Minggu2 terakhir 2009 meninggalkan seribu satu kenangan pahit dan manis yg telah kita tempuhi dan kita harungi dalam melayari kehidupan di dunia ini yg penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan.
Peristiwa yg paling menyayat hati ialah tragedi Bas Sani Express yg pemandunya mengaku terlelap lalu hilang kawalan serta melanggar pembahagi jalan di Kilimeter 280.3, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada pukul 1.25 pagi 26 Disember 2009. Kejadian itu mengorbankan 10 penumpang [ada pasangan suami isteri, adik-beradik dll] yg duduk di bahagian bawah bas dua tingkat itu. Salam TAKZIAH. Begitulah perjalanan hidup manusia. Dalam duka pasti ada juga yg bergembira. Semua itu adalah ketentuan Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Mendengar.
Tirai 2010 kini telah bermula, tentunya bakal membawa sinar cahaya baru dalam kehidupan kita. Lupakanlah yang telah berlalu, anggaplah sebagai satu kenangan sambil berdoa mudah2an tahun ini akan membawa kebahagian dan ketenangan dalam apa jua yang diceburi.
Kedatangan 2010 perlu dilalui dengan kekuatan dan ketabahan terutama dalam melakukan sesuatu yg memerlukan komitmen dan kerja keras. Fitrah manusia ciptaan Allah SWT menjadikan seseorang insan itu yg sempurna di sisi Allah. Adalah lumrah, dalam suka ada duka, dalam ketawa ada air mata. Namun itu semua mempunyai hikmah yg tersimpan. Renungilah kembali bagaimana perjalanan hidup kita sepanjang 2009 yg lalu.
Seperti yg kita tahu, tahun datang dan pergi. Begitu juga masa, berlalu tanpa kita sedari. Namun yg pasti ada kala manusia tidak ke mana2, masih berada di tempat yg sama jika tidak bertindak untuk berubah ke arah positif mengikut keadaan. Positif yg dimaksudkan adalah JATI DIRI, NILAI MURNI dan KOMITMEN terhadap apa yg dilakukan perlu ditingkatkan dalam usaha menggapai impian untuk berjaya dalam hidup.
Mengingatkan diri mama, mama akhiri catatan ini dgn harapan kita semua akan bersikap positif dalam menempuh tahun 2010 bersama komitmen untuk menjadi insan yg berhemah, bekerja keras untuk menikmati hidup di dunia dan di akhirat.
Traffic Jams and Marking Weekend
21 hours ago
No comments:
Post a Comment