Islamic Clock

Monday, February 29, 2016

Alhamdulillah Syukur...Anugerah dari Mu

Alhamdulillah syukur.......anugerah anniversary paling bermakna tahun 2016... setelah hampir lima tahun lebih alhamdulillah sekali lagi Allah swt anugerahkan kami sekeluarga zuriat buat penyeri dan pengikat kasih sayang kami sekeluarga....alhamdulillah syukur....

Demam teruk yg tiba2 rupanya membawa berita gembira buat kami sekeluarga..... hampir dua minggu mama demam..... mula2 kak iqa demam hampir 10 hari, setiap hari berulang-alik klinik untuk ujian darah. selepas kak iqa baik dari demam mama plak yg demam dlm 3-4 hari kemudian mama pun beransur pulih. Selepas mama baik dari demam, Adik dan abg ngah plak demam, pastu mama demam lagi sekali dan last sekali papa plak yg demam. setiap hari plak berulang-alik ke klinik untuk ujian darah sebab demam yg tinggi yg hampir mencecah 40 darjah.... papa terpaksa di dripkan air untuk turunkan suhu panas dan diikuti mama terpaksa di dripkan 2 botol air kerana terlalu lemah dan letih. selepas drip air barulah ok sikit walaupun tak sihat sepenuhnya... 

Alhamdulillah selepas itu anak2 dan papa beransur pulih seperti sediakala. Sekarang hanya tinggal mama sahaja yg belum pulih sepenuhnya, mama bukan lagi demam tapi alahan bagi ibu mengandung. Agak teruk jugak alahan mama kali ini tapi mama terpaksa kuatkan diri untuk teruskan semua ini.... cuma doktor sarankan mama kene lebih banyak berehat sehingga kandungan mencecah usia 14 minggu. Mama kene banyak bersabar menempuh semua dugaan alahan ini, Ini adalah untuk keselamatan mama dan juga baby. Ya Allah kau berilah mama kekuatan dan semangat untuk tempuhi semua dugaan dan halangan ini dengan sebaik2nya, semoga mama selamat melahirkan baby nnti.....amin.......Insyaaallah.........

No comments:

Post a Comment