Islamic Clock

Friday, June 15, 2012

Jenis Darah n Perwatakan

Adakah jenis darah yg mengalir dlm tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yg dilakukan ke atas jenis2 darah yg mengalir di dlm tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O
Individu yg memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sbg individu yg setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini jg sering bersifat ingin menjadi ketua walau dlm apa jua perkara yg ingin dilakukan khususnya yg melibatkan kerja2 berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha utk mencapai matlamat tersebut walau dlm apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yg agak kuat. Selain itu anda jg terlalu serius dlm persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kpda diri anda sendiri. Oleh yg demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dgn tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dlm hidup anda. Anda gemar melakukan kerja2 scra berkumpulan dan anda jg gemar melibatkan diri dgn berpersatuan. Anda bijak bergaul dgn individu di sekeliling dan ternyata mrka jg sentiasa berasa senang utk bekerjasama dgn anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yg ada dlm diri anda itu melambangkan bhwa anda tergolong dlm kategori individu yg memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu utk berehat. Anda harus ingat, kesihatan jg perlu diutamakan. Jgn krna terlalu leka dgn kerja2 anda itu, kesihatan diri pula yg terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yg paling rapat dgn anda. Anda lebih selesa dgn kesederhanaan. Dlm perhubungan pula anda adalah individu yg terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dlm apa jua perkara. Dlm melaksanakan sesuatu tugasan yg diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dgn cara anda sendiri. Anda adalah individu yg kreatif dan fleksibel, mudah bg diri anda utk meletakkan diri sendiri dlm apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yg bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yg gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yg jelas terpancar dlm diri individu yg tergolong dlm kategori darah berjenis AB ini. Anda jg sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yg berada di sekeliling anda berasa selesa utk berdampingan dgn anda. Anda jg memiliki sikap humor semula jadi dlm diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

No comments:

Post a Comment