Dicatatkan untuk ingatan bersama, sbg pengetahuan am tentang perkembangan semasa negara kita mengenai Kapal selam Scorpene. Setelah belayar merentasi lautan sejauh 6,000 batu nautika dari Toulon, Perancis pada 11 Julai lalu, kapal selam pertama negara, Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman (TAR) melakar detik bersejarah apabila selamat tiba di jeti KD Sultan Abdul Aziz Shah di Pusat Hidrografi Nasional Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pulau Indah di sini pagi semalam [3sept2009]. KD TAR, salah satu kapal selam jenis Scorpene itu yg diketuai oleh Pegawai Memerintah, Komander Zulhelmey Ithnain bersama 32 krew kapal berjaya mengemudi kapal selam itu dengan merentasi lautan melalui pelabuhan Jeddah, Arab Saudi; Djibouti, Somalia dan Cochin, India dalam tempoh 54 hari sebelum tiba di pangkalan negara kira-kira pukul 9.20 pagi semalam.
Scorpene, kapal selam jenis tempur konvensional yang mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman antara 100 dan 200 meter itu dijadualkan beroperasi sepenuhnya di kawasan2 strategik pada 17 September ini. Jurumudi kapal, Bintara Kanan Mohd. Jefri Zainor, 40, berkata, beliau berasa amat bangga kerana menjadi salah seorang anak kapal pertama negara yg mengendalikan kapal selam Scorpene tersebut.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menegaskan aset terbaru pertahanan negara iaitu kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah bukti kesungguhan kerajaan memastikan kedaulatan negara terus selamat dan terjamin. Titah baginda, perolehan dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu turut memberikan manfaat dalam mewujudkan satu angkatan tentera negara yang lebih berwibawa dan disegani terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
‘‘Projek perolehan kapal selam TLDM ini adalah satu pelaburan dan komitmen terbesar yg dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan keupayaan tentera Malaysia dalam menentukan kedaulatan negara terjamin dan selamat daripada sebarang ancaman.
‘‘Selain itu, perolehan aset ketenteraan ini juga membolehkan TLDM khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi satu angkatan yang lebih berwibawa di rantau ini,” titah baginda.
Tuanku Mizan bertitah demikian ketika menyambut ketibaan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman termasuk 32 anak kapalnya kira2 pukul 8 pagi ini di Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Pulau Indah. Turut hadir Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir sama ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
KD Tunku Abdul Rahman diserahkan secara rasmi kepada kerajaan oleh syarikat kontraktornya, Armaris pada 25 Januari lalu dan pentauliahan kapal berkuasa diesel-elektrik itu ke dalam perkhidmatan TLDM disempurnakan pada 27 Januari oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Tuanku Mizan turut melahirkan rasa kagum terhadap anak kapal KD Tunku Abdul Rahman yang berjaya mengharungi latihan selama empat tahun bagi memahirkan diri dalam pengendalian serta taktik peperangan kapal selam. ‘‘Beta sedar kapal selam memerlukan warga kerja yang memiliki kecenderungan dan kemahiran yang tinggi bagi mengoperasi dan mengendalikannya. ‘‘Maka kejayaan ini juga hasil dedikasi, kerjasama dan komitmen yang cemerlang semua warga KD Tunku Abdul Rahman selaras dengan cogan kata TLDM iaitu Sedia Berkorban,” jelas baginda.
Tuanku Mizan turut mengingatkan TLDM supaya menjaga dan menggunakan sepenuhnya aset penting dan berteknologi tinggi seperti KD Tunku Abdul Rahman bagi memastikan kredibiliti angkatan laut itu sebagai pasukan yang menjaga perairan negara terus terpelihara.
Inilah barisan perintis anak kapal selam terbaru malaysia.....Setelah berlayar 54 hari melibatkan perjalanan sejauh 6,000 batu nautika, 32 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tersenyum puas selain berasa bangga kerana menjadi anak kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.
Semoga dgn adanya kapal selam ini, keadaan negara kita akan lebih terkawal dan terjamin. Insyaallah........
No comments:
Post a Comment