Islamic Clock

Friday, September 28, 2012

Rakyat Tunggu ‘HADIAH’ Bajet 2013

Bajet yg dibentangkan pd tahun lalu sarat dgn berita gembira dan durian runtuh utk rakyat, kini sentimen itu pastinya berulang lagi pada pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Parlimen hari ini.
Sudah tentu semua pihak yg terlibat scra langsung atau tidak langsung tertunggu2 satu lagi pembentangan bajet yg prihatin kepada rakyat. Antara perkara yg diharapkan ialah hadiah untuk rakyat drpd pelbagai latar belakang pendapatan ketika menghadapi kenaikan kos sara hidup termasuk keperluan harian yg semakin melambung. Turut mendapat perhatian ialah bagaimana bajet kali ini mahu menangani kenaikan harga tanah dan rumah secara mendadak khususnya di bandar-bandar utama.

Menurut pemerhati pasaran, Bajet 2013 mungkin membantu golongan pertengahan yg memperoleh pendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 untuk memiliki rumah kediaman melalui Skim Rumah Pertamaku. Skim Rumah Pertamaku telah dilancarkan tahun lalu dan ia disasarkan untuk membantu golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Sama2lah kita tunggu perbentangan budget 2013 yg dijangkakan bermula jam 4.00 pm nnti. Sama2lah kita saksikan......

No comments:

Post a Comment