Islamic Clock

Monday, May 24, 2010

Cabut Gigi

Akhirnya mama terpaksa akur jgak, rasanya jalan mudah utk atasi masalah sakit gigi yg makin berlarutan sejak akhir2 nie ialah cabut saja gigi yg sakit tu selesai masalah... mama pun dah bertanya pada bbrpa org Dr. bolehkah cabut gigi masa pregnant? Dr. kt boleh bergantung pd peringkat kehamilan...mama pun dah msuk 7 blan so Dr. kata bolehla klau nak cabut gigi.

Mama bukan apa dah lama sangat tak cabut gigi kat klinik nie rasa cam ngeri jer. Last skli mama cabut gigi masa umo mama 7 tahun. Hari ini mama kuatkan semangat ke klinik gigi utk cabut gigi yg rosak tu (asalnya gigi tu yg disimen kat sekolah rendah masa umo 7 tahun dulu,and simennya telah tertanggal and then baru2 nie gigi tu pecah hampir separuh)tu yg menyebabkan bila malam ia rasa cam berdenyut2 nak tido malam pun susah. Bila fikir2 baik mama cabut la sakitnya skli aje.....akhirnya mama ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) utk cabut gigi tersebut.

Mama harap selepas nie xderlla lg masalah sakit giginya.....Insyaallah....

Thursday, May 20, 2010

Penangan Sakit Kepala

Dah dua hari berturut2 putera mama bangun berjaga awal2 pagi....so dah dua hari la jgak mama xckup tidur....so bl kat opis mulala mama sakit kepala sbb xcukup tido. Apa nak buat, cam ni la kehidupan bila kita dah jadi mama, kena banyak berkorban demi anak2. Xcukup tido tu dah jd perkara biasa terutamanya masa anak2 masih baby. Semalam putera mama bangun lbih kurang jam 3am merengek2 tb2 xtau nape, nak kata demam macam x, tp nampakla putera mama mcam xsdap badan. Lama bangun xtido2, asyik merengek2 je xselesa, last2 dok beriba hampir sejam xjgak tido2. Lenguh mama dibuatnya, last2 mama tanya adik nak tido dalam buai ker?adik jawab nak....mama pun terusla masukkan adik dlm buai, lama jgak buainya tp xtido2 jgak last2 adik n mama terlelap jgak akhirnya slps azan subuh berkumandang. Bila mama sedar mama rasa badan adik mulai terasa bahang panas...tak lama lepas tu adik pun terjaga, mama angkat dari buai dan terus bg papa mnta papa tlg suapkan ubat sbb mama rasa pening jer nak bangun sbb xcukup tido. Tak lama lepas makan ubat badan adik kembali normal cam biasa. Lepas bersiap2 mama bertolak datang keje.

Pagi td lagi skli adik bangun berjaga, lebih kurang jam 4am adik bangun mnta susu, selalunya slpas mnum susu terus terlelap tapi pg td lpas mnum susu adik bangun berjaga....bl mama bpura2 tido adik tetap kejut mama temankan adik main sbb adik tengok smua orang tido... berkali2 mama suruh tido adik tetap xnak tido jgak..asyik main jer sorg2...last2 azan subuh berkumandang. Last2nya bila sampai ofis pg ni mama la yg menanggung sakit kepala sbb mengantuk xcukup tido...last2nya mama tido jap kat opis arini sbb xthan sangat and kepala pun dah berdenyut2..

Tapi itu dah jd perkara biasa bila kita dah bergelar ibu.......
kalu kita xberkorban utk anak2 siapa lg...............

Tuesday, May 18, 2010

Amalan-amalan Ketika Mengandung

Amalan-amalan ketika mengandung
1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
3. Membaca ayat-ayat Al-Quran

Surah-surah amalan ketika mengandung
o Al-Fatihah dan ayat Kursi
o Seluruh surah Yassin
o Seluruh surah At-Taubah
o Seluruh surah Yusuf
o Seluruh surah Luqman
o Seluruh surah Maryam
o Surah An-Nahl ayat 78

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

o Surah Al-A'raf ayat 189

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur

Link laman-laman web Al-Quran

* Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris
* Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dlm pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.

4. Membaca doa

o Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

o Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

o Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194

رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

o Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

5. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri

o Adab isteri terhadap suami ketika mengandung
1. Mengasihi dan menyayangi suami
2. Menjaga perkataan terhadap suami
3. Tidak terlalu cerewet
4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
5. Menghargai pandangan & nasihat yg diberikan suami, org tua serta keluarga
6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

* Adab suami terhadap isteri

1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
3. Selesaikan selisih faham
4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dgn susu ibu shja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
* ia mengandungi kesemua nutrien yg diperlukan utk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
* mudah hadam
* sentiasa tersedia pada suhu yg tetap
* bayi yg menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yng perama mempunyai tumbesaran yg baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
* kolostrum, susu ibu permulaan yg dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yg dapat melindungi bayi drpd jangkitan kuman dan alahan
* mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dgn penyusuan secara lain

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
* mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
* membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
* mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
* mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
* penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
* sebaik shja bayi dilahirkan anda patut memegang bayi anda dgn rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yg pertama slps kelahiran selama sekurang2nya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
* ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
* rootingreflex (mencari2 payudara) dan gerak balas hisapan kuat dlm masa 1 hgga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
* bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
* susuilah bayi anda dgn susu ibu shja dari lahir sehngga ia berusia 6 bulan yg pertama
* susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
* bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
* susuilah bayi anda kerap sekurang2nya 8 hingga ke 12 kali dlm sehari termasuk penyusuan malam
* makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yg baik
* teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun

Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dgn simpanan air yg mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan spti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum shja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sblm terhasilnya susu yg banyak (prelacteal) akan menyebabkan Bayi
* tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
* tidak akan mendapat kolostrum
* akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol

Ibu
* susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
* boleh menyebabkan bengkak payudara
* sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu

Apa yg perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yg mencukupi untuk bayi
* susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
* susui bayi anda dgn kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
* susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
* susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
* perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
* yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda

Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
* anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
* merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
* membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
* mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
* susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
* sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
* penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yg banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
* biarkan bayi anda menyusu pada bila2 masa dan seberapa lama yg disukainya.

Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006

Uniknya Susu Ibu

Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

1. sentiasa segar (fresh)
2. tersedia dalam suhu yang optimum
3. tersedia steril
4. tiada pencemaran
5. tersedia bila-bila masa
6. tiada tarikh luput
7. species-specific
8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
12. mengandungi antibodi
13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
15. mudah hadam
16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi
18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana2 susu lain di dunia! Subhanallah…

Foremilk & Hindmilk

Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).

Apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yg agak cair (mengandungi air yg banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yg berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.

Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yg agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yg tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yg tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.

Oleh itu, pastikan ibu2 membiarkan bayi menghabiskan sebelah payudara sepenuhnya dan tidak bertukar ke payudara yg satu lagi untuk memastikan bayi mendapat kedua2 foremilk dan hindmilk tersebut.

Cara Menggalakkan Pengeluaran Susu Ibu

Berikut antara langkah2 yg perlu diambil bg menggalakkan pengeluaran susu ibu dan seterusnya mengatasi masalah kekurangan susu atau tidak cukup susu:

1. Ibu perlu yakin (berfikiran positif)
2. Ibu perlu mulakan penyusuan seawal 1 jam selepas bersalin
3. Ibu perlu menyusukan bayi bila-bila perlu (on-demand) atau sekerap mungkin (biasanya 8-10 kali dalam 24 jam)
4. Ibu tidak perlu menghadkan tempoh masa penyusuan dan kekerapan penyusuan sehari
5. Ibu perlu sentiasa bersama bayi (rooming in) semasa di hospital
6. Ibu perlu memastikan bayi melekap dengan betul pada payudara ketika menyusu
7. Penyusuan pada waktu malam
8. Ibu perlu berehat secukupnya
9. Ibu perlu mengambil makanan berkhasiat secukupnya dan nutrisi seimbang
10. Bayi tidak diberi minuman lain selain susu ibu sahaja
11. Bayi tidak diberi puting tiruan, puting kosong atau pacifier untuk mengelak keliru puting

Pengeluaran susu ibu akan berkurangan jika ibu rungsing, stress, tidak yakin, bimbang, malu, dalam kesakitan, merokok atau minum minuman keras!

Wednesday, May 12, 2010

Temuduga

Esok pagi mama ada temuduga, tp rasa cam xbersemangat jer nak g interview kali ni. Mama xbuat ape2 preparation pun. Tambahan plak dah lama tak g interview lg la rasa cam bler jer. Esok juga mama kena buat ujian BSP lg skli, so agak terkejar2 jgakla nnti. Tp insyaallah klau xder ape2 aral mama akan hadir interview tu untuk cari pengalaman.. mana tau rezeki mama n anak2 suatu hari nnti...Insyaallah....

Doakanlah semoga mama tenang menghadapi interview esok pagi....

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu

SELAMAT HARI IBU.....
IBU...Pengorbananmu Tidak Ternilai.....

SEMPENA HARI IBU pada hari Ahad nie bersamaan 9 MEI 2010, mama mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" pada IBU TERSAYANG yg JAUH DI MATA tapi sentiasa DEKAT DI HATI juga buat sahabat2 mama yg bergelar ibu/umi/mak/mama/mummy...sesungguhnye segala jasa & pengorbanan seorg ibu semenjak dia melahirkan dan membesarkan kita sukar di balas. Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki IBU.

Pada mereka yg bergelar suami/ayah/anak hargai lah WANITA ini (IBU)selagi hayat mereka dikandung badan....sesungguhnya pengorbanan seorang IBU sangat besar kepada kita semua......saya syg mak saya :)muah...muah....love u so much....

Gejala Buang Bayi

Gejala buang bayi kini menjadi seolah2 tiada kesudahan. Ada saja kes buang bayi dimana2, ianya agak membimbangkan tapi apakah jalan penyelesaiannya.......Hari ini seorang lagi mayat bayi lelaki yg baru dilahirkan ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong.