Islamic Clock

Friday, September 11, 2009

11 SEPETEMBER 2009


Peristiwa serangan kumpulan pengganas antarabangsa terhadap bandaraya New York dan Washington D.C[2] pd 11 September 2001[3] telah memberi implikasi yg begitu signifikan terhadap soal kelamatan AS[4] dan keselamatan antarabangsa. Buat pertama kalinya aktor bukan negara iaitu kumpulan pengganas antarabangsa, telah membawa kemusnahan yg begitu dahsyat dan melibat jumlah kematian orang awam dlm jumlah yg besar(Witcham 2002). Selain itu, cara serangan dan sasaran tindakan keganasan mrka telah membawa kesan yg begitu mengejutkan. Ia telah membuktikan, keupayaan dan kemampuan kumpulan pengganas untuk bertindak diluar jangkaan pemahaman aliran Realis yg selama ini dianggap sbg aktor yg kurang penting dlm hal ehwal hubungan antarabangsa kontemporari. Sblum tragedi 11 September[5], AS tidak pernah diserang oleh mana2 negara @ kumpulan tentera[6]. Namun bbrpa tempat, di AS dan kepentingan AS diseluruh dunia pernah diancam oleh serangan kumpulan pengganas sblm tragedi tersebut[7](Perry 2003).

Tragedi tersebut, telah mendorong AS membuat anjakan paradigma dlm dasar luarnya. Kumpulan2 pengganas antarabangsa, khususnya pertubuhan keganasan antarabangsa Al-Qaeda[8] telah dianggap sbg musuh utama terhadap keselamatan AS. Kempen memerangi keganasan antarabangsa menjadi tema utama dasar luar AS dibawah pentadbiran presiden George W.Bush. Kempen memerangi keganasan antarabangsa juga memaparkan tindakan AS yg cenderung untuk menjadikan masyarakat dan negara2 Islam sbg sasaran mrka(Foot 2002).

Peristiwa serangan kumpulan pengganas antarabangsa pd 11 September 2001, jg dilihat oleh negara2 ln sbg percubaan untuk mencabar hegemoni kekuasaan dan status AS sbg sebuah aktor negara kuasa besar dunia unipolar semenjak berakhirnya era Perang Dingin pd tahun 1989[9](Smith 2002). Serangan yg dilakukan oleh kumpulan pengganas antarabangsa, buat pertama kali terhadap bangunan berkembar pusat dagangan dunia New York[10] dan kompleks jabatan pertahanan Pentagon di Washington D.C dalam skala yg begitu besar telah membawa pemahaman baru terhadap keselamatan antarabangsa(Wilkinson 2002). Selain itu peristiwa 11 September, juga telah mencabar keupayaan sistem pertahanan AS yg dipercayai paling canggih di dunia semenjak berakhir era Perang Dingin(O’Neil 2001)

AS tidak pernah menjangka, aktor bukan negara iaitu kumpulan pengganas antarabangsa berupaya untuk memberi ancaman yg begitu besar dan signifikan terhadap keselamatannya. Slps tragedi 11 September, pentadbiran AS di Washington D.C telah menukar persepsi dan pandangan mengenai ancaman sebenar terhadap keselamatannya semenjak tamat era Perang Dingin(Dillon 2002). Sebelum tragedi 11 September, khususnya semasa era Perang Dingin AS sentiasa bergantung kpda andaian pemahaman Realis iaitu ancaman terbesar terhadap keselamatannya datang dari aktor negara kuasa besar komunis Kesatuan Soviet dan China. Pemahaman ini jg didorong oleh kepercayaan bhwa negara2 kuasa besar tersebut mempunyai sistem peluru berpandu senjata nuklear yg boleh dihalakan kpda AS pd bila2 masa(Hick 2003).

Namun slps tragedi peristiwa 11 September, andaian dan ramalan AS ternyata kurang tepat. Sebaliknya, AS mula berpandangan bhwa aktor bukan negara iaitu kumpulan pengganas antarabangsa berpotensi untuk menjadi ancaman sebenar terhadap keselamatannya melalui tindakan keganasan mrka yg diluar jangkaan. Dalam kempen memerangi keganasan antarabangsa, AS telah membahagikan negara2 di dunia kpda dua kem[11]. Kem yg pertama adalah, negara2 yg dianggap menyokong AS dlm kempen memerangi kegananasan antarabangsa. Manakala kem yg kedua negara2 yg dianggap tidak menyokong kempen memerangi keganasan antarabangsa dan mrka dianggap oleh Washington sbg menyokong kumpulan2 pengganas serta aktiviti keganasan mrka(Gershman 2002).

Peristiwa 11 September jg, memaparkan implikasi yg signifikan terhadap masyarakat dan negara2 Islam diseluruh dunia. Mrka telah dikaitkan, dgn imej keganasan melalui paparan media massa terutamanya dr negara2 Barat(Utusan Malaysia 2002). AS yg menjadikan kumpulan rangkaian antarabangsa Al-Qaeda sbg sasaran utama kempen memerangi keganasan antarabangsa telah memberikan tumpuan dan perhatian yg serius terhadap negara2 dan rantau yg mempunyai bilangan masyarakat Islam yg majoriti. Ini krna melalui maklumat agensi perisikannya iaitu CIA dan FBI,[12] AS mendapati kumpulan rangkaian antarabangsa Al-Qaeda beroperasi dan menjalankan kegiatan mrka scra selamat dan tersembunyi di negara2 yg mempunyai bilangan masyarakat Islam yg majoriti(Talcott 2002).

AS telah memberikan tumpuan kpda tiga kawasan rantau yg didiami oleh masyarakat Islam majoriti. Pertama adalah rantau Asia Barat @ Timur Tengah,[13]rantau ini mendapat perhatian yg paling penting dr pentadbir AS di Washington D.C slps tragedi 11 September(Gershman 2002). Ini disebabkan, AS mendapati anggota kumpulan2 pengganas yg terlibat tragedi 11 September, berasal dr rantau tersebut. Selain faktor tersebut, melalui maklumat agensi perisikannya AS telah lama mengetahui kewujudan dan kegiatan operasi kumpulan Al-Qaeda di rantau Asia Barat. Malahan anggota2 kumpulan militan Islam, di rantau ini turut bertanggungjawab menyebarkan ideologi perjuangan mrka ke negara2 majoriti masyarakat Islam yg ln di dunia(Ecker 2003).

Dipetik dari laman kakiblog.com untuk ingatan bersama
-------------------------------------------------------------------------------------
[2] Washington D.C(District of Columbia) adalah ibu negara dan pusat pemerintahan bg negara persekutuan AS. Nama Washington diambil sempena presiden AS yg pertama iaitu George Washington. Pentagon adalah nama rasmi bangunan kompleks jabatan pertahanan AS. Nama tersebut diambil memandangkan bentuk kompleks bangunan tersebut yg berbentuk lima segi @ pentagon.
[3] Serangan ini dipercayai dilakukan oleh 19 anggota kumpulan pengganas warganegara Arab Saudi dan Mesir yg beragama Islam. Serangan tersebut, dilakukan oleh pengganas dgn merampas empat buah kapal terbang penumpang milik syarikat American Airlines yg dirampas smsa dlm perjalanan dr Miami di negeri Florida menuju ke New York pd jam 8.45 pagi waktu bhgn timur AS tanggal 11 September 2001. Dua drpd empat kapal terbang, yg dirampas berjaya mensasarkan dua buah bangunan berkembar pusat dagangan dunia New York. Sebuah lg disasarkan kpda bangunan kompleks jabatan pertahanan Pentagon di Washington D.C. manakala pesawat kempat yg dirampas tidak menepati sasaran, dan telah terhempas di sebuah padang lapang di Somerset County dlm negeri Pennsylvania salah sebuah negeri dlm persekutuan AS. Dlm tragedi ini, dianggarkan seramai 5,000 orang dr pelbagai negara telah maut(Mitchell 2002).
[4] Dlm konteks artikel ini, penulis menggunakan singkatan AS untuk Amerika Syarikat dlm keseluruhan penulisan artikel yg bertujuan untuk memudahkan kerja2 penulisan.
[5] Peristiwa 11 September merujuk kpda insiden serangan kumpulan pengganas antarabangsa terhadap bangunan berkembar pusat dagangan dunia di New York dan Pentagon di Washington D.C pd 11 September 2001.
[6] Semenjak mencapai kemerdekaan drpd Britain pd tahun 1786, serangan ketenteraan yg pertama berlaku pd tahun 1814 apabila tentera British telah membakar Capitol Hill dan Rumah Putih. Semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun telah menyerang pangkalan tentera laut AS di Pearl Harbor pd 7 Disember 1941.
[7] Pd tahun 1994, pengganas telah meletupkan sebuah bangunan kerajaan persekutuan AS di Oklahama City dlm negeri Oklahoma. Peristiwa tersebut, telah menyebabkan kematian seramai 400 ratus orang. Pengganas yg mendalangi peristiwa tersebut adalah rakyat AS sendiri yg bernama Timothy McVeigh yg ditangkap serta dibicarakan dan telah dihukum mati setelah didapati bersalah. Pd tahun 1995, pengganas telah menyerang kem tentera AS di Dhahran Arab Saudi yg mengakibatkan seramai 19 orang anggota tentera AS terbunuh. Pd 7 hb Ogos 1998, bangunan kedutaan AS di Dar-Es-Salam di Tanzania dan Nairobi Kenya telah diletupkan secara serentak oleh kumpulan pengganas. Manakala pd 12 Oktober tahun 2000, kapal perang tentera laut AS iaitu USS Cole telah dipasang dgn bom yg diletupkan oleh kumpulan pengganas yg menyebabkan 17 anak kapal telah terbunuh. Empat drpd lima insiden keganasan tersebut dipercayai angkara rangkaian antarabangsa Al-Qaeda.
[8] Al-Qaeda adalah nama dlm bahasa Arab yg bermaksud Kem Latihan. Sejarah penubuhan pertubuhan Al-Qaeda boleh dikesan pd tahun2 lewat 1970an dan awal 1980an smsa berlaku konflik perang Afghan. Smsa peringkat awal penubuhannya, Al-Qaeda bukan sebuah pertubuhan yg bersifat melakukan aktiviti2 keganasan di seluruh dunia. Sebaliknya tujuan dan matlamat sebenar pertubuhan Al-Qaeda adalah berperanan untuk mengambil rekrut2 sukarelawan Islam dari negara2 Arab serta Asia Barat dan negara2 yg mempunyai bilangan masyarakat Islam majoriti melalui satu badan khusus yg digelar Biro Afghan. Rekrut2 sukarelawan Islam yg diambil akan dihantar untuk membantu pejuang mujahidin Afghan yg menentang pencerobohan dan pendudukan tentera komunis Kesatuan Soviet di Afghanistan. Sblum dihantar ke Afghanistan, rekrut2 sukarelawan Islam ini akan dilatih oleh Biro Afghan di kem2 latihan yg terletak di Asia Barat dan Pakistan. latihan yg diberikan kpda rekrut sukarelawan ini adalah berbentuk kaedah perang gerila dan taktik peperangan bukan konvensional. Tokoh2 individu yg bertanggungjawab mengasaskan pertubuhan Al-Qaeda adalah Ayman Al-Zawahri, Abdullah bin Azzam, dan Prince Turki bin Faisal bin Abdul Aziz. Osama bin Laden menyertai pertubuhan ini, pd tahun 1985 melalui Biro Afghan dan telah pergi ke Afghanistan untuk berjuang bersama pejuang2 Mujahidin Afghan. Sepanjang berlaku konflik Afghan, Osama bin Laden telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membiayai sebahagian besar bantuan kewangan kpda rekrut2 sukarelawan Islam di Afghanistan. Slps tamat Perang Afghan serta berakhir era Perang Dingin, Osama bin Laden telah dipilih untuk mengetuai pertubuhan Al-Qaeda. Dibawah kepimpinan beliau, Osama bin Laden telah mengubah tujuan dan matlamat penubuhan Al-Qaeda. Beliau telah menjadikan Al-Qaeda sbg sebuah pertubuhan untuk mencapai cita2nya. Osama bin Laden bercita2 untuk menghidupkan kembali sistem pemerintahan Islam yg bersumberkan hukum perundangan Islam iaitu Syariah di negara2 dan rantau yg mempunyai majoriti masyarakat Islam. Melalui pertubuhan Al-Qaeda yg dipimpinnya, Osama bin Laden ingin menyatukan semua negara2 yg majoriti beragama Islam menjadi satu entiti politik yg dikenali sbg sistem Khilafat yg pernah wujud semasa empayar Islam pd abad ke 12 dan 14. Beliau melihat, AS dan negara2 barat lain sbg penghalang utama terhadap cita2nya untuk tujuan tersebut. Untuk mencapai cita2nya, Al-Qaeda dibawah pimpinan Osama bin Laden mula melakukan tindakan aktiviti2 bercorak keganasan di seluruh dunia dgn menjadikan kepentingan dan institusi AS serta negara sekutunya sbg sasaran utama.
[9] Penganalisis politik antarabangsa cenderung untuk menghujahkan pandangan mereka bahawa polarity @ tumpuan pola kuasa politik dunia hubungan antarabangsa telah berubah drpd polariti kuasa Dwi-polar kepada Unipolar selepas tamat era Perang Dingin. Antara penganalisis politik antarabangsa yg berpandangan sedemikian adalah Charles Krauthammer. Dalam penulisan artikel yg bertajuk The Unipolar Moment dimuatkan dalam majalah Foreign Affair pada tahun 1991, Krauthammer menghujahkan bahawa selepas tamat era Perang Dingin pada tahun 1989 dgn keruntuhan tembok Berlin dan perpecahan empayar komunis Kesatuan Soviet tidak ada mana2 negara kuasa besar dunia mampu untuk menandingi dan mencabar kekuasaan AS dalam mempengaruhi dan menentukan halatuju politik antarabangsa. Pandangan Krauthammer ini bersandarkan kepada fakta semasa era Perang Dingin hanya Kesatuan Soviet yg mempunyai keupayaan dan kemampuan yg setanding dgn AS dari sudut ketenteraan, politik dan ekonomi. Kedua2kuasa besar tersebut msg2 bersaing untuk menandingi antara satu sama ln yg mewujudkan suasana polariti politik antarabangsa digelar sbg dunia Dwi-Polar. Selepas kejatuhan empayar komunis Kesatuan Soviet, tidak ada mana2 negara kuasa besar yg mampu untuk menyaingi AS dlm berbagai sudut.
[10] Sebelum berlaku tragedi peristiwa 11 September 2001, bangunan berkembar pusat dagangan dunia di NewYork pernah diserang oleh pengganas iaitu pada 29 Februari 1993 Serangan tersebut dilakukan melalui letupan bom di luar perkarangan bangunan tersebut. Walaubagaimanapun, insiden tersebut tidak mendatangkan kesan kemusnahan yang ketara sebagaimana peristiwa 11 September.
[11] Presiden AS George W. Bush, dalam satu ucapan di Rumah Putih pada bulan Oktober 200 telah menyatakan kepada masyarakat antarabangsa samada menyokong AS dan bersama2negara tersebut dlm kempen memerangi keganasan antarabangsa. Atau tidak menyokong AS dlm kempen memerangi keganasan antarabangsa dan dianggap menyokong aktiviti kumpulan2 pengganas antarabangsa.
[12] CIA adalah nama singkatan bagi “Central Intellegence Agency”atau Agensi Perisikan Pusat. Manakala FBI pula adalah singkatan bagi “Federal Bureau Investigation”atau Biro Penyisatan Persekutuan. Kedua2nya merupakan agensi khas perisikan AS yg ditubuhkan oleh kerajaan AS untuk menjaga hal ehwal keselamatan dan kepentingan AS.
[13] Dalam konteks artikel ini, penulis lebih gemar untuk menggunakan istilah Asia Barat walaupun para sarjana di negara2 Barat lebih cenderung untuk menggunakan istilah Timur Tengah. Ini kerana istilah Asia Barat adalah lebih tepat digunakan, jika diukur mengikut sudut geografi dari kedudukan rantau Asia Tenggara kerana ia terletak dibahagian paling Barat benua Asia.berikutnya:kesan terhadap negara Islam

No comments:

Post a Comment