Islamic Clock

Thursday, November 10, 2011

Salam Aidiladha

Mama mengucapkan SALAM AIDILADHA kpda semua pembaca dan sahabat yg berada di mana shja. Semoga Aidiladha kali ini akan menjadi perayaan yg begitu bermakna pada diri kita berdasarkan pengorbanan yg telah kita laksanakan selama ini.

Mari lah kita sama2 menghayati kisah Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail dalam menunaikan dan memenuhi perintah Allah swt.

Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dlm mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yg bernama Ismail. Slps dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yg bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja ttpi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata2 ibunya, Ismail berkata kpda bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kpda pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yg mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yg diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Stlh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yg dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yg baik utk menyembelih adalah dgn cara aku disembelih dlm keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yg tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yg Allah S.W.T perintahkan dlm mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sbg seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yg disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua2nya pun berpeluk2 sambil bersyukur kpda Tuhan krna memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

No comments:

Post a Comment