Islamic Clock

Monday, June 18, 2012

Osman Kering Masih Kritikal

KEADAAN kesihatan pelakon dan pelawak veteran, Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yg dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, masih kritikal. Osman yg ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, difahamkan bakal menjalani pemeriksaan imbasan otak hari ini.

Anak Osman, Nur Ain Osman, 25, memberitahu HIP melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam, ayahnya masih kritikal. “Sebelum ini, doktor beritahu kuman sudah merebak ke paru-paru, otak, buah pinggang dan jantung. Apa yg kami mampu lakukan hanyalah berdoa supaya pulih,” katanya.

Osman terbabit dlm bidang seni sejak 1985 dan sering ditawarkan watak pelakon pembantu.
Antara filem lakonannya, Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella.

Marilah kita sama2 doakan yg terbaik untuk beliau.........

No comments:

Post a Comment