Islamic Clock

Friday, December 24, 2010

Kemalangan Ngeri Di Jalan Selising, KB




Kegembiraan seorang pelajar SMU (A) Syamsul Maarif, Pulai Chondong memperoleh 4A dlm Penilaian Menengah Rendah (PMR) berakhir dlm suasana menyayat hati dan mengerikan apabila dia dan ibunya maut slps dirempuh lori pasir yg terbalik ktka dlm perjalanan pulang ke rumah, di jalan Simpang Tiga Kok Lanas, Selising, Pasir Puteh, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Siti Aisyah Zakaria, 15, yg membonceng motosikal ditunggang ibunya, Aziza Musa, 42, dirempuh lori pasir ketika dlm perjalanan pulang ke rumah di Kampung Banggol Chica, Kok Lanas, menyebabkan dua beranak itu terbunuh. Akibat kejadian itu, Siti Aisyah terjatuh drpd motosikal sblm dihempap kepala kanan lori berkenaan manakala ibunya tercampak atas jalan. Kedua2 mrka mati di tempat kejadian.

Saya merancang meraikan kejayaan Siti Aishah, malah berjanji membawa keluarga bercuti di Perdana Resort sambil mandi kolam pada Sabtu ini dan sudah pun membuat tempahan, katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), semalam. “Kami merancang bercuti di situ, ttpi kini semuanya tinggal kenangan apabila isteri dan anak yg menjadi harapan saya sudah pergi meninggalkan saya.

P/s:- Salam Takziah kpda keluarga mangsa...........

No comments:

Post a Comment