Islamic Clock

Thursday, May 26, 2011

1Juta Belia Bakal Gegar Putrajaya


PUTRAJAYA - Bahang sambutan Hari Belia Negara 2011: Himpunan Sejuta Belia yg akan berlangsung selama tiga hari bermula esok (mulai 27hb. hingga 29hb. Mei 2011) semakin terasa apabila lebih 300 buah kenderaan berkonvoi di sekitar pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini bg mempromosikan sambutan itu semalam.

Konvoi yg diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berlepas dari Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini pd pukul 1.15 petang dan berakhir kira2 45 minit kemudian. Turut menyertai konvoi itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed dan Presiden Supercar Owner Club Malaysia, Datuk Seri Mohd. Azman Mahmud.

Selain kenderaan mewah spti Ferrari dan Lamborghini, konvoi itu jg disertai oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi spti Harley Davidson dan jg ratusan kenderaan ln yg telah dimodifikasi dgn membawa bendera dan pelekat Himpunan Sejuta Belia pd kenderaan msg2. Antara persatuan yg turut serta dlm konvoi itu ialah Supercar Owners Club Malaysia, Sham Big Sumo, Langbikers, Harley Davidson Malaysia dan Superbike Owner Club Malaysia.

Kad Nikah Pintar


KOTA BHARU – Pasangan suami isteri yg belum mempunyai kad nikah pintar boleh memohon utk mendapatkannya di ruang pameran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) sempena Karnival Halal Kelantan 2011 yg akan bermula Sabtu ini. Ketua Penolong Pengarah Pendaftaran Undang-Undang Keluarga JHEAIK, Hasnan Ramli berkata, sesiapa yg memohon kad tersebut pd hari karnival di ruang pameran e-Nikah, proses akan dibuat serta-merta.

Biasanya kad nikah pintar perlukan tempoh 30 hari untuk diproses sebaik permohonan diterima ttpi pd karnival ini, kita menyediakan perkhidmatan yg istimewa di mana ia akan diproses segera.

Ianya jg menyediakan perkhidmatan mengambil gambar bg pasangan yg membuat permohonan d dlm tempoh bbrpa jam, kad mrka akan disiapkan. Bayaran yg dikenakan adalah sebyk RM50.

Harga RON95 Kekal RM1.90 Seliter


Rakyat kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan semalam membuat keputusan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG). Tapi sampai bila yee...........

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan utk tidak menaikkan harga tiga jenis bahan api itu stlh rasionalisasi subsidi dibincangkan dgn teliti dlm mesyuarat mingguan Kabinet semalam.

"Keputusan itu dibuat krna kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," Harga seliter RON95 skrg ialah RM1.90 manakala diesel RM1.80 dan LPG RM1.90 seliter.

Pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi scra menyeluruh berikutan peningkatan harga bahan api di pasaran global. Walaubagaimana pun tempoh masa harga berkenaan dikekalkan tidak dibincangkan. KERAJAAN jg menafikan langkah mengekalkan harga RON95 disebabkan faktor pilihan raya, sebaliknya ia dibuat selepas mengambil kira kepentingan rakyat.????????

Tuesday, May 24, 2011

Adikku Transfer Ke HUSM

Risaunya hati mama memikirkan keadaan kesihatan adik mama skrg nie, semoga Allah swt mempermudahkan urusan kami sekeluarga dalam usaha mengubatinya.....kita usaha mana yg termampu dan selebihnya adalah kuasa Allah swt dan tiada siapa yg tau... setiap penyakit yg datang pasti ada ubatnya. Mungkin ini dugaan Allah buat kami sekeluarga. Semoga kami sekeluarga tabah menghadapinya. Tengahari semalam adik mama di transfer ke HUSM untuk rawatan selanjutnya.....

Thursday, May 19, 2011

Sukarnya.....

Risaunya hati mama memikirkan keadaan adik mama yg masih lg ditahan di wad Hospital. Dah hampir seminggu dah adik mama ditahan di Hospital Kota Bharu untuk rawatan lanjut. Ya Allah, Ya Tuhan-Ku Kau berilah kami sekeluarga kekuatan n semangat untuk menerima apa jua keputusan......... kuatkah mama untuk menerima semua ini... apatah lg kedua ibubapa mama, Ma Ayah tabahkanlah dan kuatkanlah semangat dlm menempuhinya nanti..... Sama2lah kita doakan semoga Pak Su kembali sembuh..Insyaallah....

Tuesday, May 17, 2011

Adikku Masuk Hospital

Adik lelaki mama (nama timangan Pak Su) kene tahan spital petang semalam (ari Ahad Petang masuk wadnya), asalnya adik mama sakit dalam tulang paha pastu g klinik periksa n doktor minta rujuk ke doktor pakar untuk rawatan lanjut dan salah satunya adalah krna hb darahnya yg rendah. Akhirnya petang tu juga terus rujuk ke doktor pakar di Hospital Kota Bharu untuk rawatan selanjutnya. Hasil rawatan awal yg dijalankan masih belum dapat dikenalpasti, tapi tekanan hb darah begitu rendah n perlu dimasukkan darah....mama doa2kan semoga Pak su cepat2 sembuh......

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU buat guru2 mama, pensyarah2 mama, kawan2 mama yg bergelar guru dan sesiapa shja yg pernah mengajar mama secara langsung dan tidak langsung... kegigihanmu dalam mendidik tidak akan mama lupakan sampai bila2....kalian semua adalah pendidik yg membuatku menjadi insan spti sekarang.. TERIMA KASIH atas jasa kalian.... hanya ALLAH sahaja yg dapat membalas jasa kalian... semoga kalian semua berada dalam lembayung RAHMAT ALLAH S.W.T.... amin....

Saturday, May 14, 2011

Wah Bestnya.....


Akhirnya...dapat juga mama n papa beli buah durian...hhmmmhmm bestnya...cam orang mengidam nak makan buah duriannya hehe2...cari2 dapatla sekilo RM 8.00 tapi puas hati la isinya kuning betul puas la mama, papa n anak2 nyantapnya....

Mama @ Fresh EBM

Susu ibu adalah anugerah pemakanan yg terbaik untuk setiap bayi dari Allah swt untuk anak dan ianya mempunyai pelbagai khasiat. Ia diperlukan bagi melengkapkan tumbesaran seseorang bayi. Alhamdulillah, bersyukur mama yg tak terhingga kpda Allah swt di atas kurnian rezeki di pagi jumaat ini. Inilah hasil Fresh EBM mama di pagi jumaat ini, syukur alhamdulillah........


Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun. Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yg diperlukan oleh bayi dalam jumlah yg betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral. Khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula. Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yg keluar sblum susu keluar, yg membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi. "Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang2nya bagi tempoh enam bulan pertama". Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit. Bayi yg diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi.

Adik Iesya Demam

Dugaan betul buat diri mama di petang jumaat ini, tiba2 pengasuh sms bagitau Adik Iesya demam, badan panas sangat, xnak makan, xnak susu asyik nangis jer. Risaunya hati mama memikirkannya, selalunya Adik Iesya tak pernah cam tu. Jam menunjukan hampir jam 3pm, fikir n fikir, mama akhirnya ambil keputusan untuk balik tengok Adik Iesya n terus bawa g klinik untuk jumpa Doktor..masa ambik kat umah pengasuh, uminya baru lepas mandikan sbb kata uminya badan Adik Iesya panas sangat td...sampai klinik doktor periksa mmg betul suhu badan Adik Iesya panas hampir mencecah 38darjah n mgkin suhu dah menurun sdkt sbb baru lepas dimandikan sblum ke klinik td.

Adik Iesya nampak cam letih n xnak bermain langsung, balik dari klinik mama terus suapkan ubat n nyusukan n Adik Iesya akhirnya tertido. Selepas hampir 2 jam berlalu, barulah nampak perubahannya. Adik Iesya bangun dari tido n nampak lebih bertenaga berbanding sebelumnya dan mula nak bermain n bersuara... syukur alhamdulillah.... Ya Allah Ya Tuhan-Ku Kau permudahkanlah mama dalam menguruskan anak2 dalam apa jua keadaan sekalipun......AMIN....

Syahmi Naik Bas


Akhirnya dapat jugak Syahmi Irfan merasa naik bas ekspres walaupun sekejap, jadila buat melepaskan keinginan n menunaikan permintaan Syahmi untuk merasa naik bas.... jom kita tengok pic Syahmi naik bas semasa menghantar Tok Ma n Pak Su nya balik kampung malam jumaat yg lepas.....

Thursday, May 12, 2011

Hari Jururawat Sedunia


"SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA' (12 Mei) mama ucapkan kepada semua jururawat2 tak kira lelaki @ pompuan, sama ada di sektor gomen @ sektor swasta. Mama setuju dan percaya, jururawat paling penting kat hospital. doktor? doktor penting jugak, tapi kebanyakan kes, jururawat yg attend dulu, dan jururawatlah yg banyak habiskan masa dgn patient berbanding doktor. err.. betul ke mama ni.....

Tak terlewat rasanya untuk mama ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat @ kita panggil Nurse di seluruh Malaysia. Jasa n sumbangan jururawat akan sentiasa dihargai. Mama harap kita semua kenanglah jasa dan pengorbanan seorang jururawat walau sesaat pun sempena hari jururawat ini.

Wednesday, May 11, 2011

Permata Hati Mama

Inilah permata2 di hati mama yg tak mungkin mama lupakan sampai bila2..... sesungguhnya permata2 ini adalah nadi dan sinar dalam kehidupan mama yg menjadi penguat semangat buat diri mama untuk meneruskan kehidupan yg penuh dugaan dan rintangan dalam melayari kehidupan di dunia yg fana ini......

Suami Penyayang Bertukar Jadi Garang

Topik ini pun mama baca dlm paper hari ini, mama just nak berkongsi isu ini...Ini adalah kisah benar yg berlaku yg mama petik dr paper Utusan Malaysia.

BIARPUN sakit n malu krna ditampar n diterajang suami, beliau (identiti dirahsiakan) tetap sayang kpda suaminya, dan seolah2 sudah kalis dgn sikap panas baran suaminya. Sekiranya suami naik angin beliau akan membiarkan dia sendirian sehinggalah keadaan reda. Menceritakan pengalaman mempunyai suami yg panas baran, beliau mmg cukup masak dgn perangai suaminya ktka sedang mengamuk bagai gajah naik minyak. Punca kemarahan pula selalunya tidaklah sebesar mana. Tetapi amukan suami boleh memakan masa berminggu2. Apabila panas baran sudah sampai, muka si suami serta-merta akan berubah. Ia menjadi merahpadam manakala tangan pula terketar2, yg menjadi mangsanya adalah isteri sendiri n anak2 kecil yg masih belum mengerti apa2.

Masa mula2 kahwin mmg beliau trauma dgn situasi ini, tetapi kini slps hampir tujuh tahun hidup bersama, beliau semakin lali dgn keadaan itu. Ibu kpda tiga anak itu mengakui kdg2 dia terfikir sifat baran suaminya itu mgkin ada kaitan dgn genatik @ cara seseorang itu dibesarkan. Mgkin sebab itu jg dia bersikap panas baran untuk melepaskan kemarahan yg dipendam semasa zaman kanak2. Sekarang beliau takut anak2 akan mengikut jejak mewarisi panas bapa mereka.

Sikap panas baran suaminya itu sudah diketahui sejak mrka bercinta lg. Namun beliau mengharapkan keadaan tersebut akan berubah slps berkahwin dan mempunyai anak. Tapi sangkaan tersebut meleset apabila slps berkahwin panas baran suami semakin menjadi2. Malah, ada ketikanya beliau mendapat laporan drpd rakan2 dan teman2 sepejabat mengenai sikap baran suaminya dan selalu bertegang urat dgn rakan2. Mujurlah, ramai di kalangan rakan2 mengetahui sikap baran suaminya itu dan mengambil sikap berdiam diri agar pertelingkahan tidak berpanjangan menjadi sesuatu yg lebih buruk.

Selama hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, beliau masih boleh bersabar dan mendiamkan diri walaupun sedar dirinya tak suka dgn sikap suaminya yg terlalu cepat naik baran, pantang silap sikit terus naik tangan. Namun disebabkan oleh rasa kasih n sayang yg kuat terhadap suami tersayang dan tidak mahu anak2 kehilangan bapa mrka. Namun di lubuk hatinya, beliau berharap agar suaminya berubah menjadi normal.

Sikap panas baran ini mgkin disebabkan keadaan dirinya di masa kecil yg sering dipukul dan dimarahi oleh ayah @ ibunya sendiri membuatkan dia berdendam sehingga kini. Ceritanya lg, ketika suaminya berang, beliau hanya mendiamkan diri mengelakkan terus di 'dibaham' suaminya itu. Sebab itulah, setiap kali suami mengamuk, beliau akan membawa anak2 masuk ke bilik. Ini bg mengelakkan anak2 jg menjadi mangsanya. Suatu ketika dulu, beliau pernah bertikam lidah semasa suaminya mengamuk tetapi keadaan itu hanya memanaskan lg keadaan. Jadi jalan yg terbaik utk melegakan adalah biarkan dia bersendirian, lama2 dia akan sejuk sendiri. Bagaimanapun, walaupun dia bertukar menjadi singa semasa marah tetapi apabila keadaan dirinya normal, dia adalah seorang yg penyayang, apabila keadaan suaminya sudah 'sejuk' dia adalah seorang suami yg penyayang dan romantik. Sikap itu menjadi benteng kpda hubungan kami. Apabila ditanya pernahkah dia cuba bertanya dgn suaminya sehingga sanggup bersikap sedemikian kpda dirinya, suaminya pernah memberitahu bahawa ketika dirinya sedang marah dia seolah2 tidak sedar dgn perbuatan yg dilakukan. Tetapi jelasnya, slps menyedari perbuatan dia sangat menyesal dgn tindakan dirinya itu. Ada jg menasihati dirinya supaya mengamalkan ayat2 suci sbg pelindung selain mengawal diri supaya tidak terlalu pemarah. Malah beliau sendiri turut mendoakan dirinya supaya berubah.

Rasa sayu n tersentuh hati n jiwa mama bila baca kisah wanita ini, sedih sesangat rasanya.. nape ada suami yg sanggup memperlakukan isteri dan anak2 dari darah daging sendiri sedemikian rupa. Manakah perginya sifat kasih dan sayang sbg seorang suami @ bapa. Bukankah suami bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan isteri serta anak2nya. Tanggungjawab yg dipikul suami adalah besar, oleh itu suami hendaklah bersedia utk memimpin sebuah keluarga yg dibinanya(bukannya menyalahkan kehadiran anak2). Ianya sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan isteri dan anak2nya agar sentiasa dlm lindungannya. Suami jg hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kpda isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kpda isteri n anak2 iaitu: makanan yg mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan krna apa yg dilakukan adalah ibadah n jg amanah Allah swt kpdanya. Sampai bila agaknya situasi hidup wanita ini akan berlarutan.... Ya Allah, sesungguhnya Kau jauhkanlah diri mama sekeluarga dari sebarang kesulitan dan Kau eratkanlah tali ikatan kasih n silaturrahim antara kami sekeluarga agar jalinan kasih sayang antara kami akan terus kekal berpanjangan sehingga ke hujung nyawa kami, Insyaallah. Sesungguhnya, jika sebaliknya berlaku ianya adalah diluar kemampuan diriku... namun bg diri mama, ikatan kasih dan sayang mama tak pernah berubah....

Marah Itu Dari Syaitan

Topik ini mama baca dlm paper utusan hari ini, mama just nak berkongsi bersama rakan2 yg mgkin pernah mengalami situasi begini @ berkongsi pandangan n pendapat berkenaan isu ini........

RASULULLAH SAW bersabda: "Marah itu datangnya drpd syaitan n syaitan itu diciptakan drpd api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dgn air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud) .

Sebab itu, ketika berdepan dgn orang yg sdg marah, kita disarankan utk berwuduk n mengerjakan solat sunat. Keadaan itu mampu melegakan keadaan krna air yg digunakan berwuduk itu mampu meredakan kemarahan.

Sifat marah @ panas baran ada dlm setiap diri seseorang. Namun ia bergantung kpda sejauh mana seseorang itu mengawal. Orang yg bersikap panas baran sbnrnya sdg berdepan dgn syaitan. Syaitan yg sdg mengapi2kan dirinya supaya bertindak lebih ganas. Jadi elakkan api kemarahan itu dgn meminum sdkt air. Walaupun sdkt ia mampu mengurangkan api kemarahan yg sdg membara itu. Malah dlm Quran sendiri memberitahu air adalah penawar yg menyembuhkan segala penyakit. Selain itu, kita jg disaran utk mengubah posisi diri ktka sdg dlm keadaan marah. Keadaan itu jg mampu meredakan keadaan yg tengah membara itu. Sebab itu apabila kita marah, kita perlu cepat2 memperingati Allah dgn beristighfar. Yg paling baik bersolat bg mengelakkan keadaan semakin serius. Keadaan itu sekali gus mampu mengurangkan api kemarahan yg ada pada diri kita..

Tidak dinafikan semua orang mempunyai sifat marah apabila ada sesuatu yg tidak kena, namun dlm Islam sendiri kita perlu mengawasi tindakan tersebut bg mengelakkan drpd terus berlarutan. Dlm situasi tersebut, berikan ruang individu itu meluahkan utk melepaskan ketidakpuasan hati, sementara kita pula yg menjadi pendengar jgnlah pula cuba memprovokasi keadaan ttpi sebaliknya cukuplah menjadi pendengar setia. Dlm situasi itu, dengarlah luahannya dgn keadaan tenang sekurang2 memberikan kelegaan dan ketenangan untuk meluahkan apa yg tersirat di hatinya. Sekiranya dimarahi anggaplah itu sbg perantara utk individu berkenaan melepas ketidakpuasan yg berlaku.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

* Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu marah dan ketika itu ia dlm kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
* Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya drpd syaitan dan syaitan itu diciptakan drpd api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dgn air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud).
* Minum air.
* Mendiamkan diri ketika marah.
* Berlindung kepada Allah drpd syaitan.

* Meluahkan perasaan dan masalah dlm keadaan masa dan tempat sesuai.
* Berfikiran positif.
* Belajar menyampaikan kemarahan scra positif n terhormat. Elakkan drpd memekik @ bertindak garang.
* Bawa bertenang seperti menarik nafas.
* Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Tuesday, May 10, 2011

Adik Iesya @ 9 Month


Hari ini 10hb. Mei 2011, umor Adik Iesya mama genap 9 bulan. Alhamdulillah bersyukur mama ke hadrat Allah swt krna Adik Iesya masih lagi fully BF. Bersyukur mama kehadrat Allah swt akan perkembangan terkini Adik Ieysa, Adik Iesya sudah boleh berdiri jatuh n berjalan sendiri bila berpegang/berpaut kat mana2. Adik Iesya juga sudah mula makan ape saje yg orang lain makan semuanya Adik Iesya nak.

Inilah adalah antara koleksi terkini pic Adik iesya yg sempat mama upload.......
Pic Adik Iesya bertudung......cam mana lawa tak mama papa.......

Pic Adik Iesya bertopi plak.....cute tak mama Adik pakai topi nie.....

Pic santai Adik Iesya yg tgh gagah nak bangun berdiri sendiri...boleh ker tu...

Monday, May 9, 2011

Menyesalkah Ada Anak???

Perlukah kita kesalkan???Anak adalah anugerah n amanah Allah swt kpda kedua ibubapanya. Tak semua orang berpeluang untuk bergelar ibubapa. Bersyukurlah kita antara insan yg terpilih untuk bergelar ibu n bapa @ mama n papa. Ada pasangan suami isteri berkahwin hampir 5 tahun @ lebih 10 tahun tapi mereka masih lagi belum dikurniakan anak..... macam2 usaha mereka lakukan untuk dapatkan anak@zuriat tp masih juga belum berjaya. Persoalannya, Apakah yg perlu kita kesalkan?Kenapa kita perlu rasa menyesal Allah swt kurniakan kita anak2???

Tapi bg diri mama, mama xpernah rasa menyesal dikurniakan anak malah mama rasa bersyukur tak terhingga kpda Allah swt kerana Allah swt kurniakan mama anak2@zuriat sbg penyeri hidup mama. Membesarkan anak2 mmgla tak semudah yg kita jangka, tapi cuba kita fikirkan....renung2kanlah...ibubapa kita mampu besarkan, didik n beri pelajaran kpda kita, kenapa kita tak mampu nak besar n didik anak2 kita sndri (zuriat dari darah daging kita sendiri). Mama rasa bahagia hidup dikelilingi anak2 sbg teman n penyeri hidup mama sekeluarga. Walau pun mama penat (melayan kerenah anak2 mama) n perlu banyak berkorban masa n keringat dalam membesarkan putera n puteri2 mama namun mama tak pernah rasa menyesal malah mama rasa bersyukur krna mama berpeluang untuk bergelar IBU @ MAMA kpda anak2 mama. Mama akan terus berusaha untuk memberi yg terbaik buat anak2 mama.

Dalam mendidik n membesarkan anak2, kita sbg ibubapa perlukan kesabaran diri yg tinggi, keikhlasan hati n jiwa yg luhur dan bukannya asyik merungut jee... kesabaran n kerjasama pasangan suami isteri tu penting dalam mendidik n membesarkan anak2 yg masih belum mengerti ape2, anak2 adalah ibarat kain putih kita sbg ibubapa@mama n papa lah yg kene bentuk n corakkan kehidupan mereka. Kalau kita sbg ibubapa@mama n papa tak sayang n kasihkan anak2 kita sape lg...........

Dalam sesuatu situasi tertentu, kekadang bila ibubapa hilang sabar @ pertimbangan diri mesti terlepas gak tangan menyebat anak2 sebab geram (tapi sebolehnya cubala elakkan)... memukul tu boleh tp jgnlah sampai berbirat... ajar anak2 ni kita kena tegas dan fahamkan diorg.. ajar anak2 hormati kita sbg ibubapanya.. mama dah tengok ada ibubapa yg sanggup maki hamun n pukul anak2 sndiri, dera anak sendiri, sepak terajang, menyalahkan anak2 (salahkan anak2 kita tu?), bila anak2 tu lepas kene tengking, marah,pukul.. mama tengok muka anak2 mesti berubah... sedih,monyok (cian anak2, diorg belum mengerti ape2 pun).. mana tahu anak2 mgkn simpan dendam.... fikiran anak2 akan terganggu.. kesimpulannya perbuatan fizikal utk anak2 amat tak sihat utk membantu proses pembesaran n kematangan fikiran anak2.... kalau nak marah kita kena tegas, bijak berkata2, jgn ikut emosi tapi ikut LOGIK dan kadang2 kongkong diorg tapi jgn terlampau..terpulang kepada individu......

Mama @ Hasil EBM

Penyusuan susu ibu adalah anugerah Allah swt, hadirnya bukan demi untuk bermegah-megah, tetapi demi untuk menunaikan amanah. Penyusuan susu ibu itu adalah suatu perjalanan, bukannya pertandingan.... Tiada apa yg perlu kita sesali, tiada apa yg perlu kita lumbai. Laluinya dengan senyuman, harunginya dengan ketabahan, kerana Allah swt juga maha mengetahui akan segala-NYA......Berusalah ke arah kebaikan demi untuk kesihatan anak2....

Ini adalah hasil Fresh EBM mama untuk hari ini.........
Nie adalah hasil pump sesi pagi...........

Nie plak adalah hasil pump sesi tghari...........

Inilah hasil keseluruhan Fresh EBM yg sempat mama pump untuk hari ini.......


Untuk sesi petang tak sempak plak arini....so balik umah terus nyusu la jawabnya...Inilah antara rutin n keperluan harian yg mama bawa hari2 ke opis. Doa2kanlah semoga mama terus berjaya meneruskan niat n usaha murni mama ini untuk terus menyusukan Adik Iesya sekurang2nya untuk tempoh 2 tahun, Insyaallah......

Hasil Kerja Kak Iqa


Balik dari sekolah Kak Iqa sibuk suruh mama tangkap gambor ngan hasil kerja sekolahnya. So inilah antara hasil kerja tangan Kak Iqa di sekolah hari ini yg ingin dikongsikan bersama2......

Friday, May 6, 2011

Teka-teki Pilihanraya Ke-13


Kunjungan YAB ke konti Hot FM telah menarik ramai perhatian krna ia merupakan sesuatu yg luar biasa yg belum pernah dilakukkan oleh mana2 pemerintah/orang2 kenamaan. Dan ini dilihat sbg suatu pendekatan yg mesra rakyat atau lebih dekat di hati rakyat jelata terutama pendengar setia Hot FM. Spti yg sedia maklum, ini merupakan 'idea giler' Fara Fauzana yg saja2 mengajak YAB keudara di Hot FM, impiannnya ini telah menjadi penantian semua pendengar Hot FM. Spti yg dirancang kunjunganya amat dinanti2kan oleh semua pendengar Hot FM. Dan lebih gimmick lagi, PM sendiri ingin lawan dam aji bersama Faizal Ismail. Agak2 sape la yg menang???

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dgn berkata ia mgkn diadakan pd satu tarikh @ bulan yg mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yg jg Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pd nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 Nov tahun ini (11.11.11). Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini. Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yg suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya "untuk mengisi masa terluang". "Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.

Kita tunggu n lihat apakah ini akan benar2 terjadi.........

Thursday, May 5, 2011

Jemput My Mum

Mama sekeluarga g menjemput my mum kat Hentian Bas Kajang, my mum datang dari kampung untuk menjenguk anak2 n cucu2 n merangkap menjaga anak saudaraku Zuyyin Mahira kerana bibiknya bercuti....My mum tiba agak lewat jugak lebih kurang jam 6.40pm. Sebelum ke Hentian Kajang, mama singgah kat Klinik Mesra Bangi jap untuk ambik ubat demam buat Adik Iesya yg tiba2 demam petang tu kata uminya (buat standby).

Kursus Keselamatan


Hari ini opis mama mengadakan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan INSPEM 2011 & Kempen Hari Tanpa Polistren bertempat Di Bilik Seminar Al-Khawarizmi.Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan INSPEM pada dasarnya dianjurkan scra tahunan bertujuan utk memastikan staf INSPEM mendapat maklumat terkini berkenaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994).

So, pada tahun ini, sejajar dgn usaha murni kerajaan Malaysia dlm mempromosikan Kempen Cintai Alam Sekitar yg dilaksanakan scra berterusan, INSPEM mengambil inisiatif utk melancarkan Kempen Hari Tanpa Polistren.

Kempen ini bertujuan utk mewujudkan kesedaran tntg bahaya penggunaan polistren kpda kesihatan dan alam sekitar. So marilah kita sama2 menjayakan kempen yg telah kita lancarkan ini. Semoga berjaya...........

Tuesday, May 3, 2011

Selamat Hari Ibu

Sedar tak sedar rupa2nya semalam Isnin, 2hb. Mei 2011 adalah "Hari Ibu". Hhmmm....Hari Ibu 2 Mei ker 8 Mei sbnrnya nie? Dah sediakan hadiah untuk ibu masing2? Ingat ya kawan2, hadiah yg paling baik ialah sebuah senyuman, pelukan n ciuman yg penuh ikhlas dari seorang anak.

~SELAMAT HARI IBU~

Selamat Hari Ibu...terutama buat Ma tersayang...x lupa jg Mak-MIL-. Ma adalah sumber inspirasiku. Moga kalian dalam rahmat Allah sentiasa, dikurniakan kesihatan yg baik agar dapat beramal ibadat dgn tenang dlm menjalani kehidupan seharian. Terima kasih krna membesarkan kami adik-beradik, mendidik n sentiasa menemani kami sehingga kini sama ada ketika susah @ senang. Terima kasih Ma. Hanya Allah swt yg mampu membalas jasamu. Ku titipkan doa semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki. Terima kasih di atas segala jasa n pengorbananmu.......

Tak lupe juga Selamat Hari Ibu buat diri mama sendiri yang dah hampir 6 tahun jadi ibu@mama kepada putera n puteri2 permata hati mama (my lovely son) Syafiqah, Syahmi n Syafarisya......

Tidak dilupakan jg semua kawan2 blogger yg sudah bergelar ibu....semoga kalian terus menjadi sumber inspirasi anak2 kalian, tabah dlm menggalas tanggungjawab sbg ibu di zaman serba canggih ini....sama2lah kita diberi petunjuk n hidayah dlm menjalankan tanggungjawab yg berat ini demi masa depan keluarga tercinta.

Salam sayang buat ibu-ibu sedunia...semoga kalian diberi ketabahan dalam menjalani kehidupan yg penuh onak ranjau.

SELAMAT HARI IBU!!!:)

Monday, May 2, 2011

Family Day INSPEM




Mama n Papa bergambo ngan anak2.........
Dikesempatan berbengkel, Kelab Kebajikan INSPEM mengambil inisiatif mengadakan Majlis Sambutan Hari Keluarga INSPEM 2011. Disebabkan kekangan masa yg ada, majlis sambutan Hari Keluarga INSPEM diadakan secara serba ringkas dimulai dengan aktiviti riadah dan sukaneka untuk kanak2 n dewasa bg memeriahkan lagi majlis sambutan tersebut. Dan ianya dimeriahkan lg dgn acara cabutan nombor bertuah (lucky draw). Tahniah kepada semua pemenang n siapa yg xberjaya cuba lg di lain acara Insyaallah.
Antara aktiviti yg diadakan adalah seperti berikut.........













Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja 2011

Hari ini merupakan 1 Mei 2011. Ia merupakan tarikh setiap tahun utk kita menghargai keringat air peluh seorang pekerja tak kira kerja apa, pangkat apa , gaji berapa dll lagilah, yg telah bersusah payah demi sesuap nasi, demi pembangunan ekonomi negara, n kemajuan teknologi negara.

Tanpa mereka (pekerja), negara kita tidak akan mencapai kemajuan yg masyur spti dikecapi hari ini. Ekonomi yg naik turun dlm negara kita, mrka senantiasa mencari buah fikiran utk mengatasi masalah ini. Biarpun dgn masalah kenaikan harga minyak, masalah harga barang naik, seharusnya itu diketepikan sementara kerajaan perlu mencari satu formula yg jitu dlm menstabilkan ekonomi n fikirkan ttg masalah rakyat.

Perkara pertama yg kita perlu tahu ialah tema sambutan Hari Pekerja tahun ini ialah “Pekerja Merealisasi Transformasi Negara”, yg mencerminkan pentingnya peranan warga pekerja dlm merealisasikan transformasi ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Tema tahun ini sangat bertepatan, krna ia menjadikan satu nadi kpda sesebuah organisasi, pekerja merupakan asset terpenting krna ia memberikan satu imej, reputasi n jg rekod kpda sesebuah badan berkanun ataupun kakitangan kerajaan.

Bangga sbg pekerja. Walaupun bekerja apa sekali pun jgn kita berasa rendah diri krna gaji yg rendah, ataupun pekerjaan itu nampak jijik. Namun, selagi ianya tidak bertentangan dgn ajaran islam n halal, n diredhai oleh Allah, ia adalah satu ibadah yg mulia dari pekerjaan yg tidak disukai Allah. (paham2 sendiri lah).

Berusaha utk mencapai wawasan 2020. Adakah kita ingat wawasan yg di ilhamkan oleh Tun Dr Mahadthir yg mana wawasan ini adalah bertujuan utk memastikan masyarakat yg adil dlm bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yg melaksanakan pengagihan kekayaan negara scra adil n saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bg setiap rakyat dlm perkembangan ekonomi. Ia merupakan wawasan yg ke 8 dari 9 untuk dicapai.

Rasanya 3 perkara sahajalah untuk sempena hari pekerja tahun 2011 ini. Semoganya bermanfaat n teruskan kerja anda, n kerja yg kita lakukan adalah ibadah. Tingkatkan produktiviti n tingkatkan prestasi kerja. Selamat hari pekerja!!

Bengkel Di Ancasa Resort PD


Akhirnya selesai sudah Bengkel Pemantapan Organisasi INSPEM sebagaimana yg telah dijadualkan. Bengkel tersebut bermula dari 30 April 2011 dan berakhir pada 1 Mei 2011. Tujuan utama bengkel ini ialah untuk memantapkan lg organisasi memandangkan fungsi INSPEM yg semakin bertambah n peranannya yg semakin besar di UPM. Bg menghasilkan penyelidikan n pengurusan kerja yg cemerlang, sesebuah organisasi itu perlulah mantap n mempunyai pasukan kerja yg cekap n berwibawa.

Inilah big bos mama, tengah beri taklimat bengkel kepada semua staf.......

Semuanya tengah khusyuk mendengar taklimat yg disampaikan oleh big bos......

Sesi perbincangan latihan dlm kumpulan (LDK), inilah ahli group mama......

Nie plak salah satu ahli group pengurusan bersama big bos mama.......

Hasil perbincangan LDK group mama yg dibentangkan oleh Cik Wanie n Cik Nurul...

Antara objektif utama bengkel ini diadakan ialah untuk memberi motivasi n semangat kpda staf n penyelidik dlm menjalankan tugas seharian dgn penuh dedikasi disamping memperkasakan hubungan sesama staf n penyelidik n semangat kerja berkumpulan serta mendedahkan kepada staf n penyelidik INSPEM tntg kepentingan kerjasama dlm sesebuah organisasi demi untuk meningkatkan jati diri, kepimpinan n mutu kerja staf n penyelidik.