Islamic Clock

Wednesday, January 30, 2013

Nafkah Anak

ANAK adalah anugerah Allah SWT kepada suami isteri dan penyeri sebuah rumah tangga. Sebagai ibu bapa, tentunya mempunyai tanggung jawab terhadap anak2 mereka. Anak mempunyai hak terhadap ibu bapanya. Hak anak bermula dengan nasab yg sah dan dari situ maka lahirlah hak-hak seperti; hak nafkah, pendidikan dan lain-lain. Nafkah anak adalah kewajipan bapa berasaskan surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud: ...Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menuntut yang sepatutnya… Ayat ini diperkuatkan oleh hadis Rasulullah SAW kepada Hindun, "Ambillah sekadar yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang maaruf."

Pada pandangan ulama jumhur, anak-anak yang berhak kepada nafkah adalah anak yang sah taraf, anak kepada anak (cucu) yang furu' ke bawah. Siapakah yang wajib membayar nafkah? Jika berasaskan surah al-Baqarah di atas, maka yang wajib nafkah ialah bapa sekiranya ia masih hidup dan mampu.

Menurut ulama Hanafi, jika bapa tidak mampu kerana fakir atau tidak sihat untuk bekerja, maka nafkah hendaklah ditanggung oleh datuk sebelah bapa atau ibu kepada anak-anak. Nafkah yang dibiayai oleh datuk kepada anak atau ibunya ketika bapa anak tidak mampu memberi nafkah kerana kesempitan wang, maka jumlah tersebut boleh dituntut semula. Dalam hal ibu anak dan datuk sebelah bapa ada bersama untuk membiayai nafkah anak ketika ketiadaan bapa, maka jumlahnya ialah 1/3 bagi ibu dan 2/3 bagi datuk.

Bagi ulama Maliki nafkah adalah kewajipan bapa sahaja.

Ulama Shafie berpandangan bahawa kewajipan nafkah adalah bapa dan jika dia tidak mampu, ia jatuh kepada ibu. Jika ada ibu anak, saudara lelaki dan datuk, maka bahagian nafkah adalah 1/3 seorang. Imam Shafie berpendapat datuk berkewajipan membiayai nafkah cucunya dalam ketiadaan bapa. Jumlah nafkah anak adalah mengikut kemampuan pemberi nafkah. Ulama Shafie juga berpandangan bahawa nafkah anak yang tidak berbayar adalah hutang jika diputuskan oleh mahkamah atau jika bapa dengan sengaja enggan membiayai nafkah.
Enakmen

Pada hari ini nafkah anak boleh dituntut melalui enakmen undang-undang keluarga Islam. Menurut seksyen 73, Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003:
(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.
(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.

Jika dilihat daripada peruntukan ini, bapa berkewajipan menanggung nafkah anaknya. Nafkah bermakna tempat tinggal, makan, minum, pakaian, perubatan dan pelajaran mengikut kemunasabahan dan kemampuannya. Jika diamati senario hari ini, ramai bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab ini. Contoh paling menarik ialah apa yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro bertarikh 28 Disember yang bertajuk, "Merempat Angkara Ayah". Dalam kes ini, pasangan mempunyai lapan orang anak dan seorang anak angkat. Apabila bercerai, suami mengambil dua orang anak dan meninggalkan tujuh anak yang lain kepada bekas isteri. Ibu dan tujuh anak itu tinggal di sebuah bilik dengan sewa RM350 sebulan dan anak-anak makan dua hari sekali.

Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah mereka hidup sebelum perceraian? Semasa bercerai, siapakah yang memutuskan setiap pembahagian anak-anak. Bagaimanakah seorang wanita yang sebelum ini ditanggung suaminya, menanggung tujuh orang anak jika dia sendiri tidak bekerja. Bantuan kebajikan sebanyak RM400 untuk lapan orang adalah sesuatu yang tidak munasabah kerana jika seorang dianggarkan berbelanja RM5 sehari (RM5 x 8>RM40 x30 hari>RM1,200). Apakah yang boleh kita beli untuk dimakan dengan RM5 pada 2013 ini?
Hari ini jika pasangan suami isteri mempunyai lapan orang anak dan hanya suami yang bekerja dengan pendapatan RM1,500 sebulan, maka ia masih tidak mencukupi kecuali isteri berniaga atau menjual makanan atau mengasuh anak orang atau menjahit pakaian. Zaman telah berbeza, dahulu, ibu bapa boleh membesarkan 10 anak dengan hanya bekerja kampung dan menanam padi atau menoreh getah. Ini kerana mereka masih boleh bercucuk tanam, merebus ubi sebagai ganti beras dan ke sungai menangkap ikan. Hakikatnya, suasana kampung sebegini juga sudah sukar ditemui. Realiti hari ini, jika isi rumah berpendapatan kurang RM1,500 sebulan dan mempunyai tiga anak dan duduk di Kuala Lumpur, kehidupan bukan sahaja tidak mewah malah ia umpama kais pagi makan pagi.

19 Tips Cinta Suami Isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing2.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang2nya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata2 sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana2, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

♥ Bagi yang ingin mendapatkan petua atau tips Suami Isteri kekeluargaaan dan anak-anak, anda boleh klik LIKE ( Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim ) Syukran ♥

Maulid Nabi Adalah Hari Kegembiraan

TELAH banyak perbicaraan mengenai hukum menyambut Maulid Nabi. Akan tetapi tatkala ramai di kalangan umat Islam yg ingin mengetahui secara khusus mengenai dalil keharusannya, maka eloklah dipaparkan di sini beberapa sandaran yg elok untuk kita jadikan pegangan. Sesungguhnya berhimpun bagi mendengar sirah baginda, syair puji2an yg menyatakan tentang diri baginda, mengadakan jamuan makan adalah satu cara untuk memasukkan perasaan gembira ke dalam hati umat Islam.
Tambahan pula, apabila ia diraikan pada bulan kelahiran Rasulullah SAW, suasananya lebih kuat untuk mengajak umat Islam berhimpun dan gejolak perasaan mereka melimpah-ruah untuk meraikannya disebabkan ikatan waktu yang bertepatan antara satu sama lain.

Perhimpunan itu adalah satu wasilah yg besar bagi usaha dakwah kepada Allah yg juga merupakan peluang keemasan yg tidak harus dilepaskan. Bahkan wajib ke atas para pendakwah dan ulama mengingatkan umat tentang segala akhlak, adab dan ibadat Nabi SAW, memberi nasihat dan menunjukkan mereka ke arah kebaikan dan kejayaan serta memberi amaran kepada mereka mengenai bidaah, kejahatan dan fitnah.

Dalil keharusan
Terdapat beberapa dalil mengenai keharusan menyambut Maulid Nabi SAW.
Yang pertama sesungguhnya sambutan Maulid Nabi adalah cara bagi melahirkan rasa gembira dengan kelahiran Rasulullah SAW. Diriwayatkan dalam Sahih al Bukhari bahawa telah diringankan azab Abu Lahab pada setiap hari Isnin disebabkan dia telah membebaskan hamba perempuannya Thuwaibah yang mengkhabarkan tentang kelahiran Muhammad SAW.
Berkaitan ini, al Hafiz Ibnu Nasiruddin al Dimasyqi telah menyatakan di dalam syairnya yang bermaksud: "Jikalaulah si kafir yang telah didatangkan cercaan ke atasnya di dalam surah al Masad dan dia kekal di dalam neraka Jahim. Sesungguhnya diberikan minuman pada tiap-tiap hari Isnin bagi meringankan azabnya kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad. Maka apakah pula sangkaanmu terhadap seorang hamba yang seumur hidupnya bergembira dengan Ahmad, melainkan dia mati dalam keadaan mentauhidkan Allah."

Yang kedua sesungguhnya baginda mengagungkan hari kelahirannya, bersyukur kepada Allah SWT atas curahan nikmat yg sangat besar ke atasnya, melimpahkan kemurahan-Nya dengan kelahiran ini yg memberikan kebahagiaan bagi setiap yg wujud. Abi Qatadah berkata, Rasulullah SAW ditanya mengenai puasanya pada hari Isnin. Maka Baginda SAW bersabda: "Pada hari Isnin saya dilahirkan dan padanya juga diturunkan ke atas saya al-Quran." Ini adalah makna sambutan Maulid Nabi. Walaupun gambarannya berbeza akan tetapi maknanya tetap wujud, sama ada meraikannya dengan berpuasa atau menjamu makanan atau perhimpunan zikir atau mengucapkan selawat ke atas Nabi SAW atau mendengar hadis-hadis kesempurnaan baginda yang mulia.

Yang ketiga sesungguhnya bergembira dengan baginda adalah dituntut berdasarkan perintah al Quran daripada firman Allah: Katakanlah (wahai Nabi) dengan kelebihan dan rahmat-Nya, maka dengan yang demikian itu mereka bergembira. (Yunus: 58). Maka Allah memerintahkan kita agar bergembira dengan rahmat dan Nabi SAW adalah sebesar-besar rahmat. (rujuk al-Anbiya': 107) Bergembira dengan baginda adalah dituntut pada setiap waktu, pada setiap nikmat serta kelebihan yang diperoleh. Akan tetapi ia lebih dirasai pada setiap hari Isnin dan setiap Rabiulawal disebabkan bertepatan dengan tarikh peristiwa.

Fakta keempat, sesungguhnya Nabi SAW mengaitkan ikatan zaman dengan peristiwa-peristiwa agung dalam agama yang telah berlalu dan berlaku. Apabila tiba waktu yang bertepatan dengan peristiwa tersebut maka menjadi satu peluang untuk mengenangnya dan mengagungkan hari tersebut. Nabi SAW telah mengasaskan sendiri kaedah ini sebagaimana dijelaskan di dalam hadis sahih. Tatkala baginda sampai ke Madinah dan melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura lalu dikatakan kepadanya:, "Sesungguhnya mereka berpuasa kerana Allah telah menyelamatkan Nabi mereka dan menenggelamkan musuh mereka. Mereka berpuasa kerana bersyukur kepada Allah atas nikmat ini. Maka Baginda SAW bersabda, Kami lebih utama meraikan kejayaan Musa daripada kalian. Baginda SAW berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa."

Yang kelima, sesungguhnya Maulid Nabi menyeru manusia mengucapkan salawat dan salam yang kedua-duanya adalah dituntut. (rujuk al-Ahzab: 56) Apa jua yang menyeru kepada sesuatu yang dituntut di sisi syarak, maka turut dituntut di sisi syarak. Berapa banyak faedah-faedah Nabawi yang terdapat dalam selawat dan kelebihan-kelebihan yang tidak mampu dicoret oleh pena atau digambarkan dengan lisan.

Keenam, sesungguhnya Maulid Nabi meliputi peringatan terhadap kisah kelahirannya, mukjizat, sirah dan pengenalan mengenai baginda. Tidakkah kita diperintahkan untuk mengenali dan dituntut untuk mengambil petunjuk serta berpegang dengan amalannya, beriman dan membenarkan mukjizat-mukjizat baginda Kitab-kitab maulid memaparkan secara lengkap mengenai makna ini.

Tuesday, January 29, 2013

Perjumpaan Staf

Hari ini perjumpaan staf 2013 diadakan bertempat di Bilik Seminar Al-Khawarizmi....

Wednesday, January 16, 2013

Angkut Air

Dah lama rasanya tak mengangkut air...sejak dari malam semalam (Isnin,14 Januari 2013) kat area Bangi xder air.....masa ambik anak2 kat nursery petang semalam cikgunya bgtau kalau still xder air jgak nursery terpaksa di tutup.....mama faham cam mana cikgu2nya nak uruskan budak2 klau xder air tu masalah besar bg mereka...tapi smpai bila masalah air kat selangor nie nak selesai...........

Mama susah hati cam mn nak uruskan anak2 n cam mn nak g keje klau nursery tutup, malam td air adala sekejap.....smpat jgakla smpan air n basuh baju 1 trip....so pagi ni air nya dah makin kecil, so hari ini klau nak anta jg anak2 ke nursery setiap family mesti bekalkan air utk anak msg2...so mama n papa terpaksala balik umah angkat tong air utk kegunaan anak2 kat nursery hari ini...harap2 masalah air ni boleh selesai secepat mungkin. Yg kesiannya anak2 yg bersekolah pun terpaksa bawa air sendiri utk kegunaan semasa di sekolah.

Tuesday, January 15, 2013

Maut Tersepit

seorang lelaki maut tersepit setelah kereta dipandu terbabas dan melanggar besi pengadang jalan di Kilometer 436 Lebuh Raya Utara-Selatan, awal pagi semalam. Kejadian kira2 jam 2 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke arah Ipoh.

Siasatan mendapati Perodua Myvi dipandu mangsa, Haidir Abdul Samat, 27, hilang kawalan sebelum melanggar pengadang kiri jalan. Pelanggaran itu menyebabkan mangsa berasal dari Felda Jengka 22, Pahang, tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian. Menurutnya, ketika kejadian cuaca baik namun kawasan kemalangan gelap. Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu bersendirian maut akibat parah pada kepala dan badan. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan jenazah telah dituntut ahli keluarga.

Siti Berhijab Penuh

Manis bertudung litup sejak menyambut ulang tahun kelahirannya yg ke-34 pada 11 Januari lalu, penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin mengesahkan bahawa keputusannya untuk berimej sopan dgn berhijab penuh itu dilakukan dgn kerelaan hatinya sendiri. Malah, Siti Nurhaliza berkata sudah tiba masanya dia menunaikan kata2 serta janjinya selama ini yg mahu berhijab penuh sebaik sahaja pulang drpd menunaikan Haji di Kota Suci Mekah tidak lama dulu.

Inilah doa drpd orang ramai dan peminat. Saya pernah kata dulu yg saya akan berhijab penuh, dan kini saya tunaikan jua. Alhamdulilah pada hari jadi saya yg ke 34 yg kebetulan jatuh pada hari Jumaat saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh.

Crepe Durian

Ini lah hasilnya......
Akhirnya berjaya juga mama membuat crepe durian permintaan Kak Iqa....seronok Kak Iqa dapat makan crepe durian banyak2...kalau beli xpuas makan katanya sikit sangat....
Alhamdulillah rezeki, Abg Long bawa buah durian dari kampung wifenya...so Kak Iqa ape lg terus suruh buat crepe durian......petang tu jgak sibuk ajak gi beli barang2 nak buat crepe durian....so inilah hasil usaha malam tadi...seronok plak buat crepe durian ni, senang je rupanya, nnti weekend ni bleh buat lg.....Insyaallah


Thursday, January 10, 2013

Adik Iesya at 2 Tahun 5 Bulan

Hari ini telah genap 2 tahun 5 bulan usia Adik Iesya. Alhamdulillah Adik Iesya sihat hendaknya dan makin petah berceloteh.....dan Adik Iesya jg masih lg menyusu sampai skrg....ada x cara2 cam mn nak hentikan nyusu nie...mama dah xtau nak try cam mn lg...

Dah pelbagai usaha mama cuba nak hentikan nyusu, tp Adik Iesya ni susah sangat nak bandingkan ngan kakak n abangnya dulu.....mama dah cuba macam2 tapi masih lum berjaya, mama dah try letak bunga cengkih yg ditumbuk hancur pun xberjaya, Adik Iesya kata : mama nape nenen nie pedas mama....Adik xmakan cili pun nape pedas nenen nie???dok ckap pedas2 pun tetap isap jg....mama xberjaya jg....

lagi skli mama cuba plak tumbuk lada hitam n sapu.....hisap2....mama nape nenen adik nie pedas???mama kata dah pedas xyahla hisap lg nnti terbakar mulut tuu...alahhh cian adik iesya jawabnya...lepas pedas2 tu xisapla kejap...pastu dtg plak...mama adik nak nenen, nenek kan pedas xyahla hisap, alah nak nenenla mama...aik napela nenen adik ni pedas mama adik xmakan cili pun pedas jgak.... skli ingt ciannya adik mama nie....

Tapi bila fikir2 sampai bila la Adik Iesya nie nak nyusu...umur dah nak masuk 2 tahun setengah....ada ape2 pandangan atau cara yg boleh kita syer@kongsikan bersama.........

Adab Masuk Rumah Baru

ADAB-ADAB MASUK RUMAH BARU....

Antara adab-adab bagi memasuki rumah baru anda adalaah seperti berikut:

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Jika tiada orang lelaki maka orang perempuan juga boleh azan. Ia juga baik bagi bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yg dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yg baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yg bertentangan di sisi Islam.

Bagaimana pun ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikuti panduan berikut:

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam (pusingan seperti tawaf di Ka'abah).

RUMAH @ Rahsia Perkahwinan

Monday, January 7, 2013

10 Petua Menjadi Suami Mithali

1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yg penuh dgn perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dgn setiap perkara yg mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dgn apa yg berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar drpd masalah yg mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar2 pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sbg 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dgn mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak2. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sbg diri sendiri yg harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih2 lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yg sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dgn pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi drpd orang yg disayangi. Jika suami seorang yg prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yg amat menghargai pengorbanan isteri?

7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yg berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yg sedang menikmati makanan yg anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yg mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yg taat dgn suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dgn sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dgn kerja rumah yg mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan drpd isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yg dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan2 dan berehat di tempat peranginan yg menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

Dipetik dari : Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

Friday, January 4, 2013

Nikmat Kehidupan

Setiap insan impikan sebuah kehidupan yg bahagia, aman dan damai, mampukah aku kecapi semua ini.............lumrah kehidupan ada pasang dan surutnya, setiap manusia pasti akan berubah.... aku rindukan kehidupan masa laluku yg sentiasa aman dan bahagia senantiasa.... namun tak mungkin kita berpatah ke belakang HIDUP perlu diteruskan...

Hari ini genap setahun sebulan pemergian arwah adikku.....AL-FATIHAH... moga arwah adik ditempatkan di kalangan golongan orang2 yg soleh...AMIN...

Dulu masa arwah ada, arwahla tempat ku meminta bantuan dan apa2 hal/perkara yg tak mampu kulakukan.... namun skrg semuanya hanya tinggal kenangan yg takkan mungkin aku lupakan sampai bila2 pun...ianya akan terus terpahat dijiwa dan sanubari ku selamyanya....... setiap kali ku terpandang pelajar2 pergi kuliah setiap kali itula membuatkan aku terkenangkan arwah adik semasa arwah belajar di UPM dulu.... sepatutnya tahun ini (2013) adalah tahun akhir arwah menamatkan pengajiannya namun itu semua dah jadi memori kami sekeluarga.....semuanya dah jadi kenangan buat kami sekeluarga......

Wednesday, January 2, 2013

Kembali Ke Sekolah 2013

Setiap orang pasti ada kenangan manis akan keterujaan hari pertama di sekolah, kebimbangan untuk memperoleh kenalan2 baru serta berjumpa dengan guru baru. Kira2 jutaan pelajar akan kembali ke sekolah untuk meneruskan cita2 serta mencari ilmu demi mencapai masa hadapan yg cerah.

Selamat maju jaya di ucapkan kepada semua, tatkala kita berganding bahu dgn para guru dan pendidik seluruhnya dlm menyokong pembangunan anak2 malaysia ini mendapat pendidikan yg sewajarnya......Pendidikan adalah KUNCI bagi pembangunan negara dgn aman dan harmoni.

Tuesday, January 1, 2013

Hapy New Year 2013

Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013........