Islamic Clock

Tuesday, February 9, 2010

Sekeluarga Rentung



SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA...............

SEREMBAN: Pengasas minuman herba Air Fadhilat, Suhaimi Ghazali, 41, rentung bersama isteri dan semua empat anaknya apabila kereta BMW 5 Series yang dinaiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya di Kilometer 252.3, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran hentian Senawang di sini, semalam (Isnin,8 Februari 2010).

Dalam nahas kira2 jam 1.30 pagi itu, isteri Suhaimi, Nor Fadilah Isnin, 32, ditemui berpelukan dgn anak bongsu mrka, Adi Putra, dua tahun, manakala Suhaimi putus sebelah tangan dan kaki. Tiga lagi anak pasangan berkenaan, Nurul Natasha Huda, 11; Mohd Daniel Iskandar, 10, dan Mohd Hanif Iman, 6, turut rentung dlm nahas yg berlaku ketika enam beranak itu dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas bercuti di Bukit Merah Laketown Resort, Perak.

Anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang hanya dapat mengeluarkan mangsa kira2 tiga jam kmdn slps sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yg terperosok di dlm kereta yg hangus di bawah treler. Mayat semua mangsa dituntut keluarga mereka hari ini untuk dibawa ke rumah keluarga di Kampung Bukit Pegoh, Pernu, Melaka dan dijangka dikebumikan hari ini.

Allahyarham Suhaimi adalah pengasas dan pengarah urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd manakala isterinya adalah pengarah kewangan syarikat itu. Kilang syarikat itu yg mempunyai 35 orang petugas, terletak di Teluk Mas, Melaka dan telah beroperasi sejak dua tahun lalu. Pengurus pentadbiran syarikat itu Siti Aishah Senin, 25, berkata Allahyarham Suhaimi dan isterinya sangat rapat dengan pekerja mereka.

TAKZIAH. AL-FATIHAH DAN SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT....AMIN.....

No comments:

Post a Comment