Islamic Clock

Tuesday, May 18, 2010

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dgn susu ibu shja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
* ia mengandungi kesemua nutrien yg diperlukan utk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
* mudah hadam
* sentiasa tersedia pada suhu yg tetap
* bayi yg menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yng perama mempunyai tumbesaran yg baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
* kolostrum, susu ibu permulaan yg dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yg dapat melindungi bayi drpd jangkitan kuman dan alahan
* mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dgn penyusuan secara lain

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
* mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
* membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
* mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
* mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
* penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
* sebaik shja bayi dilahirkan anda patut memegang bayi anda dgn rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yg pertama slps kelahiran selama sekurang2nya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
* ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
* rootingreflex (mencari2 payudara) dan gerak balas hisapan kuat dlm masa 1 hgga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
* bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
* susuilah bayi anda dgn susu ibu shja dari lahir sehngga ia berusia 6 bulan yg pertama
* susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
* bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
* susuilah bayi anda kerap sekurang2nya 8 hingga ke 12 kali dlm sehari termasuk penyusuan malam
* makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yg baik
* teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun

Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dgn simpanan air yg mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan spti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum shja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sblm terhasilnya susu yg banyak (prelacteal) akan menyebabkan Bayi
* tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
* tidak akan mendapat kolostrum
* akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol

Ibu
* susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
* boleh menyebabkan bengkak payudara
* sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu

Apa yg perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yg mencukupi untuk bayi
* susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
* susui bayi anda dgn kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
* susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
* susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
* perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
* yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda

Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
* anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
* merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
* membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
* mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
* susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
* sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
* penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yg banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
* biarkan bayi anda menyusu pada bila2 masa dan seberapa lama yg disukainya.

Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006

No comments:

Post a Comment