Islamic Clock

Monday, May 9, 2011

Menyesalkah Ada Anak???

Perlukah kita kesalkan???Anak adalah anugerah n amanah Allah swt kpda kedua ibubapanya. Tak semua orang berpeluang untuk bergelar ibubapa. Bersyukurlah kita antara insan yg terpilih untuk bergelar ibu n bapa @ mama n papa. Ada pasangan suami isteri berkahwin hampir 5 tahun @ lebih 10 tahun tapi mereka masih lagi belum dikurniakan anak..... macam2 usaha mereka lakukan untuk dapatkan anak@zuriat tp masih juga belum berjaya. Persoalannya, Apakah yg perlu kita kesalkan?Kenapa kita perlu rasa menyesal Allah swt kurniakan kita anak2???

Tapi bg diri mama, mama xpernah rasa menyesal dikurniakan anak malah mama rasa bersyukur tak terhingga kpda Allah swt kerana Allah swt kurniakan mama anak2@zuriat sbg penyeri hidup mama. Membesarkan anak2 mmgla tak semudah yg kita jangka, tapi cuba kita fikirkan....renung2kanlah...ibubapa kita mampu besarkan, didik n beri pelajaran kpda kita, kenapa kita tak mampu nak besar n didik anak2 kita sndri (zuriat dari darah daging kita sendiri). Mama rasa bahagia hidup dikelilingi anak2 sbg teman n penyeri hidup mama sekeluarga. Walau pun mama penat (melayan kerenah anak2 mama) n perlu banyak berkorban masa n keringat dalam membesarkan putera n puteri2 mama namun mama tak pernah rasa menyesal malah mama rasa bersyukur krna mama berpeluang untuk bergelar IBU @ MAMA kpda anak2 mama. Mama akan terus berusaha untuk memberi yg terbaik buat anak2 mama.

Dalam mendidik n membesarkan anak2, kita sbg ibubapa perlukan kesabaran diri yg tinggi, keikhlasan hati n jiwa yg luhur dan bukannya asyik merungut jee... kesabaran n kerjasama pasangan suami isteri tu penting dalam mendidik n membesarkan anak2 yg masih belum mengerti ape2, anak2 adalah ibarat kain putih kita sbg ibubapa@mama n papa lah yg kene bentuk n corakkan kehidupan mereka. Kalau kita sbg ibubapa@mama n papa tak sayang n kasihkan anak2 kita sape lg...........

Dalam sesuatu situasi tertentu, kekadang bila ibubapa hilang sabar @ pertimbangan diri mesti terlepas gak tangan menyebat anak2 sebab geram (tapi sebolehnya cubala elakkan)... memukul tu boleh tp jgnlah sampai berbirat... ajar anak2 ni kita kena tegas dan fahamkan diorg.. ajar anak2 hormati kita sbg ibubapanya.. mama dah tengok ada ibubapa yg sanggup maki hamun n pukul anak2 sndiri, dera anak sendiri, sepak terajang, menyalahkan anak2 (salahkan anak2 kita tu?), bila anak2 tu lepas kene tengking, marah,pukul.. mama tengok muka anak2 mesti berubah... sedih,monyok (cian anak2, diorg belum mengerti ape2 pun).. mana tahu anak2 mgkn simpan dendam.... fikiran anak2 akan terganggu.. kesimpulannya perbuatan fizikal utk anak2 amat tak sihat utk membantu proses pembesaran n kematangan fikiran anak2.... kalau nak marah kita kena tegas, bijak berkata2, jgn ikut emosi tapi ikut LOGIK dan kadang2 kongkong diorg tapi jgn terlampau..terpulang kepada individu......

No comments:

Post a Comment