Islamic Clock

Monday, February 22, 2010

CNY 2010 : Tahun Harimau

Sambutan Tahun Baru Cina pada 14 dan 15 Februari 2010 merupakan Tahun HARIMAU....
Tahun Harimau yang melambangkan keberanian, kejujuran, tangkas, sedia bersaing dan mempertahankan maruah.

Dalam mesej Tahun Baru Cina yang disiarkan melalui lintas langsung TV3 pula, Perdana Menteri meminta rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina dengan semangat 1Malaysia dan penuh keyakinan mengenai masa depan negara.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tahun harimau dianggap masa yang tidak sesuai untuk pasangan Cina berkahwin dan melahirkan anak kerana dipercayai anak yang dilahirkan pada tahun harimau amat agresif selain menyebabkan suami akan mati awal.

Akhir sekali, kepada semua yang meraikan Tahun Baru Cina, mama ucapkan Gong Xi Fa Cai. Semoga kedatangan tahun harimau akan menurunkan sifat ultra kiasu harimau kepada kurang kiasu. Tahun harimau mengajar kita supaya lebih berhati-hati dalam segala aspek kehidupan. Hindari perasaan dendam dan iri hati, lebihkan sikap bersyukur dan menerima pendapat orang lain. Sikap ini akan menjadi kita tidak mudah jatuh, kerana sekali kita jatuh, mungkin kita sudah tidak berdaya untuk bangun kembali.

No comments:

Post a Comment