Islamic Clock

Friday, September 28, 2012

Menebus Dosa Silam

KEDUDUKAN semua insan di sisi Allah SWT adalah sama, hanya yg membezakan adalah ketakwaan dan keimanan seseorang. Begitu jua Allah SWT turut memberi jaminan akan mengampunkan dosa hamba2nya asalkan mrka bertaubat kepada-Nya dgn sebenar2 taubat. Sbg manusia, pastinya tidak akan lari drpd melakukan kesilapan dan kekhilafan akibat kelalaian dan kealpaan diri terhadap Pencipta kita.

Apa yg pasti, apabila sampai waktunya dan mendapat pula hidayah drpd Allah SWT, insan2 ini akan pulang semula ke pangkal jalan. Ini yg terjadi terhadap sekumpulan wanita dari Rumah Sinar Salam, yg telah mendapat hidayah dan petunjuk drpd Allah SWT dgn meninggalkan kehidupan masa lalu yg penuh kegelapan dan diberi rezeki pula untuk menjejakkan kaki ke Mekah mengerjakan umrah atas tajaan individu prihatin.

Ini membuktikan sesiapa shja boleh bertaubat dan mencari keredaan di sisi Tuhan biarpun pada masa lalu bergelumang dlm kancah maksiat. Bercakap mengenai Rumah Sinar Salam, pastinya tidak akan lari drpd menyoroti kisah2 penghuninya yg terjebak dgn gejala sosial. Sebutlah apa shja kegiatan sosial - persundalan, najis dadah, buang anak, anak luar nikah dsbnya merupakan sebahagian drpd jenayah sosial yg dilakukan oleh penghuni2nya yg kini menumpang teduh di rumah itu bagi mendapatkan sinar.

Menurut Pengasas Rumah Sinar Salam, Arfidah Abd. Latif, 58, ramai penghuni Rumah Sinar Salam ini sudah mendapat hidayah Allah SWT dan berjaya keluar dari kemelut sosial selepas aktiviti outreach (temu seru) dilakukan terhadap mereka. ''Ramai yg terbuka hati utk bertaubat. Biarpun mgkn masih janggal pada mata masyarakat akibat cara kehidupan masa lalu namun saya berdoa agar kami semua para penghuni di sini masih ada tempat di sisi Allah. ''Itu yg kami cari selama ini iaitu rahmat Tuhan. Kadangkala kami turut tertanya2 apakah dosa kami yg lalu akan diampunkan Allah. Begitu jg adakah taubat kami ini akan diterima oleh-Nya, krna kesan2 kehidupan masa lalu yg amat gelap dan jijik. Dia yg ditemani tiga lagi rakannya ditemui di pejabat I Umrah Rakyat Sdn. Bhd., di Rampai Town Centre, Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur, iaitu agensi umrah di bawah Syarikat Fayrooz Travel And Marketing Sdn. Bhd., yg ditubuhkan berlandaskan kebajikan dgn memberi peluang kpda masyarakat yg kurang mampu mengerjakan umrah dgn sebahagian kosnya dibiayai oleh agensi ini.

Sementara itu, rata2 kebanyakan drpd bekas penghuni yg terpilih utk mengerjakan umrah ini telah pun berkeluarga dan skrg menjadi sukarelawan membantu 'menarik' insan2 senasib ke pangkal jalan. Namun masing2 tidak mampu menyuarakannya memandangkan ketiadaan wang dan 'malu' dgn keterlanjuran mereka yg telah lalu menyebabkan mereka rasa tidak layak menjejakkan kaki ke 'rumah' Allah itu. ''Selalunya kami hanya melihat di televisyen cerita mengenai insan2 yg berkesempatan untuk ke sana mengerjakan haji dan umrah. ''Kami tidak menyangka, berkat doa kami yg tidak berkesudahan, suara hati kami yg sentiasa mahu kembali ke jalan yg lurus, kami akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke rumah Allah tidak lama lagi dgn ihsan I Umrah Rakyat di bawah Program Umrah Rakyat.

Agihan Pendapatan AS1M 2012

Agih pendapatan 6.60 sen seunit
Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) yg dimiliki penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2012. Pengagihan pendapatan kali ketiga ini mencatatkan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 6.50 sen seunit tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM459.86 juta, peningkatan sebanyak 49.1 peratus berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelum ini berjumlah RM308.40 juta.

Harapan Rakyat Kelantan

Anak kelahiran Kelantan termasuk yg tinggal di luar negeri ini berpeluang menyatakan harapan mrka kpda kerajaan negeri akan datang menerusi 200,000 kad yg diedar gabungan badan bukan kerajaan yg menggelarkan diri mrka sbg Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar).
Kumpulan itu melancarkan kempen ‘Harapanku’ pada 22 September lalu dan akan berlangsung hingga 22 November ini. Kami telah menerima kembali lebih 5,000 kad Harapanku dan yakin mampu mengutip sekurang2nya 180,000 keping kad apabila kempen tersebut berakhir.

Harapanku bertujuan mengumpulkan hasrat anak Kelantan untuk disampaikan kepada kerajaan negeri yg akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Kamaruddin berkata, bagi perantau, mereka boleh melayari laman Facebook di www.facebook.com/groupe/22harapanku/ atau laman sesawang, 22harapanku.webs.com.

Sama2lah kita tunggu hasil PRU ke 13 nanti........

Rakyat Tunggu ‘HADIAH’ Bajet 2013

Bajet yg dibentangkan pd tahun lalu sarat dgn berita gembira dan durian runtuh utk rakyat, kini sentimen itu pastinya berulang lagi pada pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Parlimen hari ini.
Sudah tentu semua pihak yg terlibat scra langsung atau tidak langsung tertunggu2 satu lagi pembentangan bajet yg prihatin kepada rakyat. Antara perkara yg diharapkan ialah hadiah untuk rakyat drpd pelbagai latar belakang pendapatan ketika menghadapi kenaikan kos sara hidup termasuk keperluan harian yg semakin melambung. Turut mendapat perhatian ialah bagaimana bajet kali ini mahu menangani kenaikan harga tanah dan rumah secara mendadak khususnya di bandar-bandar utama.

Menurut pemerhati pasaran, Bajet 2013 mungkin membantu golongan pertengahan yg memperoleh pendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 untuk memiliki rumah kediaman melalui Skim Rumah Pertamaku. Skim Rumah Pertamaku telah dilancarkan tahun lalu dan ia disasarkan untuk membantu golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Sama2lah kita tunggu perbentangan budget 2013 yg dijangkakan bermula jam 4.00 pm nnti. Sama2lah kita saksikan......

Thursday, September 27, 2012

300 Hari....

Hari ini genap 300 hari arwah adik kembali ke rahmatullah....Al-Fatihah...AMIN...

Moga arwah tenang di alam sana dan ditempatkan di kalangan org2 yg soleh.....

Tuesday, September 25, 2012

Wang Hantaran Tinggi

Wang Hantaran di Malaysia : Statistik skrg menunjukkan kebanyakan kes perceraian byk membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah. Sedangkan, tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal krna hampir 28 peratus perceraian berlaku dlm jangka waktu berkenaan. Apa sebab musababnya? Punca Utama Kes Cerai di Malaysia Meningkat Ketika Ini?Masalah kewangan dan kos sara hidup yg tinggi dikenal pasti sbg punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.
i-Suami tidak bersedia dlm aspek kewangan, lebih2 lg sara hidup yg tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yg mrka peroleh
ii-Pihak keluarga bakal isteri meletakkan wang hantaran yg tinggi kpda pihak lelaki
iii-Jikalau buat majlis kecil2, takut dipandang hina dgn sesetengah masyarakat yg “busy body”, tidak kena tempat dan situasi
iv-Akhir sekali kami melihat ia kpda kehidupan masyarakat hari ini yg terlalu materialistik….Dan media2 jg selalu memainkan cerita perkahwinan artis2, dan kerabat2, dan VVIP yg gah sehingga menjadi ikutan masyarakat shgga dijadikan trend hari ini.

Inilah bahananya apabila sesetengah pihak skrg berlumba2 utk menunjukkan kpda siapa punya anak gadis yg lebih tinggi hantarannya. Sepatutnya, keluarga di sebelah perempuan berfikir panjang utk kebahagian anak gadisnya kelak, nak kena sama-2 menanggung hutang si suami. Agak2 jikalau si bakal suami berhutang terlalu tinggi, si bakal isteri itu akan terkena tempias juga tak? Fikirkankah sedalamnya sblum meletakkan harga….....bukan tak perlu tetapi biarlah munasabah dan berperikemanusiaan sehingga tidak dilihat spti menjual “anak sendiri”.

“Adakah dgn meletakkan harga wang hantaran yg tinggi boleh menjamin kebahagian yg diidamkan?”

Sebenarnya kita disuruh oleh Islam membentuk suasana menyukarkan yg haram dan memudah yg halal. Tetapi lain pula yg jd skrg ini. Terbalik pula. Hakikatnya sekarang ini masyarakat hari ini memudahkan atau tidak ambil pusing yg haram dan bertambah malangnya juga di sini disukarkan pula yg halal. Contohnya?

i-Pertama, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan JAMBATAN KESOMBONGAN IBUBAPA atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bg memboleh kenduri besar2an dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yg terpaksa menunggu tempoh masa yg lama. Sedangkan, asalkan diadakan walimah sudah mencukupi sebenarnya. Apa yg penting perkahwinan yg halal telah dilunaskan.
ii-Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dlm agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban utk membayarnya. Tetapi apa yg berlaku pada hari ini?
iii-Akad Nikah Wang Hantaran di Malaysia : RM12,000 RM15,000 Bagi Pasangan Yg Berkelulusan Ijazah!!Akad nikah yg sebetulnya menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yg sah. Cukup sekadar bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dgnnya” spti yg diminta oleh sesetengah sarjana dlm Mazhab al-Syafi’i apabila bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dgn anak saya Fatimah”. Tidak pernah ada dalil yg menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas spti diada2kan oleh sesetengah pihak. Tetapi apa yg berlaku hari ini semasa sesi akad nikah tok kadi bersama pengantin?

Sunday, September 9, 2012

Jenazah Selamat Tiba Dari Rusia

Ibu hampir tak sanggup tatap arwah Hanisah.....
Dungun: Ibu dan bapa pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Wilayah Nizhny, Russia, Ahad lalu, sebak dan terpaksa dipapah saudara mara sebaik melihat jenazah anaknya diusung ke Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Kampung Molek, di sini, pagi semalam.
Jenazah Hanisah Muhd Shah, 22, yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 11 malam kelmarin, dibawa dengan kereta jenazah dan tiba di Masjid Tengku Intan Zaharah, jam 6 pagi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, Kampung Molek untuk dikebumikan. Muhd Shah Salleh, 62, dan isteri, Rokayah Mohd, 61, yang sebelum itu memberitahu hatinya sangat sedih dan tidak sanggup menatap wajah arwah anaknya, Hanisah, 22, akhirnya berubah fikiran dengan menatap dan memberi ciuman ke atas jenazah anaknya buat kali terakhir.

Katanya, dia dan isteri terasa pilu apabila mengingatkan wajah ceria anaknya sepanjang dua bulan bercuti di kampung serta saat perpisahan di KLIA, pada 2 September lalu yang tetap kekal dalam sanubari.“Saya dan isteri kelmarin, mengambil keputusan tidak mahu menatap wajahnya (Hanisah) dan bercadang supaya jenazahnya segera disembahyangkan dan selepas itu terus dikebumikan. “Namun hari ini (semalam) hati kecil kami berbisik agar kami menatap wajahnya untuk kali terakhir,” katanya yang menahan sebak ketika ditemui selepas selesai solat jenazah di masjid berkenaan.

Puas hati
Muhd Shah berkata, biarpun sangat sedih, beliau dan isteri berpuas hati kerana dapat menunaikan semua permintaan arwah sepanjang dua bulan pulang bercuti termasuk sempat berhari raya bersama keluarga. Beliau sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang banyak membantu sehingga urusan membawa pulang jenazah berjalan lancar dan cepat serta media massa yang melaporkan kemalangan itu.

Jenazah 2 Pelajar Maut Di Rusia Selamat Dikebumi

AL-FATIHAH...Salam Takziah kpda keluarga mangsa pelajar, sama2la kita doakan yg terbaik bt arwah....
Jenazah pelajar Malaysia, Adzreen Dimyati, 22, yg maut dlm kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia pada Isnin lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini semalam. Jenazah pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.45 malam kelmarin menerusi pesawat Emirates Airlines dari Dubai. Jenazah kmdn dibawa ke Surau Al-Iman Presint 9 utk disembahyangkan sebelum dikebumikan kira2 pukul 1.40 pagi semalam.

Ibu saudara mangsa, Datuk Rabeahtul A. Abbas yg mewakili keluarga mangsa menyampaikan ucapan terima kasih kpda kerajaan dan semua pihak yg terlibat mengendalikan urusan membawa pulang jenazah. Maaf, ibu bapa arwah belum bersedia utk bertemu media krna mereka masih terkejut dgn kejadian itu.

Dalam kejadian pukul 3 pagi Isnin lalu (11 malam Ahad waktu Rusia), Adzreen bersama enam lagi pelajar Malaysia dlm perjalanan dari Lapangan Terbang Moscow ke kampus mereka di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod. Malangnya, bas yg mereka naiki terbabit dgn kemalangan di wilayah Vladimirskaya, 120 kilometer dari wilayah Nizhny ekoran kegagalan pemandu mengawal kenderaan krna dipercayai terlelap. Adzreen meninggal dunia ketika dlm perjalanan ke hospital manakala seorang lagi mangsa, Hanisah Muhd. Shah, 22, yg merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat maut di tempat kejadian.

Wednesday, September 5, 2012

Banjir Kilat

Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang
Hujan lebat yg turun lewat petang Selasa (4 September 2012) menyebabkan kejadian banjir kilat melanda sekaligus mengakibatkan kesesakan lalu lintas yg teruk di beberapa jalan utama di Kuala Lumpur, Serdang, Bangi, Nilai dan Kajang.

Laluan trafik sangat perlahan dan adakalanya tidak bergerak menghala ke selatan bandar raya hingga sebelum tol Sungai Besi. Kesesakan tersebut menjadi lebih buruk di Jalan Istana hingga ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi akibat banjir kilat yg berlaku.

Pada kira2 pukul 9 malam, PLUS Expressways Bhd (PLUS) membuka laluan alternatif sebelum laluan tol bagi membolehkan pemadu membuat pusingan ‘u’ untuk kembali ke bandar raya. Sementara itu, di Lebuh Raya Besraya, banjir kilat yg berlaku dihadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang menyebabkan kesesakan yg teruk sekitar, Hotel Palace of The Golden Horses, Mines dan Balakong dgn hanya satu lorong boleh digunakan. Kesesakan turut berlaku di hadapan bangunan Minlon menghala ke stesen KTM Serdang.

Paras air naik di KM303.8 laluan Universiti Pertanian-Kajang yg memaksa laluan di kedua2 belah jalan tersebut terpaksa ditutup. Di Lebuh Raya SILK, banjir kilat melanda sekitar Bandar Sg Long memaksa jalan menghala ke Cheras dan Kajang terpaksa ditutup dan trafik dilencongkan ke Putrajaya. Di Lebuh Raya KESAS pula, kesesakan bermula di Vista Komanwel menghala ke MRR2, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Sri Petaling. Kesesakan trafik turut dilaporkan berlaku di Subang Jaya sekitar bulatan Persiaran Kewajipan dan kawasan Sunway, lebuh raya NPE dan SPRINT.