan gurauan atau cubaan menakut2kan isteri, menyaksikan ramai wanita menjadi ibu tunggal secara mengejut.
Peguam Syarie, Saiful Adli Mohd Arshad, berkata beliau banyak mengendalikan kes perceraian yg berpunca drpd tindakan suami yg melafazkan talak tanpa niat. Ada suami yg disoal memberitahu mereka hanya bergurau-senda, suka2 dan main2 atau sekadar mahu menakut2kan isterinya supaya tidak terlalu garang. Si suami akhirnya terperanjat apabila diberitahu mereka tidak lagi boleh bersama dgn isteri masing2 krna sudah jatuh talak meskipun ia dilafazkan sewaktu bergurau.
Saiful Adli berkata, ada juga suami melafazkan talak atau cerai secara tidak jelas (lafaz Kinayah) atau secara sindiran hingga menimbulkan kekeliruan isteri berhubung status perkahwinan mereka. Katanya, antara lafaz talak tidak jelas seperti ‘mulai hari ini kamu (isteri) boleh balik ke rumah ibu bapa kamu, jangan datang ke sini lagi’ atau ‘mulai hari ini kita pilih jalan masing-masing’.
Jika perkara itu berlaku, isteri dinasihatkan segera membuat aduan ke Mahkamah Syariah untuk memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai. Mereka perlu menemui hakim dan beritahu kes suami melafazkan cerai secara kurang jelas dgn menyatakan tarikh dan di mana lafaz itu dibuat. Hanya dlm keadaan ini, hakim mahkamah syariah mempunyai kuasa utk menentukan sama ada jatuh talak atau tidak selepas membuat analisa dan kajian terperinci dari pelbagai sudut hukum nikah dan cerai,” katanya. Berikutan itu, Saiful Adli menasihatkan suami isteri supaya tidak menjadikan lafaz cerai dan talak sebagai bahan mainan atau gurauan.
From '62 To Sixty Two
2 days ago
No comments:
Post a Comment