Islamic Clock

Tuesday, May 18, 2010

Uniknya Susu Ibu

Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

1. sentiasa segar (fresh)
2. tersedia dalam suhu yang optimum
3. tersedia steril
4. tiada pencemaran
5. tersedia bila-bila masa
6. tiada tarikh luput
7. species-specific
8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
12. mengandungi antibodi
13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
15. mudah hadam
16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi
18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana2 susu lain di dunia! Subhanallah…

Foremilk & Hindmilk

Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).

Apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yg agak cair (mengandungi air yg banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yg berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.

Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yg agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yg tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yg tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.

Oleh itu, pastikan ibu2 membiarkan bayi menghabiskan sebelah payudara sepenuhnya dan tidak bertukar ke payudara yg satu lagi untuk memastikan bayi mendapat kedua2 foremilk dan hindmilk tersebut.

No comments:

Post a Comment