Islamic Clock

Sunday, September 9, 2012

Jenazah 2 Pelajar Maut Di Rusia Selamat Dikebumi

AL-FATIHAH...Salam Takziah kpda keluarga mangsa pelajar, sama2la kita doakan yg terbaik bt arwah....
Jenazah pelajar Malaysia, Adzreen Dimyati, 22, yg maut dlm kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia pada Isnin lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini semalam. Jenazah pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 9.45 malam kelmarin menerusi pesawat Emirates Airlines dari Dubai. Jenazah kmdn dibawa ke Surau Al-Iman Presint 9 utk disembahyangkan sebelum dikebumikan kira2 pukul 1.40 pagi semalam.

Ibu saudara mangsa, Datuk Rabeahtul A. Abbas yg mewakili keluarga mangsa menyampaikan ucapan terima kasih kpda kerajaan dan semua pihak yg terlibat mengendalikan urusan membawa pulang jenazah. Maaf, ibu bapa arwah belum bersedia utk bertemu media krna mereka masih terkejut dgn kejadian itu.

Dalam kejadian pukul 3 pagi Isnin lalu (11 malam Ahad waktu Rusia), Adzreen bersama enam lagi pelajar Malaysia dlm perjalanan dari Lapangan Terbang Moscow ke kampus mereka di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod. Malangnya, bas yg mereka naiki terbabit dgn kemalangan di wilayah Vladimirskaya, 120 kilometer dari wilayah Nizhny ekoran kegagalan pemandu mengawal kenderaan krna dipercayai terlelap. Adzreen meninggal dunia ketika dlm perjalanan ke hospital manakala seorang lagi mangsa, Hanisah Muhd. Shah, 22, yg merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat maut di tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment