KEDUDUKAN semua insan di sisi Allah SWT adalah sama, hanya yg membezakan adalah ketakwaan dan keimanan seseorang. Begitu jua Allah SWT turut memberi jaminan akan mengampunkan dosa hamba2nya asalkan mrka bertaubat kepada-Nya dgn sebenar2 taubat. Sbg manusia, pastinya tidak akan lari drpd melakukan kesilapan dan kekhilafan akibat kelalaian dan kealpaan diri terhadap Pencipta kita.
Apa yg pasti, apabila sampai waktunya dan mendapat pula hidayah drpd Allah SWT, insan2 ini akan pulang semula ke pangkal jalan. Ini yg terjadi terhadap sekumpulan wanita dari Rumah Sinar Salam, yg telah mendapat hidayah dan petunjuk drpd Allah SWT dgn meninggalkan kehidupan masa lalu yg penuh kegelapan dan diberi rezeki pula untuk menjejakkan kaki ke Mekah mengerjakan umrah atas tajaan individu prihatin.
Ini membuktikan sesiapa shja boleh bertaubat dan mencari keredaan di sisi Tuhan biarpun pada masa lalu bergelumang dlm kancah maksiat. Bercakap mengenai Rumah Sinar Salam, pastinya tidak akan lari drpd menyoroti kisah2 penghuninya yg terjebak dgn gejala sosial. Sebutlah apa shja kegiatan sosial - persundalan, najis dadah, buang anak, anak luar nikah dsbnya merupakan sebahagian drpd jenayah sosial yg dilakukan oleh penghuni2nya yg kini menumpang teduh di rumah itu bagi mendapatkan sinar.
Menurut Pengasas Rumah Sinar Salam, Arfidah Abd. Latif, 58, ramai penghuni Rumah Sinar Salam ini sudah mendapat hidayah Allah SWT dan berjaya keluar dari kemelut sosial selepas aktiviti outreach (temu seru) dilakukan terhadap mereka. ''Ramai yg terbuka hati utk bertaubat. Biarpun mgkn masih janggal pada mata masyarakat akibat cara kehidupan masa lalu namun saya berdoa agar kami semua para penghuni di sini masih ada tempat di sisi Allah. ''Itu yg kami cari selama ini iaitu rahmat Tuhan. Kadangkala kami turut tertanya2 apakah dosa kami yg lalu akan diampunkan Allah. Begitu jg adakah taubat kami ini akan diterima oleh-Nya, krna kesan2 kehidupan masa lalu yg amat gelap dan jijik. Dia yg ditemani tiga lagi rakannya ditemui di pejabat I Umrah Rakyat Sdn. Bhd., di Rampai Town Centre, Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur, iaitu agensi umrah di bawah Syarikat Fayrooz Travel And Marketing Sdn. Bhd., yg ditubuhkan berlandaskan kebajikan dgn memberi peluang kpda masyarakat yg kurang mampu mengerjakan umrah dgn sebahagian kosnya dibiayai oleh agensi ini.
Sementara itu, rata2 kebanyakan drpd bekas penghuni yg terpilih utk mengerjakan umrah ini telah pun berkeluarga dan skrg menjadi sukarelawan membantu 'menarik' insan2 senasib ke pangkal jalan. Namun masing2 tidak mampu menyuarakannya memandangkan ketiadaan wang dan 'malu' dgn keterlanjuran mereka yg telah lalu menyebabkan mereka rasa tidak layak menjejakkan kaki ke 'rumah' Allah itu. ''Selalunya kami hanya melihat di televisyen cerita mengenai insan2 yg berkesempatan untuk ke sana mengerjakan haji dan umrah. ''Kami tidak menyangka, berkat doa kami yg tidak berkesudahan, suara hati kami yg sentiasa mahu kembali ke jalan yg lurus, kami akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke rumah Allah tidak lama lagi dgn ihsan I Umrah Rakyat di bawah Program Umrah Rakyat.
From '62 To Sixty Two
17 hours ago
No comments:
Post a Comment