Islamic Clock

Tuesday, November 30, 2010

Update EBM

Sehingga arini bby Iesya still fully BF, Alhamdulillah masih ada rezeki utk anak mama. Setakat arini bby Iesya minum stok EBM pertengahan Oktober 2010...syukur mama masih dapat mengumpul stok EBM utk puteri mama. Doa2kanlah semoga niat dan usaha murni mama berlangsung dgn jayanya kali nie....
Sesungguhnya perjalanan mama masih lagi panjang untuk ditempuhi dalam menjayakan misi mama ini....
Insyaallah............

Cuti Sekolah dah Bermula

Dah hampir seminggu cuti sekolah berlalu, kejap jer rasanya. Puteri mama request nak tinggal kat umah umi (Pengasuh) aje cuti sekolah kali ini bersama ngan adik2. Kakak xnak ke sekolah kata kakak g sekolah xbelaja pun sekarang ni mama. Cuti sekolah bermula dari 20 November 2010 dan akan berakhir pada 2 januari 2011. Sesi persekolahan baru 2011 akan bermula pada 3 Januari 2011.

Info terbaru yg mama baca berkenaan pendidikan anak2 ialah transformasi kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan dilaksanakan scra berperingkat dlm sistem persekolahan di negara ini mulai tahun hadapan. Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuhkan dan ditambah baik dan dikenali sbg Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) direka bentuk berasaskan tiga bidang iaitu :-
i)Komunikasi
ii)Manusia dan Alam Sekitar
iii)Perkembangan Diri Individu.
Manakala Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)direka bentuk berasaskan enam tunjang iaitu :-
i)Komunikasi
[Penggabungjalinan kemahiran bahasa scra lisan n bukan lisan smsa berinteraksi]
ii)Kerohanian, Sikap dan Nilai
[Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai]
iii)Kemanusiaan
[Penguasaan ilmu n amalan tntg kemasyarakatan n alam sekitar setempat, negara n global serta penghayatan semangat patriotisme n perpaduan]
iv)Perkembangan Fizikal dan Estetika
[Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum n kokurikulum]
v)Sains dan Teknologi
[Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran n sikap saintifik. Penguasaan pengetahuan n kemahiran matematik serta penguasaan pengetahuan n kemahiran berasaskan teknologi]
vi)Keterampilan Diri
[Perkembangan jasmani n kesihatan utk kesejahteraan diri serta pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat n apresiasi]
Setiap tunjang mengandungi disiplin ilmu, kemahiran dan nilai yg menjadi asas kpda pembangunan insan yg seimbang dan berpemikiran kreatif, kritis dan inovatif.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) memfokus kepada 3M (Membaca,Menulis dan Mengira). Manakala Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)lebih memfokus kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)

Friday, November 26, 2010

MAHA 2010

MAHA2010(Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show)
MAHA 2010 akan bermula hari ini, Jumaat bersamaan 26 November 2010 dan akan berakhir hingga Ahad 5 Disember 2010 bertempat di TAPAK MAEPS, Serdang atau lebih tepat lagi di MARDI Serdang.

Tema MAHA Antarabangsa 2010 “Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan” memberi tanda permulaan era inovasi pertanian dan industri berasaskan pertanian daripada rantau ini. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat2 swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.
Marilah kita bersama2 meramai2kannya....Semoga kita sama2 beroleh manfaatnya...Insyaallah.....

Jalan2 Di Bagan Lalang








Putera Puteri Mama jalan2 main air di Pantai Bagan Lalang

Alamak air makin dalam ke nie mama.....takutnya abg nak redah air ni...hehe2....

Bestnya Mama n Papa bawa Jalan2 kat tepi pantai......nnti ada masa Mama n papa bawa lg yee......

Koleksi Pic Putera Puteri Mama



Pic Bby Iesya di usia sebulan setengah...

Pic Putera Mama dengan kudanya



Bby Iesya @ Two Month


Inilah Pic Bby Iesya mama di usia dua bulan.....
Tapi skrg Bby Iesya dah nak masuk tiga bulan setengah dah...kejap jer masa berlalu...

Thursday, November 25, 2010

EBM @ Cuti Raya Korban

Mama travel balik KL dgn membawa bersama stok EBM, jalan agak sesak...mama risaukan stok EBM takut cair jee sblum sampai ke KL. Stok EBM agak banyak jgak tu yg mmbuatkan mama risau sebenarnya, takut ais xdapat nk tampung stok EBM yg banyak jika perjalanan penuh sesak begini. Mama membawa Stok EBM yg beku (l/kurang 32 botol) n stok EBM yg masih belum dibekukan (l/kurang 10 botol). Itu shja stok yg dapat mama simpan kerana ketiadaan ruang beku dalam freezer (freezer penuh dgn mcm2 barangan). Freezer Ma kat kampung mmg sentiasa penuh dgn stok barangan dapur (barangan basah/lauk pauk dll).

Mula2 mama bertolak balik ke KL pd ari Ahad sebenarnya, tapi jalan penuh sesak dgn kereta, kdg2 kereta pun xbergerak2. Mama meneruskan perjalanan l/kurang 2jam tapi rasanya xsanggup nak mengharungi jalan yg jem sesangat, mama kesiankan anak2 mama n risaukan stok EBM mama n akhirnya mama n papa membuat keputusan utk berpatah balik semula ke kampung kerana xsanggup nak meredah jalan jem dgn bby Iesya yg masih kecil...entah kol brpa agaknya mama akan sampai ke KL?

Mama bertolak balik ke KL semula pada pagi hari Isnin (terpaksala mama ambik EL). Alhamdulillah, walaupun kenderaan masih banyak tapi jalan tak sesak cam semalam. Alhamdulillah, syukur mama sekeluarga sampai ke KL dgn selamat.

Salam Aidiladha

Rasanya masih belum terlambat mama nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin n muslimat. Pada 10 Zulhijjah 1431H bersamaan 17 November 2010 (Rabu) umat islam telah sama2 menyambut Hari Raya Aidiladha @ dikenali juga dgn Raya Korban. Mama n Papa buat akikah untuk bby Iesya sempena Raya Korban pd tahun ini.

Wednesday, November 10, 2010

Buang Penyakit "M"

Penyakit 'M' merupakan musuh no 1 bagi pengepam tegar.
After this mama akan sentiasa rajin2 kan diri untuk menulis/berkongsi pengalaman berkaitan penyusuan susu ibu.. Sekarang mama masih lg tengah menyusukan bby no.3 (still fully bf *alhamdulillah*) Syukur.. masih ada rezeki untuk bby Iesya.. Semoga berterusan hingga 2 tahun! Caiyok mama!!!teruskan berusaha...

Haa.. berkaitan tajuk di atas.. Malas adalah benda yang sering kita hadapi.. Bukan mommies aje.. Mama pun kdg sama juga.. Kadang2 Malas mengepam adalah musuh yg benar2 'musuh' bg ibu2 yg mengepam.. Dari 3@4 sesi seawal2 naik keje.. kurang ke 3@2 sesi aje.. bila time2 keje ofis sangat banyak.. (kadang takde keje pun malas juga :p) mama berharap agar mama dapat menjauhkan perasaan "M" dlm diri mama dan insyaallah mama akan cuba berusaha sedaya yg mungkin..insyaallah..

Mama ingatkan diri mama sendiri dan mommies yg ln2 juga.. Kalau kita kurang sesi pam kat ofis.. Lama2 susu akan kurang.. Haa.. Cemana leh kurang ek? Anologinya sama.. Kita ada botol air.. Kalau selalu minum.. Kosong. Bila kosong, kita tambah lagi air.. Kalau kita tak minum air tu.. sampai bila pun botol tu takkan habis.. Jadiknye, takde lah kita nak mengisi semula botol tu dengan air yang baru.. betul kan? *hehe*. Maksudnya di sini sama la dengan cik "B" kita.. Kalau sehari tu kita kerap kosongkan dia.. Jadi susu baru akan cepat2 terhasil.. Jadi, setiap hari insyaAllah kita mampu untuk mengumpul stok dengan banyak....

Okay, bagi sesape yg sudah hampir2 kekurangan susu.. Mommies boleh try buat power pumping... InsyaAllah susu kita akan bertambah, semua itu bergantung kpda diri kita sebenarnya.. :)

10/11/2010 genap 3 Bulan

Arini genap umo bby Iesya 3 bulan. Alhamdullillah bby Iesya dah pandai niarap dah skrg nie, sblum umonya masuk 3 bulan bby Iesya dah boleh niarap. Alhamdulillah syukur akan perkembangan bby Iesya, kejap jer bby Iesya belaja niarap terus pandai. Sekarang ni klau letak kat tilam jer bby Iesya terus jer niarap.

Mama harap n berdoa agar putera n puteri2 mama sihat2 selalu hendak-NYA...

Thursday, November 4, 2010

Red Warriors VS N9

Sajala mama nak coretkan kat blog mama nie sbg tanda ingatan bersama buat penyokong2 Bola Sepak. Mama bukanla peminat setia bola sepak pun, tapi tengokla jgak. Pada hari Sabtu lepas bersamaan 30 Oktober 2010 bertempat di Stadium Bukit Jalil telah berlangsung FINAL Piala Malaysia 2010, N9 tumpas di tangan RED WARRIORS dengan jaringan mata 2-1.

Tapi ape2 pun sudah jadi adat permainan, mesti ada yg menang dan mesti ada yg kalah. Dengar citor ramai penyokong KELANTAN yg HADIR dan hanya suku dari stadium adalah penyokong N.SEMBILAN. Tahniah buat pasukan Negeri Kelate!. Nampaknya penantian selama 89 tahun akhirnya menjadi kenyataan.

Permulaan permainan yg agak slow oleh pasukan Kelantan smsa separuh masa pertama td agak mengecewakan saya. Tetapi akhirnya pasukan Kelantan bangkit dgn semangat juang yg tinggi dgn merembat 2 gol yg dilakukan oleh Hairuddin pada minit 56 dan Badri Radzi pada minit 65.

TAHNIAH and Selamat Maju Jaya

Cuti Hari Deepavali

Esok hari Jumaat bersamaan 5 November 2010 adalah cuti umum sempena Hari Deepavali. Selamat bercuti kepada rakan2 semua.......

Sekolah bercuti mulai dari 3hb hingga 7hb November 2010.

Tuesday, November 2, 2010

Penyusuan Ke-3

Alhamdulillah, misi penyusuan mama kali ini masih baru lg, umur baby Iesya baru masuk 85 hari (lebih kurang 2 bulan setengahla). Baby mama masih fully breastfeeding, insyaallah semoga Allah SWT mempermudahkan usaha murni mama ini. Mudah2an perjuangan dan usaha murni mama kali ini pun berjaya dgn jaya.....

Setakat ini alhamdulillah, baby Iesya dibekalkan dgn 10 botol susu sehari (bersamaan dgn 2ozx10 botol=20oz sehari) sepanjang kat umah uminya (pengasuh). Nnti mama uploadkan gambo bekalan susu harian Iesya.

Doa2kanlah semoga mama berjaya pada misi kali ini. Insyaallah....