Islamic Clock

Wednesday, May 11, 2011

Suami Penyayang Bertukar Jadi Garang

Topik ini pun mama baca dlm paper hari ini, mama just nak berkongsi isu ini...Ini adalah kisah benar yg berlaku yg mama petik dr paper Utusan Malaysia.

BIARPUN sakit n malu krna ditampar n diterajang suami, beliau (identiti dirahsiakan) tetap sayang kpda suaminya, dan seolah2 sudah kalis dgn sikap panas baran suaminya. Sekiranya suami naik angin beliau akan membiarkan dia sendirian sehinggalah keadaan reda. Menceritakan pengalaman mempunyai suami yg panas baran, beliau mmg cukup masak dgn perangai suaminya ktka sedang mengamuk bagai gajah naik minyak. Punca kemarahan pula selalunya tidaklah sebesar mana. Tetapi amukan suami boleh memakan masa berminggu2. Apabila panas baran sudah sampai, muka si suami serta-merta akan berubah. Ia menjadi merahpadam manakala tangan pula terketar2, yg menjadi mangsanya adalah isteri sendiri n anak2 kecil yg masih belum mengerti apa2.

Masa mula2 kahwin mmg beliau trauma dgn situasi ini, tetapi kini slps hampir tujuh tahun hidup bersama, beliau semakin lali dgn keadaan itu. Ibu kpda tiga anak itu mengakui kdg2 dia terfikir sifat baran suaminya itu mgkin ada kaitan dgn genatik @ cara seseorang itu dibesarkan. Mgkin sebab itu jg dia bersikap panas baran untuk melepaskan kemarahan yg dipendam semasa zaman kanak2. Sekarang beliau takut anak2 akan mengikut jejak mewarisi panas bapa mereka.

Sikap panas baran suaminya itu sudah diketahui sejak mrka bercinta lg. Namun beliau mengharapkan keadaan tersebut akan berubah slps berkahwin dan mempunyai anak. Tapi sangkaan tersebut meleset apabila slps berkahwin panas baran suami semakin menjadi2. Malah, ada ketikanya beliau mendapat laporan drpd rakan2 dan teman2 sepejabat mengenai sikap baran suaminya dan selalu bertegang urat dgn rakan2. Mujurlah, ramai di kalangan rakan2 mengetahui sikap baran suaminya itu dan mengambil sikap berdiam diri agar pertelingkahan tidak berpanjangan menjadi sesuatu yg lebih buruk.

Selama hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, beliau masih boleh bersabar dan mendiamkan diri walaupun sedar dirinya tak suka dgn sikap suaminya yg terlalu cepat naik baran, pantang silap sikit terus naik tangan. Namun disebabkan oleh rasa kasih n sayang yg kuat terhadap suami tersayang dan tidak mahu anak2 kehilangan bapa mrka. Namun di lubuk hatinya, beliau berharap agar suaminya berubah menjadi normal.

Sikap panas baran ini mgkin disebabkan keadaan dirinya di masa kecil yg sering dipukul dan dimarahi oleh ayah @ ibunya sendiri membuatkan dia berdendam sehingga kini. Ceritanya lg, ketika suaminya berang, beliau hanya mendiamkan diri mengelakkan terus di 'dibaham' suaminya itu. Sebab itulah, setiap kali suami mengamuk, beliau akan membawa anak2 masuk ke bilik. Ini bg mengelakkan anak2 jg menjadi mangsanya. Suatu ketika dulu, beliau pernah bertikam lidah semasa suaminya mengamuk tetapi keadaan itu hanya memanaskan lg keadaan. Jadi jalan yg terbaik utk melegakan adalah biarkan dia bersendirian, lama2 dia akan sejuk sendiri. Bagaimanapun, walaupun dia bertukar menjadi singa semasa marah tetapi apabila keadaan dirinya normal, dia adalah seorang yg penyayang, apabila keadaan suaminya sudah 'sejuk' dia adalah seorang suami yg penyayang dan romantik. Sikap itu menjadi benteng kpda hubungan kami. Apabila ditanya pernahkah dia cuba bertanya dgn suaminya sehingga sanggup bersikap sedemikian kpda dirinya, suaminya pernah memberitahu bahawa ketika dirinya sedang marah dia seolah2 tidak sedar dgn perbuatan yg dilakukan. Tetapi jelasnya, slps menyedari perbuatan dia sangat menyesal dgn tindakan dirinya itu. Ada jg menasihati dirinya supaya mengamalkan ayat2 suci sbg pelindung selain mengawal diri supaya tidak terlalu pemarah. Malah beliau sendiri turut mendoakan dirinya supaya berubah.

Rasa sayu n tersentuh hati n jiwa mama bila baca kisah wanita ini, sedih sesangat rasanya.. nape ada suami yg sanggup memperlakukan isteri dan anak2 dari darah daging sendiri sedemikian rupa. Manakah perginya sifat kasih dan sayang sbg seorang suami @ bapa. Bukankah suami bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan isteri serta anak2nya. Tanggungjawab yg dipikul suami adalah besar, oleh itu suami hendaklah bersedia utk memimpin sebuah keluarga yg dibinanya(bukannya menyalahkan kehadiran anak2). Ianya sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan isteri dan anak2nya agar sentiasa dlm lindungannya. Suami jg hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kpda isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kpda isteri n anak2 iaitu: makanan yg mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan krna apa yg dilakukan adalah ibadah n jg amanah Allah swt kpdanya. Sampai bila agaknya situasi hidup wanita ini akan berlarutan.... Ya Allah, sesungguhnya Kau jauhkanlah diri mama sekeluarga dari sebarang kesulitan dan Kau eratkanlah tali ikatan kasih n silaturrahim antara kami sekeluarga agar jalinan kasih sayang antara kami akan terus kekal berpanjangan sehingga ke hujung nyawa kami, Insyaallah. Sesungguhnya, jika sebaliknya berlaku ianya adalah diluar kemampuan diriku... namun bg diri mama, ikatan kasih dan sayang mama tak pernah berubah....

No comments:

Post a Comment