Islamic Clock

Wednesday, December 29, 2010

Punca Caesarean

Kenali punca2 Caesarean

Faktor yg berpunca drpd bayi

1. Lemas
Ia merupakan salah satu indikasi yg paling sering berlaku. Doktor dapat mengetahui bayi lemas melalui pemeriksaan CTG iaitu alat yg dipasang utk mengesan aktiviti jantung bayi. Drpd pemeriksaan jantung yg dilakukan, ia boleh menentukan bayi lemas atau tidak. Selain drpd itu, ia dapat dikenal pasti melalui warna air ketuban. Jika warnanya jernih bererti tiada apa2 masalah. Namun sebaliknya jika ia berwarna kuning kehijauan cair/ pekat/ sangat pekat. Ini krna najis bayi (mekonium) sudah pun dikeluarkan. Jika warnanya merah pula itu bererti uri telah lekang.

2. Cephalopelvic disproportion (CPD)
Diagnosis true CPD berlaku krna nisbah kepala bayi dgn tulang punggung ibu tidak sepadan akibat drpd keadaan tulang punggung ibu sememangnya kecil sejak dari azali, berpunca drpd penyakit yg menyebabkan tulang punggung kecil @ mengalami kemalangan. Bagi diagnosis relative CPD pula, tulang punggung ibu normal namun kepala @ saiz bayi terlalu besar untuk melaluinya.

3. Saiz besar
Biasanya berat bayi yg melebihi 4 kg perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean krna dia terlalu besar untuk dikeluarkan melalui kelahiran normal.

4. Kedudukan
Apabila berhadapan dgn masalah kedudukan yg tidak normal sama ada melintang @ songsang, caesarean merupakan pilihan yg paling biasa diambil oleh doktor untuk mengeluarkan bayi dgn selamat biarpun anda masih berpeluang melahirkannya
scra normal.

5. Pembesaran terbantut (Intra Uterine Growth Retandation atau IUGR)
Pertumbuhan bayi dlm rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kpda bayi dlm kandungan. Sbg langkah keselamatan, pembedahan caesarean perlu dilakukan utk mengeluarkan bayi bg mengelakkan sebarang komplikasi kelahiran.

6. Cacat
Untuk pengetahuan anda, tidak semua ibu yg mengandungkan bayi cacat perlu melalui pembedahan caesarean. Ia khusus untuk bayi yg mengalami masalah hydrocephalus.

7. Kembar
Bagi yg mengandungkan kembar dua, anda masih boleh mencuba untuk melahirkan bayi2 scra normal (bergantung kpda kedudukan bayi). Namun, sebaliknya jika anda bakal melahirkan kembar tiga atau lebih drpd itu.

8. Tali pusat bermasalah
Bagi bayi yg menghadapi apa2 masalah berkaitan dgn tali pusatnya, tidak kira sama ada tali pusat terkeluar, terbelit dsbnya, pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengelakkan komplikasi ke atas bayi.

Faktor yg disebabkan oleh ibu
1. Masalah kesihatan
Sekiranya anda disahkan menghidap darah tinggi, kencing manis mahupun sakit jantung yg tidak terkawal sewaktu hamil, maka pembedahan caesarean yg bakal anda lalui adalah scra elektif. Hal ini krna masalah kesihatan yg dihadapi boleh menjadi lebih buruk jika anda berhasrat untuk bersalin scra normal.

2. Pembedahan lebih drpd dua kali
Maklumat penting utk yg pernah melalui pembedahan caesarean lebih drpd dua kali ketahui ialah anda tiada pilihan lain selain melahirkan bayi scra caesarean krna doktor bimbang parut pd rahim akibat pembedahan lalu akan pecah @ koyak.

3. Masalah uri
Biar apa pun jenis masalah uri yg dialami (placenta praevia, placenta abruption dsbnya) anda perlu melahirkan bayi scra caesarean bg mengelakkan sebarang komplikasi sewaktu melahirkannya.

4. Rahim pecah (uterine rupture)
Sekiranya anda tergolong di kalangan mrka yg mempunyai anak yg ramai, ataupun pernah membuang ketumbuhan fibroid, anda berkemungkinan besar untuk melalui kelahiran bayi scra caesarean krna risiko rahim pecah. Sama juga halnya dgn mana2 wanita yg gemar menggunakan pencetus kontraksi sama ada air selusuh berasaskan herba spti genggam Fatimah, anda berisiko tinggi untuk mengalami rahim pecah lalu sbg langkah keselamatan, anda perlu menjalani pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi.

5. Proses pelahiran panjang

Dalam proses pelahiran, terdapat dua fasa iaitu latern (rahim dan aktif (mula 3sm - 10sm yg mengambil masa 7 jam). Jika anda melalui proses pelahiran lebih drpd 7 jam, ia dianggap sbg proses pelahiran panjang. Jika keadaan mendesak, maka pilihan yg anda ada ialah bantuan kelahiran dan pembedahan caesarean.

No comments:

Post a Comment