Islamic Clock

Saturday, May 14, 2011

Mama @ Fresh EBM

Susu ibu adalah anugerah pemakanan yg terbaik untuk setiap bayi dari Allah swt untuk anak dan ianya mempunyai pelbagai khasiat. Ia diperlukan bagi melengkapkan tumbesaran seseorang bayi. Alhamdulillah, bersyukur mama yg tak terhingga kpda Allah swt di atas kurnian rezeki di pagi jumaat ini. Inilah hasil Fresh EBM mama di pagi jumaat ini, syukur alhamdulillah........


Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun. Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yg diperlukan oleh bayi dalam jumlah yg betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral. Khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula. Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yg keluar sblum susu keluar, yg membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi. "Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang2nya bagi tempoh enam bulan pertama". Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit. Bayi yg diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi.

No comments:

Post a Comment