Islamic Clock

Thursday, September 10, 2009

Mama Seorang Isteri, Ibu dan Pekerja

Wanita dan kerjaya seringkali dikaitkan dgn bebanan kerja. Sehingga ada di antaranya tidak terdaya lg untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sbg isteri dan ibu kepada anak2 di rumah. Banyaknya peranan yg perlu dimainkan oleh seorang wanita, hanya yg memahami shja yg boleh melaluinya dgn sabar dan tabah menepuhinya.

Dari pagi sehinggalah lewat petang, wanita sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Balik dari kerja sibuk plak dgn urusan rumahtangga dan anak2. Ini membuatkan sesetengah urusan yg wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah. Tapi bg mama, walau penat macam mana pun mama mesti lakukan demi suami tercinta dan anak2 tersayang. Bagi mama, mama tak suka ada pembantu rumah di rumah sbb mama rasa cam xbest jer rasa cam xder privacy di rumah sendiri.

Kalau boleh mama nak lakukan semua kerja rumah sendiri, tp apakan daya mama seorg mana mampu nak menguruskan semuanya lainla surirumah sepenuh masa. Mama perlukan bantuan dan sokongan dari suami tercinta untuk menguruskan rumahtangga. Mama tak nak anak2 dan suami merasakan diri mereka terabai gara2 kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak2. Soalnya, adakah wanita bekerjaya hari ini masih dihimpit masalah yg sama atau mengganggap pengurusan keluarga seharusnya dibahagikan sama rata dengan suami?

Sejauh mana bebanan kerja yg ditanggung, bg mama ianya bukanlah penghalang untuk seseorang wanita kerjaya terlepas drpd tanggungjawab menjaga keluarga dan anak2nya. Tambahan plak dalam keadaan ekonomi sekarang, tentulah susah bagi wanita untuk meninggalkan kerjaya bagi menjadi seorang ibu sepenuh masa. Bila mama bekerja sekurang2nya mama dapat membantu menambahkan pendapatan keluarga dan meringankan bebanan suami tercinta. Tapi papa pun kenalah membantu mama dalam menguruskan anak2 dan rumahtangga, maklumlaa mama pun bekerja sama cam papa jg lainla klau mama surirumah sepenuh masa...

Tapi setakat nie, alhamdulillah walau penat cam mn pun mama akan masak untuk suami dan anak2. Mama amat menitikberatkan hal pemakanan anak2, penat cam mana pun mama mesti masak terutamanya untuk putera mama yg masih kecil [masak bubur]. Ini kerana bg mama, walau sibuk mana sekalipun, tanggungjawab yg harus dipikul semestinya diberi keutamaan dan dilaksanakan dgn jaya demi untuk suami dan anak2. Sungguhpun hampir setiap hari bekerja mama pulang lewat, mama tetap berusaha untuk menyediakan dan menikmati makan malam bersama keluarga di rumah. Cara ini penting untuk merapatkan hubungan ahli keluarga selain saya dapat menunaikan tanggungjawab yg dituntut oleh keluarga.

Sebagai ibubapa kita mestilah menjadi model yg baik kepada anak2 sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi ini bg memastikan anak2 kita membesar tanpa pengaruh yg negatif. Dalam menguruskan, membesarkan dan mendidik anak2 ibubapa perlukan kesabaran dalam melayani kerenah anak2.

No comments:

Post a Comment