Islamic Clock

Monday, August 22, 2016

Heppy Besday Iesya

Hepy Besday kak chik......

Tanggal 10 Ogos 2010 adalah detik kelahiran puteri mama yg ke 3....alhamdulillah 10 ogos 2016 genap sudah 6 tahun usia kak Iesya @ kak chik....mama doakan moga kak chik menjadi anak yg solehah penyejuk dan pendamai hati mama n papa di dunia n di akhirat....

Baby masuk 34 week

Alhamdulillah baby masuk 34week minggu ini, baby semakin aktif sekarang ni n kadang menyebabkan tido malam mama sentiasa terganggu..apapun itu adalah lumrah bagi ibu mengandung....satu pengalaman indah yg akan menjadi kenangan terindah sepanjang hayat mama....

So this week juga ada oppoiment dgn doktor pakar di Hospital KB....doakan moga mama dan baby dipermudahkan dalam segala urusan nanti........kakak2 n abg semuanya dah tak sabar menunggu kelahiran adik baby yg dinanti2 selama ini....

Gambo Konvo Iesya

Di sebabkan mama akan bersalin bulan depan, so mama terpaksa ambik alternatif ambik gambar konvo kak chik kat studio sahaja sebagai tanda kenang2an di zaman tadika...
So tahniah kak chik....


Tuesday, August 2, 2016

Baby dah masuk 30 week

Alhamdulillah usia kandungan baby dah masuk 30 week sekarang ni... doakanlah semoga mama dan baby selamat dan dipermudahkan hendaknya.... 

Salam Syawal 1437H

6/6/16 kita semua sambut puasa ramadhan 1437H
6/7/16 kita semua sambut raya Aidilfitri.........

sedar xsedar bulan syawal pun dah nak berakhir...........
moga dipanjangkan umur kita berjumpa lagi pada syawal akan datang........

Monday, June 6, 2016

salam Ramadhan 1437H

Salam Ramadhan kepada semua muslimin n muslimat, syukur alhamdulillah kita masih berkesempatan bertemu Ramadhan lagi pada tahun ini.....

Wednesday, May 11, 2016

Mynew Position

Mulai mei 2016 mama bertugas di position yg baru dan di lokasi yg baru....semoga mama lebih cemerlang dan selesa di position yg baru ini...usaha tangga kejayaan...Insyaallah.....

Setakat ini Alhamdulillah...mama akan cuba belajar sikit demi sedikit untuk meningkatkan lagi kualti kerja...

Friday, April 8, 2016

Alhamdulillah Alahan Makin Berkurang

Syukur alhamdulillah, alahan mama dah makin berkurang sikit demi sedikit...baby skrg dah berusia 14w+++ bersyukur sesangat masih diberi kesihatan untuk meneruskan hari2 mendatang....doakan moga mama n baby sihat2 selalu hendaknya dan dipermudahkan segalanya.....aminnn..


Thursday, March 10, 2016

Pelancaran MICEMS

Hari ini 10 Mac 2016, berlangsungnya Majlis pelancaran Malaysia-Italy Centre of Excellence for Mathematical Sciences (MICEMS) berlangsung hari ini bertempat di Dewan  Taklimat Serdang, UPM jam 2.45 petang. Moga jalinan kerjasama ini akan terus maju jaya.

Wednesday, March 9, 2016

Bina Jati Diri

Kosongkan fikiran, hilangkan beban hidup sejenak, pejamkan mata, bersyukur atas nikmat dan rahmatMu hari ini. Semoga hari esok akan lebih indah dan lebih baik lagi... aku bersyukur dia atas segala pemberianMU... 

Hidup ini tak selalunya indah, hari ini kita dipuji, di sanjung tapi esok hari belum tentu lagi. Carilah keberkatan dalam segala perkara@hal yang kita lakukan, Allah swt lebih mengetahui akan segala2nya....

Seluruh tubuh tak akan ada gunanya,jika hati tak tersambung pada Tuhan yang maha Esa.Mulailah banyak menyebut asma-Nya. Rasakan pancaran energi positif nya. Nikmati hidup dgn penuh ketenangan, niscaya segala kesulitan sedikit demi sedikit akan terbuka.....segalanya akan terjawab akhirnya..kebenaran pasti akan terbukti........

Monday, March 7, 2016

Akhirnya Drip lagi

ALhamdulillah syukur masih dapat meneruskan hari2 berikutnya walaupun dalam kepayahan dan keperitan yg terpaksa mama tempuhi...mama kene banyak2 bersabar dan kuatkan semangat untuk tempuhi semua ini sekurang2nya hingga ke minggu 14..... Insyaallah mudah2an mama & baby selamat semuanya...

Akhirnya setelah pemeriksaan detail dijalankan, mama sekali lagi di tahan dan terpaksa di drip lagi, ini adalah untuk pulihkan semula tenaga badan yg telah kehilangan banyak air akibat dari alahan yang teruk pada kali ini...redhakanlah tangan mama dicucuk lagi kali ini...... hampir jam 4.30pm semuanya selesai.. 

Sakit macam mama ni memang xder ubat kata doktor, so doktor suggustkan mama banyak2kan berehat dan jangan paksa badan buat kerja jika xlarat, bila rasa tak sihat minta rujuk terus ke klinik terdekat demi keselamatan mama dan juga baby...

Monday, February 29, 2016

29 Februari 2016 adalah tahun lompat

Hari ini 29 Februari 2016 adalah tahun lompat, yg hanya ada empat tahun skli.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Mengikut takrif, tahun yg mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira2 setiap empat tahun dalam tahun2 yg mempunyai angka yg boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.
Tahun abad, iaitu tahun yg berakhir dgn dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki.

Tahun biasa mengandungi 365 hari dalam setahun sementara tahun lompat pula mengandungi 366 hari dengan ditambah 1 hari pada akhir bulan Februari.

Taqwim hari ini berasaskan kpda pergerakan bumi mengelilingi matahari. Satu pusingan lengkap bumi mengelilingi matahari disebut sbg satu tahun suria.

Kalendar yg digunakan kebanyakan negara pada hari ini adalah calendar Gregorian iaitu mengambil sempena nama Pope Gregory (1502-1585).Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuat pembetulan terhadap kesilapan dalam Taqwim Julian.
Kenapa Wujudnya Tahun Lompat? 

Kewujudan tahun lompat adalah bertujuan memperbetulkan masa. Bumi mengelilingi matahari dalam 365 hari setahun, namun ia bukan betul-betul tepat dengan angka tersebut Tempoh bumi mengelilingi matahari adalah sekitar 365.25 hari. Ini bermakna terdapat perbezaan di antara 1 tahun mengikut Taqwim Gregory dengan 1 tahun suria sebanyak ¼ hari.

29 Februari adalah hari yang ke-60 dalam tahun lompat. Hanya ada 306 hari sebelum memasuki tahun seterusnya. Tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Tarikh ini berlaku hanya 4 tahun sekali dan berlaku dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagi dengan empat tanpa ada berbaki seperti 1992, 1996, 2004 melainkan tahun-tahun abad.

Kaedah Mengetahui Tahun Lompat 

Tahun abad adalah tahun yang berakhir dua angka sifar seperti 1700, 1800, 1900, 2000 dan lain-lain tidak dikira sebagai tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa ada baki. Ini bermakna tahun 2000, 2400, 2800, adalah tahun lompat akan tetapi 1800, 1900, 2100, 2200 2300 bukanlah tahun lompat. 

Contoh 1:
Tahun:
2012  ÷ 4 = 503
2016  ÷ 4 = 504
2020  ÷ 4 = 505

Penjelasan: Setelah 2012, 2016 dan 2020 di bahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor bulat yang tidak berbaki iaitu tiada sebarang titik perpuluhan (503, 504 dan 505). Jadi tahun 2012, 2016 dan 2020 adalah tahun lompat.

Contoh 2:
Tahun: 
1999 ÷ 4 = 499.75 2001 ÷ 4 = 500.25
2010 ÷ 4 = 502.5

Penjelasan: Setelah 1999, 2001 dan 2010 dibahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor pecahan iaitu terdapat baki . Jadi tahun 1999, 2001 dan 2010 adalah bukan tahun lompat.

Manakala bagi tahun abad seperti 1700, 1800, 1900 dan 2000 jika boleh dibahagi 400 ia adalah tahun lompat.

Contoh tahun:
1700 dibahagi 400 mempunyai baki ( 4.25 ), ini bukan tahun lompat.
Tahun 2000 boleh dibahagi 400 dan tiada baki ( 5 ), tahun 2000 adalah tahun lompat.

Alhamdulillah Syukur...Anugerah dari Mu

Alhamdulillah syukur.......anugerah anniversary paling bermakna tahun 2016... setelah hampir lima tahun lebih alhamdulillah sekali lagi Allah swt anugerahkan kami sekeluarga zuriat buat penyeri dan pengikat kasih sayang kami sekeluarga....alhamdulillah syukur....

Demam teruk yg tiba2 rupanya membawa berita gembira buat kami sekeluarga..... hampir dua minggu mama demam..... mula2 kak iqa demam hampir 10 hari, setiap hari berulang-alik klinik untuk ujian darah. selepas kak iqa baik dari demam mama plak yg demam dlm 3-4 hari kemudian mama pun beransur pulih. Selepas mama baik dari demam, Adik dan abg ngah plak demam, pastu mama demam lagi sekali dan last sekali papa plak yg demam. setiap hari plak berulang-alik ke klinik untuk ujian darah sebab demam yg tinggi yg hampir mencecah 40 darjah.... papa terpaksa di dripkan air untuk turunkan suhu panas dan diikuti mama terpaksa di dripkan 2 botol air kerana terlalu lemah dan letih. selepas drip air barulah ok sikit walaupun tak sihat sepenuhnya... 

Alhamdulillah selepas itu anak2 dan papa beransur pulih seperti sediakala. Sekarang hanya tinggal mama sahaja yg belum pulih sepenuhnya, mama bukan lagi demam tapi alahan bagi ibu mengandung. Agak teruk jugak alahan mama kali ini tapi mama terpaksa kuatkan diri untuk teruskan semua ini.... cuma doktor sarankan mama kene lebih banyak berehat sehingga kandungan mencecah usia 14 minggu. Mama kene banyak bersabar menempuh semua dugaan alahan ini, Ini adalah untuk keselamatan mama dan juga baby. Ya Allah kau berilah mama kekuatan dan semangat untuk tempuhi semua dugaan dan halangan ini dengan sebaik2nya, semoga mama selamat melahirkan baby nnti.....amin.......Insyaaallah.........

Wednesday, February 17, 2016

happy anniversary ke 11

Happy anniversary yg ke 11....semoga kekal bahagia hingga ke jannah...amin...Mama doakan moga rumahtangga dan ikatan kasih sayang antara kita akan terus kekal hingga ke syurga.....mama love papa so much...moga Anak2 permata hati mama n papa akan jadi pengikat kasih antara kita...kehadiran anak2 bagaikan permata yg tiada galang gantinya...moga anak2 mama akan jadi anak2 yg soleh n solehah penyejuk dan pendamai hati kita semua...amin......


Friday, January 22, 2016

Inilah Kehidupan

Hidup Berkasih Sayang Perlukan Keikhlasan

New Year 2016

Selamat tahun baru 2016...
Dah hampir 22 hari tahun 2016 berlalu...tak ku sangka sekejap jer masa  berlalu...sedar tak sedar dan hampir sebulan berlalu.....

Jauh lagi perjalanan untuk tahun 2016...moga perjalanan hidupku berjalan seiring dengan harapan dan impianku...pastinya setiap insan punyai impian dan harapan yg manis untuk dipotretkan dalam kehidupan seharian......

Tanggal  20 Januari 2016 kami sekeluarga dikhabarkan dengar khabar gembira, kami dianugerahkan dengan kelahiran anak saudaraku yg baru....Alhamdulillah syukur...adikku dipermudahkan dalam proses kelahirannya kali ini...syukur sesangat...masuk laboor room jam 1.40pm dan bersalin jam 1.56pm syukur sesangat kerana dipermudahkan segalanya....

Nikmatnya kehidupan ini,,,moga diriku tabah dan kuat mengharungi cabaran dan dugaan dalam menjalani kehidupan seharian........anak2ku kaulah permata hati mama yang tak ternilai....hadirmu memberikan sinaran yg penuh bermakna dalam hidup mama....walau pun perit membesarkan anak2 mama namun mama akan tetap berbakti selagi hayat dikandung badan.....membesarkanmu memberikan jutaan cabaran dan rintangan dalam realiti sebenar kehidupan..tanpa anak2 hidup mama kosong dan sepi....