Islamic Clock

Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010

Selamat Tahun BAHARU 2010
Happy New Year 2010

Tup tup tup, tiba-tiba je dah nak masuk tahun baharu. Kejap jer masa berlalu sekarang nie. Sedar tak sedar esok dah masuk 01/01/2010....Cepat sangat masa berlalu dan lagi cepat la umur kita meningkat....

Semoga tahun baharu 2010 memberi kita ilham, kekuatan, ketabahan, ketekunan, semangat baru yg lebih baik dari tahun2 sebelumnya..insyaallah.......

Semoga mama tabah dan sabar dalam mengharungi liku2 hidup yg penuh dengan cabaran dan dugaan ini....insyaallah..AMIN....

Tuesday, December 29, 2009

Semalam Birthday Putera Mama

Semalam putera mama menyambut birthday yg pertama [28 Disember]... mama doakan semoga putera mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan sama ada di dunia dan di akhirat amin.....insyaallah.. Nanti mama uploadkan gambo sambutan birthday bila ada kelapangan semalam xsempat nak upload gambor.

Mama harapka agar putera puteri mama berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi..insyaallah.

Sempena New Year 2010 puteri mama dah mula sekolah. Mama harap puteri mama belajarla bersungguh2 and selamat Maju Jaya..........

p/s: Bersabarlah dalam menghadapi karenah anak2 yg pelbagai ragam...sesungguhnya semua itu adalah dugaan dan amanah Allah S.W.T. kepada kedua ibu bapa [mama & papa]

Tuesday, December 22, 2009

Semalam Birthday Puteri Mama

Sedar tak sedar sekejap jer masa berlalu....semalam puteri mama menyambut birthdaynya yg ke 4 [21 Disember]...So sempena Birthday, Mama dan Papa bawa putera puteri mama jalan2 di Zoo Taiping, Perak. putera puteri mama seronok sangat, putera mama lagila exited first time g melawat Zoo...semua binatang yg dia nampak dia tegurnya.... geli hati tengok gelagat putera puteri mama...

Nanti mama uploadkan gambar next time, malam td tak sempat laa....

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah

Tahun baru islam tahun ni jatuh pada tanggal 18 Disember 2009 yaitu 1 Muharram 1431 Hijiriyah bersamaan khamis malam jumaat, dan biasanya kita dalam akhir dan awal tahun selalu berdoa, dan doanya sebagai berikut :

DOA AKHIR TAHUN
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Siapa saja yang membaca doa ini, maka syaitan berkata : “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah binasakan aku satu saat ini juga. Dengan sebab membaca doa ini, Allah akan ampunkan dosanya setahun”


DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selesai maghrib pada malam satu Muharram. Barang siapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :-“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini karena Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Jumaat ini, kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah. So mama kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang esok (Khamis, 17 Dec 2009). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Wednesday, December 16, 2009

Ekzema

Keadaan Khusus >> Kulit >> Ekzema

Ekzema
Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).

Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema?

* Keturunan.
* Alahan
* Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
* Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
o Infeksi virus.
o Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
o Lain lain jangkitan.
* Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan

Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?


Ekzema kelihatan seperti :

* Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
* Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
* Bengkak kecil yang berair.

Contoh ekzema.



Atopic ekzema pada muka kanak-kanak.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

* Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
* Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
* Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
* Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?

* Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
* Elakkan mandi air panas/suam.
* Elakkan memakai baju berlapis-lapis
* Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
* Elakkan dari fabrik yang kasar.
* Jangan gunakan sabun apabila mandi.
* Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
* Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Ruam

Keadaan Khusus >> Kulit >> Ruam

Ruam
Pengenalan

Ruam merupakan masalah biasa di kalangan kanak-kanak. Ruam boleh terjadi dalam pelbagai situasi. Sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius, tetapi kebanyakannya adalah tidak merbahaya. Ada sebahagian daripadanya adalah serius dan memerlukan rawatan perubatan. Sebahagian ruam terjadi dan sembuh dengan cepat, manakala sebahagian daripadanya mengambil masa yang lama. Ada juga ruam yang terjadi sembuh dengan cepat dan ada juga yang ambil masa beberapa hari untuk sembuh.

Apakah jenis ruam yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak?

Terdapat berbagai jenis ruam termasuklah:

* Ruam panas
* Ekzema (inflamasi kulit secara superficial)
* Kaligata (Urticaria)
* Ruam alahan
* Kontak dermatitis
* Jangkitan kulat seperti panau dan kurap
* Jangkitan seperti demam disebabkan virus, campak, rubella, virus yang tidak khusus dan demam denggi
* Ruam lampin
* Sengatan dan gigitan

Apakah tanda dan gejala?


Ruam ini biasanya berwarna merah, kering, bersisik dan gatal. Ruam yang serius boleh menyebabkan pembengkakan dan kemerahan.

Bagaimanakah ruam boleh dirawat?


* Kebanyakan ruam sembuh secara spontan tanpa perlu dirawat
* Rawatan bergantung kepada jenis ruam kulit . Kebanyakan ruam yang disebabkan oleh virus akan hilang secara spontan.
* Rawatan diberi bertujuan untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak.
* Dengan berjumpa doktor dapat mengenalpasti jenis ruam dan rawatan khusus boleh diberi.
* Pakai pakaian yang sesuai dan mandikan bayi lebih kerap.


Tips Bagi Menghentikan Rasa Gatal

* Mengambil ubat ‘antihistamine’ seperti yang diberi oleh doktor
* Hindari keadaan panas dan lembab
* Mandi dengan air sejuk dan jangan menggunakan sabun tetapi gunakan pelembab atau krim berminyak sebagai ganti
* Gunakan pakaian yang sejuk dan kering di tempat yang gatal
* Sapukan losen ‘calamine’ pada ruam

Bagaimanakah ruam boleh dicegah?

* Bagi mereka yang alahan kulit, cuba hindari daripada bahan-bahan yang menyebabkan alahan.
* Bagi ekzema, elakkan guna sabun kerana akan menyebabkan kering kulit. Gunakan pelembab atau bahan berminyak
* Jangan gunakan pakaian tebal bagi bayi
* Jika ruam disebabkan oleh alahan makanan, cuba elakkan makanan yang menyebabkan alahan.

Anak2 Adalah Anugerah Allah SWT


Asas kesihatan, pendidikan dan asuhan kanak-kanak bermula daripada ibu bapa
yang berpengetahuan. Mulakan dunia anak-anak anda dengan kehidupan yang aktif dan sihat!

Demam Campak

Keadaan Khusus >> Jangkitan Khusus >> Demam Campak

Demam Campak
Apa itu demam campak?

Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

* Demam tinggi
* Batuk, selsema dan sakit tekak
* Mata berair dan sensitif kepada cahaya
* Sakit otot

Chickenpox

Ruam demam campak

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.

Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

* Jangkitan pada telinga
* Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
* Jangkitan pada otak (encephalitis)
* Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.

Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :

* Panadol untuk mengurangkan demam
* Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
* Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.

Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi.

Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

Demam Denggi

Keadaan khusus >> Jangkitan khusus >> Demam denggi

Demam denggi
Pengenalan

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4)

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda-tanda dan gejala

* Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.

* Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, , sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.

* Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".

* Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.

* Muntah dan kurang selera makan.


Pemastian Diagnosa Penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk.

Rawatan

* Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi

* Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan

* Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun


Demam Denggi Berdarah

Merupakan Demam Denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Faktor Penyumbang

Intravena:

* Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak

* Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru

* Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat

Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

* Gunakan ubat nyamuk

* Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ?repellent? jika perlu Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi ? 8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam)

* Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang bila keluar rumah

* Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

* Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besin, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut

* Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan


Untuk Maklumat lanjut

* Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik

* Pejabat Kesihatan berhampiran

* Klinik Kesihatan berhampiran

* Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888


Rujukan

1. Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever Fact Sheet , Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.

2. Dengue Fever , Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.

3. Dengue, DHPE Publications.

4. Dengue fever, Wisconsin Department of Health and Family Services.

5. Disease fact sheet : Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization.

6. Dengue Fever/Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization

7. Clinical Diagnosis and Assessment of Severity of Confirmed dengue Infection in Vietnamese Children : Is the WHO classification system helpful ? Cao Xuan Thank Phuong et al., Am. J. Trop. Med. Hyg., 70(2),2004,pp 172-179.

8. Dengue Fever, U.S. Army Center for Health Promotion and Preventive Medicine, Maryland.

Jangkitan Kuman Di Paru2

Keadaan Penyakit Khusus >> Paru-paru >>Jangkitan Kuman Di Paru-paru

Jangkitan Kuman Di Paru-paru
Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :

* Demam panas
* Batuk dengan atau tanpa kahak
* Sakit dada
* Tiada selera makan, tidak mahu makan
* Rasa tidak sihat, sering merengek
* Pernafasan laju atau susah bernafas
* Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

* Pernafasan laju
* Sukar untuk bernafas
* Bibir menjadi biru
* Batuk berdarah
* Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

* Paracetamol
* Rehat yang secukupnya
* Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.

Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

* Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
* Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
* Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)


Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.

Pneumonia

Pneumonia (radang paru)

DEFINISI
Pneumonia adalah peradangan paru yang disebabkan oleh infeksi bakteri, virus maupun jamur.

PENYEBAB
Penyebab pneumonia adalah:

1. Bakteri (paling sering menyebabkan pneumonia pada dewasa):
- Streptococcus pneumoniae
- Staphylococcus aureus
- Legionella
- Hemophilus influenzae
2. Virus: virus influenza, chicken-pox (cacar air)
3. Organisme mirip bakteri: Mycoplasma pneumoniae (terutama pada anak-anak dan dewasa muda)
4. Jamur tertentu.

Adapun cara mikroorganisme itu sampai ke paru-paru bisa melalui:
- Inhalasi (penghirupan) mikroorganisme dari udara yang tercemar
- Aliran darah, dari infeksi di organ tubuh yang lain
- Migrasi (perpindahan) organisme langsung dari infeksi di dekat paru-paru.

Beberapa orang yang rentan (mudah terkena) pneumonia adalah:

1. Peminum alkohol
2. Perokok
3. Penderita diabetes
4. Penderita gagal jantung
5. Penderita penyakit paru obstruktif menahun
6. Gangguan sistem kekebalan karena obat tertentu (penderita kanker, penerima organ cangkokan)
7. Gangguan sistem kekebalan karena penyakit (penderita AIDS).

Pneumonia juga bisa terjadi setelah pembedahan (terutama pembedahan perut) atau cedera (terutama cedera dada), sebagai akibat dari dangkalnya pernafasan, gangguan terhadap kemampuan batuk dan lendir yang tertahan.
Yang sering menjadi penyebabnya adalah Staphylococcus aureus, pneumokokus, Hemophilus influenzae atau kombinasi ketiganya.

Pneumonia pada orang dewasa paling sering disebabkan oleh bakteri, yang tersering yaitu bakteri Streptococcus pneumoniae (pneumococcus).
Pneumonia pada anak-anak paling sering disebabkan oleh virus pernafasan, dan puncaknya terjadi pada umur 2-3 tahun. Pada usia sekolah, pneumonia paling sering disebabkan oleh bakteri Mycoplasma pneumoniae.

Pneumonia dikelompokkan berdasarkan sejumlah sistem yang berlainan. Salah satu diantaranya adalah berdasarkan cara diperolehnya, dibagi menjadi 2 kelompok, yaitu "community-acquired" (diperoleh diluar institusi kesehatan) dan "hospital-acquired" (diperoleh di rumah sakit atau sarana kesehatan lainnya).
Pneumonia yang didapat diluar institusi kesehatan paling sering disebabkan oleh Streptococcus pneumoniae.
Pneumonia yang didapat di rumah sakit cenderung bersifat lebih serius karena pada saat menjalani perawatan di rumah sakit, sistem pertahanan tubuh penderita untuk melawan infeksi seringkali terganggu. Selain itu, kemungkinannya terjadinya infeksi oleh bakteri yang resisten terhadap antibiotik adalah lebih besar.

GEJALA
Gejala-gejala yang biasa ditemukan adalah:
- batuk berdahak (dahaknya seperti lendir, kehijauan atau seperti nanah)
- nyeri dada (bisa tajam atau tumpul dan bertambah hebat jika penderita menarik nafas dalam atau terbatuk)
- menggigil
- demam
- mudah merasa lelah
- sesak nafas
- sakit kepala
- nafsu makan berkurang
- mual dan muntah
- merasa tidak enak badan
- kekakuan sendi
- kekakuan otot.

Gejala lainnya yang mungkin ditemukan:
- kulit lembab
- batuk darah
- pernafasan yang cepat
- cemas, stres, tegang
- nyeri perut.

DIAGNOSA
Pada pemeriksaan dada dengan menggunakan stetoskop, akan terdengar suara ronki.
# Pemeriksaan penunjang: Rontgen dada
# Pembiakan dahak
# Hitung jenis darah
# Gas darah arteri.

PENGOBATAN

Kepada penderita yang penyakitnya tidak terlalu berat, bisa diberikan antibiotik per-oral (lewat mulut) dan tetap tinggal di rumah.

Penderita yang lebih tua dan penderita dengan sesak nafas atau dengan penyakit jantung atau paru-paru lainnya, harus dirawat dan antibiotik diberikan melalui infus. Mungkin perlu diberikan oksigen tambahan, cairan intravena dan alat bantu nafas mekanik.

Kebanyakan penderita akan memberikan respon terhadap pengobatan dan keadaannya membaik dalam waktu 2 minggu.

PENCEGAHAN
Untuk orang-orang yang rentan terhadap pneumonia, latihan bernafas dalam dan terapi untuk membuang dahak, bisa membantu mencegah terjadinya pneumonia.

# Vaksinasi bisa membantu mencegah beberapa jenis pneumonia pada anak-anak dan orang dewasa yang beresiko tinggi: Vaksin pneumokokus (untuk mencegah pneumonia karena Streptococcus pneumoniae)
# Vaksin flu
# Vaksin Hib (untuk mencegah pneumonia karena Haemophilus influenzae type b).

Artikel Terkait

Dokter Terkait

Obat Terkait
ACTACEF
ARCAMOX
ASVEX
AVELOX
BACTESYN
CALTUM
CECLOR KAPSUL
CEFILA
CEFMETAZON
CEFORIM
CELOCID
CERADOLAN
CETIVELL
CHEMOTREX 500
CHLORPHEMIN
CIPREC 500
CLABAT 250
CLABAT FORTE DRY SYRUP
CLAVAMOX 500
CLAXY KAPLET
COLSANCETINE
COMSPORIN
CORSACILLIN
CORSACIN
CORSAMYCIN
CORSATET 250
CORVOX
COSYR
CRAVIT
CRAVOX
DACTRON
DEXYTHROCIN
DIBEKACIN MEIJI
DIFLOXIN
ERBALOX
ERITROMEC
EROCEF
ERYSANBE
ERYTHROCIN
EVALIN
EXION
FARLEV
FIXIPHAR 100
FLOXBIO
FORICEF
GAMMA-VENIN P
GATIMAX
HECOBAC
IKACYCLIN
INTERDOXIN
KALTICOL
KEMOPEN
LANMER
LEVOCIN
LEVORES
LEVORES INFUS
LEVOVID
LEXA KAPLET
MEROFEN
MERONEM
MEROSAN
MOSARDAL
NEWSPAR
NILAFLOX
NILAVAM
NISLEV
OXTERCID
PANADROP
PECTOCIL
POLIFRISIN
PRIMAZOLE
PROLEVOX
QILAFLOX
QIZOL
QUINOBIOTIC
REDSPAR
RENXON
RESFLOK
RESKUIN
ROXFEX
RUXCINE
SANDOCEF
SARF
SIMACRON
SOCLOR KAPSUL
SOLATHIM
SPANCEF
SPAROS
SPAXIM
STARCEF
TANEXAN
TERMICEF
THIAVEN
TIZOS
TRIAXONE
TRIPENEM
TYASON
URTICEF
VIRAZIDE
VOLEQUIN
VOLINOL
WANFLOX
ZAGAM
ZELAVEL
ZIDIFEC
ZINNAT
ZULTROP
ZYVOX

Malam Tadi Ke Hospital lagi

Sepatutnya arini kat opi mama ada ala2 "Party Underground" opismate yang anjurkan so setiap orang mesti bawa potluck untuk memeriahkan lagi majlis. Tapi nak dijadikan cerita tengah mama dok prepare nak masak Agar2 Buih semalam mama dapat call dari Dr. Pakar Wad 5A minta mama datang wad. Kelam kabut mama dibuatnya....cam mn nie xsempat dah nak masak nak kene g spital lagi...so plan nak masak Agar2 Buih malam tadi terpaksala mama cancel. So mama bersiap2 untuk g spital dan terus ke wad 5A. Sampai di Spital mama terus bawa puteri mama ke wad 5A seperti yang diarahkan dan jumpa Dr. pakar kat wad 5A.

Cuak jugak mama bila tb2 spital call minta datang wad malam2 ni..setelah berjumpa Dr. pakar, Dr. kata anak puan nampak cam dah shat sikit xla pucat, letih lesu macam sebelum ni [dah masuk air sampai 5 botol masa kene tahan wad]...Dr. minta tambah ubat antiboitik untuk Paru2 selama 3ari lg...so sekarang nie sejak kuar spital tiap2 hari sebelum mama datang keje dan balik dari keje mama mesti pastikan puteri mama makan ubat terlebih dahulu demi untuk kesihatan puteri mama yang tersayang. So sekarang ni, puteri mama kene ambik ubat 2x sehari setiap 12jam...So lepas jumpa Dr. pakar, tunggu bekalan ubat seperti yg disarankan oleh Dr. pakar [mama sampai umah dah nak kol 11 pm...]

Ya Allah Ya Tuhanku Kau Berilah aku kekuatan untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam hidupku ini. Doa2kanlah semoga puteri mama cepat2 sembuh...A.M.I.N..

Bagi kawan2 opismate yg mengikuti blog mama ini, Mama minta maafla banyak2 sebab arini mama tak dapat nak bawa/siapkan potluck seperti yang diminta atas sebab2 diatas. SORRY kawan2.......

Tuesday, December 15, 2009

Puteri Mama Masuk Hospital

Minggu ni mama agak kelam kabut sikit...ditambah plak dengan macam2 report yg perlu disiapkan dihujung2 tahun nie...dengan kursus lg yg nak tak nak terpaksa jugak kena pegi...maklumla bilangan kursus mama untuk tahun nie belum cukup lg......mana tak kelam kabutnya, puteri mama dah bbrpa hari demam tp xsihat2, tiap2 malam berjaga tuamkan puteri mama..xlena tido mama dibuatnya..kejap2 bangun...demi puteri mama, mama sanggup berkorban apa sahaja asalkan putera puteri mama sihat2 selalu hendak-NYA....

Dari hari kehari cam xbanyak sangat perubahannya, badan puteri mama panas jgak, bl malam lg terasa bahang panasnya..makan ubat pun cam tak berkesan sangat, mama pun pelik jgak. Selalunya kalau demam makan ubat sehari dua dah baik dah tapi kali ni demamnya lain macam sikit...mama mulala risau..nak ambik cuti...cuti tahun pun ah xder...so rela tak rela mama hantarla jgak puteri mama kat umah pengasuh...nak dijadikan cerita dlm kol 3pm kol pengasuh tanya khabar demam ke tak...pengasuh kata badan puteri mama panas sangat...so mama dan papa lagila risau, mama dah la ada kursus ari khamiss 10 Disember tu...so mama terpaksa minta izin keluar kursus awal untuk bawa puteri mama g klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Sebelum balik mama sempat ambik GL untuk stanby mana tau kot2 terpaksa dibawa ke hospital..Selepas dapat GL, mama balik terus singgah umah pengasuh ambik putera puteri mama. Balik umah ambik kereta and then terus bawa puteri mama g Klinik Mesra Bangi untuk dapatkan rawatan segera. Bila jumpa Dr., dr. kata badan iqa panas sangat and then kahak banyak sangat kat paru2..so disebabkan susah makan ubat Dr. beri suntikan...balik umah demamnya tetap tak turun2 jugak...mama n papa mula risau yg amat....malam tu jg nak bawa g spital tp bl fikir2 malam2 ni susah putera mama yg kecik lagi...last2 mama buat kptsan tggu pg esokla...

Esoknya, pagi2 awal subuh lg mama, papa putera dan puteri mama berangkat ke spital untuk dapatkan rawatan lanjut. Nak dijadikan cerita tu yg kadang2 malas nak g dapatkan rawatan kat spital ni...lambat sangat dia punya service...bayangkanlah mama sampai spital org baru ada 2/3 orang kat spital last2 sampai orang dah penuh satu hall spital tapi nama puteri mama tak jgak dipanggil2..masa keadaan puteri mama mmg dah tak terdaya sangat2. Last mama suruh papa g tanya nape nama puteri mama tak panggil2 lg sedangkan puteri mama dah tak terdaya sangat2...last2 bl inform baru Dr. panggil untyuk dapatkan rawatan.

Nak dijadikan cerita, Dr. bgtaula service diberi ikut kes, ikut klasifikasi yg telah diberi semasa pendaftraran. Yang mama xfaham, kenapa rawatan untuk kanak2 dilewat2kan...sampai terpaksa menunggu sehingga 2 ke 3 jam...Bila masuk jumpa Dr., Dr. cakap badan puteri mama nampak letih dan tak bermaya..Dr. terus cek detail, ambik darah, buat x-ray and then masukkan air kat wad sementara, sementara tggu result x-ray keluar. Selepas result x-ray keluar puteri mama terus dihantar ke Wad 5A untuk rawatan lanjut.

Maka, plan bercuti balik ipoh automatik cancel. Mama khabarkan berita sedih ini kepada keluarga mama di kampung agar mereka tidak risau. Bila khabarkan, diorang nak datang KL tengok keadaan puteri mama, tapi mama kata tak perlula susah2 tengok keadaan dulu cam mana kebetulan plak mmg masa cuti so mama pun xkisahla sangat cuma klau lama sangat kena tahan wad terpaksala mama minta tolong ma datang KL untuk jaga puteri mama ni. Inilah first time puteri mama masuk wad, dengan kepayahan yg melanda nak tak nak mama n papa terpaksa kuatkan semangat dan berkorban demi putera puteri mama yg tersayang. Puteri mama ditahan wad selama 3 hari. Alhamdulillah, kesihatan puteri mama bertambah baik dan beransur pulih. Doa2kanlah semoga puteri mama cepat2 sembuh dan sihat2 selalu hendak-NYA......
INSYAALLAH....A.M.I.N........

Monday, December 7, 2009

Puteri Mama Demam

Saja mama nak coretkan di sini untuk ingat2an mama dan papa, almaklumlaa...biasanya puteri mama ni jarang demam tapi bila demam badannya naik panas cam api. Malam tadi puteri mama tiba2 demam, satu malam mama tak tido dok jaramkan kepala puteri mama nak bg turunkan sikit suhu badannya...risau betul mama bila badan puteri mama tiba2 naik panas (bahaya bagi kanak2 jika panas badan dibiarkan boleh bawa maut...dah banyak kes yg berlaku...), nak bagi ubat, ubat plak xder maklumlaa puteri mama ni jarang demam so ubat pun xderla. Nasib baik malam tadi mama sempatla lelapkan mata pas tu bila malam dalam kol 12 lebih kot puteri mama kejutkan mama cakap nak kencing pastu puteri mama cakap "mama2...kakak demam nie, badan kakak panasla mama"... mama pun terus rasa dahi, badan panas sesangat pastu kakinya plak sejuk cam ais...sahla puteri mama demam... patutla puteri mama tido awal sikit dari kebiasaan agaknya puteri mama dah rasa xsedap badan kot..klau tak jangan harapla puteri mama nak tido awal....

Lepas subuh tadi, mama sempatla lelapkan mata kejap. Nak datang keje awal cam biasa rasa tak sampai hati plak nak tinggalkan puteri mama kat umah pengasuh...so ape2 pun mama mesti bawa puteri mama ke klinik dulu untuk dapatkan ubat. So, bila sampai di klinik, jumpa Dr., Dr. kata badan panas sangat ni suhu dah mencecah 39 darjah so kena masukkan ubat dulu melalui punggong bg panas tu turun cepat sikit...

Alhamdulillah, selepas masuk ubat tu nampak panas cam kurang sikit, Mama pun dgn berat hati buat keputusan datang kerja jgak pagi nie.. pujuk puteri mama dok umah pengasuh tapi puteri xnak... nak duk umah katanya... so mama pujuk belikan roti kegemarannya..nasib baik puteri nak... Budak2 biasala, kalau badan xsihat asyik nak berkepit ngan mamanya aje...so mama berangkat ke opis dgn perasaan yg berbelah bagi, rasa cam xsampai hati nak tinggalkan puteri mama kat umah pengasuh ngan badannya yg xsihat tu... mama pesan kat pengasuh kalu ape2 cpat2 bgtau....

Ya Allah Ya Tuhanku, ku Mohon PadaMu Kau sembuhkanlah anakku dari demamnya.... sesungguhNya Kaulah Yang Maha Berkuasa....AMIN.....

Wednesday, December 2, 2009

Dinner Di Pullman Putrajaya Lakeside

Malam ini mama ada dinner di Pullman Putrajaya Lakeside, cian kat putera puteri mama kene tinggal malam niee...soryla yee putera puteri mama...Dinner nie bukannya selalu kadang2 aje. Papa izinkan mama g dinner so mama on je laa. Bolehla g tengok Hotel Baru nie. Tengok dari luar cantik so tengah ada peluang jom kita sama 2join dinner malam nie. Big bos belanja....Dinner kali ni sempena meraikan Kejayaan ICREM4 yang telah berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober 2009 yang lalu....

Nanti mama sambung perkembangan dinner esok yee...