Islamic Clock

Tuesday, May 3, 2011

Selamat Hari Ibu

Sedar tak sedar rupa2nya semalam Isnin, 2hb. Mei 2011 adalah "Hari Ibu". Hhmmm....Hari Ibu 2 Mei ker 8 Mei sbnrnya nie? Dah sediakan hadiah untuk ibu masing2? Ingat ya kawan2, hadiah yg paling baik ialah sebuah senyuman, pelukan n ciuman yg penuh ikhlas dari seorang anak.

~SELAMAT HARI IBU~

Selamat Hari Ibu...terutama buat Ma tersayang...x lupa jg Mak-MIL-. Ma adalah sumber inspirasiku. Moga kalian dalam rahmat Allah sentiasa, dikurniakan kesihatan yg baik agar dapat beramal ibadat dgn tenang dlm menjalani kehidupan seharian. Terima kasih krna membesarkan kami adik-beradik, mendidik n sentiasa menemani kami sehingga kini sama ada ketika susah @ senang. Terima kasih Ma. Hanya Allah swt yg mampu membalas jasamu. Ku titipkan doa semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki. Terima kasih di atas segala jasa n pengorbananmu.......

Tak lupe juga Selamat Hari Ibu buat diri mama sendiri yang dah hampir 6 tahun jadi ibu@mama kepada putera n puteri2 permata hati mama (my lovely son) Syafiqah, Syahmi n Syafarisya......

Tidak dilupakan jg semua kawan2 blogger yg sudah bergelar ibu....semoga kalian terus menjadi sumber inspirasi anak2 kalian, tabah dlm menggalas tanggungjawab sbg ibu di zaman serba canggih ini....sama2lah kita diberi petunjuk n hidayah dlm menjalankan tanggungjawab yg berat ini demi masa depan keluarga tercinta.

Salam sayang buat ibu-ibu sedunia...semoga kalian diberi ketabahan dalam menjalani kehidupan yg penuh onak ranjau.

SELAMAT HARI IBU!!!:)

No comments:

Post a Comment