Islamic Clock

Tuesday, November 29, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Mama mgkn terlambat membuat entry ini, tp tak mengapala biar lambat drpd tidak ucap langsung adalah 2 perkara yg berbezakan...betul tak kawan2???? So Mama ucapkan, Selamat Menyambut Tahun Baru 1433H kepada semua. Semoga tahun baru ini lebih baik drpd tahun2 yg sebelumnya dan moga Allah sentiasa limpahkan rahmat dan kasih sayang Dia kpda kita semua. Insyaallah...mudah2an.... Berdoalah dgn apa yg dimahukan krna Allah tidak pernah menghampakan permintaan hamba2Nya cuma kita semua kene ingat:-

i)Dia terus makbulkan doa kita atau
ii)Dia tangguhkan pemberianNya kpda suatu masa yg kita tak tahu atau
iii)Dia gantikan permintaan kita dgn perkara lg baik dlm pengetahuanNya.

Mama mohon semoga Allaw SWT memberikan kesembuhan n kesihatan kpda Pak Su n semoga Pak Su kuat semangat n tabah melawan dugaan ini...semoga Pak Su kembali sembuh n pulih sprti sediakala...AMIN.... dan semoga Allah swt mempermudahkan mama dalam pelbagai urusan mama.... rabbi yassir walatu'assir ya kareem.....

Perkembangan Pak Su

Keadaan Pak Su masih tak banyak berubah....masih bergantung ngan mesin sepenuhnya.... sudah smnggu Pak Su tak makan n minum, bila sedar jer asyik minta nak air jer...cian sangat bila berada di sisi Pak Su...berat sungguh rasanya dugaan kami sekeluarga... sama2lah kita doa2kan semoga Pak Su kuat semangat n semoga Pak Su kembali sembuh sprti sediakala..Insyaallah.........

Bila dapat tengok Pak Su sedar rasa cam lege sikit, tapi kat badannya hanya dipenuhi ngan wayar2.. meleleh air mata mama bila tengok keadaan Pak Su skrg nie...Ya Allah Kau tabahkanlah kami sekeluarga dalam menghadapi semua dugaan ini......

Friday, November 25, 2011

Balik Kampung Melawat Adik

Malam ini Mama dan Ngah sekeluarga akan bertolak balik kampung untuk melawat Pak Su... semoga perjalanan kami selamat sampai dan selamat kembali........ Insyaallah...

Tengah malam td Adik di transfer ke CCU untuk pemantauan rapi....Adik dipindahkan ke CCU lebih kurang kam 12tengah malam......

Thursday, November 24, 2011

Pak Su Transfer Ke CCU

Keadaan kesihatan Pak Su tak berapa stabil dan susah untuk bernafas....sejak dari selasa 22 November lg start pakai oksigen sepenuhnya sampai ke hari ini....Pak Su akan ditransferkan ke CCU untuk pemantauan rapi.....Dr. mengatakan Pak Su kene jangkitan kuman kat paru2......Doa2kanlah semoga Pak Su cepat sembuh........

Wednesday, November 23, 2011

Pak Su Tak sihat

Agak terkejut jugak mama pagi tadi tiba2 dapat berita mengatakan keadaan Pak Su skrg ni tak berapa baik. Sejak semalam Pak Su terpaksa bernafas guna oksigen sbb xmampu utk bernafas sendiri, badan Pak Su pun agak letih dan lemah berbanding sebelum nie.... semalam seharian Pak Su langsung xmakan ape2...just minum sikit2 jer.... Doa2kanlah semoga Pak Su cepat sembuh dan kembali sihat spti biasa...insyaallah....A M I N.....

Monday, November 14, 2011

Klinik Abg Syahmi n Adik Iesya

Mama tersilap pandang temujanji klinik anak2 mama, mama ingatkan pertengahan November 2011 rupa2nya 3 November 2011 yg lepas...so jumaat lepas mama telefon pihak klinik untuk maklumkan yg mama terlepas tarikh temujanji, so pihak klinik minta mama datang ari Isnin pagi. Alhamdulillah semuanya ok arini...

So next temujanji adalah pada 6 Februari 2012...

Selepas selesai temujanji di klinik, mama n papa terus ke Sekolah KAFA utk mengambil Borang Pendaftaran Sekolah Kak Iqa bg kemasukan murid tahun satu 2012......

Sunday, November 13, 2011

Hari Graduasi Kak Iqa



Pada Hari Sabtu bersamaan 12/11/11 bertempat di SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor darul Ehsan

Thursday, November 10, 2011

Salam Aidiladha

Mama mengucapkan SALAM AIDILADHA kpda semua pembaca dan sahabat yg berada di mana shja. Semoga Aidiladha kali ini akan menjadi perayaan yg begitu bermakna pada diri kita berdasarkan pengorbanan yg telah kita laksanakan selama ini.

Mari lah kita sama2 menghayati kisah Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail dalam menunaikan dan memenuhi perintah Allah swt.

Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dlm mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yg bernama Ismail. Slps dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yg bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja ttpi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata2 ibunya, Ismail berkata kpda bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kpda pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yg mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yg diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Stlh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yg dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yg baik utk menyembelih adalah dgn cara aku disembelih dlm keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yg tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yg Allah S.W.T perintahkan dlm mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sbg seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yg disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua2nya pun berpeluk2 sambil bersyukur kpda Tuhan krna memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

Thursday, November 3, 2011

Lamanya Tak Update....

Sedar tak sedar skrg dah masuk bulan Novermber 2011....dah agak lama mama tak berkesempatan untuk update blog. Maklumla sejak akhir2nya agak sibuk sikit ngan bermacam2 urusan kerja.....nnti bila mama berkesempatan mama akan update isu2 terkini....