Islamic Clock

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin kepada semua umat islam sejagat dimuka bumi ini. Sempena di Aidilfitri yg mulia ini mama mengambil kesempatan memohon jutaan kemaafan kepada semua jika mama ada salah dan silap sama ada mama sedari atau tidak disengajakan. Semoga di Aidilfitri ini kita semua dapat menyambutnya dgn tenang.

Berhati2lah memandu semasa pulang berhari raya ke kampung halaman, biar lambat asalkan kita selamat, pandu cermat jiwa selamat. Hargailah nyawa anda dan keluarga tersayang. Insyaallah malam ini mama and family akan bertolak balik kampung untuk menyambut Aidilfitri bersama family.

Di Penghujung Ramadhan 1430H

Kita semua telah berada di penghujung Ramadhan 1430H [di 10 malam terakhir], hari ini adalah hari ke-26 umat islam berpuasa semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding Ramadhan sebelumnya dan jika diizinkan Allah S.W.T. insyaallah kita akan berjumpa di Ramadhan akan datang. Di 1o hari yg terakhir dlm bulan Ramadhan kita sering diingatkan dgn satu malam, malam Lailatul Qadar iaitu malam yg menyamai 1000 bulan yg pastinya akan muncul. Barangsiapa beribadah pd malam tersebut, maka akan tercatit amalannya seumpama dia membuat amalan selama 1000 bulan, Maha Agung dan Maha Kasihnya Allah yg tiada tuhan selainnya menganugerahkan hadiah sebegini untuk diraih oleh umat Muhammad S.A.W. Semoga kita semua melipatgandakan amalan kita di penghujung Ramadhan ini dan seterusnya pd bulan2 yg lain. Semoga kita sama2 beroleh keberkatan-NYA.

oklaa dl untuk kali nie..................

Monday, September 14, 2009

Pic Putera Puteri Mama

Dah lama mama tak uploadkan gambar2 putera puteri mama dan seperti yg pernah mama janjikan di entry sblum ni. So ini adalah di antara koleksi terbaru gambar putera puteri mama.




Gambar ini diambil masa bawa putera puteri mama jalan2 di hari minggu





Pic puteri mama ngan bear kesayangannya......




Inilah antara aktiviti santai putera puteri di hujung minggu

Program Tahunan INSPEM

Mama nak catatkan untuk ingatan buat diri mama, banyak plak program INSPEM dihujung2 tahun niii hampir tiap2 minggu ada program. Selamat bekerja keras kepada kawan2 untuk sama2 menjayakannya....

Berikut adalah antara list conference/workshop yg bakal berlangsung di INSPEM pada hujung tahun ni:

1. ICREM4 21-23 Oktober 2009 http://einspem.upm.edu.my/icrem4/
2. EQuaLS3 9-13 November 2009
3. WoDMo2 17-19 November 2009
4. HPC5 24-25 November 2009 http://www.inform.upm.edu.my/hpc5/

Buat masa sekarang ni program yg makin hampir berlangsung adalah ICREM4. Raya tetap raya, cuti tetap cuti jugak tp jangan lupa lepas raya nie INSPEM ada "The 4th International Conference on Research and Education in Mathematics" yg akan berlangsung di Renaissance Hotel Kuala Lumpur. Sekarang ni pun mama tgh siapkan tugasan mama untuk dibawa masuk meeting pd ari khamis ni [17 September 2009]. Tapi ari khamis ni mybe orang dah start cuti raya kot, ye ke??? hihhhii... tapi kat opis mama kebanyakannya [majoriti tak jgak] start cuti ari jumaat maklumlaa ari khamis pun ada meeting ICRREM4 lg. Tak silap mama ari khamis tu adalaa 3 ke 4 orang dah start cuti RAYA termasuklaa mama hehehehh......Tapi ada jgak kawan2 mama yg start cuti minggu depan. Tahun ni giliran mama beraya di kampung [kampung ke bandar nii?] papa di Ipoh, Perak. So Rabu malam/khamis ni mama, papa serta putera puteri mama akan bertolak balik kampung papa. [ekkh ini dah lari topik dah niii hehehe.......]

oklaa dl buat kali ini moga semua program yg telah dirancang oleh INSPEM ini akan berlangsung dgn jayanya INSYAALLAH........

Friday, September 11, 2009

11 SEPETEMBER 2009


Peristiwa serangan kumpulan pengganas antarabangsa terhadap bandaraya New York dan Washington D.C[2] pd 11 September 2001[3] telah memberi implikasi yg begitu signifikan terhadap soal kelamatan AS[4] dan keselamatan antarabangsa. Buat pertama kalinya aktor bukan negara iaitu kumpulan pengganas antarabangsa, telah membawa kemusnahan yg begitu dahsyat dan melibat jumlah kematian orang awam dlm jumlah yg besar(Witcham 2002). Selain itu, cara serangan dan sasaran tindakan keganasan mrka telah membawa kesan yg begitu mengejutkan. Ia telah membuktikan, keupayaan dan kemampuan kumpulan pengganas untuk bertindak diluar jangkaan pemahaman aliran Realis yg selama ini dianggap sbg aktor yg kurang penting dlm hal ehwal hubungan antarabangsa kontemporari. Sblum tragedi 11 September[5], AS tidak pernah diserang oleh mana2 negara @ kumpulan tentera[6]. Namun bbrpa tempat, di AS dan kepentingan AS diseluruh dunia pernah diancam oleh serangan kumpulan pengganas sblm tragedi tersebut[7](Perry 2003).

Tragedi tersebut, telah mendorong AS membuat anjakan paradigma dlm dasar luarnya. Kumpulan2 pengganas antarabangsa, khususnya pertubuhan keganasan antarabangsa Al-Qaeda[8] telah dianggap sbg musuh utama terhadap keselamatan AS. Kempen memerangi keganasan antarabangsa menjadi tema utama dasar luar AS dibawah pentadbiran presiden George W.Bush. Kempen memerangi keganasan antarabangsa juga memaparkan tindakan AS yg cenderung untuk menjadikan masyarakat dan negara2 Islam sbg sasaran mrka(Foot 2002).

Peristiwa serangan kumpulan pengganas antarabangsa pd 11 September 2001, jg dilihat oleh negara2 ln sbg percubaan untuk mencabar hegemoni kekuasaan dan status AS sbg sebuah aktor negara kuasa besar dunia unipolar semenjak berakhirnya era Perang Dingin pd tahun 1989[9](Smith 2002). Serangan yg dilakukan oleh kumpulan pengganas antarabangsa, buat pertama kali terhadap bangunan berkembar pusat dagangan dunia New York[10] dan kompleks jabatan pertahanan Pentagon di Washington D.C dalam skala yg begitu besar telah membawa pemahaman baru terhadap keselamatan antarabangsa(Wilkinson 2002). Selain itu peristiwa 11 September, juga telah mencabar keupayaan sistem pertahanan AS yg dipercayai paling canggih di dunia semenjak berakhir era Perang Dingin(O’Neil 2001)

AS tidak pernah menjangka, aktor bukan negara iaitu kumpulan pengganas antarabangsa berupaya untuk memberi ancaman yg begitu besar dan signifikan terhadap keselamatannya. Slps tragedi 11 September, pentadbiran AS di Washington D.C telah menukar persepsi dan pandangan mengenai ancaman sebenar terhadap keselamatannya semenjak tamat era Perang Dingin(Dillon 2002). Sebelum tragedi 11 September, khususnya semasa era Perang Dingin AS sentiasa bergantung kpda andaian pemahaman Realis iaitu ancaman terbesar terhadap keselamatannya datang dari aktor negara kuasa besar komunis Kesatuan Soviet dan China. Pemahaman ini jg didorong oleh kepercayaan bhwa negara2 kuasa besar tersebut mempunyai sistem peluru berpandu senjata nuklear yg boleh dihalakan kpda AS pd bila2 masa(Hick 2003).

Namun slps tragedi peristiwa 11 September, andaian dan ramalan AS ternyata kurang tepat. Sebaliknya, AS mula berpandangan bhwa aktor bukan negara iaitu kumpulan pengganas antarabangsa berpotensi untuk menjadi ancaman sebenar terhadap keselamatannya melalui tindakan keganasan mrka yg diluar jangkaan. Dalam kempen memerangi keganasan antarabangsa, AS telah membahagikan negara2 di dunia kpda dua kem[11]. Kem yg pertama adalah, negara2 yg dianggap menyokong AS dlm kempen memerangi kegananasan antarabangsa. Manakala kem yg kedua negara2 yg dianggap tidak menyokong kempen memerangi keganasan antarabangsa dan mrka dianggap oleh Washington sbg menyokong kumpulan2 pengganas serta aktiviti keganasan mrka(Gershman 2002).

Peristiwa 11 September jg, memaparkan implikasi yg signifikan terhadap masyarakat dan negara2 Islam diseluruh dunia. Mrka telah dikaitkan, dgn imej keganasan melalui paparan media massa terutamanya dr negara2 Barat(Utusan Malaysia 2002). AS yg menjadikan kumpulan rangkaian antarabangsa Al-Qaeda sbg sasaran utama kempen memerangi keganasan antarabangsa telah memberikan tumpuan dan perhatian yg serius terhadap negara2 dan rantau yg mempunyai bilangan masyarakat Islam yg majoriti. Ini krna melalui maklumat agensi perisikannya iaitu CIA dan FBI,[12] AS mendapati kumpulan rangkaian antarabangsa Al-Qaeda beroperasi dan menjalankan kegiatan mrka scra selamat dan tersembunyi di negara2 yg mempunyai bilangan masyarakat Islam yg majoriti(Talcott 2002).

AS telah memberikan tumpuan kpda tiga kawasan rantau yg didiami oleh masyarakat Islam majoriti. Pertama adalah rantau Asia Barat @ Timur Tengah,[13]rantau ini mendapat perhatian yg paling penting dr pentadbir AS di Washington D.C slps tragedi 11 September(Gershman 2002). Ini disebabkan, AS mendapati anggota kumpulan2 pengganas yg terlibat tragedi 11 September, berasal dr rantau tersebut. Selain faktor tersebut, melalui maklumat agensi perisikannya AS telah lama mengetahui kewujudan dan kegiatan operasi kumpulan Al-Qaeda di rantau Asia Barat. Malahan anggota2 kumpulan militan Islam, di rantau ini turut bertanggungjawab menyebarkan ideologi perjuangan mrka ke negara2 majoriti masyarakat Islam yg ln di dunia(Ecker 2003).

Dipetik dari laman kakiblog.com untuk ingatan bersama
-------------------------------------------------------------------------------------
[2] Washington D.C(District of Columbia) adalah ibu negara dan pusat pemerintahan bg negara persekutuan AS. Nama Washington diambil sempena presiden AS yg pertama iaitu George Washington. Pentagon adalah nama rasmi bangunan kompleks jabatan pertahanan AS. Nama tersebut diambil memandangkan bentuk kompleks bangunan tersebut yg berbentuk lima segi @ pentagon.
[3] Serangan ini dipercayai dilakukan oleh 19 anggota kumpulan pengganas warganegara Arab Saudi dan Mesir yg beragama Islam. Serangan tersebut, dilakukan oleh pengganas dgn merampas empat buah kapal terbang penumpang milik syarikat American Airlines yg dirampas smsa dlm perjalanan dr Miami di negeri Florida menuju ke New York pd jam 8.45 pagi waktu bhgn timur AS tanggal 11 September 2001. Dua drpd empat kapal terbang, yg dirampas berjaya mensasarkan dua buah bangunan berkembar pusat dagangan dunia New York. Sebuah lg disasarkan kpda bangunan kompleks jabatan pertahanan Pentagon di Washington D.C. manakala pesawat kempat yg dirampas tidak menepati sasaran, dan telah terhempas di sebuah padang lapang di Somerset County dlm negeri Pennsylvania salah sebuah negeri dlm persekutuan AS. Dlm tragedi ini, dianggarkan seramai 5,000 orang dr pelbagai negara telah maut(Mitchell 2002).
[4] Dlm konteks artikel ini, penulis menggunakan singkatan AS untuk Amerika Syarikat dlm keseluruhan penulisan artikel yg bertujuan untuk memudahkan kerja2 penulisan.
[5] Peristiwa 11 September merujuk kpda insiden serangan kumpulan pengganas antarabangsa terhadap bangunan berkembar pusat dagangan dunia di New York dan Pentagon di Washington D.C pd 11 September 2001.
[6] Semenjak mencapai kemerdekaan drpd Britain pd tahun 1786, serangan ketenteraan yg pertama berlaku pd tahun 1814 apabila tentera British telah membakar Capitol Hill dan Rumah Putih. Semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun telah menyerang pangkalan tentera laut AS di Pearl Harbor pd 7 Disember 1941.
[7] Pd tahun 1994, pengganas telah meletupkan sebuah bangunan kerajaan persekutuan AS di Oklahama City dlm negeri Oklahoma. Peristiwa tersebut, telah menyebabkan kematian seramai 400 ratus orang. Pengganas yg mendalangi peristiwa tersebut adalah rakyat AS sendiri yg bernama Timothy McVeigh yg ditangkap serta dibicarakan dan telah dihukum mati setelah didapati bersalah. Pd tahun 1995, pengganas telah menyerang kem tentera AS di Dhahran Arab Saudi yg mengakibatkan seramai 19 orang anggota tentera AS terbunuh. Pd 7 hb Ogos 1998, bangunan kedutaan AS di Dar-Es-Salam di Tanzania dan Nairobi Kenya telah diletupkan secara serentak oleh kumpulan pengganas. Manakala pd 12 Oktober tahun 2000, kapal perang tentera laut AS iaitu USS Cole telah dipasang dgn bom yg diletupkan oleh kumpulan pengganas yg menyebabkan 17 anak kapal telah terbunuh. Empat drpd lima insiden keganasan tersebut dipercayai angkara rangkaian antarabangsa Al-Qaeda.
[8] Al-Qaeda adalah nama dlm bahasa Arab yg bermaksud Kem Latihan. Sejarah penubuhan pertubuhan Al-Qaeda boleh dikesan pd tahun2 lewat 1970an dan awal 1980an smsa berlaku konflik perang Afghan. Smsa peringkat awal penubuhannya, Al-Qaeda bukan sebuah pertubuhan yg bersifat melakukan aktiviti2 keganasan di seluruh dunia. Sebaliknya tujuan dan matlamat sebenar pertubuhan Al-Qaeda adalah berperanan untuk mengambil rekrut2 sukarelawan Islam dari negara2 Arab serta Asia Barat dan negara2 yg mempunyai bilangan masyarakat Islam majoriti melalui satu badan khusus yg digelar Biro Afghan. Rekrut2 sukarelawan Islam yg diambil akan dihantar untuk membantu pejuang mujahidin Afghan yg menentang pencerobohan dan pendudukan tentera komunis Kesatuan Soviet di Afghanistan. Sblum dihantar ke Afghanistan, rekrut2 sukarelawan Islam ini akan dilatih oleh Biro Afghan di kem2 latihan yg terletak di Asia Barat dan Pakistan. latihan yg diberikan kpda rekrut sukarelawan ini adalah berbentuk kaedah perang gerila dan taktik peperangan bukan konvensional. Tokoh2 individu yg bertanggungjawab mengasaskan pertubuhan Al-Qaeda adalah Ayman Al-Zawahri, Abdullah bin Azzam, dan Prince Turki bin Faisal bin Abdul Aziz. Osama bin Laden menyertai pertubuhan ini, pd tahun 1985 melalui Biro Afghan dan telah pergi ke Afghanistan untuk berjuang bersama pejuang2 Mujahidin Afghan. Sepanjang berlaku konflik Afghan, Osama bin Laden telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membiayai sebahagian besar bantuan kewangan kpda rekrut2 sukarelawan Islam di Afghanistan. Slps tamat Perang Afghan serta berakhir era Perang Dingin, Osama bin Laden telah dipilih untuk mengetuai pertubuhan Al-Qaeda. Dibawah kepimpinan beliau, Osama bin Laden telah mengubah tujuan dan matlamat penubuhan Al-Qaeda. Beliau telah menjadikan Al-Qaeda sbg sebuah pertubuhan untuk mencapai cita2nya. Osama bin Laden bercita2 untuk menghidupkan kembali sistem pemerintahan Islam yg bersumberkan hukum perundangan Islam iaitu Syariah di negara2 dan rantau yg mempunyai majoriti masyarakat Islam. Melalui pertubuhan Al-Qaeda yg dipimpinnya, Osama bin Laden ingin menyatukan semua negara2 yg majoriti beragama Islam menjadi satu entiti politik yg dikenali sbg sistem Khilafat yg pernah wujud semasa empayar Islam pd abad ke 12 dan 14. Beliau melihat, AS dan negara2 barat lain sbg penghalang utama terhadap cita2nya untuk tujuan tersebut. Untuk mencapai cita2nya, Al-Qaeda dibawah pimpinan Osama bin Laden mula melakukan tindakan aktiviti2 bercorak keganasan di seluruh dunia dgn menjadikan kepentingan dan institusi AS serta negara sekutunya sbg sasaran utama.
[9] Penganalisis politik antarabangsa cenderung untuk menghujahkan pandangan mereka bahawa polarity @ tumpuan pola kuasa politik dunia hubungan antarabangsa telah berubah drpd polariti kuasa Dwi-polar kepada Unipolar selepas tamat era Perang Dingin. Antara penganalisis politik antarabangsa yg berpandangan sedemikian adalah Charles Krauthammer. Dalam penulisan artikel yg bertajuk The Unipolar Moment dimuatkan dalam majalah Foreign Affair pada tahun 1991, Krauthammer menghujahkan bahawa selepas tamat era Perang Dingin pada tahun 1989 dgn keruntuhan tembok Berlin dan perpecahan empayar komunis Kesatuan Soviet tidak ada mana2 negara kuasa besar dunia mampu untuk menandingi dan mencabar kekuasaan AS dalam mempengaruhi dan menentukan halatuju politik antarabangsa. Pandangan Krauthammer ini bersandarkan kepada fakta semasa era Perang Dingin hanya Kesatuan Soviet yg mempunyai keupayaan dan kemampuan yg setanding dgn AS dari sudut ketenteraan, politik dan ekonomi. Kedua2kuasa besar tersebut msg2 bersaing untuk menandingi antara satu sama ln yg mewujudkan suasana polariti politik antarabangsa digelar sbg dunia Dwi-Polar. Selepas kejatuhan empayar komunis Kesatuan Soviet, tidak ada mana2 negara kuasa besar yg mampu untuk menyaingi AS dlm berbagai sudut.
[10] Sebelum berlaku tragedi peristiwa 11 September 2001, bangunan berkembar pusat dagangan dunia di NewYork pernah diserang oleh pengganas iaitu pada 29 Februari 1993 Serangan tersebut dilakukan melalui letupan bom di luar perkarangan bangunan tersebut. Walaubagaimanapun, insiden tersebut tidak mendatangkan kesan kemusnahan yang ketara sebagaimana peristiwa 11 September.
[11] Presiden AS George W. Bush, dalam satu ucapan di Rumah Putih pada bulan Oktober 200 telah menyatakan kepada masyarakat antarabangsa samada menyokong AS dan bersama2negara tersebut dlm kempen memerangi keganasan antarabangsa. Atau tidak menyokong AS dlm kempen memerangi keganasan antarabangsa dan dianggap menyokong aktiviti kumpulan2 pengganas antarabangsa.
[12] CIA adalah nama singkatan bagi “Central Intellegence Agency”atau Agensi Perisikan Pusat. Manakala FBI pula adalah singkatan bagi “Federal Bureau Investigation”atau Biro Penyisatan Persekutuan. Kedua2nya merupakan agensi khas perisikan AS yg ditubuhkan oleh kerajaan AS untuk menjaga hal ehwal keselamatan dan kepentingan AS.
[13] Dalam konteks artikel ini, penulis lebih gemar untuk menggunakan istilah Asia Barat walaupun para sarjana di negara2 Barat lebih cenderung untuk menggunakan istilah Timur Tengah. Ini kerana istilah Asia Barat adalah lebih tepat digunakan, jika diukur mengikut sudut geografi dari kedudukan rantau Asia Tenggara kerana ia terletak dibahagian paling Barat benua Asia.berikutnya:kesan terhadap negara Islam

Tak Cukup Rehat

Sejak akhir2 ni mama rasa cam penat sikit mgkin sbb tak cukup rehat kot..rasanya cam tak cukup tangan nak buat cam2 keje...balik umah masak dl untuk bebuka pose and then siapkan makanan [bubur/puri] untuk putera mama dl supaya bl time bebuka nnti putera mama tak merengek2, pe2 pun mesti bg putera mama makan dl barula mama & papa boleh bebuka dgn tenang.....begitu jg dgn puteri mama. Kadang2 puteri mama nak makan sama adiknya dan kadang2 dia nak bebuka sama ngan mama ngan papa nanti walaupun puteri mama tak pose pun sbnrnya, bergantung pd mood dialaa. Time sampai umah awal mama mandikan anak2 dl baru ml masak kalau tak lepas makanla baru mandikan anak2.

Bl semuanya dah setle, malam2 mama terpaksa luangkan masa menjahit plak [terpaksa korbankan masa tido]. Bukanla mama nak kejar duit pun dgn menjahit ni, tp sbb mama memang minat menjahit dari dl lg. Tahun nie mama berkira2 tak nak ambik tempahan untuk raya kalau ambik pun mybe sikit2 jee laa memikirkan anak2 dan ruang masa yg agak terbatas tp bila jiran2/kawan2 mnta tolong jahitkan jugak rasa cam tak sampai hati plak mama....so nak tak nak mama jahitkan jugakla. Alhamdulillah, sempat jugak mama menyiapkannya cuma tggal sepasang dua je lg yg belum settle. Janji ngan diorang ambik weekend ni. Tapi baju raya mama sendiri lum siap lg sebenarnya, tu mama tak kisah sgt weekend ni insyaallah semuanya leh settlekan.

Okalaa dl nnti mama sambung lg.........

Thursday, September 10, 2009

Mama Seorang Isteri, Ibu dan Pekerja

Wanita dan kerjaya seringkali dikaitkan dgn bebanan kerja. Sehingga ada di antaranya tidak terdaya lg untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sbg isteri dan ibu kepada anak2 di rumah. Banyaknya peranan yg perlu dimainkan oleh seorang wanita, hanya yg memahami shja yg boleh melaluinya dgn sabar dan tabah menepuhinya.

Dari pagi sehinggalah lewat petang, wanita sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Balik dari kerja sibuk plak dgn urusan rumahtangga dan anak2. Ini membuatkan sesetengah urusan yg wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah. Tapi bg mama, walau penat macam mana pun mama mesti lakukan demi suami tercinta dan anak2 tersayang. Bagi mama, mama tak suka ada pembantu rumah di rumah sbb mama rasa cam xbest jer rasa cam xder privacy di rumah sendiri.

Kalau boleh mama nak lakukan semua kerja rumah sendiri, tp apakan daya mama seorg mana mampu nak menguruskan semuanya lainla surirumah sepenuh masa. Mama perlukan bantuan dan sokongan dari suami tercinta untuk menguruskan rumahtangga. Mama tak nak anak2 dan suami merasakan diri mereka terabai gara2 kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak2. Soalnya, adakah wanita bekerjaya hari ini masih dihimpit masalah yg sama atau mengganggap pengurusan keluarga seharusnya dibahagikan sama rata dengan suami?

Sejauh mana bebanan kerja yg ditanggung, bg mama ianya bukanlah penghalang untuk seseorang wanita kerjaya terlepas drpd tanggungjawab menjaga keluarga dan anak2nya. Tambahan plak dalam keadaan ekonomi sekarang, tentulah susah bagi wanita untuk meninggalkan kerjaya bagi menjadi seorang ibu sepenuh masa. Bila mama bekerja sekurang2nya mama dapat membantu menambahkan pendapatan keluarga dan meringankan bebanan suami tercinta. Tapi papa pun kenalah membantu mama dalam menguruskan anak2 dan rumahtangga, maklumlaa mama pun bekerja sama cam papa jg lainla klau mama surirumah sepenuh masa...

Tapi setakat nie, alhamdulillah walau penat cam mn pun mama akan masak untuk suami dan anak2. Mama amat menitikberatkan hal pemakanan anak2, penat cam mana pun mama mesti masak terutamanya untuk putera mama yg masih kecil [masak bubur]. Ini kerana bg mama, walau sibuk mana sekalipun, tanggungjawab yg harus dipikul semestinya diberi keutamaan dan dilaksanakan dgn jaya demi untuk suami dan anak2. Sungguhpun hampir setiap hari bekerja mama pulang lewat, mama tetap berusaha untuk menyediakan dan menikmati makan malam bersama keluarga di rumah. Cara ini penting untuk merapatkan hubungan ahli keluarga selain saya dapat menunaikan tanggungjawab yg dituntut oleh keluarga.

Sebagai ibubapa kita mestilah menjadi model yg baik kepada anak2 sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi ini bg memastikan anak2 kita membesar tanpa pengaruh yg negatif. Dalam menguruskan, membesarkan dan mendidik anak2 ibubapa perlukan kesabaran dalam melayani kerenah anak2.

Kursus Di Bulan Puasa

Arini mama ada kursus E-LATIHAN, kursus nie sepatutnya diadakan pada hari selasa lepas [8 September 2009] tapi ditangguhkan pada hari ini [khamis] 10 September 2009 berikutan semua PTJ terlibat dengan Audit Prestasi Akademik pada 8 & 9 September yg lepas. Best ke kursus bulan2 pose ni..hhhmmm xpee la dah tugas kenela mama pergi jugak kursus tu sbb ianya berkenaan dgn bidang tugas mama, untuk prospek keje mama jgak betul x....jap lg leh la pegi kursus katanya mula jam 9am.

Sukacita jg mama nak kongsikan khabar gembira yg telah diumumkan oleh PM kita petang semalam iaitu Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500.00 kepada semua kakitangan sokongan bagi membantu meringankan bebanan sempena Aidilfitri dan sesi persekolahan akan datang. Agihan bayaran akan dibuat dua kali iaitu RM250.00 sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember ini.

Syukur Alhamdulillah, walaupun jumlahnya tak mencukupi dengan kadar sara hidup sekarang yg tinggi namun sekurang2nya ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos untuk persiapan Aidilfitri dan sesi persekolahan yg akan bermula nnti.

Nanti ada masa mama sambung lagi...mama nak g kursus dululaa nnti lambat plak..

Wednesday, September 9, 2009

Bekas MB Kelantan Meninggal Dunia


Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob meninggal dunia awal semalam akibat barah paru-paru sejak setahun lalu sering menjalani rawatan namun kesihatannya mula merosot tiga hari lalu. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pukul 3 petang semalam.

Allahyarham Mohamed, 85 tahun, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC) di sini pada pukul 5.50 pagi. Allahyarham meninggalkan seorang isteri bersama lima anak dan 12 cucu. Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaacob merupakan seorang anak Kelantan yg telah banyak berbakti kpda negeri kelantan sejak menjadi menteri besar dari tahun 1978 sehingga 1990. Beliau merupakan seorang insan yg merendah diri, baik hati dan selalu turun padang melawat dan menyelami masalah rakyat. Semoga rohnya di tempatkan dikalangan golongan org2 yg beriman dan beramal soleh....AL-FATIHAH...

Abadikan Tarikh 090909

Hari ini masuk hari ke-19 Ramadhan, ini bermakna sudah 19 harilaa umat islam berpuasa. Bersamaan juga 090909 [Rabu] unik tak tarikh nie....saja mama nak abadikan tarikh nie cam best jee....

Dah lama mama tak bercerita tentang putera puteri mama. Alhamdulillah putera puteri mama sihat hendak-NYA, mama bersyukur sesangat kepada Allah S.W.T. kerana telah mengurniakan mama sepasang cahayamata/zuriat [putera puteri] yg tak ternilai ini. Mama juga bersyukur kehadrat illahi kerana akhirnya mama berpeluang menjadi seorang "IBU", besarnya pengorbanan seorang IBU mengandung, melahirkan dan membesarkan anak2nya. Rasanya tak terbalas JASA dan PENGORBANAN IBU kepada kita semua. Nanti mama uploadkan gambar terbaru putera puteri mama untuk tatapan.

Tuesday, September 8, 2009

Aidilfitri Bakal Menjelma

Pejam celik pejam celik, kita dah masuk fasa kedua bulan Ramadhan... hari ini dah masuk hari ke-18 umat islam berpuasa. Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tiba tidak lama lagi. Cam mn ngan persiapan raya????kawan2 cam mn???mama cam biasalaa persiapan anak2 mesti menjadi keutamaan kalau raya @ tak kisahla ape2 pun, anak2 mama mesti menjadi keutamaan mama. Alhamdulillah untuk mengembirakan dan menceriakan Aidilfitri pada tahun ini semua keperluan untuk putera puteri mama semuanya sudah beres. Tambahan pula tahun ini merupakan tahun pertama [first time] putera mama menyambut lebaran [mesti bestkan, mesti comel/cute putera mama pakai baju melayu ngan kopiah hihihii...].

Cam mn plak dengan kuih muih/biskut raya???cam xseronok jee kalau raya tak buat biskut raya sendiri.... selalunya tiap2 tahun mama buat kuih muih/biskut raya sendiri jee, bukanlaa pandai sangat pun tp bolehlaa.... biasanya mama buat biskut taklaa byk sangat lebih kurang 3/4 jenis jee. Selalunya biskut tart nenas gulung mesti jd keutamaan mama [favourite-family (adik2) mama pun suka tart], begitu jg dgn rempeyek [favourite papa] dan tak lupa jg ngan kek coklat/kek span [puteri & anak2 buah mama cukup suka ngan kek span nii].

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI yg bakal menjelma tiba........

Friday, September 4, 2009

Kapal Selam Pertama Negara



Dicatatkan untuk ingatan bersama, sbg pengetahuan am tentang perkembangan semasa negara kita mengenai Kapal selam Scorpene. Setelah belayar merentasi lautan sejauh 6,000 batu nautika dari Toulon, Perancis pada 11 Julai lalu, kapal selam pertama negara, Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman (TAR) melakar detik bersejarah apabila selamat tiba di jeti KD Sultan Abdul Aziz Shah di Pusat Hidrografi Nasional Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pulau Indah di sini pagi semalam [3sept2009]. KD TAR, salah satu kapal selam jenis Scorpene itu yg diketuai oleh Pegawai Memerintah, Komander Zulhelmey Ithnain bersama 32 krew kapal berjaya mengemudi kapal selam itu dengan merentasi lautan melalui pelabuhan Jeddah, Arab Saudi; Djibouti, Somalia dan Cochin, India dalam tempoh 54 hari sebelum tiba di pangkalan negara kira-kira pukul 9.20 pagi semalam.

Scorpene, kapal selam jenis tempur konvensional yang mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman antara 100 dan 200 meter itu dijadualkan beroperasi sepenuhnya di kawasan2 strategik pada 17 September ini. Jurumudi kapal, Bintara Kanan Mohd. Jefri Zainor, 40, berkata, beliau berasa amat bangga kerana menjadi salah seorang anak kapal pertama negara yg mengendalikan kapal selam Scorpene tersebut.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menegaskan aset terbaru pertahanan negara iaitu kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah bukti kesungguhan kerajaan memastikan kedaulatan negara terus selamat dan terjamin. Titah baginda, perolehan dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu turut memberikan manfaat dalam mewujudkan satu angkatan tentera negara yang lebih berwibawa dan disegani terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

‘‘Projek perolehan kapal selam TLDM ini adalah satu pelaburan dan komitmen terbesar yg dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan keupayaan tentera Malaysia dalam menentukan kedaulatan negara terjamin dan selamat daripada sebarang ancaman.

‘‘Selain itu, perolehan aset ketenteraan ini juga membolehkan TLDM khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi satu angkatan yang lebih berwibawa di rantau ini,” titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah demikian ketika menyambut ketibaan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman termasuk 32 anak kapalnya kira2 pukul 8 pagi ini di Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Pulau Indah. Turut hadir Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir sama ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

KD Tunku Abdul Rahman diserahkan secara rasmi kepada kerajaan oleh syarikat kontraktornya, Armaris pada 25 Januari lalu dan pentauliahan kapal berkuasa diesel-elektrik itu ke dalam perkhidmatan TLDM disempurnakan pada 27 Januari oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Tuanku Mizan turut melahirkan rasa kagum terhadap anak kapal KD Tunku Abdul Rahman yang berjaya mengharungi latihan selama empat tahun bagi memahirkan diri dalam pengendalian serta taktik peperangan kapal selam. ‘‘Beta sedar kapal selam memerlukan warga kerja yang memiliki kecenderungan dan kemahiran yang tinggi bagi mengoperasi dan mengendalikannya. ‘‘Maka kejayaan ini juga hasil dedikasi, kerjasama dan komitmen yang cemerlang semua warga KD Tunku Abdul Rahman selaras dengan cogan kata TLDM iaitu Sedia Berkorban,” jelas baginda.

Tuanku Mizan turut mengingatkan TLDM supaya menjaga dan menggunakan sepenuhnya aset penting dan berteknologi tinggi seperti KD Tunku Abdul Rahman bagi memastikan kredibiliti angkatan laut itu sebagai pasukan yang menjaga perairan negara terus terpelihara.



Inilah barisan perintis anak kapal selam terbaru malaysia.....Setelah berlayar 54 hari melibatkan perjalanan sejauh 6,000 batu nautika, 32 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tersenyum puas selain berasa bangga kerana menjadi anak kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.

Semoga dgn adanya kapal selam ini, keadaan negara kita akan lebih terkawal dan terjamin. Insyaallah........

Wednesday, September 2, 2009

Salam Kemerdekaan

Masih belum terlambat kot mama nak ucapkan "SELAMAT HARI KEMERDEKAAN" yg ke-52 [tahun 2009]. Tema sambutan KEMERDEKAAN pd tahun ini ialah "1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Hari kemerdekaan pd tahun ini disambut scra sederhana shja tak seperti tahun2 sebelumnya.

Ramadhan Datang Lagi

Salam Ramadhan kepada semua muslimin & muslimat. Sedar tak sedar hari ini dah masuk hari ke-12 umat islam menyambut Ramdhan. Cepatnya masa berlalu......Harap2 puasa tahun ini adalah lebih baik dari puasa2 sebelumnya...amin.....

Hari ini mama dah mula keje semula. Mama alhamdulillah dah beransur sihat sikit, g klinik semalam DR. suntik aje sebabnya bulan puasa cam mn nak makan ubat [mama xsihat pun tetap puasa], nak tumggu bebuka lambat lagi klau tak cam mn nak baik. Tp alhamdulillah lepas kene suntik smlm rasa lega sesangat, ringan je rasa badan and kepala klau tak mama nak buka mata pun perit....DR. juga pesan kalau belum sihat datng klinik lg dan DR. jg pesan suruh sllu pantau kesihatan dari semasa kesemasa tambah2 skrg nie musim wabak Influenza A [H1N1] masih lagi menular. Puteri mama pun sama, sejak demam aritu sampai arini masih lagi dipantau oleh Dr./nurse [diorg masih lg contack mama tanyakan khabar] samaada dah betul2 baik atau belum.

okla nnti ada masa mama samb. lagilaa....