SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri' adalah bidalan Melayu yg membawa pengertian dlm mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dlm hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian. Perselisihan adalah satu perkara yg tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dgn menggunakan cara yg bijaksana dan bertoleransi.
Banyak sebab yg menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman2, anak2, malah perkara asas dlm kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dlm rumah tangga shgga lauk yg terlupa dimasukkan garam,atau air kopi yg terlupa ditambah gula.
Paling meruncing ialah apabila masing2 mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mrka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka shja. Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat shgga tercipta penceraian dlm rumahtangga. Ada di kalangan masyarakat yg menganggap perselisihan rumah tangga sbg garam di dlm lauk. Tanpa perselisihan, rumah tangga hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram.
Namun, garam itu hendaklah diletak scra berpada2 supaya tidak terlalu banyak shgga boleh merosakkan lauk sebelanga. Perkara inilah yg harus diperhatikan oleh setiap insan yg bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yg menerajui bahtera hidup berumah tangga.
Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yg harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dgn isteri. Biarpun seburuk mana isteri namun seharusnya terimalah seadanya seperti yg terungkap semasa akad.
Kata pujangga, perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya pula mampu menggusarkan. Adakalanya mrka spti ibu menyaji kasih, menghidang sayang malah adakalanya mrka spti anak yg ingin dibelai, minta dimanjakan spti anak kecil namun adakalanya mrka spti nenek yg sering berleter seadanya, merungut semahunya. Namun, bahagia dan derita hanya kita yg mencorakkan sendiri.
Mendirikan sebuah rumah tangga biarpun untuk ke sekian kali namun memerlukan kematangan dan kedewasaan fikiran dan perasaan. Kematangan bererti kemampuan seseorang menahan marah dlm suasana krisis dan perselisihan serta dapat menyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan dan menjauhi segala cara yg boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan itu. Sebagai bukti kepada kematangannya, seseorang itu sanggup mengaku salah apabila benar2 bersalah dan tidak cuba menyalahkan orang ln apabila berpeluang berbuat demikian.
Bagi Islam, rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang. Perkara ini jelas dlm firman Allah yg bermaksud: "Dan di antara keterangannya juga, bahawa ia menjadikan isteri bagimu yg sebangsa dgn kamu, supaya kamu boleh diam bersama2 dgn dia, serta berkasih sayang dan cinta menyintai." (Surah Ar Rum, ayat 21).
Cinta dan kasih sayang yg dimaksudkan bukanlah hasil drpd cinta pandang pertama ttpi ia lahir drpd rasa tanggungjawab mengikut amanah dan kepercayaan, serta tidak dipengaruhi oleh kehendak kebendaan atau nafsu. Rasa cinta sebegini boleh membawa suami sentiasa bersikap matang dan sihat dlm segala layanannya terhadap isteri dan di kala menghadapi krisis rumah tangga yg tidak dapat dielakkan.
Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali diri isterinya sbg manusia yg mudah tersinggung dan mudah terasa. Suami jgn sekali2 cuai dan lupa memberi penghargaan kpda peranan isteri sbg suri rumah tangga yg benar2 bertanggungjawab. Sebenarnya, tidak susah bg suami membisikkan kata2 pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya. Termasuk dalam penghargaan juga ialah memberi sangkaan baik terhadap tingkah laku isteri, tidak memperlihatkan apa2 kecurigaan terhadap kejujuran dan keikhlasan isteri, tidak cuba mengintip gerak- gerinya kerana didorong rasa cemburu yg melulu.
Sesungguhnya, rumah tangga yg bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri. Dalam mengemudi bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sbg nakhoda kapal yg bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal.
Manakala isteri pula berperanan sebagai jurumudi yg mengawal haluan bahtera. Paduan erat antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya drpd tenggelam dilanda badai dan gelora.
Traffic Jams and Marking Weekend
1 day ago
No comments:
Post a Comment