Islamic Clock

Friday, June 29, 2012

Pelawak Osman Kering Meninggal Dunia

AL-FATIHAH............
Pelakon n pelawak Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yg dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Anak Allahyarham, Nur Aini ketika dihubungi Mynewshub.my mengesahkan berita kematian bapanya itu. Katanya, bapanya meninggal dunia pada 3.45 petang tadi. ”Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Petaling Jaya…InsyaAllah malam ini selepas Isyak,” katanya.

Sebelum ini Mynewshub.my difahamkan yg kuman sudah merebak ke paru-paru, otak, buah pinggang dan jantung pelawak terkenal itu. Antara filem lakonan Allahyarham ialah Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella.

AL-FATIHAH n TAKZIAH kpda keluarga arwah...AMIN.....

No comments:

Post a Comment