Islamic Clock

Thursday, February 25, 2010

Esok Cuti 12 Rabiul Awal 1431H

Selamat Bercuti dan Selamat Berhari Minggu....

Esok (26 Februari 2010) kita semua bercuti lagi iaitu Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. So dapatla mama beristirehat sepuas2nya.....badan pun rasa lemah jee sekarang nie...
Dr. nasihatkan mama supaya banyak2an berehat dan teruskan mengambil ubat antibiotik dan ubat untuk cairkan kahak kerana Dr. takut kene jangkitan kuman....

Alhamdulillah sejak makan ubat antibiotik nie nampak cam ok la sikit dari sebelum nie tp still batuk2 lg laa...

Doa2kanlah smoga mama cepat2 sembuh.....
INSYAALLAH......

Monday, February 22, 2010

CNY 2010 : Tahun Harimau

Sambutan Tahun Baru Cina pada 14 dan 15 Februari 2010 merupakan Tahun HARIMAU....
Tahun Harimau yang melambangkan keberanian, kejujuran, tangkas, sedia bersaing dan mempertahankan maruah.

Dalam mesej Tahun Baru Cina yang disiarkan melalui lintas langsung TV3 pula, Perdana Menteri meminta rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina dengan semangat 1Malaysia dan penuh keyakinan mengenai masa depan negara.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tahun harimau dianggap masa yang tidak sesuai untuk pasangan Cina berkahwin dan melahirkan anak kerana dipercayai anak yang dilahirkan pada tahun harimau amat agresif selain menyebabkan suami akan mati awal.

Akhir sekali, kepada semua yang meraikan Tahun Baru Cina, mama ucapkan Gong Xi Fa Cai. Semoga kedatangan tahun harimau akan menurunkan sifat ultra kiasu harimau kepada kurang kiasu. Tahun harimau mengajar kita supaya lebih berhati-hati dalam segala aspek kehidupan. Hindari perasaan dendam dan iri hati, lebihkan sikap bersyukur dan menerima pendapat orang lain. Sikap ini akan menjadi kita tidak mudah jatuh, kerana sekali kita jatuh, mungkin kita sudah tidak berdaya untuk bangun kembali.

Friday, February 12, 2010

Perlukah Sokongan Suami?

Penyusuan Susu Ibu : Perlukah sokongan suami??

Ni apa kes tetiba mama cerita pasal breastfeeding plak ni kan.. Sebenarnya, mama baca artikel ni dalam internet so dikesempatan ini mama mengambil kesempatan utk berkongsi cerita dgn rakan2. Berkongsi maklumat dan memberikan maklumat yg betul.

So, macamana dengan sokongan suami? Dia ok ke, bangkang ke, atau jenis ’sukati awaklah’? Suami kita mmg macam2 ragam dan perangai. Macam anak2 kecil tingkahnya. Tapi, macamana pun perilaku dia, tanpa suami, siapalah isteri kan. Apatah lagi isteri2 yg mempunyai suami yg very the loving gitu..Lagi lee syok si isteri.

Mm.. En2 Suami, silalah bagi sokongan yg 100% buat si isteri yg mahu menyusukan anak. Anak itu pun bukan anak sesiapa, anak anda jua.

Dengan ini mama copy paste utk tatapan pembaca....

9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu:

1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi . Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.

2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan. Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.

3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha

4) Urutan membanyakkan susu . Kaedah urutan untuk membnyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi kelas) Siapa lagi nak tolong isteri kalau bukan suami. lagipun masa ini lah nak bermanja dari isteri dlm tempoh berpuasa suami. Perlu ingat, urutan menambah susu bukan urutan menambah anak. hahaha.

5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah. Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat.

6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama . Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.
Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public). Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.

7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berualang alik ke klinik.

8) Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya . Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial drpd media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya

9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu. Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.

Allah berfirman (utk kaum suami):

“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6

Selamat Bercuti

Hari ni adalah last day keje sebelum bercuti panjang sempena cuti Chinese New Year 2010 (CNY) so ramaila orang mengambil kesempatan ini untuk pulang bercuti ke Kampung halaman msg2 termasukla jugak mama....bkan senang nak dapat cuti panjang cam ni....dan kebetulan pula sekolah Puteri mama pun mmg cuti 1 week sempena CNY kali ni.... lagi satu untungla sapa2 yg balik menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) kerana diberikan tol secara percuma sempena CNY kali ini bermula dari 11hb hingga 14hb xsilap mama...savela sikit duit tol bg sesiapa yg balik awal....betul tak kawan2...

Puteri mama xabis2 bertanya bila nak blik umah Tok Ma,balik umah Tok Ma....dah lama tak balik umah Tok Ma katanya maklumlaa puteri mama akrab dan rapat ngan family mama.....diorang pun mmg selalu ambil berat akan kebajikan putera puteri mama.... mama pun dah tak sabar rasanya nak balik kampung....

Opah pula plan nak buat kenduri sempena Maulidur Rasul, sempena anak2 cucu semua balik bercuti so opah mengambil kesempatan berkumpul saudara mara untuk buat kenduri skit....so kalau semua balik dan atas permintaan opah akan potong kambing skli laa.... tapi yg jadi masalahnya skrg mama sndiri pun xsure ari ape baru mama dapat bertolak balik kampung atas sebab2.......yg buat mama rasa geram and sakit hatinya sekejap ckap lain skjp ckap lain...skjap kt dtg ari jmaat, skjp kt datang ari sabtu, mula2 ckap xnak nak datang sn pastu last2 minit ckap nak datang sn plak, pastu ckap ml2 blehla kita bertolak balik kampung ari sabtu ptg2 lpas jumpa diorg, pastu ckap balik sabtu mlm plak, pastu ckap blik ari ahad plak, pastu smlm ckap plak balik ari isnin tu yg buat mama rasa geram tu...ckap berputar belit.......

Ari Ahad ni (14 Februari 2010) opismate mama kawin kat Felda Jelai 3, Gemas Negeri Sembilan tapi disebabkan nak balik kampung so xdapatla mama memenuhi undangannya kali ini. Ape2 pun mama ucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada Mimi n pasangannya semoga jodoh perkahwinan mereka ini akan berkekalan buat selama2nya hingga ke akhir hayat.... Insyaallah.....

Dan SELAMAT BERCUTI pada kawan2 semua........
Berhati2 semasa di Jalan Raya, Pandu Cermat Jiwa Selamat dan Ingatla Orang2 Yg Tersayang....Biar Lambat Sampai ke destinasi yg dituju Janji Kita Selamat...... Insyaallah............AMIN.....

Tuesday, February 9, 2010

Happy Anniversary Day



Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Mama & Papa (9 Februari), Semoga Mahligai Kasih yg kita bina dengan ikatan suci [akad] lagi tulus ini akan terus berkekalan sepanjang hayat kita Insyaallah... semoga dengan kehadiran Putera Puteri Permatahati Mama & Papa menjadi pengikat kasih yang utuh antara kita buat selama2nya... INSYAALLAH............

Lumrah Kehidupan

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri' adalah bidalan Melayu yg membawa pengertian dlm mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dlm hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian. Perselisihan adalah satu perkara yg tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dgn menggunakan cara yg bijaksana dan bertoleransi.

Banyak sebab yg menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman2, anak2, malah perkara asas dlm kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dlm rumah tangga shgga lauk yg terlupa dimasukkan garam,atau air kopi yg terlupa ditambah gula.

Paling meruncing ialah apabila masing2 mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mrka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka shja. Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat shgga tercipta penceraian dlm rumahtangga. Ada di kalangan masyarakat yg menganggap perselisihan rumah tangga sbg garam di dlm lauk. Tanpa perselisihan, rumah tangga hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram.

Namun, garam itu hendaklah diletak scra berpada2 supaya tidak terlalu banyak shgga boleh merosakkan lauk sebelanga. Perkara inilah yg harus diperhatikan oleh setiap insan yg bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yg menerajui bahtera hidup berumah tangga.

Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yg harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dgn isteri. Biarpun seburuk mana isteri namun seharusnya terimalah seadanya seperti yg terungkap semasa akad.
Kata pujangga, perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya pula mampu menggusarkan. Adakalanya mrka spti ibu menyaji kasih, menghidang sayang malah adakalanya mrka spti anak yg ingin dibelai, minta dimanjakan spti anak kecil namun adakalanya mrka spti nenek yg sering berleter seadanya, merungut semahunya. Namun, bahagia dan derita hanya kita yg mencorakkan sendiri.

Mendirikan sebuah rumah tangga biarpun untuk ke sekian kali namun memerlukan kematangan dan kedewasaan fikiran dan perasaan. Kematangan bererti kemampuan seseorang menahan marah dlm suasana krisis dan perselisihan serta dapat menyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan dan menjauhi segala cara yg boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan itu. Sebagai bukti kepada kematangannya, seseorang itu sanggup mengaku salah apabila benar2 bersalah dan tidak cuba menyalahkan orang ln apabila berpeluang berbuat demikian.

Bagi Islam, rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang. Perkara ini jelas dlm firman Allah yg bermaksud: "Dan di antara keterangannya juga, bahawa ia menjadikan isteri bagimu yg sebangsa dgn kamu, supaya kamu boleh diam bersama2 dgn dia, serta berkasih sayang dan cinta menyintai." (Surah Ar Rum, ayat 21).

Cinta dan kasih sayang yg dimaksudkan bukanlah hasil drpd cinta pandang pertama ttpi ia lahir drpd rasa tanggungjawab mengikut amanah dan kepercayaan, serta tidak dipengaruhi oleh kehendak kebendaan atau nafsu. Rasa cinta sebegini boleh membawa suami sentiasa bersikap matang dan sihat dlm segala layanannya terhadap isteri dan di kala menghadapi krisis rumah tangga yg tidak dapat dielakkan.

Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali diri isterinya sbg manusia yg mudah tersinggung dan mudah terasa. Suami jgn sekali2 cuai dan lupa memberi penghargaan kpda peranan isteri sbg suri rumah tangga yg benar2 bertanggungjawab. Sebenarnya, tidak susah bg suami membisikkan kata2 pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya. Termasuk dalam penghargaan juga ialah memberi sangkaan baik terhadap tingkah laku isteri, tidak memperlihatkan apa2 kecurigaan terhadap kejujuran dan keikhlasan isteri, tidak cuba mengintip gerak- gerinya kerana didorong rasa cemburu yg melulu.

Sesungguhnya, rumah tangga yg bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri. Dalam mengemudi bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sbg nakhoda kapal yg bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal.

Manakala isteri pula berperanan sebagai jurumudi yg mengawal haluan bahtera. Paduan erat antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya drpd tenggelam dilanda badai dan gelora.

Sekeluarga Rentung



SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA...............

SEREMBAN: Pengasas minuman herba Air Fadhilat, Suhaimi Ghazali, 41, rentung bersama isteri dan semua empat anaknya apabila kereta BMW 5 Series yang dinaiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya di Kilometer 252.3, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran hentian Senawang di sini, semalam (Isnin,8 Februari 2010).

Dalam nahas kira2 jam 1.30 pagi itu, isteri Suhaimi, Nor Fadilah Isnin, 32, ditemui berpelukan dgn anak bongsu mrka, Adi Putra, dua tahun, manakala Suhaimi putus sebelah tangan dan kaki. Tiga lagi anak pasangan berkenaan, Nurul Natasha Huda, 11; Mohd Daniel Iskandar, 10, dan Mohd Hanif Iman, 6, turut rentung dlm nahas yg berlaku ketika enam beranak itu dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas bercuti di Bukit Merah Laketown Resort, Perak.

Anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang hanya dapat mengeluarkan mangsa kira2 tiga jam kmdn slps sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yg terperosok di dlm kereta yg hangus di bawah treler. Mayat semua mangsa dituntut keluarga mereka hari ini untuk dibawa ke rumah keluarga di Kampung Bukit Pegoh, Pernu, Melaka dan dijangka dikebumikan hari ini.

Allahyarham Suhaimi adalah pengasas dan pengarah urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd manakala isterinya adalah pengarah kewangan syarikat itu. Kilang syarikat itu yg mempunyai 35 orang petugas, terletak di Teluk Mas, Melaka dan telah beroperasi sejak dua tahun lalu. Pengurus pentadbiran syarikat itu Siti Aishah Senin, 25, berkata Allahyarham Suhaimi dan isterinya sangat rapat dengan pekerja mereka.

TAKZIAH. AL-FATIHAH DAN SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT....AMIN.....

Tuesday, February 2, 2010

Masih Tak Sihat

Sejak akhir2 nie mama asyik xsihat jer.....mybe badan penat kot xcukup rest agaknya......tapi mama harap tak berpanjangan cam selalula......mungkin ini rezeki kami anak beranak....alhamdulillah syukur yg tak terhingga kepada Yang Maha Esa......

Putera Puteri mama pun dah makin besar, alhamdulillah syukur tak susah nak menguruskan putera puteri mama nie, biasalah setiap anak2 pasti ada ragam dan karenah mereka yg tersendiri....Doa2kanlah semoga anak2 mama sihat2 selalu hendak-NYA....walaupun kadang2 penat tapi seronok sebenarnya....maklumlaa mama bekerja bukannya surirumah sepenuh masa....

Putera Puteri mama seronok jumpa Tok Ma weekend tu (29hb hingga 31 januari 2010) , Tok Ma datang dari kampung ngan Atok, Nenek, Mak Saudara n Pak Su n ramai lg saudara2 mama dari kampung, datang kenduri kawin sepupu. So semua adik-beradik berkumpul kat Bangi...riuh rendahla rumah ngan kerenah n ragam anak2 buahku, maklumla sekali-sekala berjumpa......

Doa2kanlah semoga mama cepat baik.....dan mama doakan semoga anak2 mama sihat2 selalu hendak-NYA.......