Islamic Clock

Wednesday, May 11, 2011

Marah Itu Dari Syaitan

Topik ini mama baca dlm paper utusan hari ini, mama just nak berkongsi bersama rakan2 yg mgkin pernah mengalami situasi begini @ berkongsi pandangan n pendapat berkenaan isu ini........

RASULULLAH SAW bersabda: "Marah itu datangnya drpd syaitan n syaitan itu diciptakan drpd api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dgn air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud) .

Sebab itu, ketika berdepan dgn orang yg sdg marah, kita disarankan utk berwuduk n mengerjakan solat sunat. Keadaan itu mampu melegakan keadaan krna air yg digunakan berwuduk itu mampu meredakan kemarahan.

Sifat marah @ panas baran ada dlm setiap diri seseorang. Namun ia bergantung kpda sejauh mana seseorang itu mengawal. Orang yg bersikap panas baran sbnrnya sdg berdepan dgn syaitan. Syaitan yg sdg mengapi2kan dirinya supaya bertindak lebih ganas. Jadi elakkan api kemarahan itu dgn meminum sdkt air. Walaupun sdkt ia mampu mengurangkan api kemarahan yg sdg membara itu. Malah dlm Quran sendiri memberitahu air adalah penawar yg menyembuhkan segala penyakit. Selain itu, kita jg disaran utk mengubah posisi diri ktka sdg dlm keadaan marah. Keadaan itu jg mampu meredakan keadaan yg tengah membara itu. Sebab itu apabila kita marah, kita perlu cepat2 memperingati Allah dgn beristighfar. Yg paling baik bersolat bg mengelakkan keadaan semakin serius. Keadaan itu sekali gus mampu mengurangkan api kemarahan yg ada pada diri kita..

Tidak dinafikan semua orang mempunyai sifat marah apabila ada sesuatu yg tidak kena, namun dlm Islam sendiri kita perlu mengawasi tindakan tersebut bg mengelakkan drpd terus berlarutan. Dlm situasi tersebut, berikan ruang individu itu meluahkan utk melepaskan ketidakpuasan hati, sementara kita pula yg menjadi pendengar jgnlah pula cuba memprovokasi keadaan ttpi sebaliknya cukuplah menjadi pendengar setia. Dlm situasi itu, dengarlah luahannya dgn keadaan tenang sekurang2 memberikan kelegaan dan ketenangan untuk meluahkan apa yg tersirat di hatinya. Sekiranya dimarahi anggaplah itu sbg perantara utk individu berkenaan melepas ketidakpuasan yg berlaku.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

* Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu marah dan ketika itu ia dlm kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
* Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya drpd syaitan dan syaitan itu diciptakan drpd api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dgn air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud).
* Minum air.
* Mendiamkan diri ketika marah.
* Berlindung kepada Allah drpd syaitan.

* Meluahkan perasaan dan masalah dlm keadaan masa dan tempat sesuai.
* Berfikiran positif.
* Belajar menyampaikan kemarahan scra positif n terhormat. Elakkan drpd memekik @ bertindak garang.
* Bawa bertenang seperti menarik nafas.
* Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

No comments:

Post a Comment