Wang Hantaran di Malaysia : Statistik skrg menunjukkan kebanyakan kes perceraian byk membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah. Sedangkan, tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal krna hampir 28 peratus perceraian berlaku dlm jangka waktu berkenaan. Apa sebab musababnya? Punca Utama Kes Cerai di Malaysia Meningkat Ketika Ini?Masalah kewangan dan kos sara hidup yg tinggi dikenal pasti sbg punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.
i-Suami tidak bersedia dlm aspek kewangan, lebih2 lg sara hidup yg tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yg mrka peroleh
ii-Pihak keluarga bakal isteri meletakkan wang hantaran yg tinggi kpda pihak lelaki
iii-Jikalau buat majlis kecil2, takut dipandang hina dgn sesetengah masyarakat yg “busy body”, tidak kena tempat dan situasi
iv-Akhir sekali kami melihat ia kpda kehidupan masyarakat hari ini yg terlalu materialistik….Dan media2 jg selalu memainkan cerita perkahwinan artis2, dan kerabat2, dan VVIP yg gah sehingga menjadi ikutan masyarakat shgga dijadikan trend hari ini.
Inilah bahananya apabila sesetengah pihak skrg berlumba2 utk menunjukkan kpda siapa punya anak gadis yg lebih tinggi hantarannya. Sepatutnya, keluarga di sebelah perempuan berfikir panjang utk kebahagian anak gadisnya kelak, nak kena sama-2 menanggung hutang si suami. Agak2 jikalau si bakal suami berhutang terlalu tinggi, si bakal isteri itu akan terkena tempias juga tak? Fikirkankah sedalamnya sblum meletakkan harga….....bukan tak perlu tetapi biarlah munasabah dan berperikemanusiaan sehingga tidak dilihat spti menjual “anak sendiri”.
“Adakah dgn meletakkan harga wang hantaran yg tinggi boleh menjamin kebahagian yg diidamkan?”
Sebenarnya kita disuruh oleh Islam membentuk suasana menyukarkan yg haram dan memudah yg halal. Tetapi lain pula yg jd skrg ini. Terbalik pula. Hakikatnya sekarang ini masyarakat hari ini memudahkan atau tidak ambil pusing yg haram dan bertambah malangnya juga di sini disukarkan pula yg halal. Contohnya?
i-Pertama, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan JAMBATAN KESOMBONGAN IBUBAPA atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bg memboleh kenduri besar2an dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yg terpaksa menunggu tempoh masa yg lama. Sedangkan, asalkan diadakan walimah sudah mencukupi sebenarnya. Apa yg penting perkahwinan yg halal telah dilunaskan.
ii-Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dlm agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban utk membayarnya. Tetapi apa yg berlaku pada hari ini?
iii-Akad Nikah Wang Hantaran di Malaysia : RM12,000 RM15,000 Bagi Pasangan Yg Berkelulusan Ijazah!!Akad nikah yg sebetulnya menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yg sah. Cukup sekadar bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dgnnya” spti yg diminta oleh sesetengah sarjana dlm Mazhab al-Syafi’i apabila bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dgn anak saya Fatimah”. Tidak pernah ada dalil yg menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas spti diada2kan oleh sesetengah pihak. Tetapi apa yg berlaku hari ini semasa sesi akad nikah tok kadi bersama pengantin?
From '62 To Sixty Two
21 hours ago
No comments:
Post a Comment