Minggu ni mama agak kelam kabut sikit...ditambah plak dengan macam2 report yg perlu disiapkan dihujung2 tahun nie...dengan kursus lg yg nak tak nak terpaksa jugak kena pegi...maklumla bilangan kursus mama untuk tahun nie belum cukup lg......mana tak kelam kabutnya, puteri mama dah bbrpa hari demam tp xsihat2, tiap2 malam berjaga tuamkan puteri mama..xlena tido mama dibuatnya..kejap2 bangun...demi puteri mama, mama sanggup berkorban apa sahaja asalkan putera puteri mama sihat2 selalu hendak-NYA....
Dari hari kehari cam xbanyak sangat perubahannya, badan puteri mama panas jgak, bl malam lg terasa bahang panasnya..makan ubat pun cam tak berkesan sangat, mama pun pelik jgak. Selalunya kalau demam makan ubat sehari dua dah baik dah tapi kali ni demamnya lain macam sikit...mama mulala risau..nak ambik cuti...cuti tahun pun ah xder...so rela tak rela mama hantarla jgak puteri mama kat umah pengasuh...nak dijadikan cerita dlm kol 3pm kol pengasuh tanya khabar demam ke tak...pengasuh kata badan puteri mama panas sangat...so mama dan papa lagila risau, mama dah la ada kursus ari khamiss 10 Disember tu...so mama terpaksa minta izin keluar kursus awal untuk bawa puteri mama g klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Sebelum balik mama sempat ambik GL untuk stanby mana tau kot2 terpaksa dibawa ke hospital..Selepas dapat GL, mama balik terus singgah umah pengasuh ambik putera puteri mama. Balik umah ambik kereta and then terus bawa puteri mama g Klinik Mesra Bangi untuk dapatkan rawatan segera. Bila jumpa Dr., dr. kata badan iqa panas sangat and then kahak banyak sangat kat paru2..so disebabkan susah makan ubat Dr. beri suntikan...balik umah demamnya tetap tak turun2 jugak...mama n papa mula risau yg amat....malam tu jg nak bawa g spital tp bl fikir2 malam2 ni susah putera mama yg kecik lagi...last2 mama buat kptsan tggu pg esokla...
Esoknya, pagi2 awal subuh lg mama, papa putera dan puteri mama berangkat ke spital untuk dapatkan rawatan lanjut. Nak dijadikan cerita tu yg kadang2 malas nak g dapatkan rawatan kat spital ni...lambat sangat dia punya service...bayangkanlah mama sampai spital org baru ada 2/3 orang kat spital last2 sampai orang dah penuh satu hall spital tapi nama puteri mama tak jgak dipanggil2..masa keadaan puteri mama mmg dah tak terdaya sangat2. Last mama suruh papa g tanya nape nama puteri mama tak panggil2 lg sedangkan puteri mama dah tak terdaya sangat2...last2 bl inform baru Dr. panggil untyuk dapatkan rawatan.
Nak dijadikan cerita, Dr. bgtaula service diberi ikut kes, ikut klasifikasi yg telah diberi semasa pendaftraran. Yang mama xfaham, kenapa rawatan untuk kanak2 dilewat2kan...sampai terpaksa menunggu sehingga 2 ke 3 jam...Bila masuk jumpa Dr., Dr. cakap badan puteri mama nampak letih dan tak bermaya..Dr. terus cek detail, ambik darah, buat x-ray and then masukkan air kat wad sementara, sementara tggu result x-ray keluar. Selepas result x-ray keluar puteri mama terus dihantar ke Wad 5A untuk rawatan lanjut.
Maka, plan bercuti balik ipoh automatik cancel. Mama khabarkan berita sedih ini kepada keluarga mama di kampung agar mereka tidak risau. Bila khabarkan, diorang nak datang KL tengok keadaan puteri mama, tapi mama kata tak perlula susah2 tengok keadaan dulu cam mana kebetulan plak mmg masa cuti so mama pun xkisahla sangat cuma klau lama sangat kena tahan wad terpaksala mama minta tolong ma datang KL untuk jaga puteri mama ni. Inilah first time puteri mama masuk wad, dengan kepayahan yg melanda nak tak nak mama n papa terpaksa kuatkan semangat dan berkorban demi putera puteri mama yg tersayang. Puteri mama ditahan wad selama 3 hari. Alhamdulillah, kesihatan puteri mama bertambah baik dan beransur pulih. Doa2kanlah semoga puteri mama cepat2 sembuh dan sihat2 selalu hendak-NYA......
INSYAALLAH....A.M.I.N........
Traffic Jams and Marking Weekend
15 hours ago
No comments:
Post a Comment