Islamic Clock

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja 2011

Hari ini merupakan 1 Mei 2011. Ia merupakan tarikh setiap tahun utk kita menghargai keringat air peluh seorang pekerja tak kira kerja apa, pangkat apa , gaji berapa dll lagilah, yg telah bersusah payah demi sesuap nasi, demi pembangunan ekonomi negara, n kemajuan teknologi negara.

Tanpa mereka (pekerja), negara kita tidak akan mencapai kemajuan yg masyur spti dikecapi hari ini. Ekonomi yg naik turun dlm negara kita, mrka senantiasa mencari buah fikiran utk mengatasi masalah ini. Biarpun dgn masalah kenaikan harga minyak, masalah harga barang naik, seharusnya itu diketepikan sementara kerajaan perlu mencari satu formula yg jitu dlm menstabilkan ekonomi n fikirkan ttg masalah rakyat.

Perkara pertama yg kita perlu tahu ialah tema sambutan Hari Pekerja tahun ini ialah “Pekerja Merealisasi Transformasi Negara”, yg mencerminkan pentingnya peranan warga pekerja dlm merealisasikan transformasi ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Tema tahun ini sangat bertepatan, krna ia menjadikan satu nadi kpda sesebuah organisasi, pekerja merupakan asset terpenting krna ia memberikan satu imej, reputasi n jg rekod kpda sesebuah badan berkanun ataupun kakitangan kerajaan.

Bangga sbg pekerja. Walaupun bekerja apa sekali pun jgn kita berasa rendah diri krna gaji yg rendah, ataupun pekerjaan itu nampak jijik. Namun, selagi ianya tidak bertentangan dgn ajaran islam n halal, n diredhai oleh Allah, ia adalah satu ibadah yg mulia dari pekerjaan yg tidak disukai Allah. (paham2 sendiri lah).

Berusaha utk mencapai wawasan 2020. Adakah kita ingat wawasan yg di ilhamkan oleh Tun Dr Mahadthir yg mana wawasan ini adalah bertujuan utk memastikan masyarakat yg adil dlm bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yg melaksanakan pengagihan kekayaan negara scra adil n saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bg setiap rakyat dlm perkembangan ekonomi. Ia merupakan wawasan yg ke 8 dari 9 untuk dicapai.

Rasanya 3 perkara sahajalah untuk sempena hari pekerja tahun 2011 ini. Semoganya bermanfaat n teruskan kerja anda, n kerja yg kita lakukan adalah ibadah. Tingkatkan produktiviti n tingkatkan prestasi kerja. Selamat hari pekerja!!

No comments:

Post a Comment