Islamic Clock

Wednesday, December 29, 2010

Panduan Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya

9 Panduan Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya

Kejayaan penyusuan eksklusif tanpa makanan pelengkap, susu formula dan air kosong slma 6 bulan oleh para ibu berkerjaya byk bergantung utk ibu berkerjaya kpda bbrpa faktor sampingan.

1. Timba ilmu sepanjang masa
Sebaik2nya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudah pun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus slps kelahirannya. Dlm masa yg sama, anda dan suami digalakkan utk menyertai mana2 kelas persediaan penyusuan susu ibu yg kini byk dikendalikan oleh kaunselor2 laktasi bertauliah.

Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yg banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.

Sekiranya anda mengalami apa2 masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bg menjawab apa jua kemusykilan yg dihadapi drpd kaunselor dan pakar laktasi yg diiktiraf. Anda boleh merujuk kpda rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.

2. Mulakan dengan betul
Dlm usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yg diperoleh. Utk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting utk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yg selesa dan pd masa yg dapat memastikan bayi melekap dgn betul.
Ingatlah, bhwa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepda kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan utk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukannya pada masa2 yg diingini si manja.

Sementara itu, anda diingatkan juga agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yg meragam. Hal ini scra tidak langsung akan menyebabkan dia mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dgn penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di sampingnya sepanjang tempoh bekerja.

3. Simpan stok susu

Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ktka bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yg ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yg bukan shja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yg lebih panjang.

Dlm pd itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/ atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yg bersesuaian.

4. Peralatan penyusuan berkaitan

Anda tidak perlu membazirkan wang yg ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yg kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yag lebih penting.

Jika keliru tntg peralatan penyusuan yg benar2 perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kpda para ibu lain yg telah berjaya menyusukan bayi masing2. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.

5. Bincang dengan majikan
Amat penting utk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dgn pihak majikan bg membolehkan anda menggunakan sdkt waktu drpd masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bg mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua2 belah pihak.

Pada masa yg sama, anda boleh mengutarakan pandangan kpda majikan utk menyediakan ruangan khas bgi membolehkan anda dan rakan2 ln yg turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu scra eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yg lain boleh melakukan rutin harian itu dgn tenang yg scra tidak langsung membantu pengeluaran susu yg lancar dan berkesan.

6. Perah susu di pejabat

Anda amat digalakkan utk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ktka memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yg bersesuaian dgn corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi byk masalah. Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan utk memerah payu dara sekurang2nya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bg yg perlu bekerja utk tempoh masa yg lebih lama drpd itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.

7. Kurangkan tekanan
Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dgn melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yg dirembeskan ktka itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lg jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.

Antara lain, anda jg boleh menutup lampu ktka melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yng lebih byk drpd biasa.

8. Makan secara sihat
Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu scra eksklusif ialah menjaga dgn teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jgn sesekali mengabaikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dlm kuantiti yg sedikit ttpi kerap. Anda digalakkan untuk makan di antara waktu makan utama dgn mengambil snek berkhasiat spti buah2an segar dsbnya.

9. Ikut keperluan bayi
Dalam apa jua amalan yg ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jgn khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dgn masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih byk masa untuk menyusukan bayi scra eksklusif. Di rumah, gunakan masa yg ada semaksimum boleh dgn lebih kerap menyusukan bayi scra langsung, ia berupaya merangsang penghasilan susu. Jika keadaan memaksa di mana susu anda masih tidak mencukupi, anda boleh memerah payu dara ketika berada di rumah.
p/s:-sila bg tip2@lain2 info utk dikongsi bersama jika kawan2 ada info yg lebih lanjut berkenaan isu penyusuan susu ibu scra ekslusif......

No comments:

Post a Comment