Islamic Clock

Friday, April 19, 2013

Rumah Mampu Milik Utk Penjawat Awam

Putrajaya: Sebanyak 10,336 unit rumah mampu milik dibina di sini menerusi projek Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) sebagai satu usaha terbaru kerajaan membantu penjawat awam memiliki rumah mampu milik yang berkualiti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, harga yang ditawarkan bagi skim perumahan itu sangat istimewa iaitu antara RM150,000 dan RM300,000 mengikut keluasan lantai minimum tidak kurang 1,000 hingga 1,500 kaki persegi. Menurutnya, penjawat awam yang berkhidmat dan bermastautin di Putrajaya dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000 sebulan akan diberi keutamaan untuk memiliki kediaman itu.

“Lebih istimewa mereka hanya perlu perlu membayar minimum RM2,000 (sebagai deposit), lepas itu tak payah bayar sehingga rumah siap maknanya bila rumah siap dan sudah masuk baru mula bayar. “Mana ada kerajaan lain macam ini. Kita bantu, mengisi harapan rakyat dan menepati janji...kita membawa harapan, yang benar-benar boleh membawa transformasi kepada negara, dan Insya Allah kalau rezeki bertambah, hasil negara bertambah, saya tak akan lupa jasa penjawat awam,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran PPA1M di sini, semalam.


Aishah Ghani Meninggal Dunia


Salam takziah dan AL-FATIHAH......AMIN........
Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneages Kuala Lumpur di sini pada 12.50 tengah hari Jumaat kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman.

Bekas Menteri Kebajikan Masyarakat Tenat

KUALA LUMPUR 18 April - Veteran UMNO yang juga Bekas Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Aishah Ghani, 90, hari ini dilaporkan dalam keadaan tenat dan tidak stabil selepas dimasukkan di sebuah hospital swasta sejak Sabtu lalu. Menurut salah seorang ahli keluarganya, Aishah telah beberapa kali keluar masuk hospital kerana mengalami masalah kesihatan akibat sakit tua dan dikatakan stabil sebelum keadaannya menjadi semakin tenat hari ini.

"Sejak dimasukkan semula ke hospital Sabtu lalu, keadaan beliau masih lagi stabil malah mampu untuk bercakap dan mengenali seluruh ahli keluarga serta kenalan yang datang melawat. "Namun, sejak pagi tadi keadaannya menjadi tidak stabil malah keupayaannya untuk bercakap sudah tiada. Bagaimanapun tiada sebarang tanda-tanda sakit luar biasa yang ditunjukkan beliau, hanya sakit biasa yang dialaminya kerana tua," katanya ketika di temui di sini hari ini.

Ahli keluarga Aishah kini hanya mampu berdoa yang terbaik buat beliau dan reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Mereka turut mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia khususnya yang mengenali beliau agar turut sama mendoakan kesihatan tokoh politik itu kembali pulih seperti sedia kala.

Aishah merupakan wanita pertama di Malaysia yang dilantik sebagai senator pada 1963 dan merupakan wakil wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Beliau juga pernah dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dari 1973 hingga 1984.

Azean Irdawaty Kritikal

Seniwati Azean Irdawaty kritikal, barah merebak

Seniwati Azean Irdawaty, 56, kini sedang berada dalam keadaan kritikal apabila doktor pakar mendapati barah tumornya sudah merebak ke kawasan vaskular tubuh beliau. Kawasan vaskular terkandung banyak urat-urat pengaliran darah. Ada kemungkinan, kehilangan darah yang banyak memerlukan darah tambahan. Antara risiko yang mungkin Azean hadapi ialah jantungnya boleh berhenti berdenyut. Seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh di mana Azean akan dibedah memaklumkan kepada keluarganya bahawa komplikasi-komplikasi lain memberikan risiko satu hingga lima peratus.

Azean sepatutnya dibedah semalam, Khamis 18 April 2013 tetapi terdapat insiden kemalangan maut mangsa lain yang lebih memerlukan pembedahan dengan segera. Untuk itu, pembedahan Azean telah dijadualkan semula pada Isnin, 22 April 2013. Berdasarkan pengemaskinian laman Facebook anak bongsunya, Inessa Irdayanty, pembedahan tersebut perlu dijalankan dengan teliti kerana tumor tersebut perlu dikeluarkan daripada selaput perlindungan otak ibunya.

Justeru, pembedahan ini nanti akan memakan masa yang panjang. Pihak hospital juga kini tidak membenarkan pelawat bermula Khamis hinggalah beliau dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pembedahan nanti. Inessa merayu orang ramai yang mengenali ibunya mendoakan agar pembedahan ibunya selamat tanpa komplikasi dan tenaga ibunya itu kembali pulih.

Wednesday, April 10, 2013

Hari Mengundi 5 MEI 2013

Pengumuman Tarikh PRU13:
- Penamaan Calon - 20 April 2013
- Hari Mengundi Awal - 30 April 2013
- Hari Mengundi - 5 Mei 2013

Wednesday, April 3, 2013

Proses Pilihan Raya

PRU-13: Proses pilihan raya sejurus Parlimen dibubar

BERIKUT proses yg akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan, sejurus Parlimen dibubarkan:

1. SPR mengumumkan tarikh pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari

2. SPR mengumumkan tarikh penamaan calon

3. SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi

4. SPR mengumumkan tempoh berkempen

5. SPR membawa kertas2 undi ke pusat pengiraan undi

6. SPR melakukan proses pengiraan undi

7. SPR mengumumkan keputusan pilihan raya

8. SPR mengumumkan pembentukan kerajaan negeri dan pusat berdasarkan jumlah kerusi yg dimenangi parti2 bertanding

Najib Umum Pembubaran Parlimen

3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen mulai hari ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.


Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya yg disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya, di sini hari ini. Perdana Menteri berkata, pembubaran Parlimen itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mua'zam Shah pagi ini.

Parlimen Dibubarkan 3 April 2013

3 April - Berikut ucapan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengumumkan pembubaran Parlimen, di Putrajaya hari ini. "Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Msia bahawa pada pagi ini telah mengadap Yang d-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen Ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu 3 April 2013. Sehubungan dengan itu, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini. Sehubungan dengan itu, saya menasihatkan kepada ketua2 kerajaan negeri yg berkenaan untuk mengadap ketua2 negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran DUN masing2 agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak di seluruh negara.

Rakyat Malaysia yang dikasihi.
Hari ini empat tahun lalu, pada tanggal 3 April 2009, saya telah mengangkat sumpah untuk memikul amanah serta tanggungjawab sbg PM negara Malaysia yg tercinta. Dalam tempoh tersebut saya bersama2 TPM, anggota jemaah menteri dan anggota pentadbiran yg lain telah pun dgn segala ikhtiar dan upaya, mencetuskan dan melaksanakan pembaharuan serta perubahan berpaksikan kepada falsafah 1 Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan serta dipandu oleh Dasar Transformasi Nasional. Dalam tempoh 4 tahun yg lepas, rakyat Malaysia telah dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana program, perancangan serta dasar transformasi nasional yg melibatkan program transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial telah dilaksanakan dan seterusnya membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan memakmurkan negara.

Kerajaan yg ada pada hari ini adalah kerajaan yg bertanggungjawab, kerajaan ini ialah yg meletakkan kepentingan tuan2 dan puan2 rakyat Malaysia di atas segala2nya. Kami merupakan kerajaan yg apabila berjanji, menepati janji, kami sebuah kerajaan yg apabila diberi amanah akan menjunjung dan melaksanakannya, bukan sikap kami menanam tebu di bibir. Semuanya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur drpd prestasi dan track rekod kami sepanjang 4 tahun yg lalu. Rakyat Malaysia yg dikasihi, pembubaran ini akan membuka laluan kepada bermulanya proses pilihan raya umum bagi kali yg ke-13 untuk negara semenjak tahun 1959. Iaitu apabila kita mula mengadakan pilihan raya umum yg pertama selepas merdeka. Malaysia adalah sebuah negara yg mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sbg asas pemerintahan. Kuasa mutlak untuk memilih kerajaan berada di tangan rakyat. Sejarah telah menunjukkan bahawa kebunggaran demokrasi telah berjaya menyediakan asas2 yg subur untuk kestabilan dan keamanan nasional yg telah dinikmati warga negara ini selama lebih 5 dekad.

Amalan demokrasi di Malaysia kekal dan berjaya kerana walaupun bersifat sengit dan amat berdaya saing namun pada akhirnya ia berjaya kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya. Saya ingin menyeru agar tradisi ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional. Semua parti politik yg memilih untuk terlibat dalam pilihan raya umum kali ini perlulah bertanggungjawab. Janganlah kerana tidak yakin dgn sokongan rakyat terhadap parti masing2 maka ada pihak yg cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yg bakal diadakan. Insaflah dan ambillah iktibar drpd apa yg berlaku di negara2 lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan dan akhirnya keputusan pilihan raya di negara2 tersebut tidak lagi diyakini dan mana2 kerajaan yg dipilih termasuk dari parti yg mengamalkan taktik2 tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita. Sejarah selama ini telah membuktikan bahawa di malaysia sejak merdeka lagi, proses pilihan raya yg diadakan bersifat berwibawa, adil dan telus.

Kerajaan yg telah dipilih hasil pilihan raya umum sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat Negeri ialah kerajaan yg mendapat sokongan serta keyakinan majoriti rakyat sesuai dgn amalan demokrasi. Amalan demokrasi sbg teras pemerintahan merupakan mekanisme terbaik yg pernah dicipta manusia. Hakikatnya perbezaan pendapat, idea dan pandangan bukannya penyebab malapetaka atau punca perpecahan. Malah jika ditangani dan diuruskan secara baik sejarah telah menunjukkan ia mampu mendatangkan rahmat, yg akan membahagiakan rakyat dan memajukan negara. Marilah kita sama2 sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang memberikan komitmen untuk memelihara keutuhan proses demokrasi dan menghormati keputusan yg akan dibaut oleh rakyat.

Marilah kita bersama2 berdoa agar pilihan raya ini akan berjalan dgn lancar aman, lancar dan selamat. Rakyat Malaysia yg dikasihi, saya inign beri jaminan bahawa kerajaan yg ada akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dgn prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang2 sehingga selesai proses pilihan raya. Saya juga ingin menyeru di samping memberi jaminan kpda semua rakyat Malaysia serta parti politik yg terlibat bahawa jika berlaku sebarang peralihan kuasa sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat negeri ia akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib. Inilah iltizam kita dalam menjunjung prinsip demokrasi. Inilah tekad kita dalam menggerakkan transformasi politik. Inilah komitmen kita dalam menghormati suara dan mendahulukan kepentingan rakyat. Kepada semua rakyat Malaysia terutama yg tinggal di pantai timur Sabah janganlah bimbang dan takut. Laksana dan tunaikanlah tanggungjawab tuan2 dan puan2 sebagai warganegara Malaysia. Pihak keselamatan negara akan menjalankan tugas mereka untuk memastikan persekitaran yg selamat untuk tuan2 dan puan2 sekalian.

Setiap undi tuan2 dan puan2 adalah penting. Jangan bazirkan ia. Jangan pertaruhkan masa depan anak2 dan negara Malaysia. Fikir dan renungkanlah dengan sebaik2nya sebelum membuat keputusan. Ini kerana undi saudara saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua. Dalam pilihan raya ini tuan2 dan puan2 bukan sahaja bertanggungjawab memilih wakil saudara dan saudari bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi juga memilih kerajaan yg akan mendokong aspirasi tuan2 dan puan2. Rakyat Malaysia yg dikasihi, saya berdiri di sini dgn penuh rasa tawaduk dan terhormat kerana diberi kepercayaan untuk memimpin tuan2 dan puan2 sekalian. Saya dan rakan2 amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yg telah diberikan oleh rakyat dan akan memberikan yg terbaik demi untuk Malaysia dan warganya. Di sini saya selaku ketua kerajaan Barisan (BN) ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia kepada kami kerajaan Barisan nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara semenjak lima tahun yg lepas.

Mulai hari ini saya dan rakan2 kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan turun dan bertemu dengan rakyat seluruh pelosok negara bagi meyakinkan rakyat Malaysia kenapa kami Barisana Nasional (BN) perlu diberi peluang kembali untuk membentuk kerajaan dengan majoriti yg kukuh. Kami akan menggunakan mandat kukuh yg diberi insya Allah untuk melipat gandakan lagi usaha bagi melakar masa depan yg lebih baik, yg lebih bermakna, yg lebih sejahtera untuk saudara dan saudari serta anak cucu kita semua. Ayuh, teruskan perjalanan kebangsaan untuk mencapai wawasan nasional ke arah Malaysia yg maju dan berpendapatan tinggi. Ingatlah pencapaiannya bukan secara automatik. Ia memerlukan kita melipatgandakan usaha dan meneruskan kesinambungan kejayaan yg wujud. Marilah kita bersama2 berganding bahu, berpimpin untuk menjadikan impian ini sebuah realiti. Malaysia yg maju, makmur dan selamat penuh dengan peluang serta sarat harapan bagi semua. Demi Malaysia usaha bakti kita curahkan, kepada Tuhan kita berserah.

Kasihnya Seorang Suami

Abil: 'Moga bertemu di syurga abadi.......'

"Pergilah Gee. Pergilah! Walau selepas ini abang tidak lagi dapat mendengar suara rengekmu, tidak lagi dapat menyapu air matamu, namun abang reda. "Pergilah! Abang yakin, di sana DIA menyediakan tempat lebih baik untukmu. Di sana, akan hilang segala sakit menyerang. Akan lenyap segala derita yang sayang tanggung selama ini." Dalam kesayuan, Abil Fikri Ahmad, 44, masih murah dengan senyuman. Namun, tangis di hatinya, hanya dia saja yang tahu. Pemergian isteri tercinta, Fauziah Muhamad, 39, kira-kira jam 9.50 pagi semalam, pasti menjerut tangkai hatinya.

Fauziah atau lebih mesra dipanggil Gee, menderita penyakit saraf sejak hampir dua tahun lalu. Bermula dengan serangan lelah, Gee kemudian menderita lumpuh. "Gee tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma sejak kebelakangan ini, keadaannya tenang berbanding biasa. Tidur malamnya sangat lena. "Malam tadi pun (kelmarin), saya meneman Gee hingga jam 2 pagi. Seperti biasa, saya duduk di sisinya. Melihat matanya, bibirnya segenap wajahnya. Saya tidak pernah rasa puas merenung Gee. Dan selepas ini, tidak lagi wajah itu untuk saya tatap..."

Suara Abil seolah tersekat. Dadanya sebak.
“Pagi tadi (semalam) selepas solat Subuh, saya curi masa untuk tidur sebelum bangun semula bagi dia minum susu. Ketika sedang bancuh susu di tepi katil, Gee tiba-tiba menarik nafas dengan kuat. Dua kali... "Dia pergi dengan tenang. Wajahnya juga sangat tenang dan bersih. Gee memang isteri yang baik," nada suara Abil semakin hiba. Memanglah berat mata kita melihat kesedihan ditanggung Abil. Namun, berat lagi hatinya menanggung kesedihan atas
kehilangan isteri tercinta.

"ALLAH pinjamkan Gee kepada saya hanya sementara ketika dia sihat dan sakit. Sekarang ALLAH ambil dia kembali. Walau sekasih mana pun saya pada Gee, ALLAH lebih menyayangi dia. Saya reda!" Menurut Abil, sejak hujung Januari lalu kesihatan isterinya tidak lagi menentu. Berat badannya semakin menyusut. Mulutnya pula tidak lagi dapat ditutup. Malah katanya, arwah tidak lagi menunjukkan sebarang tindak balas ketika diusik berbanding biasa. "Saya melihat perubahannya. Semakin hari semakin lemah. “Sebelum ini jika saya usik tapak kaki Gee, dia akan bertindak balas. Tapi sejak akhir2 ini tiada lagi. “Dia pun tidak lagi marah2 atau merengek. Apa yang saya nampak keadaannya sangat tenang dan dia akan buka mata setiap kali saya berada di dalam bilik,” katanya.

Selain itu katanya, sebelum ini, menerusi laman blognya, dia juga turut meminta rakan2 dan pembaca agar sama2 mendoakan keadaan kesihatan isterinya yang semakin tidak menentu. Namun ajal dan maut di tangan TUHAN. Isteri tersayang yang dijaga penuh perhatian akhirnya pergi buat selama-lamanya. “Ketika dia sihat saya pernah tanya adakah dia berpuas hati saya menjadi suaminya dan dia cakap dia bersyukur. “Tapi sekarang saya hanya dapat tanya diri sendiri, adakah saya telah menjaga isteri saya dengan baik ketika dia sakit dan menjalankan tanggungjawab dan ujian daripada ALLAH ini dengan sempurna,” katanya. Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, kata Abil, dia tiada perancangan khusus namun berhasrat menjadi pakar motivasi bagi berkongsi pengalaman tentang alam rumah tangga. Sementara itu, rumah Abil tidak putus2 dikunjungi orang ramai termasuk Raja Datin Seri Salbiah Nujumuddin dan pemimpin setempat.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Rasah dan selamat dikebumikan di Makam Haji Said, Sikamat kira-kira jam 4 petang. Abil mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi. Abil yang bekerja sebagai perunding kewangan kemudian mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa sebaik mungkin. Penderitaan dan ketabahan Abil menjaga isterinya mendapat perhatian umum yang bersimpati selain kagum dengan sikapnya. "Moga di sana nanti Gee lebih damai. Moga di sana nanti Gee lebih bahagia. Moga di sana ALLAH menempatkannya bersama para syuhada. Dan moga ALLAH mempertemukan Gee dan Abil di syurga abadi."

Tuesday, April 2, 2013

Tok Chik Meninggal

Pada awal pagi jumaat (29 Mac 2013) mama sekeluagra dikejutkan dengan berita kematian Tok Chik. Lebih kurang jam 2.30 pagi kami sekeluarga dikhabarkan Tok Chik meninggal dunia akibat terjatuh dari flet umahnya dari tingkap 8 terus ke bawah. Alhamdulillah kami sempat melawat jenazah beliau di Hospital HUKM sebeluam jenazah beliau dibawa pulang ke kamgpung halamannya di Perak untuk dikebumikan...

Salam takziah..........

Salam Takziah...AL-FATIHAH..amin

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un انا لله وانا اليه راجعون |

Terkejut jg mendengarnya, Mama baru mendapat berita sedih, Gee atau Fauziah baru saja menghembuskan nafas yg terakhir sebentar tadi. Mohon semua sedekahkan Al Fatihah untuk Gee. Semoga Allah swt merahmati dan menempatkan Gee di kalangan yg terbaik..Fauziah telah di serang asma pada Jun 2011 yg telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak, suaminya Abil Fikri Ahmad menjaganya dengan penuh kasih sayang dan sanggup bekorban apa saja demi isteri tercinta hingga nafas yg terakhir. Semoga Allah menempatkan Fauziah di tempat orang-orang yg beriman. AMin..

Mama mmg xpernah mengenali saudari/a Gee n Abil tapi mama selalu membaca n mengikuti kisah beliau di blog aje...
Bagi yg ingin mengetahui lebih lanjut tentang pengorbanan seorang suami(Abil) terhadap isterinya(Gee) boleh klik http://abil4fauziah.blogspot.com/

Semoga saudara Abil kuat n tabah menghadapinya....mama betul2 tabah n kagum dgn kecekalan n ketabahan saudara Abil dlm menjaga n menguruskan isterinya yg terlantar sakit....kalau suami lain mama tak tau la sanggupkah???.....susah nak cari seorang suami yg sekuat n setabah saudara Abil......AL-FATIHAH....amin...