Islamic Clock

Tuesday, January 26, 2010

20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)


Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:

* Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
* Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
* Kolej Melayu Kuala Kangsar
* Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
* Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
* Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
* Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
* Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
* Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
* SMS Muzaffar Syah (Melaka)

Sekolah Menengah Harian:

* Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
* SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
* SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
* SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah:

* Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
* SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
* SK Bukit Damansara (KL)
* SK Zainab (2) (Kota Bharu)
* SK Convent Kota (Taiping)
* SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Sekolah diberi autonomi:

* Fleksibel dlm pengajaran & pembelajaran serta silibus bg subjek wajib & elektif
* Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
* Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
* Memanjangkan waktu persekolahan.
* Membenarkan tempoh persekolahan bg pelajar cemerlang ditamatkan setahun lbh awal (seperti kelas lompat).
* Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
* Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
* Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
* Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
* Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
* Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
* Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.

Kriteria pemilihan SBT :

* Pencapaian akademik yang cemerlang.
* Melahirkan personaliti unggul.
* Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
* Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
* Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
* Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

Monday, January 25, 2010

Alhamdulillah Dah Lulus...

Kalau nak ikutkan hari jumaat 22 januari 2010 mama ada Majlis Hari Inovasi INSPEM 2009 kat ofis, tapi apa nak buat tarikh yg sama jg mama ada Ujian JPJ untuk test kete...so setelah berkira2 dgn penuh rasa bersalah akhirnya mama terpaksala ponteng Majlis Inovasi INSPEM 2009 pada kali ini....insyaallah panjang umo tahun depan kita berjumpa lagi di Hari Inovaasi INSPEM 2010 INSYAALLAH..........

Tapi yg sedihnya mama g test JPJ dgn keadaan yg xmengizinkan, mama demam pd hari ujian. Kisahnya, hari khamis balik keje mama kene ujan lebat kat Bangi, habis basah lencun...so malam tu badan dah rasa lain mcm dah kejap panas kejap sejuk, dgn hidung yg dah mula berair2. So esk pagi mama g test jgak walau pun badan xsihat... Alhamdulillah mama dah lulus dah...lega rasanya....

Last2 balik jer ujian tghari tu mama terus demam xbangun2.....mgkin penat,letih dok menunggu giliran test dgn keadaan cuaca yg panas terik masa tu...last2 balik test trus demam sampai arini baru rasa ok sikit....

Ya Allah Ya Tuhanku Kau berilah aku kesihatan yg baik juga buat suamiku serta anak2ku putera puteri permata hatiku.........

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah dan sape2 yg bertuah pd hari tersebut....Kepada sesiapa yg tak berjaya jangan putus asa tahun depan cuba lg. Tingkatkan lg prestasi kerja di masa2 akan datang.TAHNIAH............

Wednesday, January 20, 2010

Untuk Dikongsi Bersama....

Untuk dikongsi bersama rakan2 blog dan untuk ingatan buat diri mama juga......

Kenapa kita melahirkan anak?
Keindahan sebuah perkahwinan sering digambarkan oleh setiap pasangan yang bakal berumah tangga. Ia bukan sahaja menggambarkan keseronokan menjadi isteri atau suami, perkahwinan itu juga sebagai mengerat kasih saya mereka selama ini.

Di samping itu, pasangan juga inginkan anak yang ramai sebagai penyambung zuriat. Adakah anda tahu tujuan sebenar melahirkan zuriat.

Antara tujuan mengapa kita wajar melahirkan zuriat:
1.Amanah – anak ialah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sempurna dan dilunaskan segala keperluannya sehingga baligh bagi lelaki dan berkahwin bagi perempuan.
2.Tanggungjawab – anak bertanggungjawab menghormati ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ini ialah harapan setiap pasangan. Ketika usia meniti senja mereka perlukan belaian dan kasih sayang orang yang hampir dengan mereka, misalnya anak-anak.
3.Penawar – anak sebagai cara meleraikan kekusutan perhubungan suami isteri yang bermasalah atau mengeratkan perhubungan yang renggang.
4.Keseronokan – kehadiran bayi dalam sebuah rumah tangga ialah sebagai pengerat kasih sayang pasangan.
5.Keturunan – anak bukan sahaja penyambung keturunan, sebaliknya anak ialah pembela nasib ibu bapa. Di samping itu, anak bakal mewarisi harta atau hutang yang kita tinggalkan.
6.Bukti kesuburan suami isteri – kelahiran anak sebagai bukti pasangan mampu melahirkan zuriat iaitu tidak mandul.
7.Penyambung – anak adalah penyambung hasrat ibu bapa yang selama ini tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, ingin menjadikan seorang yang berjaya atau berpelajaran tinggi. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana pelbagai faktor, misalnya kemiskinan. Dengan lahirnya anak, mereka berhasrat ingin jadikan anak ini sebagai penyambung keinginan mereka. Jadi, mereka berusaha mendidik anak ini agar mampu menyampaikan hasrat mereka selama ini.
8.Pembantu – anak boleh membantu ibu bapa ketika susah misalnya sakit atau membantu tugas ibu bapa mencari nafkah.

************************************************************************************
13 cara jadi pasangan romantik
Hendak jadi pasangan romantik sebenarnya tidaklah sesukar mana. Tapi, semua itu perlukan kesungguhan. Amalkanlah 13 cara ini jika ingin hidup bahagia.
1.Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu.
2.Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali. Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat kerja dan setelah pulang ke rumah.
3.Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.
4.Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.
5.Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya adan begitu juga sebaliknya.
6.Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.
7.Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.
8.Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak rakan sepejabat.
9.Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling sayang-menyayangi.
10.Sentiasa cara masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua.
11.“Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan, sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...” Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua kali untuk memaafkan anda.
12.Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.
13.Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih menghormatinya

Thursday, January 7, 2010

Tragedi Ngeri Di Kampung Bukit Rokan, Tampin

Salam Takziah Kepada Keluarga Mangsa..Al-Fatihah....

TAMPIN: Empat beranak ditemui mati dlm keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yg terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam. Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yg juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76 dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.

Empat beranak itu dipercayai dibunuh kira2 jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari slps seorang lg anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pd jam 3.30 petang. Terdapat kesan tetakan dan tikaman pd semua mangsa dgn pisau tercacak pd dada Siti Khadijah dan putus jari manis, manakala Atan putus tangan kiri, Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala. Polis menolak motif samun dan sedang menyiasat semua kemungkinan, termasuk perselisihan faham. Polis turut menemui sebilah pisau dan parang yg dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Ismail sepatutnya mengambil Siti Mariam di sekolah, ttpi shgga kira2 jam 2 petang, Allahyarham tidak tiba seperti biasa. "Siti Mariam kemudian menelefon bapanya dan kakaknya, Siti Khadijah, tetapi kedua2 panggilan itu tidak dijawab. "Dia kemudian pulang sendiri dgn menaiki bas dan apabila tiba di rumah, Siti Mariam mendapati kakaknya sudah tidak bernyawa dgn pisau tercacak di dada,"

Berikutan itu, Siti Mariam meluru ke rumah datuknya yg terletak hanya kira2 20 meter dari rumahnya, tetapi terkejut apabila menemui pasangan warga emas itu turut mati bergelimpangan. "Pembunuhan Ismail pula disedari selepas penduduk menemui mayat tanpa kepala di rumah pasangan warga emas itu,".

Tinjauan Berita Harian mendapati kedua2 rumah berkenaan terletak dalam satu kawasan berpagar dgn jarak kira2 20 meter. Kedua2 rumah itu juga terletak dalam kebun getah dan terpencil dari rumah lain dgn rumah terdekat kira2 dua kilometer.

Suspek kes pembunuhan empat beranak di Kampung Batang Rotan, Gemencheh di sini, berjaya ditahan polis petang semalam. Suspek yg ditahan di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur, kira2 jam 4 petang semalam, akan dibawa pulang ke sini dan direman hari ini untuk membantu siasatan kes itu. Suspek, Rashidi Ismail, 34, yg juga ahli keluarga mangsa, ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan yg menghampirinya di stesen itu.

Kesemua jenazah mangsa bunuh di Kampung Batang Rokan, Gemencheh selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan selepas solat Maghrib malam td. Suasana sedih mula menyelubungi perkarangan masjid lewat petang ini apabila ahli keluarga, saudara mara dan kenalan mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat kesemua jenazah dibawa masuk ke pekarangan masjid. Ahli keluarga terdekat dibenarkan memberikan penghormatan terakhir kepada kesemua mangsa sebelum solat Maghrib. Jenazah empat sekeluarga itu kemudiannya dikebumikan pada pukul 7.53 malam ini dengan dibantu 15 anggota tentera dari 21 Artileri Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Kesemua ahli keluarga termasuklah isteri Ismail, Zaharah Atan, 59 dan anak perempuannya, Siti Mariam Ismail, 19 berada di tanah perkuburan berkenaan sambil ditenangkan oleh ahli keluarga terdekat.

Kepala seorang mangsa pembunuhan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan semalam, ditemui tertanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini tengah malam ini. Suspek yng ditahan di ibu negara petang ini dibawa oleh anggota polis ke tanah perkuburan itu bagi menunjukkan lokasi dia menanam kepala tersebut.
Sepasukan anggota Unit Forensik yg tiba di tanah perkuburan itu pukul 11.40 malam ini akhirnya menemui kepala tersebut yg ditanam di tanah tinggi berdekatan sebatang parit di hujung tanah perkuburan itu kira2 pukul 12.50 tengah malam, telah menemui satu kepala lelaki di dalam sebuah beg plastik yg ditanam sedalam kira2 dua kaki.

AL-FATIHAH.............

Monday, January 4, 2010

Selamat Datang 2010

Minggu2 terakhir 2009 meninggalkan seribu satu kenangan pahit dan manis yg telah kita tempuhi dan kita harungi dalam melayari kehidupan di dunia ini yg penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan.

Peristiwa yg paling menyayat hati ialah tragedi Bas Sani Express yg pemandunya mengaku terlelap lalu hilang kawalan serta melanggar pembahagi jalan di Kilimeter 280.3, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada pukul 1.25 pagi 26 Disember 2009. Kejadian itu mengorbankan 10 penumpang [ada pasangan suami isteri, adik-beradik dll] yg duduk di bahagian bawah bas dua tingkat itu. Salam TAKZIAH. Begitulah perjalanan hidup manusia. Dalam duka pasti ada juga yg bergembira. Semua itu adalah ketentuan Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Mendengar.

Tirai 2010 kini telah bermula, tentunya bakal membawa sinar cahaya baru dalam kehidupan kita. Lupakanlah yang telah berlalu, anggaplah sebagai satu kenangan sambil berdoa mudah2an tahun ini akan membawa kebahagian dan ketenangan dalam apa jua yang diceburi.

Kedatangan 2010 perlu dilalui dengan kekuatan dan ketabahan terutama dalam melakukan sesuatu yg memerlukan komitmen dan kerja keras. Fitrah manusia ciptaan Allah SWT menjadikan seseorang insan itu yg sempurna di sisi Allah. Adalah lumrah, dalam suka ada duka, dalam ketawa ada air mata. Namun itu semua mempunyai hikmah yg tersimpan. Renungilah kembali bagaimana perjalanan hidup kita sepanjang 2009 yg lalu.

Seperti yg kita tahu, tahun datang dan pergi. Begitu juga masa, berlalu tanpa kita sedari. Namun yg pasti ada kala manusia tidak ke mana2, masih berada di tempat yg sama jika tidak bertindak untuk berubah ke arah positif mengikut keadaan. Positif yg dimaksudkan adalah JATI DIRI, NILAI MURNI dan KOMITMEN terhadap apa yg dilakukan perlu ditingkatkan dalam usaha menggapai impian untuk berjaya dalam hidup.

Mengingatkan diri mama, mama akhiri catatan ini dgn harapan kita semua akan bersikap positif dalam menempuh tahun 2010 bersama komitmen untuk menjadi insan yg berhemah, bekerja keras untuk menikmati hidup di dunia dan di akhirat.

Puteri Mama Mula Sekolah

Hari ini Isnin bersamaan 4 januari 2010, puteri mama memulakan sesi persekolahan di Tadika. Semoga puteri mama rajin2 belaja kat sekolah dan beroleh manfaat untuk menjamin masa depan puteri mama. Insyaallah.

Alhamdulillah, hari ini puteri mama bangun pagi, gosok gigi, mandi and pakai baju sekolah. Semangat betul puteri mama nak g sekolah. Mama harap hari2 la puteri mama cam nie, bangun pagi2 and bersiap nak g sekolah. Masa hantar adik kat umah umi [pengasuh] siap salam adik, cium2 adik, cakap kat adik, adik dok elok2 umah umi ye kakak nak g sekolah [maklumla sblum ni kan dok skli ngan adik, xnak berenggan skrg nie dah dok lain2 tmpat].

Slpas hantar adik, mama terus hntar kakak g sekolah. Kakak salam n cium mama & papa & then terus jalan masuk kelas.....mama harap kakak dapat sesuaikan diri kat sekolah baru

Hari ini jalan sesak, maklumla hari ini hari pertama sesi persekolahan bermula.