Islamic Clock

Tuesday, November 30, 2010

Cuti Sekolah dah Bermula

Dah hampir seminggu cuti sekolah berlalu, kejap jer rasanya. Puteri mama request nak tinggal kat umah umi (Pengasuh) aje cuti sekolah kali ini bersama ngan adik2. Kakak xnak ke sekolah kata kakak g sekolah xbelaja pun sekarang ni mama. Cuti sekolah bermula dari 20 November 2010 dan akan berakhir pada 2 januari 2011. Sesi persekolahan baru 2011 akan bermula pada 3 Januari 2011.

Info terbaru yg mama baca berkenaan pendidikan anak2 ialah transformasi kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan dilaksanakan scra berperingkat dlm sistem persekolahan di negara ini mulai tahun hadapan. Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuhkan dan ditambah baik dan dikenali sbg Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) direka bentuk berasaskan tiga bidang iaitu :-
i)Komunikasi
ii)Manusia dan Alam Sekitar
iii)Perkembangan Diri Individu.
Manakala Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)direka bentuk berasaskan enam tunjang iaitu :-
i)Komunikasi
[Penggabungjalinan kemahiran bahasa scra lisan n bukan lisan smsa berinteraksi]
ii)Kerohanian, Sikap dan Nilai
[Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai]
iii)Kemanusiaan
[Penguasaan ilmu n amalan tntg kemasyarakatan n alam sekitar setempat, negara n global serta penghayatan semangat patriotisme n perpaduan]
iv)Perkembangan Fizikal dan Estetika
[Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum n kokurikulum]
v)Sains dan Teknologi
[Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran n sikap saintifik. Penguasaan pengetahuan n kemahiran matematik serta penguasaan pengetahuan n kemahiran berasaskan teknologi]
vi)Keterampilan Diri
[Perkembangan jasmani n kesihatan utk kesejahteraan diri serta pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat n apresiasi]
Setiap tunjang mengandungi disiplin ilmu, kemahiran dan nilai yg menjadi asas kpda pembangunan insan yg seimbang dan berpemikiran kreatif, kritis dan inovatif.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) memfokus kepada 3M (Membaca,Menulis dan Mengira). Manakala Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)lebih memfokus kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)

No comments:

Post a Comment